Sunday, October 9, 2016

Menu sarapan Lontong istimewa di Saaerah Corner, Endau Mersing.

Jika anda melawat ke Endau Mersing, jangan lupa untuk singgah makan di Saaerah Corner yang terletak di Batu 1 Endau ( 200 m dari Caltex Endau).
Terletak lebih kurang 4 minit dari Jeti Tanjung Gemok sekiranya anda mahu Ke Pulau Tioman. Singgahlah bersarapan pagi di Saaerah Corner yang beroperasi dari pukul 6.45 pg - 11.30 pagi.
Lontong kering Saaerah

Lauk lontong kering adalah kuah kacang, telur rebus,  sambal paru, rendang daging , serunding ikan . Actually boleh pilih sendiri lauk tu brgantung apa yg kita nak makan .

Yummy..!


Lontong dgn kuah yg sangat sedap bersama kuah kacang, telur dan serunding ikan.

Antara menu yang menjadi sebutan adalah Lontong.
1. Lontong Kering Saaerah. 
2. Lontong berkuah 
Sangat sedap u olsss. MUST TRY !

Soto ayam

Nasi lemak dgn pelbagai lauk pilihan

Menu sarapan pagi adalah lontong kering, nasi lemak, lontong berkuah lodeh, nasi dagang, mee rebus, mee kari, soto, mihun, kueteow, dan pelbagai luk pauk seperti ayam goreng berempah, sambal paru, rendang daging,sambal sotong, sambal kerang, serunding ikan, kuah kacang dan lain lain.
Lontong kering Saaerah Corner menjadi bualan para pelanggannya kerana keenakan dan keistimewaan nasi impit yg lembut dan pelbagai pilihan lauk. Nasi impit tersebut direbus selama 5 jam dan hasilnya sungguh enak sekali bila di makan dengan kuah kacang dan serunding ikan serta sambal paru.

Saaerah mengusahakan gerai sarapan pagi bersama ahli keluarganya.Beliau yang berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dari UTM tidak kesal meninggalkan kerjaya sebagai jurutera malah bangga mengusahakan perniagaan kecil ini.
Malah beliau juga mengambil tempahan kuih muih seperti pelbagai jenis kuih talam, koci dan lain lain.
Selain itu beliau juga mengambil tempahan serunding ikan.
Penduduk sekitar Endau, Mersing, Muadzam Shah, Rompin dan berhampiran, kalau nak tempah kuih untuk majlis atau makan sendiri boleh contact Puan Saaerah. Harga sangat berpatutan. Contact Saaerah: 012-9703924 (call/whatsapp/sms)
 email: saaerah76@gmail.com


 Serunding ikan



Pelbagai jenis kuih talam untuk tempahan
                 Saaerah - Engineer masakan sedap

Datang awal utk sarapan pagi kerana kebiasaannya sebelum pukul 10 pagi, lontong dan nasi lemak sudah habis. Nasi dagang juga sangat sedap tau!
Nasi dagang dgn lauk ikan 
Pelanggan sentiasa ramai

Jangan lupa untuk singgah jika anda ke Endau atau sekiranya mahu ke Pulau Tioman melalui Jeti Tanjung Gemok. ( 4 minit drive dr Jeti Tanjung Gemok).
Lokasi : sederet dengan stesen minyak Caltex Endau , lebih Kurang 200 meter.
Tel no.call/whatsapp : 012-9703924 (saaerah)
Follow instagram mereka : @saaerahcorner
Email : saaerah76@gmail.com
Waktu operasi : 6.45 pg - 11.30pg.
Tempahan kuih: boleh tempah bila-bila je.call je u ols.
Selamat menjamu selera.!

4 comments:

fatmawati ismail said...

terbaik saerah corner

roosni said...

Lama akak tunggu...baru muncul

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Salam Catz...

Terima kasih sharing lokasi makan sedap tu. akak selalu juga lalu Endau bila nak ke Penyabong.. insyaAllah nnt bolehla singgah bila berkesempatan..

Shahrizat said...

WELCOME BACK!