Friday, July 30, 2010

Aku,durian dan Mandy Lamb.

9.00 pagi.

Aku buka mata. Sunyi. Oh tidur mati rupanya selepas Subuh tadi. Melompat dari katil dan terburu ke bilik air mengingatkan appointment pukul 11.30 pagi.

Oh.demm. tak ada air?? Air tangki pun tak ada. Adalah air satu baldi je. Aku gunakan untuk cuci apa yang patut. Yang penting, muka kena Nampak macam orang mandi.

Bersiap lebih kurang,aku memecut menuju ke Putrajaya.

Sambil memandu, tangan ku meraba beg galas di sebelah tempat duduk penumpang.

Ah????????????

Kamera. Kamera aku mana? Hati berdetik kuat.

Oh. Mati laaaaa. Bongok ok. Tak ada kamera macamana nak kerja?

Baru teringat, kamera di bawah katil! Goshhhh….macamana ni?

Mahu berpatah balik, aku sudah hampir sampai ke Bangi.Kalau berpatah balik memang tak sempat pun.

Aku dial nombor pejabat En Mahfuz.

“Hello” terdengar suara lemak merdu dihujung talian. Tu mesti suara Kak Vieona , yang sentiasa keliru jantina diri. Nama tak nak kalah tu.

“Hello Kak Vie, Kiah ni. Encik Mahfuz ada? “ aku bersuara menggeletar sebab dalam otak tengah fkir apa aku nak kelentong.

“Encik Mahfuz tak de hari ni. Dia pesan kalau Kiah datang, dia minta saya assist you, bawa ke sekitar resort dan boleh lah mula untuk kerja photography tu. Tapi client dia tak dapat datang, artis yang terlibat tu, kucing dia kena chicken pox, so dia pegi vet hari ni. Jadi dia minta u study dulu untuk pilih lokasi dan shot terbaik. Hari sebenar photoshoot tu dia akan beritahu nanti” Terdengar suara kepit Kak Vie panjang lebar.

“Phewwwwwwwwwwwwww!!” – Lega aku. Rasa nak joget-joget dalam kereta serta merta.

“Ok , Kak Vie, I’ll be there in 10 minutes”. Aku tekan minyak menuju ke Putrajaya.

Aku dah bayangkan kena pecat dengan Encik Mahfuz. Or, should I say that actually aku yang memecat diri sendiri atas kecuaian? Oh terima kasih Tuhan.

Aku sampai ke Resort XXX dan Kak Vie sambut aku di lobi. Kami berjalan ke sekitar resort, dan aku buat sedikit catatan dan dengan kamera kecil kompak, aku merakan sample sudut menarik.Mulut Kak Vie pot pet pot pet. Tapi layan sajalah kan. Tadah telinga sajalah mendengar dia berceloteh dan mengarah itu dan ini. Oh, ada jugak dia tanya, minyak wangi apa yang aku pakai. Bau semerbak je.

Kak Vie cakap “ Ko siram badan ko dengan minyak wangi ke Kiah? “

Kenalah kan, pakai minyak wangi 1 baldi sebab tak mandi.

Pukul 1.00 tengahari, Kiah pecut ke Pejabat. Bosan. Pukul 2.30 petang baru teringat dia tak makan apa-apa lagi.Pelawaan Kak Vie untuk makan di kafe terpaksa ditolak. Malaslah. Kak Vie tu kepoh sangat. Lagipun kalau dengar suara kepit dia tu lama-lama, aku macam nak pitam dah.

Pukul 3.00 petang, aku keluar dari pejabat. Sunyi.

Oh, baru teringat aku belum mandi.Ha-ha. Aku fikir, nak makan apa ah? Tak ada apa yang aku rasa nak makan.Oh, rasa nak makan durian.Aku pandu ke supermarket berhampiran. Nak beli durian yang dah tak ada kulit, dalam paket.Malas ok nak bawak buah durian naik atas rumah. Dah lah tuh, beli durian katalah 6 kilo bersamaan 2 biji, isinya adalah bersamaan 400gram je tah kan? Yang lain tu berat kulit.

Sampai supermarket. Ala. Takdelah hari ni, derang tak jual durian. Huh.Aku berlegar ke sekitar ruang menjula sayur dan ikan. Pun tak ada rasa nak beli apa-apa. Aku jalan mundar mandir, ke rak menjual makanan dalam tin. Tak ada rasa jugak nak beli apa-apa.

Aku keluar dari supermarket, dan berjalan ke gerai majalah di sedut tepi bangunan. Aku berdiri melihat tajuk utama akhbar dan belek majalah. Dari ekor mata, aku Nampak jelingan tajam adik penjual majalah yang seolah-olah berkata,

Oi, nak baca beli la. Kalau tak ada duit, jangan pegang-pegang majalah ni”.

Aku buat tak tau. Memang lah macam keji sebab macam baca free. Aku belek majalah dekorasi dan Majalah Resepi. Tapi macam kita nak beli bawang dan ikan kembung kan? mestilah kita nak belek-belek dulu.

Eh, macam best majalah ni. Tapi agak gigil, bila adik penjual majalah berjalan hampir ke arah aku. Cepat-cepat aku letak. Kot dia bengang, terus cekik aku kang, macamana kan?

Ok, aku cepat-cepat beredar. Aku minum segelas the ais di restoran mamak sebelah supermarket.Rimas juga bila pengambil order macam tak puas hati aku tak order makanan dan tanya berulang kali masa hantar the ais aku. “Kaka..makan apa mau? Roti canai ada, nasi beriani, tandoori..bla..bla..bla..”

Eh. Dah la.

Sampai apartment, aku terus hayun mop, vacuum lantai rumah. Berhabuk. Dah 2 minggu aku tinggalkan. Lepas mandi dan solat,ON TV. Tengok rancangan masak-masak.

oramputeh nak makan durian, kat Penang


oi..dia makan oke! kagum.



Sunyinya. Macam nak keluar tengok wayang. Tapi malas. Tertidur.

Terbangun bila waktu maghrib hampir dipenghujung.

Sunyi.

Pukul 10.30 malam.

Lapar.

Aku bukak laci cabinet. Jumpa kad restoran arab depan rumah.

“ hello” suara ala-ala busy dihujung talian.

Aku order mandy Lamb.

“Can I have extra sauce?”

“No problem ma’am. 15 minutes yea”.

Tepat, 15 minit kemudian, terdengar pintu diketuk.

“ Food delivery…!”

Aku kelam kelibut cari tudung. Sarung dan bawa beg duit ke muka pintu. RM12.00 untuk makan lewat malam. Agak pricey lah bila aku cuma mampu makan separuh.

OK, dah tak boleh tidur.

Sunyi.

Mata terkebil-kebil.

sunyi.

Aku capai kunci kereta, turun ke bawah.

Ke mana?

Tengah fikir.

bersambung....

Thursday, July 29, 2010

I.P.E.S


Saat-Saat Terindah -RAMA BAND


Saat kau hadir dalam hidupku
Terasa Indah
Hanya Bayangmu Menyentuh Jiwa
Temani Sepi
Kini Semua Cinta mu telah pergi
Meninggalkan diriku
Dalam Kehampaan
Sendiri…

Waktu terus berjalan dan memberi perih di hati
Hanya rindu yang aku dapati bukan cintamu
Kini baru aku menyadari
Kau begitu berarti di dalam hidupku ini…

Saat - saat yang indah
Saat masih bersamamu
Waktu kita berdua
Dan mewarnai dunia
Semua yang telah berlalu
Kini teringat lagi
Kini terkenang lagi
Ku ingin kembali…3x


Hanya rindu yang aku dapatkan bukan cinta mu
Meski kini kau tak mencintai dirku lagi
Kini baru aku menyadari kau begitu berarti
Di dalam hidupku ini…





Bilik ais @ice room

Tiba-tiba teringat..
Masa aku lalu kat Bdr Baru Nilai, ala..dekat kedai jual-jual kain tu..

Nampak le kedai ni..ice room?
eh..kedai jual ais eh? ke kilang air batu??? (lagi keji kan? sebab org lain fikir ais krim, tapi aku fikir air batu..ke ke ke).

duk fikir, eh kenapa kedai/kilang air batu kena buat lawa-lawa? ke trend zaman sekarang? so aku bayangkan abang-abang lori (pinjam perkataan Linda On) ais akan berbondong-bondong datang sini amik air batu.eiiii...ha-ha . ngek nya aku.

tiba-tiba kawan aku kata, ada kedai ni baru bukak di Bandar Baru bangi.

jom kita melawat kedai/kilang air batu...
Terasa seperti hendak makan bangunan ini, kerana hijau yang cantik dan menggiurkan .

kan?


restoran ye cik kiah. bukan kilang air batu .

menu ice room merangkumi appetizer, minuman sejuk, panas, ice blended, ice cream, makanan barat, cina, makanan melayu dan bermacam-macam desserts.


menu

hijau dan cantik

ha..aku lupa apa nama menu ni, tapi related dengan passion fruits. nyam. sejuk dan beku dan sedap. sebeku hati saya sekarang ini.

deep fried durian tempura

isi di dalam adalah durian. bukan ulas buah durian.Tapi sangat rasa durian.
Tapi kalau betul-betul suka durian, baiklah pegi makan durian kat gerai Pak Mat, jalan nak ke Seromban.

steamed lotus rice.
saja nak try. rupanya adalah nasi yang sangat pulut. ke memang pulut?
dalam tu ada ayam, hirisan cendawan. Tetapi lain kali tidak akan order lagi sebab, bukan selera saya.

duck roast mee ke apa gitu nama. Tapi sedap.Yang sedap hirisan duck tu lah. Tapi sayang, ianya adalah 4 helai saja.

Harga? ada yang reasonabvle, ada yang aku rasa mahal.

macam rasa nak makan dinding kedai ni. hijau yang nampak sedap.

seorang berhati beku, dan seorang lagi terkulat-kulat nak makan steamed rice tu.heeeeeeee.

aku: haa..makan le habiskan.kalau tak, jangan balik.
axa: akakkkk dah habiskan ayam dalam niiiiii....

hi-hi.

Kedai ni terletak di seksyen 8, bandar baru bangi. sederet dengan paparich.
di Bandar Baru Nilai pun ada.


Tuesday, July 27, 2010

Kronologi tempoyak dan petai




Semalam tiba-tiba aku rasa kemaruk nak masak.
Fikir nak masak apa untuk buka puasa. Ye-ye O sangat lah kan. singgah kedai beli nasik goreng ke..apa ke kat kedai, makan sudahlah kan?
oh tidak.
aku memang ada satu habit or kementelan? yang kalau rasa nak masak, aku tetapppp nak masak. Tak kisah lah dapur aku nak terbalik ke...tetapppp nak masak.

On the way balik, aku beli ubi kayu. errrr...motip? tiba-tiba teringin ubi kayu goreng. Then beli petai. durian. Ni beli gerai sayur kampung dan buah tepi jalan. Ramai pulak orang. ha-ha.
Pi supermarket beli ikan. sayur. tempe. timun tua. Telur ikan. dan lain-lain.

Lepas tu aku tak tau nak masak apa. macam tak kena konsep gitu kan bahan-bahan nya. Ha-ha. masak pun kena ada konsep-konsep. Ingat langsir raya je ada konsep kak senah..hik.

Menggunakan bahan yang ada, aku masak:
sambal tempoyak timun tua dan petai.
Ikan siakap goreng petai.
tempe goreng.
sayur bendi masak air.
telur ikan goreng berempah.


sambal tempoyak timun tua with petai


Mungkin tak ramai tau resepi sambal ni. ok. jom kita memasak makanan berunsur tempoyak ini.resepi asal takde petai, aku je yang memandai bubuh.

Resepi sambal tempoyak timun tua with petai

Bahan-bahan:

Timun tua (1 biji cukup le)-Kalau pi supermarket, pi bhgn sayur, timun ni kulit warna kuning oren kecoklatan. semalam aku beli regenya adalah sekilo around RM3.50 kot.
tempoyak - (satu mangkuk) errr..aku takde tempoyak actually. so durian D24 aku telah bertukar menjadi tempoyak segera dalam masa 10 minit.ha-ha. aku amik isi durian, buh garam sket, gaul-gaul rata, biar 10 minit. hik.siap ada kronologi.hik.
petai - 20 biji (eh..sukati nak letak berapa, takyah susah-susah kira).ni sbg panduan je. Jangan letak satu pokok udah la ya.
ikan bilis - (segenggam)
daun kunyit - 2 helai (hiris halus)
bawang merah - 3 biji
cili kering (blended) - 2 sudu
cili api -untuk hiasan. (tapi kalau nak hias dengan objek lain boleh je, sukati)
garam

Cara-cara:

Kupas kulit timun tua tu. belah dua, hiris nipis agak2 lah.
Tumbuk bawang dan ikan bilis. If nak letak cili api boleh la kot. Resepi ni ala-ala tradisional, so blender adalah di banned ye disini. Tumbuk guna lesung. Kalau tak tak sedap.
Campurkan cili kering, tempoyak dan bahan tumbuk dalam satu mangkuk, gaul rata.
Tambahkan dua cawan air, kacau.
Tuangkan bancuhan kedalam periuk dan biar mendidih. Masukkan timun tua dan daun kunyit, dan biar hingga timun lembik. Masukkan petai. kacau sebentar hingga layu.
Masukkan garam. kacau rata.
Siap untuk dihidang.


sedap dimakan dengan nasi suam


Ini pula ikan siakap goreng petai.

Goreng ikan garing. Biar tepi.
Then tumis bawang, halia, cili kering 2 sudu. Masukkan sos cili sket, sos tomato, kicap manis. kacau rata, masukkan tomato hiris dan petai.
Rasa tu agak2 lah, pedas, manis, masam, seimbang,
Tuang sambal atas ikan.
Hidang.


Ni ubi kayu goreng makan depan TV. Hem...kupas ubi, belah-belah kecil. Cuci bersih, dan rendam dgn air garam sebentar. Goreng. oh sedapnyaaaaaaaaaaaaaa.


Oh ya,
aku menyesal gila semalam.
Nak nangis oke, kopek petai.
Actually, ni 1st time lah beli petai hidup dalam seumur hidup aku.
Gatal, konon nak makan yang fresh la..yang supermarket tak berapa best tah apa ke benda.
Oh..menyesal oke. dah la..masa nak beli malu-malu. bongok je aku ni. Lepas tu siap beli ubi kayu sekali. kih-kih-kih.

Azab ye mengopek petai ni. patutlah sepeket kecik je kat supermarket dah RM3.00. isi cuma berapa je. Baru aku tau susah. Nak terkopek ok kuku aku. Dan sangat lama. sakit kuku aku. sambil tumis sambal sambil kopek petai. multi tasking gitu. Dah la nak kejar time buka puasa.
akhirnya..buka puasa dengan merasa sambal tempoyak, sebab time tuh dah masuk buka pose dan aku tak siap masak lagi.
hahhahahaha.

Lepas isyak goreng ubi pulak.

apa aku merepek cerita kronologi masakan aku ni????


Sunday, July 25, 2010

Cinta yang terhumban...



was driving to McD drive tru to get my GCB..
eh now people addicted to GCB i think. including me.
background...lagu lama.
old song which attract my attention. eh. aku jiwang sangat rupanya.
i dont know the title of the song..
but suddenly the DJ suara ala-ala lemak-lemak masin kuih lopes said... "yea..itu dia tadi, cinta yang terhumban".
oh?
ada eh. tajuk lagu cinta yang terhumban?
Lagu-lagu cinta yang berunsur kekecewaan.

ok..whats next?

cinta yang terbiar - eh ni dah ada.
Cinta yang tercampak?

cinta yang terpadam - mcm tajuk puisi ?
Cinta yang terbongkang - ni belum ada kot?

and i think people in unstable emotion, sambil duduk mengadap laut /duduk bawah pokok takde daun would create lirik jiwang yang extreme like..

"embun pun tak kan mampu...menyubur sekuntummmmmmm..bunga yang layu, pada musim luruh..yang dulunya mekar disinar suria, bila sudah kering, pasti akan gugur, seperti cinta kita, yang jelas ternyata, semakin lama oh semakin
rekah......." <----- lirik lagu ni terperangkap dalam otak aku.tak nak keluar.




Lepas tu kan, terjumpa mp3 Bila Cinta versi lelaki.mendayunyaaaa. sedih oke.


kambing pun turut sedih.


apa aku merapu ni??


Saturday, July 24, 2010

Kalau di Makassar, ayo makan coto Makassar

"Di Bandara besar mari kita berfoto, kalau di Makassar, ayo makan coto"


Coto Makassar merupakan makanan tradisional di Makasar, Sulawesi Selatan.
Berkesempatan makan..oh sedap!



ok..ni aku amik dari wikipedia

Coto Makassar atau Coto Mangkasara adalah makanan tradisional Makassar, Sulawesi Selatan. Makanan ini terbuat dari jeroan (isi perut) sapi yang direbus dalam waktu yang lama. Rebusan jeroan bercampur daging sapi ini kemudian diiris-iris lalu dibumbui dengan bumbu yang diracik secara khusus. Coto dihidangkan dalam mangkuk dan dimakan dengan ketupat dan "burasa". Saat ini Coto Mangkasara sudah menyebar ke berbagai daerah di Indonesia, mulai di warung pinggir jalan hingga restoran. Dan direncanakan mulai bulan November 2008 Coto Makassar akan menjadi salah satu menu pada penerbangan domestik Garuda Indonesia dari dan ke Makassar.



so..harus cuba ye. Harga? well..affordable.

Ini adalah sebuah kedai makan di Bandara/airport. Airport di sini agak meriah dengan kedai makan, baik makanan tradisional mahupun fast food restoran dan restoran yang cozy dan cantik.

15,000 u ols. around..ehmm RM4.00 kot.


Ini dia set coto Makassar. Sup lembu, ketupat, burasa, sambal taoco dengan hirisan limau nipis.

sup lembu

ketupat

ketupat ni dibungkus dengan daun apa tak sure.macam daun kelapa tua.

'burasa'

aku pernah makan burasa ni. Ia makanan orang Bugis. Pernah tengok kakak angkat aku masak. Nasi dimasak dengan santan, half cooked je. then dibungkus daun pisang, diikat ketat-ketat mcm kat atas tuh dan direbus selama 4-5 jam. Taste? sedap. Biasanya orang buat burasa ni time hari raya. Di Makassar, ia dimakan dengan coto.

sedap! mula-mula aku agak reluctant nak cuba..takut sedap ke tak sedap. Tapi rasa sikit dan terus order semangkuk.

ok, ni resepi aku amik dari internet, incase lah ada sesiapa nak cuba.

resepi ni aku copy terus dari sini : resep coto Makassar

Bahan:

500 gr daging dan jeroan sapi, bersih dan siap pakai
Air untuk merebus
½ sendok teh garam
4 sendok makan minyak goreng, untuk menumis
3 batang serai, memarkan
2 sendok teh air jeruk nipis
1 sendok makan daun bawang iris
1 sendok makan seledri iris

Bumbu halus :

½ sendok makan ketumbar sangria
¼ sendok teh jintan
1 sendok teh merica
1 cm. lengkuas
3 siung bawang putih
2 sendok teh garam
2 sendok makan kacang tanah kupas, sangrai

Sambal taoco :

2 buah cabe merah
6 buah cabe rawit
4 butir bawang merah
4 sendok makan taoco
2 sendok makan minyak goreng, untuk menumis
100 ml. air
2 sendok makan gula pasir

Cara Membuat:

1. Rebus daging dan jeroan secara terpisah dalam air secukupnya, bubuhkan garam. Setelah bahan empuk, angkat jeroan, buang kaldu jeroan. Angkat daging dari air perebusnya, lalu ukur kaldu daging sebanyak 1500 ml.

2. Potong-potong daging dan jeroan bentuk dadu ukuran 1 ½ cm, masukkan kembali ke dalam kaldu daging. Jerang diatas api.

3. Panaskan minyak goreng dalam wajan, tumis bumbu halus, masukkan serai, aduk hingga harum, angkat. Masukkan bumbu tumis ke dalam panci kaldu. Didihkan dan masak di atas api hingga kuah tinggal ± 1000 ml. dan bau langu bumbu hilang, angkat atau matikan api. Masukkan air jeruk nipis, aduk.

4. Sambal taoco: gerus cabe, bawang merah hingga halus, masukkan taoco, gerus kasar. Tumis hingga harum, masukkan air dan gula, masak hingga kental, angkat.

5. Penyajian: Taruh coto dalam mangkuk saji beserta daging dan jeroannya. Taburi bawang goreng, daun bawang, dan seledri iris. Hidangkan selagi hangat dengan dengan sambal taoco dan burasa.

Sumber :
masakanindonesia.co.cc/coto-makassar.

oh..this reminds me to rempeyek emak. hiks..

jagonya ayam.
tetap mentel nak makan KFC kan. Nak rasa sama ke tak..of course lah lain sikit.

ok..
next if rajin, i'll write on dinner kerang gergasi. hiks.

Aku mahu...

Tiba-tiba...

saya mahu hobby yang adventure..dan benda yang interesting.

1. Hobby motor besar.err maksud join bikers. so langkah adalah amik lesen B-full . Now ada B je.motor kapcai boleh la bawak. Tapi gigil dah lama tak menunggang motosikal. Lepas dapat B-full, beli motor besar..apa ha? now motor besar gah-gah sangat. easy rider? apa benda tu? ke nak motor yang macam pojiah anak wak latip bawak tuh.
Tapi......TAPI...tapi...errr... macam tak boleh la. Aku pendek..errr..rendah. kaki tak sampai. and..takut kena hempap motosikal. Macam susah je pulak. so kansel. (sebenarnya takut/gayat naik motor laju-laju. Kang kalau join konvoi, orang dah sampai Penang, aku baru sampai Tanjung Malim.) keji je rasa. Ok..sebenarnya , mmg aku tak cukup tinggi.ha-ha.


2. Jadi sukarelawan kat tempat orang utan sepilok. Kat sandakan you.! Macam best kan. err...hi orang utan. here i come. soon. huhahuhaaaaaaaaa.


3. Join jadi sukarelawan ke Gaza. wah. bercita-citanyaaaa. kan?


4.Panjat gunung? err..oh lupakan. badan berat dan malas.

5. jadi host rancangan masak...err,.macam host rancangan icip-icip..kehkehkeh...oi kiah..sapa nak hire ko oi. lagipun..mencabar ke?

6. kang sambung. tengah fikir.

Friday, July 23, 2010

Jangan....Bahaya oke!


peristiwa malam tadi. mungkin normal pada pandangan mata kita semua. sambil isi petrol, sambil borak di telefon...dari start isi, sampaiii lah habissss..masih di telefon.
please don't do this. BAHAYA.
Mobile phone kita menggunakan radi0 freku3nsi untuk transmit dan receive signal. Boleh menyebabkan spark if EMF radio freku3nsi itew berinteraction dengan petrol yand duk meruwap masa tengah isi tu.
Boleh menyebabkan percikan api and kebabommmm!
so plis....jangan lah guna telefon bimbit di stesen minyak ye. Kalau ko tengah deal bisnes juta-juta pun, pehlis...sila tunggu. If kucing nak beranak pun, still can wait lah.
Kang bukan ko sorang je yang naya.
Kete aku minyak dah kelip-kelip merah ni haaaa...stesen minyak ado lah lagi 25 km kot.hhahahaa...kalau stesen minyak di meletop...ko bukan susahkan diri ko je..dengan aku sekali terlibat ye mat. kalau ko nak rentung, jangan lah ajak org lain sekali. tak nak oke.

so...menggunakan telefon bimbit di gas station adalahhhhhhhh di larang.
jangan degil oke. mak rotan kang.





Nasi ambeng Dengkil. pasar malam hari khamis. slurp. RM 5.00.

ok..jom makan.




Thursday, July 22, 2010

Tolong...!

eh pelik.

aku tiba2 ada akaun fesbuk yang tak pernah aku create.
aku nak create akaun baru, guna e-mail aku. tiba2 dia kata akaun fesbuk guna e-mail tu dah wujud.
ehhhhhhhhh???
so aku log in, dia suruh verified, tukar password..bla..bla..dia hantar verification/confiirmation code bagai ke e-mail aku tu..bla..bla suh aku bole bukak akaun fesbuk tu.

and ehhhh?

dah ada frenlist bagai. dah dah meriah wall tu.
which aku tak kenal sapa pun dalam list tuh.

so now aku nak delete akaun tuh.
how eh?
aku gabra sgt ke tak jumpa button delete ke apa2 yang boleh melenyapkan akaun tuh.

aku nak delete......! takut niii.....

help.

susahnya masak.

waa..oramputeh ni kan..kretip eh buat rancangan masak-masak.
aku tgk beyond river cottage.
plan nak masak untuk wedding.
utk 100 tetamu gitu.

the interesting part is macam susahnyaa nak masak oke.
siap pi ngendap-ngendap rusa ke apa tah untuk tembak dan tangkap binatang.
macam susah kan?
kalau kita terus ajalah pi pasar. "wak dolah, daging 200 kilo". kan?
ni siap mengendap-ngendap, tembak, heret-heret rusa tu kat semak, sembelih, belah-belah.
Lepas tuh hiris daging...kesian oke aku tgk rusa tu kena hiris. comel pulak tu. kesian.


lepas tu..nak susah lagi, siap pegi ladang lebah ke apa tah nak dapatkan madu.
apa ke susah beno mamat ni nak masak ek? siap kena sengat. siap pakai baju cam nak pegi bulan nak handle segala lebah bagai. siap nak bela-bela lebah bagai kat depan dan belakang rumah. oi..ko ingat lebah tu rama-rama ke?
eiii tak koser oke. bukan ko nak masak lebah kan?
beli ajalah madu kat supermarket.

Lepas tuh..siap mancing ikan. ya ampunnnn. memancing ikan ye. bukan menjala. susah beno eh.
lepastuh siap nak kejar-kejar ayam bagai. azabnyaa nak kenduri.
kat pasar berlambak ikan/ayam. ha-ha.


Ni semua herbs, segala mak nenek bahan pun petik-petik belakang rumah. best eh, sayur2 pun amik belakang rumah. cabut-cabut gitu.

Lepas tu yang rewang 2 orang je.

tapi bila dah siap masak..mak oi..sedapnya benda yang dia masak. tomato yang tergolek-golek dalam pinggan , dibakar, buh cheese pun nampak yummy.

simple je menu. rusa yang tergolek tadi dipanggang, lepas tuh apa benda tah mcm tomato ke di belah.sumbat cheese..bakar. and dessert pun nampak sedap.
senang eh menu kawin oramputeh ni.
kalau org melayu kawin, menu camtu boleh ke?
tah-tah baru buat senarai menu like: tomato with cheese, grill beef, terus ada tomato dengan kambing terbang. mak aku baling. ha-ha. eh. merepeknya aku.


err..
aku rasa nak tanam kobis lah.hidroponik. boleh idup tak?
nak bela kucing malas.aku selalu takde rumah. harus kucing aku meninggal tak makan kang.
lagi kesian.


apa aku meroyan ni?

lapar la ni. nak makan megi,

megi sudah kembanggg.

Wednesday, July 21, 2010

Bila jiran ajak join fesbuk group.



Communication technology 3G, 4G (wimax recently) and govt project, High speed broadband, rakyat adalah mendapat benefit yang sangat luas. And application yang sangat banyak melalui teknologi jalur lebar bagai ni menjadikan hidup kita lebih mudah? Komunikasi menjadi semakin semudah ABC. Teknologi makin berkembang..and of course lah ada pro and cons nya kan.


slide presentation , Prof Thar3q, uTm.



Tru communication technology timbullah segala device communication, iphon3 , dan segala benda canggih. Masyarakat kita dah dalam internet environment ..so.timbulah segala jenis benda like faceb00k, twitter (ni apa benda ni???) - jakunnya aku, dan segala communication medium, jaringan sosial di alam maya. order pizza pun order online sambil niarap berkemban kat tilam aja kan senah?

eh..apa ke aku merepek ni? hahhaa..that was some of knowledge sharing during the international broadband comm sym that i've attended recently. and i presented my paper which relate to Wim@x antenn@ facility, effect etc. Biasalah, technology ada orang suka, ada orang tak suka, walauuuuu pun benda tu bagus. kan senah. tak suka dah. tapi orang lain suka, takkan nak cabut antenn@ atas bumbung atas rumah kedai Ah Kong sebab ko sorang tak suka. nanti takde coverage pulak lah dol satu kawasan tu.

Apa kaitan entry merepek-repek aku ni?

Oh..ni angkara fesbuk.

Pagi ni, jiran ku itu telah meng sms (satu2nya jiran yang aku kenal dan bertukar-tukar juadah).ha-ha.

" weh, apartment kita dah ada fesbuk group.kelassss..derang ajak join."

wa-wa-wa. kagum mak laaa...

aku pun search lah. Jumpa. Ok..katanya untuk berkomunikasi sesama jiran, update news dgn jawatan kuasa penduduk dll. Untuk berdiskusi dan bersosial lah gitu. Aku tengah fikir, nak join ke tak. now aku tengok baru 11 orang yang join.
errr..errr...err.

Adalah pro and kons nya kan.

yelah..duduk dalam rumah, mana ada jumpa jiran. Balik, bukak pintu..gedegang..dah.
Society zaman sekarang. Masing-masing busy. Muka jiran pun tak kenal.
Macam aku, jarang je pun balik situ. So mana ada kenal jiran kecuali jiran tingkat 11 tu. ha-ha.
Jiran sebelah pintu??
ha-haaaaaaaa.... tak kenal.
padahal..tah2 parking lot dia sebelah aku.
Camno nak nampak bayang nok..grill pintu rumah dia pun dipasang langsir u ols.
Grill oke. bukan pintu rumah tuh.
Ha-ha. sila imagine dengan imaginasi tahap 7. Langsir warna kuning.
Ok..actually jiran arab. ada lah sebab kot dia nak pasang langsir, maybe dia suka bukak pintu. tu pasal grill pun di bubuh langsir. Jiran sebelah sana pulak? err..jumpa kat lift pun tak bertegur. sekali tu je la. aku segan nak tegur as derang pun buat tak endah dan tak pandang pun aku.
so...its clearly describes lah kehidupan berjiran zaman sekarang ni. Oh..ada satu floor dgn aku yg aku kenal masa meeting penduduk. Tapi derang selalu fly, koje dgn airlines, so lagilah aku tak jumpa.

Tapi kan. ha-ha. baru-baru ni, barulah dpt bertegur sapa dengan jiran yang bubuh langsir kat grill sebelah pintu. itu pun adalah kan scene nya. if not takdelah kan.


ceritanya,

aku balik apartment.
sampai dah time maghrib.
dah lama tak balik sini, so ingat nak mengemas sebelum pi out station.
bukak grill.
masuk kunci ke pintu kayu.
gek..gek tek..tek.
eh..tak boleh bukak ??
kunci pusing..bunyik tek!
tapi cam tak sangkut.
ohhhhhh..jadik lagi. dulu pernah lah gitu.
nasib baik masa tuh budak-budak bujang sebelah pintu ni ada.derang tlg bukak kan.
Mengada kan? aku bukak tak boleh, org lain boleh pulak. Bongok je rasa. Tah apa-apa.

So..dengan bag, baju dan segala mak nenek barang berlonggok depan pintu, aku call jirang bawah yang selalu bg aku makanan tu. Aku siap pesan, ko bawak jelah tukul besi ke lesung ke sng nak pecahkan kunci ni if mmg tak boleh bukak. Hempuk ajalah tombol tu dengan lesung kannnn.
Takkan aku nak tidur depan pintu pulak.
So dia pun dtg dgn sopan santun. Tolong godek-godek dan tak berjaya.
Tup-tup jiran arab aku yang bubuh langsir kat grill tuh balik dari mana tah. terus dia masuk rumah.
eeeeeiiii. tak de pun kan nak tanya ke apa.

so aku geram lah. saja buat bunyik kuat-kuat gedegang-gedegang kat pintu .
haha. dia keluar oke. Tanya..wut happen?
aku cakap , i kenot open the door.
dia jawab : balkoni lock tak? if not u can enter ur house tru my balkoni.

errrrrrrrrrrrrrrrrrrr...kerrrrrrrrrrrr. aku ni macam pekak sikit kan. Dia yang nak tolong panjatkan balkoni tu? atau dia suh aku panjat balkoni umah dia, and climb/lompat/ jalan pejam mata panjat ke balkoni aku?

oh..ngerinya option yang dia suggest u ols.

Aku bukan labah-labah kaki lapan oke. Aku tak leh lekat kat dinding and merambat ke balkoni sebelah. oh..ngeri di situ.


and, kalau dia pun yang nak panjat, oh better not lah kan? kang dia jatuh bersepai ke bawah dari tingkat namblas ni, tak pasal-pasal bini dia saman aku. tu pun ngeri gak.

Lagipun balkoni aku kunci lah.

so mak tanya..' u want to try?" aku hulur kunci.

dia masuk kunci dan tek.!!!!! pintu aku TERBUKAK tak sampai 5 saat u ols....

so aku labelkan pintu aku sbg mengada-ngada!!!!!!!!!!!!!!!!! benci oke! lempang nak?

so now i'm considering to replace the key set with the expensive berukir-ukir kot baru pintu aku tak mentel? gedik.


so dek kerana peristiwa tu lah baru bercakap dengan jiran. kan?

apa aku merepek sampai ke sini ha? pointnya nak join ke tak fesbuk jiran-jiran.hahhaah.

ok..yang ada dalam otak aku adalah.
bagus jugak join. kot lah terjadik peristiwa mcm tu lagi, if jiran tgkt 11 aku takde..sapa nak tolong?
so bagus kalau join, aku bubuh status kat fesbuk

" tolong!help! tak boleh masuk rumah, i cant open my door. my unit no is..XXXXX..helpp...i'm hungry and tired. help me now".

ko rasa berduyun tak jiran aku nak datang tolong? - if lah derang duk ngadap fesbuk je kan?

or..since majority neighbour adalah arab, aku kena speaking arab sket lah. errr..susah gak lah kan. jumjumaton - tengkorak. tu je aku ingat.
hiks.


ada benefit lain tak if aku join?

hem..maybe updates apa terjadi di kejiranan? jiran dapat new baby? (err..ada ke baby second hand?), rumah jiran kena masuk pencurik? rumah gegar sebab gempa bumi? or any updates like if aku tak bayar duit mantenance 3 bulan, dia akan hantar alert kat fasbuk dulu nak potong air rumah aku? if not terpaksa mak tido hotel cam 4 bulan lepas. ha-ha. padan moka aku.

Lepas tuh, boleh berkenalan dengan jiran-jiran? Tapi aku tgk yang join tu, letak muka anak/baby derang as profile photo. camno nak kenal ha? Muka baby 8 bulan aku rasa sama je ghopanya. iskk.

Adakah bagus ber-fb sesama jiran? Medium komunikasi berkesan?
Kalau berkesan sgt tak bagus jugak kot? Like...dijadikan medium untuk memberitahu jiran yang kita beli sofa baru?

update status " bestnya sofa empuk baru ni. mahal ni. beli kat KLCC. RM9000 je".

pastuh siap buh gambo. hahahhaa.

or nak raya,pakat-pakat beli langsir baru , tayang-tayang gambar pastuh tag semua jiran.hahaha. ala-ala suruh tgk album langsir rumah dia secara paksa.
ala-ala show off secara berjemaah gitu?
mentel.

or tayang kuih raya, so kekdahnya..dulu nak tau jiran buat kuih apa..kita dtg rumah, now tayang kat fesbuk je? hahhahaa..liarnya imaginasi aku. ngokngek.

or if tak reti masak apa, or garam habis takleh nak masak, nak pi kedai malas, so buh status " beras habis..lapar..laparrrr..4 hari tak makan.." - agak2 jiran simpati and hantar food tak?
hhahhahah.

hahhahhaa..sewel laaaa.

dah. merepek betul aku ni la..

ok..berkisar arab-arab jugak. makan kat saba' hari tu. gatal nak order benda ni sbb aku tgk dlm program jln2 cari makan kat 703, derang order benda ni kata sedap. siap beriya2 mkn.
hahahha.. grape leaves apa ke benda tah nama menunya. bukan daun pucuk ubi oke.
haaaaaaaa. kenot eat u ols. hhahahhaa.pelik rasa dia.

see..benda lain, kabsah, kebab licin..! Tapi benda tu..tak laluuuuu... tak tau nak describe rasa inti dia tuh. hiks.dah la orang meja sebelah duk pandang-pandang je nak tgk aku makan benda pelik tuh.stress oke nak makan.
ok..next time order je lah benda yang suit dgn tekak jawa aku ni.
heeeeeeeeeeee

Rasa nak bubuh gambo kucing kat Fesbuk profil3 aku. hiiiiieeeeeeeeeee.

Tuesday, July 20, 2010

Bila dapur kembali berasap...



Hi ...jom masuk dapur..!

After almost a week with hotel food..heaven gila bila balik terus kembali ke dapur. yeszaaa...masak....! i missed my kuali, periuk,senduk dan span cuci pinggan.

Jom masak...baru lah sedap. oh sedap. (errr...matik lah kan, masuk lift tekan butang tingkat 820 terus..) <------ abeh tu sapa lagi nak puji masakan sendiri.kan kak senah. Kalau tak sedap pun bukan orang tau.kehkeh.

hilang stress sikit bila masak. Sebahagian lagi hilang masa makan.


So puan-puan... kita masak sambal udang petai. Petai ni bukan petik kat pokok, tapi beli yg dah siap susun dalam plestik. Tak berapa best la kot, compare yg masih dalam kulit hok tergantung kat pasar tani tu. Petai ni besar-besar, so kena belah-belah dulu, takut ada protein bergerak-gerak yang tak dikehendaki dalam petai tu.


Udang.....kupas kulit terus, senang nak makan.Boleh masuk mulot terus. Jimat masa sbb takde aktiviti sampingan kopek kulit udang.


tu dia. stok untuk 3 hari kot.satu kuali masak ha...ni tempoh jangka hayat addicted to sambal udang petai adalah 3 hari. Gigih oke, masuk dapur bawak kamera.

ok..dah siap. Tapi... tapi... tah kenapalah kan. sambal aku pedas semacam. Ni aku salahkan cili lah ni. tensen je nak makan. mulot keluar api.Berasap. Tapi dah masak banyak, kenalah makan jugok.


tempe goreng, ikan pekasam goreng cili, sayur kacang buncis dan sambal tempoyak...errrr..plus nasik 5 pinggan.errr.

senja.....




Against All Odds - Phil Collins

How can I just let you walk away,
just let you leave without a trace
When I stand here taking every breath with you, ooh
You're the only one who really knew me at all

How can you just walk away from me,

when all I can do is watch you leave
Cos we've shared the laughter and the pain,
and even shared the tears
You're the only one who really knew me at all

So take a look at me now,

'cos there's just an empty space
And there's nothing left here to remind me,
just the memory of your face
Take a look at me now,
'cos there's just an empty space
And you coming back to me
is against all odds and that's what I've got to face

I wish I could just make you turn around,

turn around and see me cry
There's so much I need to say to you,
so many reasons why
You're the only one who really knew me at all

So take a look at me now,

'cos there's just an empty space
And there's nothing left here to remind me,
just the memory of your face
Take a look at me now,
'cos there's just an empty space
But to wait for you,
well that's all I can do and that's what I've got to face
Take a good look at me now,
'cos I'll still be standing here
And you coming back to me is against all odds
That's the chance I've got to take, oh, oho

Just take a look at me now







senyap dan sunyi...