aku biasa lah tgk kat dalam TV. Dulu-dulu tengok dalam citer oramputeh je. Sapa tengok citer James Bond , Magnum PI, haa..adalah benda ATV ni.
Lepas tu, pernah dgr, ada dah tempat yang offer xtvt ATV ni kat Malaysia. Tapi takdelah aku amik pot pun. Tetapi, sejak cik Linda Onn itu selalu ber ATV, ha, baru lah tau kat mana ada benda ni. aku rasa macam best je ek benda ni? Wah, aku kan cepat terpengaruh.
ok..aku bubuh gambar ATV itu, sebab rasanya ada org yang tak tau camana rupanya.
Biasanya diguna untuk off-road lah, masuk semak, hutan, naik bukit yang curam dan berselut. Eh, kalau u ols ada ladang sawit, nak memantau pekerja u ols yang suka berkelah dan tidur bawah pokok, pun sesuai pakai benda ni. Benda ni 4 tayar dan boleh berjalan atas apa-apa bentuk muka bumi, sesuai untuk aktiviti lasak lah.
Tapi kalau nak ke ofis naik benda ni macam over lah pulak.ha-ha.Aku baca, ada jugak yang boleh jalan atas jalan biasa. Yang gambar aku amik kat atas tu, ada yang boleh jalan atas jalan biasa. Tapi kelajuannya tak sure lah. Ada di sesetengah negara, benarkan ia sbg street vehicle, tapi sesetengah negara tak benarkan. Benda ni ada beberapa kelas lah/ kategori. Biasanya ia adalah single operator, so bleh naik sorang je. Tapi ada dah yang boleh bawa penumpang, biasanya dipanggil sebagai tandem ATV.
Kenderaan ni macam motorsikal, tapi ada 4 tayar yang memberi kestabilan semasa merempuh halangan pada kelajuan rendah. Ye la, contohnya naik bukit berselut. Tekannn je lah minyak, or else boleh terbalik jika salah handle.erk.ngeri di situ.
Ok, berbalik kisah ATV tu (panjangnya intro),
Kawan blogger aku nak join xtvt ATV. Aku pun tanya pasal benda ni kat dia. Dia bg contact no penganjur dan ok...set..terus ajak kawan sepengetehan aku untuk join sekali.
So, macam excited oke! ha-ha. gedik gila kan. Lepas tu asyik baca blog Linda Onn yang selalu join xtvt ni. Wah..best. Nak tunggu Linda Onn ajak aku tah bila la kan?? Dia bukan kenal aku. AKu je yang kenal dia.
Ok, kitarang pi kat tempat yang Linda On pegi tu la, kat Kampung Kemensah.Hari sabtu hari tu.
Aku mana lah reti nak pegi situ, so jumpa kawan aku yang nak pegi sekali. So masa borak-borak, out of banyak topic yang nak di gossipkan, kawan aku gatai mulut cakap.." eh..ko rasa ada pacat tak? kan dalam hutan, lepas tu pi air terjun, sure ada punyalah...eiiii" dengan tangan buat gaya pacat. siot tak???
aku memang pantang oke dengar perkataan P.A.C.A.T ni. adalah suatu mimpi ngeri ya! sebab pernah ada bad experience pasal menatang ni.Aku pun tataw lah napa dia duk cerita hal pacat. Kan ke baik diskas like..eh...ko rasa senang tak nak handle ATV tu? Ko rasa best tak? susah tak? derang provide lunch sekali tak? ko rasa guide ATV tuh hensem tak? kannnnnn????
Lepas tuh menakut-nakutkan aku pulak tu.
AND..
kompem lah ada pacat, coz organiser e-mail, suh pakai stokin dan kasut proper coz ada pacat!
wah..gigih aku maghrib-maghrib pi supermarket beli stokin panjang. stokin yang aku ada paras buku lali je. Dah la kena beli 3 terus, entah apa motif, diikat 3-3. So kena beli 3 jugak. Adik sales kata, Beli je lah 3 kak, murah. Oi...3 dah RM24.00. Baik aku beli satu, baru RM8.00. Kalau ko kata 3 tuh RM8.00, ha..tu baru murah namanya.iskkkkk. Aku nak pakai satu je dan sekali aja oke. Bukan le sebab aku ni kedekut. Eh..memang kedekut pun.
So sejak hal pacat itu ditimbulkan, mmg aku macam dah agak tawar hati la nak join sebenonya.
Tapi kan....eh....aku tengok last week Pojiah Latip pun pegi jugak kat situ. oh best.
So malam tu...aku duk sms dengan NENET yang jugak akan join.
aku: nenet, aku takut pacat.
nenet: ha-ha.
cehhhhhhhh.
aku takleh tidur oke!
so esoknya, pagi-pagi aku jemput kawan aku. Oleh kerana tempat nya aku tak tau. mak tak pernah sampai kg kemensah u ols, so kehadiran 2 geng aku ni penting. Tempatnya belakang zoo negara, tapi aku ni, jalan pegi Zoo pun tak reti. Lalu depan2 tu pernah la.
Kawan aku ni biasa pegi zoo...so dia reti la.
TU pun, masa masuk kete, kawan aku siap cakap.." sebenornya aku demam..so aku tadi nak sms ko tak jadik pegi, tapi dah ko sms ckp dah on the way, aku gagahkan jugak bangun".erk.
so aku jawab " kalau ko tak jadik pegi, haruslah aku hantar polong atau hantu penanggal ke rumah ko..suh cekik ko"
Aku ni kan, nak pi area KL pun penakut. apa benda tah. ngek tol. Aku memang buta jalan KL. Takut nak drive. Kalau kat kampung kemensah tuh ada LRT, harus aku naik LRT je la.Harap-harap ketua kg kemensah baca blog aku. senang lain kali aku nak pegi.
So kami bertolak pukul 9 lebih. Then dah nak smapai zoo, kawan aku pulak drive kete aku. Sebab, masuk jalan kampung yang sempit aku agak ngeri. Dah le ada yg tepi tuh gaung dan parit.Peristiwa kelakar.
masuk je simpang ke Zoo. kitarang slow, eh..Zoo la??? kampung kemensahnya mana? takde signbod pun??
Berenti tepi jalan depan Zoo negara. Ada makcik tengah duk makan bekal nasi dia tepi jalan bersama seorang pakcik. Aku rasa derang tuh gardener/cleaner kat area zoo tu, sebab sebelah derang siap ada penyapu, penyodok sampah etc.
AKu tanya.." Makcik, tumpang tanya....Nak ke Kg kemensah ikut hala mana?"
Makcik jawab : Nak pi rumah sapa?
Aku: errrr....makcik tau ke Kg Kemensah kat mana?
Aku: err...rumah kawan
Makcik: Nak kesana, ha..ikut je jalan ni terusssssssssssssss..terusssssss aja. Anak nak pi rumah sapa?Nama kawan apa?
Aku: err...makcik..jalan ni terus je ye?
Makcik: ye..terusssssssssssssss..terussssssssssss..jangan pusing balik. Nak pi rumah sapa?
aku: err..terima kasih makcik..babai.
Kawan aku dah gelak-gelak macam pontianak, sebab makcik tuh keep tanya nak pi umah sapa.
Siap sound aku..ko cakap je la nak pi umah Husin Bongek anak Pak Dollah jual tempe.ewahhhhhhhhhhhh.
Buat nya Husin tu laki makcik tadi...kangggggggggggg tak pasal-pasal dia siasat napa nak jumpa laki dia..tak pasal-pasal dia rembat ko pakai penyapu.
ha..haru?
So..kami teruskan perjalanan.
Wa..jalan sempit dan jauhnyaaaaaaaaaaa masuk dalam.
Mak oiiiii!!!!
siap suspen..mana ni????? jumpa cam chalet, jeram tempat orang berkelah.
Jalan masuk dalam lagiii....dan lagi dan lagi..
akhirnya..
sampai.
Ok. bersambung.......untuk aksi tragis latihan tarian zapin di dalam hutan dan berperang dengan pacat-pacat.