Monday, January 31, 2011

Agro Wisata : Fruits Farm

Salah satu perkara menarik di resort tanah tinggi ini ialah aktiviti Agro Wisata..
Eco tourism ke ?
Melawat Ladang buah-buahan yang bukan je ada buah, tapi ada jugak bunga, sayur organik, binatan (rusa, pelanduk ) dan jugak binatang yang duduk dalam sangkar time ko datang dia terlolong-lolong . Aku pun lupa apa nama binatang tuh. AKu rasa untuk menjaga kawasan yang luas ni sekiranya ada orang asing menceroboh.
So kalau nak menceroboh ala-ala fikir 18o kali oke!
terkejut mak! ha!

Dalam ni juga ada menara tinjau, tujuan untuk kakitangan bertugas meninjau kawasan ladang.


Untuk masuk ke ladang, kena bayar.
Oleh sebab menginap di sini, so tak yah bayar, dah termasuk.
Aku lupa berapa bayarannya berapa.
Dan kita dibenarkan memetik buah-buahan mengikut apa buah yang tengah musim.
Kitarang teruja lah nak petik epal.
Tapi kan u ols, petugas tu kata,
" epal enggak ada musim, yang boleh petik guava (jambu batu)".

perftttttttttttt.

aku cakap kat leez,

" nok. setakat nak petik jambu, time mak kecik-kecik dulu aku dah selalu petik . Sebelah rumah mak aku bersepah pokok jambu batu. Bukan petik je, panjat, duduk makan tidur atas pokok jambu batu oke".

kih.

Then petugas kata, nak petik buah strawberry pun ada, if tak kisah boleh je petik stoberi. Tapi ladang kat tempat lain. Jauh sikit.

Ala...malas lah. Dah banyak kali petik stoberi dahhhh.


So kami masuk le dalam ladang.

Kami disapa oleh petugas ladang agro ni.

Nama dia y7&8uuy WOFO %^%&%&57

Yang aku dapat tangkap Wofo je. hok lain dah 3 kali suruh ulang still tak boleh capture apa bunyiknya. Oh..pekak ke aku niiiihh.

Setiap pengunjung diberi jus epal. oh sedap! jus epal dari ladang ni.

srottttt! habis.

Masuk je dalam kawasan ladang, nampak oh luas jugak.
eh macam-macam ada.
Pokok bunga pun cantik-cantik menghiasi ladang di kiri kanan jalan.
So suka je nak ambik gambar.

Oh Wofo tu jadik tour guide kitarang lah.

Dia menerangkan serba sedikit pasal ladang ni. Dan dia bahasa inggerisnya pun bagus. Dia pernah ikut rombongan berkenaan hal-ehwal pertanian ke negara lain. So dia pandai photography dan PR dia bagus.
we likeee!

So selain manjadi tour guide dia ni cum photographer lah untuk kami.





Aku kena paksa bergambar dalam celahan pokok bunga

si wofo ni kan, kalau ko nak bergambar dgn pokok bunga, mesti nak suruh masuk tengah-tengah pokok.tah ke dalam pokok tuh ada ular ke apa kan? tak ke terpelanting karang mak nih?
and masuk kat celah pokok tuh kang tah2 kojol ke pokok bunga merah nih...
dia cakap..sila lah feeling2 mcm kat amsterdam? voleh???


Sesi bergambar dengan pokok bunga dah ala-ala shooting pilem bollywood.

wofo: masuk ke tengah gitu..baru cantik photonya.
aku: ya ampunnnn...ko ni boleh jadik art director laa
wofo: ha..begitu..begitu...haa..suwittt!

kerrrrrr...
kerrrrrr..




we are XX, but we are Ok. prfttttt.wakakaka..lempang pelissssss


Ok,
first masuk ladang stoberi.

oh, ya, aku nampak banyak pokok buah markisa atau passion fruits. masih hijau. belum masak betul. Tapi aku suka je. Wofo tanya nak rasa ke?
ohhh..
mestilah nak!!
takkan datang sini nak makan jambu batu je.





wofo in action

buah markisa bergayutan, masih hijau

Ni isi dalam dia. masam..tapi aku suka! so dengan muka seposen mintak dia belah lagi..dan lagi..dan lagi...



ok, masuk ladang stoberi.
buah tak berapa ada.
nak petik pun tak smapai hati.
tak musim.
yang hijau2 banyak le..yang merah2 boleh kira.

subur menghijau

QC tgh cek ulat

merah


ranummm


sejuk mata memandang

rusa kan? ada juga kijang, pelanduk

Ini tempat tanam sayur organik, takde guna baja taua racun. Jadiknya ala-ala pokok yang bukan sayur juga meriah sama naik.



Ok sebenarnya, kalau tak nak jalan kaki, letsay bawak orang tua ke kan, boleh naik kenderaan yang disediakan oleh pihak resort/ladang ni.
Kenderaan macam bas kecil. ada seat, takde dinding. apa nama dia?
Aku terserempak dengan sekumpulan pelancong Malaysia naik kenderaan tuh. waaa..eksen je tgk kitarang jalan kaki.
tak silap aku bayaran adalah 10ribu rupiah untuk seorang.




ok,
here we go..
ladang epal.

errkk..togel je ?

ok..sedang berbunga

bunga apple

ada 4 jenis epal ditanam di sini..

Ho..bila dah masuk kawasan ladang ni betul-betul, baru le nampak, sebenarnya pokok ni ada pelbagai peringat. Takde lah semua togel/tak musim.
Ada yang tengah berbunga, ada yg tgh berputik dan ada yang sedang lebat berbuah. tapi yang masak tak begitu banyak, patut lah dikata takde musim.


Di ladang ni ada 4 jenis apple. Ada baka dari australia dll. Yang kat atas ni brand ehhh jenis Manalagi.


ok..ni baru ladang apple yang tgh berbuah

bergayutan
hampir masak



Wofo baik hati, bagi kami rasa. errrr..bukan rasa kot. makan sampai kenyang gamaknya, lupa berapa bijik kami makan. Rasa dia lain dr apple yang aku beli kat supermarket.
Wofo kata, apple ni banyak diguna untuk membuat cuka apple dan jus.


ranum


next..
ladang jeruk.
atau buah limau..

ok..upacara belah dan rasa.. oh manis. Tapi manis takdelah mcm limau thailand tuh. ni manis-manis manja gitu. makan 2 bijik.




next,
ladang jambu batu.
aku macam keji oke sebab ala-ala dah malas nak masuk ladang jambu ni. Sebelah rumah mak aku kan banyak pokok jambu time dulu-dulu. So tak excited.
Kitarang duduk menebeng dekat kerusi depan ladang jambu. Penat dah masa ni sebab asyik sebok posing dalam semak, celah pokok segala.
Si wofo pulak sama naikkkk... dia duk arah pose gitu gini..cihcihcih. so dah macam shooting pilem hidustan dalam ladang cuma takde adegan guling-guling jatuh gaung mendarat atas keretapi je.
hikssssss.
wofo gigih le petik beberapa biji, basuh dan bubuh dalam plastik suruh bawak balik. Dia kupas dan belahkan jambu batu yang besar. Hooo..kenyang gila dah masa ni. Tapi aku makan jugak.


hari lain ada orang nak kupas-kupas buah untuk kita? lepas tuh tinggai ngap? takdeeee.


pinkishhh

ladang buah naga


penat ok....sesambil tuh sempat rembat..eh wofo petikkan buah markissa sebab dia tgk aku minat sungguh dengan markissa. siap petikkan utnuk bawak balik, buat benih.
siap ajar macamana nak tanam. aku pun beriya tanya itu ini, macam beriya nak tanam.

TAPI..

Tapi...

nan ado u ols.
buah markissa tuh dah few days dalam beg aku belum keluarkan ok.
semalam baru teringat. buah tuh dah kecut2..belah tgk isi dah agak kering.
siap letak depan air cond biar cepat kering. motif????
ye la..kot-kot esok lusa aku dapat hidayah nak tanam buah markissa tuh..mana tau.
memang kena keringkan dulu wofo kata.

ok..next..
kita ke Kusuma Flora.




jom tgk bunga

cantik!

bonsai?

Tukang jaga kat sini beriya susuh beli. oh tak payah leeee.....dapat kat aku sure kojollll semua.
buat penat bawak naik kapal terebang je.



kedai apple

kedai cenderahati

oh ya..masa dalam ladang stoberi, duk tengah posing-posing celah pokok/buah stoberi kannn.
tiba-tiba....

ada sorang lelaki datang. Duk amik-amik gambar pokok la..pagar la.
beriya amik gambo dengan kamera DSLR Nikon dengan lense cam belalai gajah.
Aku ingat dia ni maybe pelancong la..minat amik gambo.
Tiba-tiba dia duk asyik hala-hala kamera kat kami. So kami duk posing time wofo duk snap gambar kami duk terkangkang kat celah pokok.
Mamat tu tumpang sekaki pulak snap gambo kami.
Pastu kami tanya.. kenapa amik gambar?nak suruh bayar ke?
tak yah le kannnn. kami ni setiap sorang mmg dah ada SLR camera ni ha..plus bawak compact camera sorang satu. see..dah ada 4 camera oke!

dia kata..eh..."enggak apa-apa...ambil gambar ni gratissss! tak payah bayarr.." dengan sengih-sengih.

eh..ada mak suruh ko amik gambo kami? takdeeee.

So keluar je dari ladang...nak balik..

tiba-tiba..

prengggggggggggg..prenggg..
mamat tadi datang naik motor ke arah kami.
Hulur dua keping gambar.
dah print!
dia ckp.. "mahu tgk enggak photonya sudah dicetak cantik...!"

eh? eh?
aku tgk le gambarnya.
Ha..cantik sgt la????????????????

Gambar aku tengah terkangkang angkat sebelah kaki kat batas pokok stoberi.
cantik ke????????
Grrrrr..grrrrrrrrrr..grrrrrrr....
Gambar Lezz ok jugak lah. tapi Leez pun tak puas hati jugak la.

"sekeping 25 ribu" ---> mamat tadi bersuara.

haaaaaaaaaaaaaa????????????

oh....ko nak suruh aku beli laaa??

mintak tawar tak bagi. dia ckp..sukati le nak ke tak.

tapi kalau u ols jadik mak kannn..takkan tak nak beli.
dia dah print.
Dan takut jugak tah2 dia guna untuk tujuan lain. tah bawak gi bomoh ke..
eh..eh..
ko cun ke kiah sampai perasan org tu nak bomohkan kau?
ahhahahaha.
tapi tak kira laaaaa kan. Takut gak kang aku balik Malaysia, asyik teringat gambar tuh..teringat mamat tuh ke...tak kowserrrrrrrrrrrrr.

tapi kesimpulannya..beli jugak la...
vengkekssssss je.

Tapi tak kisah lah.

walau gambar tuh aku rasa nak sorok bawah katil je.

Keseluruhan lawatan?
sangat menarik.
cuaca agak dingin.
seronok!
aku suka snagat tempat ni.

horeyyy!
yes! dah boleh lompat!!!!!!!!!!
--> mungkin jalan dalam ladang dua jam tadi aku turun 5 kilo. kekehkeh.

Sunday, January 30, 2011

Kusuma Agrowisata Resort & Convention Hotel

Menuju ke tempat penginapan di BATU, di sebuah kawasan tanah tinggi. Ia terletak lebih kurang 30 minit dari pusat Bandar Malang.

Kawasan ini sangat strategik kerana ia merupakan kawasan peranginan terkenal di kawasan tanah tinggi. Kami melewati Jawa Timur Park dan deretan hotel kecil.

Kusuma Agro Wisata Hotel merupakan kawasan resort yang luas , yang menawarkan percutian lengkap jika kita mahu lari dari kesibukan kota. Hampir 3 jam dari Surabaya (2 jam lebih kalau tak macet) , ia merupakan resort agro dengan kemudahan hotel, dewan convention, tempat mesyuarat, tenis court, kemudahan aktiviti outdoor lasak, restoran, fitness centre, dewan, kedai cenderamata, kolam renang dan yang paling menarik terdapat ladang buah-buahan di mana pengunjung boleh memetik buah . Pengalaman menarik!

kawasan resort

kami tidak tinggal di hotel utama tetapi di bilik yang terletak sedikit jauh dari bangunan utama. Macam cottage gitu.

pandangan dari dalam bilik

kawasan yang dipenuhi dengan pokok menghijau dan bunga-bungaan cantik.




bilik yang kemas dan bersih. kawasan ni sejuk, so takde aircond mmg dah sejuk gila.

Bilik kami terletak tidak jauh dari ladang. Nak petik apple jalan kaki je.

shooting activity anyone?

tennis court

convention hall

kolam renang yang terletak sebelah restoran

bangunan restoran

agak excercise jugalah kan sebab nak ke mana-mana jalan kaki. restoran agak jauh dari bilik. Wifi di restoran ini free..24 jam! so malam kami lepak sini.

hadapan bilik

aku suka gila bunga ni

at swimming pool

nice! sarapan pagi menghadap kolam yang berlatar belakangkan gunung dan pemandangan Kota Batu dari atas resort. malam-malam view lampu dari bawah cantik sangat!

big breakfast

Makanan bagi aku ok. banyak juga pilihan, dari buah-buahan, roti, nasi goreng, nasi putih, telur, dan lauk pauk msakan gaya tempatan. ada juga bubur, tempe dan lain-lain.

not bad lah deco nya


meeting room

cottage

Keseluruhannya , puas hati. Menarik ! harga reasonable. The most interesting was experience at fruits farm.
jom kita agro wisata.Next entry!


Mari pegi kebun cik Kiah!