Thursday, October 27, 2011

Cik seri siantan

panassss.
site visit today and on site testing.
when dealing with many people, from several department somehow create unnecessary stress.
in e-mail said everyone should be on site at 9.30 am.
and i make sure my staff arrive before 9.30 a.m.
and we were there at 9.10am on the dot.
so 9.30 we start testing, assessment.
because this thing relate to public concern, several department involved including the YB and local council and exco ke ahli majlis , telco service provider etc.
ramai kan? ans i expect semua orang ada.

tapi...

i really pissed of with some of them.
u asked me to come 9.30 am for on site testing.
I could expect that this thing will be 'panasss" so i need the YB, local council people to handle membersofpublic while am doing my testing. and i expect everyone should be there.
Tapi sesedap rasa kau datang lambat.pukul 10.15 baru nampak muka. 10.30 baru datang. and some of them tak datang langsung! tak call pun.


pelik kan.
kau hantar surat kepada segala rakyat kau dtg 9.30, tapi kau pulak datang lewat sejam.boleh???

so...while my staff doing testing, i became cik seri siantan to hear all those issue dari isu persoalan yg mahu diselesaikan ke isu sampah tak kutip by majlis daerah.
eh, ada kena mengena dengan aku ke? bukan lah aku nak dgr sangat. tapi dah semua mengadap aku. so kita dengarlah luahan hati uncle ramasamy, uncle Ah Kau, auntie Mei Mei, pakcik Anuar zain etc,
sebabnya..Yb yg ditunggu tak muncul-muncul.

hello YB..u expect people to vote you , so serve your rakyat lah.
orang ramai ni gamaknya tak kenal muka yb derang ke coz suddenly i became cik senah berselendang mendengar segala isu kucing beranak, isu ahli majlis tak buat kerja ,longkang tersumbat, lalang tak tebas bagai.

ke agaknya derang ni tersalah pandang , ingat aku ni bini Yb ke hapa?
ehemsss..ada cam rupa mak datins ke i ni.
hahaha.


terpaksa aku dengar, tadah telinga. baik aku je yang jadik yb situ.

eh marahnya aku kan.

yes. i do.

why??

ni lah masalah manusia ni kan.

if u cant turn up please send your representative lah. or call at least.
ni orang tertunggu-tunggu. and some of them lenggang kangkung datang lambat like no body business lah.
sudahnya am the one jadik kak seri siantan.

if tak boleh datang, call and say at least, " oh i got urgent matter, kucing i beranak kembar 5".
ni kau senyap..aku pulak yang jadi tempat orang lepaskan geram.
disembur-sembur oke with all those rakyat yg bengang.
so YB2 wannabe pun over-overlah pulak jadik batu api.

ok..election is just around the corner eh? so..semua benda termasuk lah kucing warna oren rumah jiran pun difoliticskan. and pesal apa fulaks mak ni kena menjawab semua itu? all that has nothing to do with me.

aku tak paham orang yang datang lambat or tak dtg and tak reti nak inform.
nak kata jauh? aku pun jauhhhhh. koser.......
langsung tak respect masa orang and i consider them as cow.
aku berlambak keja nak buat ok.
and cukuplah bagus aku nak pi site tadi, tapi manusia-manusia yg patut datang tak datang.
thats cruel.

tak kisah lah kau ada masalah dalaman parti pinggan mangkuk kau tu.
but please la. respect masa orang lain.

and somehow tah sapa invite press.gatal. so when they come to me and ask for statement relate to the issue we are handling, i said no komen. (wah..macam retis kan...kih).




cow.cow.cow.

kambinggggg.

Sunday, October 23, 2011

Saturday, October 22, 2011

usha??? have a nice weekend!

Hi u ols.
selamat berhujung minggu.
to my indian reader (wah kau bajet Blog ko 1 malaysia baca catzzz????) hows ur deepavali preparation? dah siap shopping dan goreng maruku?

Diwali Rangoli/kolam, KLCC. cantikkk kan!

i copy this from here

[ Rangoli is the art of drawing images and figures on the floor, at the doorstep of one's home. With the beautiful combination of colors, rangoli makes a magnificent piece of art. It has been a tradition in culturally rich India, to draw rangoli on festivals and other auspicious occasions, as it is considered a holy ritual. It makes a part of Diwali celebrations too. The main purpose of making rangoli at the doorstep, on Diwali, is to welcome Goddess Lakshmi, the Goddess of Wealth.

The art of rangoli is known by different names in different regions of the country. In Maharashtra, it is called 'rangoli', while it is known as 'kolam' in South India and 'alpana' in Bengal. While most of the Rangoli designs are made with the use of dry colors, the patterns can also be done by using the paste of rice grains, turmeric paste, vermilion powder or chalk. ]



..

Had simple brekafast today.
aku keluar awal pagi.
pukul 9 lebih dah sampai woksyop kereta.
check timing belt dan tukar wiper semua.

thenn..zoooommm pegi mall.
awal sampai , parking senang.
sale sana sini.
shopping baju sikit , toiletries, groceries.
lunch di food court.

then lepak di starbucks.
Finally i have at least one hour to read a book (bought at big bad wolf haritu..if not jadik tukun laaa). am reading "the 4 day diet". interesting! i wil share some info later u ols.

tiba--tibaaaaaaa..


"eh..ko usha awek tu...awek tuu..."

" ko laaaa..ko laaa..weh awek tuuuuu"


aku toleh.

3 orang BUDAK duduk sebelah meja aku.
aku toleh.
derang pandang aku.

lepas tu derang pindah duduk dekat sofa pulak.

beli dua air kongsi 3 orang.

yang sorang tuuuuuu..aku toleh je terussssss aku ingat sapa tau??


Jahhh!!! muka dia sebijik muka cem jah!!!! Gambo yg ko pakaikan cem spek bingkai tebal tuh.

sorang kurus kecikkk je.

err..dik..ko nak ngurat akak ke? akak ni dah pangkat nenek ok kalau dibandingkan korang.

eh..perasannnya aku kan.kih-kih-kih.

if ko nak ahkak ni jadik suger mommy korang, ahkak nih tak kaya pun dik.
hahahhahahahaha. bengong!

err..aku tataw lah sapa yg dia nak ngorat coz once a while yg kecik tuh pandang-pandang aku.

err..tah-tah aku ni rupa mak dia tak?? terus dia teringat kasut sekolah dia yg belum cuci..hiks.

btw kan dik..kalau berdiri pun tinggi ko lebih kurang je dgn kerusi starbucks ni, ahkak tak minat dik. ni bukan anak ikan dik. Ni ikan bilis yang makcik senah kantin sekolah korang goreng buat lauk nasik lemak dik.

baik ko balik lah dik.

kasut sekolah ko dah cuci ke belum dikkk????

tgk gaya PMR pun belum lepas ni. tah2 belum sunat pun.

ha-ha.


err..jah!

sejak bila cem dah terlepas kandang dan melepak di starbucks jah????

sapa tak tau siapa jah dan cem, u ols redho je lah baca.
hehhehe.

have a nice weekend u olss!

Friday, October 21, 2011

Na na na na na na na...,

just step into my office.
half day at site, tiring. apa nak buat , kena lah pegi menoreh dibawah matahari terik.
i wish the weather will be kind to us.
hujan kalu mak kenot kerja .
my work schedule is very tight (kononnn, tapi sempat tulis blog u olsss..terkedik updet macam lah ada org nak baca sangat blog kau ni kiah kan)..
i have to make calls for site visit arrangement, site assessment,.
currently working with telcos people..
some times involve with YB, @dun, local council etc.
i hate to make phone calls, sometimes.
cakap di telefon pun penat mak ni.
but sometimes..its entertaining and sometimes menimbulkan keinsafan.
the reason is...instead of listen to tuuut --tuuut!, tuttt---tuttt!
u will listen to this..

1." jangan lah engkauuu meninggalkan perkara yang wajib yang telah diperintahkan kepada kamu wahai umat manusia.....bla..bla....nescaya...bla..bla...syurga..neraka..." ---> itu caller ringtone ceramah agama. terus mak insaf, nak pegi amik air sembahyang.

2. bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. pun menimbulkan keinsafan. ---> bagus juga.
Terus insaf dan terfikir, wah dah lama tak ngaji. hari ni hari jumaat, balik kang lepas maghrib nak baca yassin, ngaji.

yang menyampahszzz pun ada jugak.

1. ringtone lagu tamil yang aku tak faham, dah lah aku kena call 5 kali baru dia angkat. %*&*^*&*YTT&&*(*(*(*. ok, aku bukan nyampah mereka, just that aku tak paham, kena dengar 5 kali berturut2...so smapai terngiang-ngiang sehingga ke petang hari.


yg entertaining pun ada.

aku dial.


"Na na na na na na na na na na na. selamat hari raya, aidil fitri mulia. kita semua bermaafan. salah harap ampun di pinta..bla..bla..bla------------> suara dan irama lagu doremonnnnnn ok!!!!!

ya ampun.,

dan berulang ulang kali pulak tuh.....

azabs.

that is from mobile phone one of big boss at telco company (LELAKI umur 40-an). comelnyaaaa caller ring tone kau kan.
menghiburkan. busy kot. tak sempat nak tukar caller ring tone tu walauuuuu raya dah berzaman berlalu.
comel.alalalallalalalala...comelnyaaaa...kucik-kucik-kucik......
menghiburkan aku di petang hari.


Tergiang-ngiang di telinga ini.

Na-na-na-na-na-na-na-na-na-na-na......

Thursday, October 20, 2011

makan seekor lembu

Rajinnya aku hari ni. sebab updet 2 kali.kih.

Nak keluar lunch tapi malas.
this morning i had 2 guests , Komander?or leftenan komander is it? from mind3f to be specific from tLdM. meeting on radar and communication system for newly built kapal n@VY.
one of them, masa baru dtg pagi tadi..tanya.." kat sini ada surau?"
aku cakap " ada."
aku macam pikir, nak pegi surau buat apa time2 gini? nak semayang dhuha kah??
tepat.
dia nak semayang dhuha.
wah...anak sapalah tu kan. sesuai dibuat suami. hahhaa.
ok dah. merepek.

kering tekak aku bercakap, and habis meeting they invite me for lunch, nak belanja katanya, tapi mak malu u ols.
wah sejak bila aku jadik pemalu pasal makan ni entah.
malas la sebenarnya.
Lagi best makan biskut dalam bilik.
malas.

ni sambil gigit biskut lah ni. jacob. low fat. low salt. high fiber. baik untuk kesihatan.
dengan 2 gelas air masak.

u ols lunch apa hari ni?

ewah, macam lah korang nak jawab.


Jumaat , 14th October 2011, 8.30 mlm.

aku balik malam. dah le opis mak bukan kat tengah bandar u ols. dalam hutan.
aku ketakutan masa nak balik, sebab parking tepi hutan. gelap gila. lariiiiiiiiiiiiiiiii..masuk dlm kereta. masuk je dalam kereta ...
aku pandang cermin pandang belakang.
makkkkkkkkkk. tiba-tiba ada orang bermuka buruks dan hodoh duduk kat seat belakang dan pandang aku..baju putih koyak-koyak, rambut sebijik macam hantu mak limah.
terusss..aku toleh belakang.. " er...makcik nak tumpang balik manaaa??'.
makcik tu jawab" nak balik Pengkalan kubur nak. cepat antar makcik, kalau tak..."
aku terus jawab .." kalau tak apa makcik?"
makcik tu jawab.." kalau tak, makcik cekik ko".

ek eleh...dah le nak tumpang, lepas tuh nak cekik aku pulak.

ewah-ewahhhh..

ok.


cerita dongeng semata-mata.


kalau beul mungkin tah-tah aku dah pitam kat situ. or maybe pecut 500km /jam.

haahhaa.



balik masak asam pedas. ye. asam pedas megi. mee segera . brand adabi. dekat gambar luar bungkusan, ada tertera megi yg dah masak, siap ada ikan tenggiri seketul. Tapi puassssss le aku tonggeng tonggengkan plastik megi tu.tak de pun ikannya???
menipu je kan.
so i opted for sayur mayur. buh tahu dan kacang panjang dalam megi aku.


slurpppp. depan TV. sedap. then sambung with slides presentation preparation.

saturday.
15/10/2011.

Gigih bangun pagi, check balik slides etc, coz i have to work. Talk dekat cheras.
nasib lah ada GPS.
kalau tak entah-entah aku sampai amsterdam.
pukul 1.30 tghari habis kerja, zooommmmm to the curve.

Lunch alone at pho hoa. restoran vietnam.


pho


beef soup, toge, daun pudina, sambal, cili api.

beef tu boleh pilih, ada macam-macam jenis. aku pilih steak pho.

toge, limau nipis, daun pudina, sambal



j
tak habis pun. mee dia aku tak berapa makan coz daging dia pun dah banyak gila...bloated gila.
daging tu dihiris nipis-nipis dan sgt banyakkk!


then aku jalan-jalan sikit, beli barang sikit. dan pegi ikea. pusing-pusing. beli benda merepek-repek.
anddd....
hehehhee..
makan swedish meetball.

tamak? yes! 20 bijik! logik aku makan sorang 20 bijik?

ok, tipu. aku mkn 5 bijik je. yang atas tu gambar lain masa kuar dgn anak kawan aku last month.
kenyang gila.

aku rasa kan..
daging yg aku makan dekat restoran vietnam tadi dgn meet ball ni kalau di sambung-sambung mungkin akan menjadi seeekor lembu.
very meaty....
so..terus berazam.
next i minggu tanpa daging. kononnnnnnnnnnn.

dan... for dinner yang bertukar menjadi late supper...adalah di TLG!
That Little gerai which is now not so little anymore. i take my fren's daughter here to sample their fabulous food.
and they like it! siap nak datang lagi katanya u ols.
ok..peristiwa nak ke TLG adalah sadis.
we went to Low yat and berjaya Times Square for shopping spree.
wah borong sakan.
and boleh tak dari times square ke TLG took almost 1.5 hours.
pening terpusing sana sini. sampai nak give up oke.
tapi usaha tangga kejayaan.
i called chef aidy and k aida.
ahahaha.azab kau.
and we were the last customer..
nasib dapat makan.
thanks to Ray yg prepare aglio olio with extra prawns.
hikhikhik.
and we sample their creme brulee...oh sedap lah gila.
and thanks k aida for spesel massage for spesel mentel customer ni.
aku pening gila , and k aida sangatttt baik hati..
kak aida and chef aidy entertained us..
we ate and laughhhhhh.
hahahhaa.
ketawa.
ok.
kenyang.

on the way balik da pukul 1.30 pagi.

polis dan abg rela tahan kat tengah hiway.

abang rela? or pakcik i think suruh berenti.

aku turunkan cermin tingkap.

pakcik rela muka garang .." nak ke mana ni?"

aku: " ke masjid pakcik. nak attend qiamul lail program.".

terus dia suruh jalan.

aku dalam kereta 3 orang ketawa sampai bergegar kereta aku. hantar both of them to Mont Kiara, and aku ke bangi.

dah.

apa aku cerita merepek-repek ni ek?

lately aku merapu je kan.

tak reti nak tulis apa.

harus tak aku tutup je blog merepek-repek ni???

harus??


chick peas with curry leaves and chili and onion.

lapar di malam hari.
zassss ke dapur...
selongkar kabinet.

jumpa setin chick peas beli 3 minggu lepas.

bukak peti ais.


jumpa cili boh..serbuk kari, daun kari yang kelayuan..bawang besar, bawang putih....garam.
eh cop..ada cili hijau lahhh..

ok, jom masak snack yang sedap.
tapi kalau kat dapur u ols cuma ada asam keping dengan belacan je,,mak tak dapek nak tolong..

mariiiiii masak....!


Hiris bawang (of course lah kupas dulu, mak bukan jamie oliver yg masak bawang buh sekali dengan kulit u ols.).
tumbuk bawak putih,..tumis ..
masukan bawang besar dan daun kari.
masukkan serbuk kari dan cili boh barang sesudu dua.
kacau hingga agak kegaringan dan bau semerbak serata blok kediaman.
Masukkan barang 2-3 sudu air sikit dan masukkan cili hijau yg dihiris nipis.
kacau-kacau, sos dah pekat, masukkan sedikit garam.
dan masukkan chick peas yang telah di toskan tadi.
gaul..gaul..gaul..err..bukan digauli seperti kelakuan ustad shaouki ye.
maksud saya kacau sebati, then amik le dua tiga ketul masukkan dalam mulut dan rasa.
dah ok..amik pinggan...
tuang dalam pinggan..dan berjalan lah ke depan TV , boleh makan sambil tgk rancangan junior masterchef austrolia tuh...

oh ye cik jah.

matikan api dapur dulu.

kang terbakar rumah.

dah...


Monday, October 17, 2011

fruit ninja

yeh..am addicted to fruit ninja lately.
bestkan main potong-potong buah, walaupunnn tak boleh makan.
sebabnya, main angry bird tuh buat aku angry je.
susah ok rupanya nak bagi vaviz-vavis tu kojol.
lepas tuh asyik fail.
menyampaszzz mak.

baik slice buah-buahan iteww.
boleh jugak lepaskan geram.

Today,i was in the project meeting.
i chair the meeting as our new big project will start soon.

i felt annoyed with someone.
serious annoying..bodek boss dengan aircond , bukan dengan kipas ok.
aku dah susun schedule kerja tapi dia sikit-sikit "er..i nak cuti this date..this date"
knowing that perangai dia yang kejenya MC, beli MC, kalau tak isnin, jumaat, tuh macam hari rasmi cuti dia. and boleh pulak.." jumaat ni mintak jasa baik, pegi 1 site aja.." --> buat suara yang merayu-rayu depan boss .geli.loya.yuckss!!!! serious aku rasa sepatutnya tadi aku bawak baldi 5 bijik masuk meeting room.senang aku nak muntah.
and i was loudly said, " i dah susun jadual, with hujan, equipment issue etc, we have to utilize what ever working hours we have before end of year!:".
and my boss agree with me.
tak nak pegi site hari jumaat ko keje lah hari sabtu. haaa. tak nak pulak.
and dia tak habis-habis dengan segala excuse, aku serious rasa nak penggal kepala dia.
aku sungguh tak paham . asyik laahhhhh nak cuti kejenya. kang tiba2 cuti emergency kucing beranak,jumaat/isnin tuh mestiii ada je tak MC, or EL, or tah hapa2 punya excuse cuti. ada tak menambah pun aku rasa.
so while he membodek-bodek, am playing fruit ninja.

sesambil membayang-bayangkan aku slice-slice kepala dia , voley?

Thursday, October 13, 2011

Chaos...

Plan to be in office early morning, i need to print something and pick up some document before heading to client's office in cyberjaya for meeting.
sampai gate rumah, ehhhhhhhhhhhhhhh??? mana gate pass akuuuuuuu????
i have to reverse as cik kiah carik atas bawah kerusi, kot terduduk ke,dah tuang isi handbag yang macam beg doremon (ye..beg aku sangat berat macam bawak batu), tapi i cant see it anywhere.
oh..gelabahhh..

wah..i'm the reason jam di gate rumah...kih..
malunyaaaaa..
so i reverse sambil tutup-tutup muka u ols.
maklumlah belakang aku berderet-deret kereta.

oh.maluuuu nya mak.

aku park tepi and lariiiii cari kat parking lot tak jumpa.

oh....

tunggu orang pulak, nak masuk lobi.

then naik atas tingkat 19, carik kat pintu ke.. (pass aku lekat dgn kunci rumah so tak mungkin tertinggal dlm rumah).

pun takde.

turunnnn bawah..lari kat kereta. if kete aku kena clamp mungkin akan berlaku peristiwa pergaduhan dgn sekuriti guard yang paling bersejarah kot pagi tadi.
ha-ha.

aku pi balik kat kete..
ek lehhhh..
ada u olssss.
ada tertenggek dekat dgn handbag aku.kuang ajaqqqqqqqqqqq..!

eiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.


terus pecut ke ofis.

ding dong ding dong!

zasss.....jam ada accident.

grrrr...

so aku bukak dokumen dan baca report yang staff aku print tadi.

ho..
pitam..
pitam.....

rasa nak kena serangan jantung aku.

there is a silly mistake in the report...*&^%#^^^%^^.ni kes sebelum print tak cek margin etc lah ni.......................

eiiiiiiiii.

terus rasa nak patah balik office dan ......%&$##***&^%$$..

grrrrrrrrrrrrrr....

sampai ofis client on time.


habis meeting , pegi big bad wolf .

oh, taubat aku nak pegi lagi.

rabak.

tapi puas.

Tuesday, October 11, 2011

Big Bad Wolf Book sale @ MAEPS, Serdang (7- 16 Oktober 2011) . Seranggg!!!











Wah over tajuk kan..
Jom pergi beramai-ramai ke jualan gudang buku anjuran BigBadWolf Book Sdn Bhd di MAEPS serdang.

map

7-16 Oct 2011. (10.00 am to 9.00pm)

Aku pi semalam, lepas office.
orang tak ramai sangat..tapi menjelang pukul 8.30 orang ramai gila.
sedar tak sedar aku kat sana sampai hampir tutup..hiks..


pegi sana, parking di tempat yg disediakan dan ada shuttle bus untuk membawa kita ke Hall A. Shuttel bus sentiasa ada, tak putus..so dont worry. sangat efisyen u ols. merasa lah naik bas bernama ikan Siakap, Tropika, etc.


Masuk je...mak oi.....bestnyaaaa...rambang mata u ols. Buku berharga serendah RM3 ke RM25.00. Atlas yang tebal besar gedabak tuh harga dia RM60.00 je compare harga asal RM360.00 kot.
Buku-buku hard cover banyak je yg harga RM8.00, RM 12.00, RM15.00.
so..seranggg!!!!


Buku pelbagai dari cookery book, novel, biography, self help, buku kanak-kanak, dummies series, travel, kamus, atlas, romance, manga, comic, majalah, etc. banyak gila!
harga adalah harga diskaun 75-95% katanya..

buku jamis dengan nigella ni RM25.00 each! murs-mursss! aku masuk-masuk je terus amik ni. hihihi. harga asal buku ni around RM160.00 , so dah cukup murah!
sapa nak beli untuk dibuat hantaran pun ok sangat..hehe. aku pernah tgk org letak buku jamie ni sbg hantaran u ols. buku ni tebal, cantik dan berat dan sgt bermanfaat. ok apa kan...
take me!!

lautan buku


novel-novel best seller nih RM8.00 je satu! so mak borong!

Novel-novel kebanyakkannya harga RM8.00. banyak dijual yg best seller etc.

buku cookery pun banyak gila...nak buku apa..haaaaa..pilih jah, pilih senah...
tapi aku tgk kan...macam setiap orang dlm kotak dia mesti ada buku jamie tuh.
kih.buku masakan 10 minute, perfect pasta, perfect italian, chinese cooking school pun ada. semalam aku ada nampak russian cooking book. nak amik sekali dah ada orang sambar. cantik bukunya..tak sempat aku nak tgk..sobsss...tinggai satu je kot.

Tapi tak menahan tengok segala mak nenek buku ni..weight watcher recipe lah.. buku utk diet lah segala mak nenek.
aku duk lah asyik amik, perfect italian le..buku pasta lah etc...kih..5 buku kot..
last2 aku letak balik sebab macam apa ke motif aku ni sebenarnya.

eh..
entah-entah aku ni ditakdirkan nak pindah ke Itali ke apa kan...? lately selera aku ke arah-arah Itali apa...
ahahha...
ok, aku tak beli sebab last month dah beli buku masakan Itali.
kih.

beg troli KFC aku penuh...sampai tak muat. nasib ada tayar, boleh heret.

ya ampunn..lautan buku resepi.penat staff derang susun-susun, pengunjung amik main kembur-kembur je..
masa kecederaan, tayar troli aku terpeleot u ols.
berat sgt gamaknya,
so aku pindahkan separuh dalam kotak.


Oh ya..


u ols pegi bawaklah beg besar ke siap-siap. dia memang sediakan kotak. masalahnya buku-buku kan berat. aku tgk macam-macam pesen orang datang. ada yg bawak beg travel hok kotak tuh..ada yg bawak troli sayur pi pasar, ada yg bawak kotak buh atas troli..as long ada tayar ok. sebab ko nak jinjing kotak kesana ke mari berat youuu...
senang ko bawak je luggage tu..leh tarik ke sana ke mari..senang.

sebahagian buku aku


pilih...

macam-macam..!


macam-macam le aku beli, self help, cooking books, novel etc..

eh masa balik, aku buat lawak tak kelakar. bus memang tunggu depan hall. terkial2 aku nak hangkut buku2 aku yang berat.
nasib ada org tolong.
sampai area parking..aku lupa actually park kat mana.dah la gelap.
org hampir semua dah turun.
tempat perking kan banyak..bus akan hantar ke semua tempat. tapi aku lupaaaa!!
ngek betul.
aku ckp.." er..bang...saya tak ingat park kat mana"...
ada budak perempuan dalam bus tuh dah tgk2 aku sebab driver tak jalan2..so aku suh bus tu jalan pelan-pelan so that aku boleh tgk2 kot nampak kete aku.ha-ha. mentel.
bila nak turun abang driver bus tolong angkutkan troli dan plastik2 buku aku turun. kih.
sangat efisyen kan derang ni...
hihiihihi.

antara yang aku beli, kang aku baca. kalau berkesan aku bg tau eh.

kesimpulan.
aku nak pegi lagi.
last day 16 oktober. so boleh borong lagi!!

Monday, October 10, 2011

Kacang pool

hi ..hows weekend?


aku..dipenuhi (ecehhhh) aktiviti mengemas rumah dan memasak .
masak aja kan ..

lately entah..kerja berlambak tak pernah surut.
dengan big project coming in, aku macam rasa bagusnya kalau tangan aku dan kaki ada lapan macam sotong kurita.
masuk ofis boleh assign dua tangan buat keje A, dua tangan keje B, 2 tangan surf blog. ehehhe....
stress.
so nak reduce stress, balik je je hayun senduk, masak.
lepas tu makan.
lepas tu tido.
lepas tuh..gemmmmmmsss.
eleh.



kacang pool

kawan aku yang asyik ke JB, suka lah sms aku.." i tgh makan ni..kacang pool the best in Johor and batam..kat bomba larkin.."

tapi tak pernah nak belikan aku kan. keji je.

menyampahzzzsss mak.

so untuk membalas dendam...aku mms dia gambo kacang pool ni, dengan ayat iringan:

"kacang pool, fresh from my kitchen, the best in Malaysia dan Asia Tenggara.Dibuat dengan penuh kasih sayang, boleh makan 5 mangkuk terus secara tamak..ko ada??".

hahahha... pftttsss. berbulu je.

kih-kih.

ok..aku letak le resepi tah aku amik kat blog lama aku.


Bahan-bahan:

bawang putih, bawang merah, halia (seinci je) jgn masukkan seketul besar tuuuu. display je tu.


kacang foul -1 tin

jintan manis dan biji ketumbar, sikit je.goreng tanpa minyak.

tumbuk ketumbar dan jintan tadi

daging kisar. pastikan ramli, baru beli. wah iklan.
now senang packaging baru ni dari dulu yang dia ikat macam guni beras tuh. macam ni dia buat dua lapis daging, so aku guna selapis. senang nak simpan semula.

ini sekeping daging tadi. hancur2kan le..sng nak masak nanti.
Bahan-bahan lain adalah : serbuk kari daging - dua sudu, serbuk rempah sup (satu sudu), garam, air, minyak.

ok..mula-mula. tumbuk bawang-bawang dan halia. tumis hingga naik bau. masukkan rempah kari dan rempah sup.masukkan juga jintan dan ketumbar tadi. tumis dengan api kecil.

tumis hingga garing dan berbau harum sehingga ke rumah jiran anda sehingga membuat mereka tertanya-tanya gerangan masakan apakah yang dimasak oleh jiran ku ini.

masukkan daging, dan kacau hingga masak.

kacang foul tadi separuh ko kisar, separuh lenyek-lenyek kasar guna garpu je.

Masukkan dalam tumisan daging tadi kacang yg telah dikisar. kacau rata.

masukan kacang yang dilenyek. kacau sebati hingga agak pekat. masukan garam dengan penuh perasaan.

ok..dah boleh rasa-rasa. kalau kat lidah dah rasa semua cukup dan sedap, ok le tu.


hidang dengan cili hijau/cili api, bawang hiris, tomato, hirisan limau (aku lupaaaa nak bubuh) dan sedap dimakan dengan roti. tak kisah le roti perancis ke..roti venezuela ke boleh je.


nah... mudah je.

boleh le main masak-masak di petang hari.
nyammm!!


ok..nak sambung buat report.

daaaa...

Friday, October 7, 2011

bruschetta




bruschetta :Simple dish, healthy & delicious!


Bahan-bahan:

tomato
olive oil
bawang besar (merah)
roti peranchis
garlic
salt and pepper to taste


tomato buang biji, hiris kecil. Bawang hiris kecil. campurkan dalam mangkuk, bubuh sedikit olive oil, salt and pepper. ketepikan kejap.

now nak sediakan rotinya. amik olive oil, dan bawang putih (hiris/ tumbuk)

sapu roti dengan garlic dan olive oil

bubuh dalam oven or if malas cam aku, buh je atas kuali panas, terbalik-terbalikkan.


dah siap!

ok, bubuh tomato tadi atas roti


ok..boleh makan.
wah...macam dah boleh duk Itali dah.kih.