Tuesday, January 3, 2012

KL-Hatyai-Krabi -part 1





Salam..
ok..ini catatan ringkas perjalanan ke Hatyai-Krabi pada pertengahan Disember yang lalu.
Actually aku join last minute coz i have conference to attend and presented my paper work on the same day.
nasiblah perjalanan malam and i managed to make it...yey!  (walau packing last minute..kelam kelibut).
Thanks to Leez coz fetched me at home and for lovely dinner at her place before we proceed to KL central to catch train at 9.20 pm.
Sampai Kl Central around 8.25mlm. kami menunggu rakan yg lain tiba, beli makanan kerana 13 jam perjalanan tentulaha lapar kot.
Kami pun tak pasti ada ke kantin ke apa atas train tu..so some of us tapau Mc D, kfc . Aku dah bawak roti dan air, so malas nak beli apa-apa.
Train akan bergerak dari KL-Hatyai. satu hari ada satu trip je KL-Hatyai ni.Kami memilih koc berkatil, so selesa nak tidur.
Kelakar lah jugak rasanya bila memikirkan bagaimana perjalanan ini nanti,
aku ni punya lah duk fikir, coz aku dpt katil atas, camana gamaknya..muat ke katil tu menampung badan aku..ekekkee..duk terpikir, camana ghopanya ek????
korang tengoklah rupa katil tu dlm entry aku sebelum ni,,hahaha,,,,selesa bukan,,,


Biasalah, kalut je nak masuk train..kami berlari ke koc 8 dengan heret dan mengendong beg masing-masing,
Masuk je,,,waaa...eh..best laaaa..lepas tu tak habis-habis duk amik gambo.
gamat jugaklah trip ni,,,
aku pun rasa seronok..kenal kawan baru (some of them aku kenal tru trip ni) dan pengalaman seronok naik keretapi.
saja nak rasa pengalaman yang kita tak boleh beli...
 
perjalanan selama 13 jam dari KL-Hatyai. Dijangka tiba hatyai 10 pagi esoknya,
mula-mula kami duk sembang-sembang..lama-lama ngantuk jugak..aku panjat naik katil..
perut lapar aku makan roti, susah jugak nak tidur, tak biasa.kejap on netbook, kejap main game kat htc, kejap baca buku..gelisah. Memang pelik jugak, sebab normally aku kalau naik apa2 kenderaan memang senang tertidur. Kalau naik kapal terbang contohnya, macam baru ni ke singapore, belum take off, aku dah membuta,,hiks. tau2 dengar kapten annouce nak mendarat..
Keretapi berjalan dan berhenti di beberapa stesen, mengambil penumpang,
Tapi lama-lama tertidur jugak.
Terbangun juga beberapa kali, aku bangn ke bilik air sekali. Memula wonder gak. cemana rupa toiletnya..oh.ok je..selesa juga.cuma buruk sket.tapi bersih dan wangi. Hope KTM akan tukar toilet tu supaya cantik sikit mata memandang. 

Awal pagi masing-masing dah terjaga..excited..melihat pemandangan luar yang indah..mengasyikkan...
Menghampiri stesen padang besar, kami semua bersiap. Nak turun untuk pemeriksaan imegresen  Malaysia dan Thailand.Cop passport bagai.

 kami di stesen keretapi Padang Besar, Perlis

Perjalanan di teruskan ke Hatyai..adalah peristiwa yang aku malas nak tulis di sini.. biarlah..
Kami berbicang dan sepakat untuk ke Krabi..sebab aku fikir, apa nak buat kat Hatyai ni lama-lama,
Baik pi Krabi..at least ada pengalaman baru di tempat yang aku tak pernah pegi. Hatyai ni aku dah pernah pegi.

Sampai di hatyai, kami makan tengahari dulu di sebuah restoran.
Aku lupa nak amik gambar kedai ni,..
Makan tengahari yang agak mewah sementelahan harganya juga bagi aku agak mahal.

 ikan siakap masak tiga rasa

 kailan ikan masin

 udang masak lemak nenas

 tomyam campur

 sambal belacan

 Keseluruhan, bagi aku masakan sedap...Alhamdulilah rezeki untuk hari tersebut

 Kemudian kami mencari kenderaan untuk ke Krabi. Kami ke travel agent di tengah-tengah bandar hatyai (berhampiran hotel Novotel ). Di kawasan tersebut banyak je travek agent yang menawarkan khidmat kenderaan untuk ke tempat-tempat lain di Thailand. kami memilih untuk menaiki van pelancong . Van hampir penuh, kami berkongsi dengan 3 orang pelancong dari London.Bayaran untuk ke krabi ialah 250 baht atau lebih kurang RM25.00.Namun aku nak terus ke Aonang, jadi mereka minta tambah 70baht lagi, so kami bayar 320 Baht seorang,

 perjalanan adalah lebih kurang 4 jam ye adik-adik...lama kannnnnnnn...takpe..ni semua pengalaman. Lagipun van ni selesa.Kami melalui lebuh raya yang selesa.

 Pemandu ni memandu dengan laju jugak le..takut jugak aku kadang. rasa nak jotos je dia bila dia suka follow dekat2 dan kadang memotong di selekoh. iskk....tapi pasa firasat aku, dia ni safe drive jugak le..
Dalam perjalanan, driver  berhenti  di sebuah hentian di TRANG. tempat ni mcm R&r le..ada tempat mkn, solat, minum dan kedai jualan cenderahati dan hasil makanan buatan penduduk tempatan..
Aku tak beli apa-apa. duduk menebeng je and bersembang dgn 3 org pelancong dari London tu, derang cakap derang duk kat area Aonang beach. derang tanya aku duk mana, aku kata tak tau lagi..gamble.
20 minut kemudian, kami meneruskan perjalanan...sampai tertidur kadang..and driver van nih kadang tuh,,,nasib lah aku duk belakang, kalau aku duk sebelah dia mungkin aku dah tumbuk muka dia bila dengan selamba je dia memotong kat selekoh bahaya and siap ada lori besar duk beam-beam lampu dari depan..cihhh......

Kami sampai di Bandar Krabi hampir pukul 5 petang.
Van berhenti di pejabat agent dia di Bandar Krabi. Derang tanya kami duk mana, we ols kata takde hotel lagi,Derang pun kuarkan segala katalog hotel bergambar..
ada mahal ada murah...setelah tengok dan berbargain bagai, kami setuju untuk ke Baan Pulaoon Hotel.
Dia kata hotel baru, gambar pun menarik, aku doa jangan lahhh indah khbara dari rupa..mana tau gambar je cantik, tapi sekali rupanya keji,,,hamukan karang....hehheheheeeee...
Kami meneruskan perjalanan ke AONANG setelah settle kan bayaran,
Oklah..hotel sederhana, harga berpatutan..

Aonang terletak lebih kurang 25 minit dari Bandar Krabi. Ia tempat pelancongan terkenal. Pantai Aonang adalah tarikan utama di Krabi ni..Hotel kami terletak lebih kurang 500 meter dari pantai,.
Boleh le kan..nak duk depan beach betul harga adalah jauh lebih mahal dan oleh kerana ni plan ad hoc, redho je lah duk jauh sikit. Tapi tuk-tuk bersepah je kan...malas jalan kai naik le tuk tuk tuh,,,

 kami smapai, disambut oleh Peter, mat saleh yg merupakan suami kepada tuan punya hotel ini, wanita tempatan. dia tunjukkan bilik...oh i sukaaa!!

 best!
cafe hotel
ada internet service, 1 minit 1 baht..pfttthhh

 rupa paras hotel Baan Pulaoon ni dari depan..hotel kecil yang bagi aku cantik..bersih,,,
Kawan aku kata, eh peter tuh hensem gak, wife dia pulak exotic sangat rupanya...so macam we ols ni tah-tah ada lah cannn..kehkehkeh..
sini banyak mat saleh...kihkihkih..
err..nok..muka kita ni cukup exotic keeWW????

Yang fentings bilik cantik u ols....macam hotel berbintang-bintang. ada Tv plasma, ada beranda siap ada kerusi, TV channel banyakk..TV oman, venezuela pun dapat u olsss!! Bilik air besar, cantik...mak sukaaa!
Sangat berpatutan dengan harganya...

Kedudukan hotel juga strategik, di mana terletak dikawasan yang happening lah...dekat dengan convinient store, spa tempat massage pun sekangkang kucing je..siap aku memalam buta pi Thai massage bagai,,kena lipat aku...berhampiran dengan restoran, kedai cenderahati, dan tuk-tuk bersepahan didepan itu..so senang if ko malas jalan kaki. Tapi kami kuar jalan kaki je..mengukur jalan, cuci mata..seronok..berenti kedai jual ice blended la..jual local junk food yang femes...sini makanan hala tak susah you.Ramai muslim,

ok..kang bersambung,..
daaa..

i got lembu nak jaga..

6 comments:

NenetPenne (NP) said...

oi mek, nanti pi dengan aku ke krabi pulak wey...

aku dah biasa naik koc tempat tidor...selalu pi kelantan mcm tu lah... tapi langsir tak kaler2 gold mcm tu laa pulak..

Nory Zoulkefle said...

bestnyer..berapa harga hotel ni 1 malam??teringin nk ke sana..nk mintak pndapat sikit...klau sudi share2 lah ngan saye..hehe

Azie said...

Hi..nk tanya u naik train from Kl to Hatyai bape RM?xde train KL to Krabi terus ea?i nk g Krabi wif husband but nk adventure sikit.hehe..hope u can help.thanks!

catz said...

hi nory,

hotel tu satu malam around RM140.00.

catz said...

hi azie,

dari KL tiada train ke krabi.
tiket train kami beli online di laman web ktm.
boleh tgk laman web mereka.
harga tix adalah RM108 ke gitu utk katil atas (pegi balik) dan katil bawah if tak salah rm120.00 (pegi balik). train dari KL ke hatyai sekali je sehari dan sama jugak dari Hatyai ke KL.
Dari KL - hatyai - 9.20 mlm. sampai sana around 10.30 waktu hatyai.

dari hatyai pula pukul 3.30 petang (pukul 4.30 kita).

beli tix pegi balik senang, rancang perjalanan.

dari hatyai ke krabi kami naik van pelancong, pi je mana2 travel agent kat area2 hotel novotel, bargain2 dgn mereka. perjalanan adalah 4 jam dari hatyai ke krabi. nak senang u book sekali utk balik ke hatyai..
merancang perjalanan amat penting coz u will balik naik train dr hatyai..and maybe u can put a night di hatyai. if u wanted to explore both..3 hari 4 mlm pun ok.. 2 nights krabi and 1 night hatyai. takdelah terkejar2.

ok..enjoy ur trip.,

eikorina-NaWaL sYaFiQ said...

Nak tanya sikit la...kitorg nk pi krabi nek train gak mggu dpn...insurans perjalanan nak amek kat mne?? nwlsyafiq@yahoo.com