Sunday, November 7, 2010

Amazing Race: Press #1 for House keeping.. tetttt!

aku tengok amazing race asia cuti hujung minggu ..dah dua kali tengok ulangan .best tgk banyak kali (apa benda la aku ni)...this season aku suka lah para pesertanya.. entah kenapa..tapi aku sangat suka.
kehkehkeh.
lawak oke tang kena halau kambing masuk kandang time kat New Zealand tu.
ada pulak satu group tu cakap, dia ingat kambing-kambing tuh kecik je..boleh angkat pakai tangan masukkan dlm kandang..
oi..tengok dari jauh memang lah kecik weh. putih-putih je cam kapas kan kalau kita tgk kambing-kambing kat ladang tepi-tepi jalan tuuu.
Bila dekat lagi besar dari kau kambing tuh.

kambing di Agrodome, Rotoroa, NZ 2009



kelako gila time derang halau-halau kambing masuk kandang tuh. Ada group yg halau-halau sket dah datang terus kambing tuh masuk kandang ramai-ramai. Ada yang buat lama gila, kambing makin lari jauh bertempiaran at last gave-up dan buat cabaran isi wine dalam tong.
Group Ethan dgn Khairi agak sgt berjaya..ke-ke ke-ke. Ethan mcm boleh cakap dgn kambing. Kan kena bubuh 3 kambing bertanda jek. so bila kambing ramai-ramai masuk dia siap cakap..
" u get out. u stay!"..
kahkahkah. Kambing tu mcm faham le pulak. kehkeh.

Then lepas cabaran kambing, derang pi Sydney kan.

sampai je...

kena kemas katil dekat Hotel Hilton.
Masa dibagi 3 minit dengan 4 kali percubaan. If tak berjaya, kena penalti 10 minit after 4th trial.
Cabaran adalah mengemas katil mengikut standard hotel hilton dalam masa 3 minit je.
aku pun tataw why kena 3 minit.maybe satff hilton kemas katil perfect in 3 minutes kot.

Guess wut?

takde sapa pun berjaya. semua pasrah kena penalti 10 minit lepas cuba 4 kali.

woi..susah oke rupanya kemas katil nih.......
sampai khairi gave up and ckp something like we should respect house keeping staff kat hotel.
susah oke rupanya.
Betul tak Uncle???

So tiba-tiba terfikir, wooo nak jadikan satu bilik kemas dan cantik bukan senang.
Aku kalau pi mana2 masuk je bilik memang suka tgk katil. amik gambo dulu eh. baru duduk.

Kita tau komplen je kadang tuh kan kalau duk hotel..
hik.
Lagi-lagi kalau balik kerja/jalan tgk katil dan bilik belum berkemas.
dan- dan tuh terus angkat tepon..call house keeping department. kan.
sila kemas bilik sekarang.


Hilton Melbourne



Crowne Plaza, Jakarta

The Zone, JB


Disneyland Hotel, HK

Melia Purosani, Jogja


Holiday Inn, Bangkok

Legend Water Chalet, PD

Holiday Inn Perth

Arion Swiss Bell, Bandung

La Vida Hotel, Philipines

ShangriLa S'pore


Marriot Miri


ShangriLa , Chiangmai

Sofitel, HCMC, Vietnam

Novotel Beijing

As now bila tgk amazing raca tuh banyak benda aku belajar actually. And banyak juga experience derang yg kdg2 eh..aku pernah rasa mcm tu lah..cth masalah bahasa di Beijing (season mana tah..lupa)..kena copet passport ..ni kat cambodia ke vietnam yg satu group terkeluar sebab passport dia hilang, maybe kena copet.

Oh semalam, salah satu task kan..kena skiing.keh.
terus teringat betapa hazab ok nak meluncur atas salji tuh. dgn kasut berat. memang tergolek aja lah kan. tapi nice experience jugak duk tergolek-golek. Lagi byk tergolek dari meluncur ..wahahhaha.


oh..mencabar gila kan...
yang kena buat bungy jumping kat queenstown tuh.
aku mmg takde lah nak terjun.
masa nak kesana, ye-ye o oke..nak terjun kononnnnn. sekali tgk bawah..pergh..terima kasih je lah nok. mak tobat takmo terjun.
so aku rasa kalau nak join amazing race ni mmg kena berani gila..or maybe just do it aja lah kan..pejam mata.
Yang penting boleh jalan-jalan.

Saturday, November 6, 2010

Crystal Bay, Melaka

Jom makan!
Berkesempatan ke Crystal Bay Ikan bakar last week.
Thanks to Nasrul & Suzi for the treat.
so sempatlah menghapdate gosip sambil makan-makan.




Kedai ni terletak di errr......
ops lupa.
Nak ke tempat ni lalu kawasan perumahan.
Nanti catz update if dapat exact location. Time tuh gps aku habis beteri, lagipun derang jemput dihotel..so ..lepas tuh hujan..tak perasan sgt jalannya.

ok..kat sini, banyakk gerai. so boleh lah pilih mana-mana.
Menu adalah seafood. Ikan bakar etc.
and they serves nasik lemak too. Biasalah kat Melaka, kedai ikan bakar biasanya akan ada nasik lemak atas meja.



Kami makan di gerai no 3&4, Medan Ikan Bakar Segar Hj Musa. Time ni hujan tapi ramainya manusia. Padahal bukan hujung minggu punnn.


Ikan

Pilihan seafood segar. Ada kepah, siput buluh/pepahat/ kerang /sotong /lala..dll.

udang

Duduk je derang letak benda ni. kuah kicap.

Then atas meja ada nasi lemak

Kami makan ni...sotong goreng tepung...crunchy! yummm!

ikan steam

nasi lemak

siput buluh/pepahat..giant okey! besar dan panjang.


panjang pepahat adalah sejengkal. so u ols bayangkan. besar kan????


versi yang sudah di masak. Masak cili. besar dan gemuk.

lepas tuh feeling-feeling ngeri pulak nak makan. ha-ha-ha. keh-kehkeh.
u ols jgn bayangkan benda-benda lain oke kalau nak makan. Ramai je yg suka makan besar-besar nih. aku makan ..bagi aku ianya adalah kenyal. so pejam mata..makan. sedap gak.
1st time jumpa yang giant cam ni. selalu makan yang kecik-kecik je kan.
Ala-ala fear factor gak ni.hikssss

Kesimpulan.
Food sedap, harga reasonable.
thanks to Nas & Suzi.
Moga terus murah rezeki.

Thursday, November 4, 2010

Modus operandi merompak rumah orang diwaktu siang

Wah tajuk.
Macamlah aku yang nak pegi merompak lepas tuh nak ajar orang kan.

Rentetan peristiwa semalam.

Aku baru balik dari pemergian beberapa hari.
Sampai depan rumah. kenapakah ramai orang di depan-depan kawasan rumah.
Yang ngek nya aku carik kunci rumah takde, rupanya tercampak bawah seat tah bila tah dia jalan-jalan agaknya time corner baring dekat alor gajah ke apa tah.
so tertonggeng-tonggeng aku nak carik kunci.

Aku masuk pintu gate (dah pintu , gate lagi..) ha-ha. Tetiba aku nampak jiran aku balik diikuti dengan dua orang polis. Berenti betul2 depan gate.
Aku buat isyarat muka " ada apa?"
Jiran aku cakap: "rumah kena rompak..teruk lorr"

Tapi tak sempat sembang, sebab polis duk panggil dia bercakap-cakap.
Polis tu tanya few questions then dia cakap pegawai penyiasat akan dtg kejap lagi, jgn buat apa2.

so aku tanya lah..borak sikit2..
dia cakap kejadian maybe around 2.30 ptg.
woi..siang-siang buta oke.
Yang hilang Laptop 2 bijik dan beberapa barang lain.

Cara masuk rumah umpil auto gate tuh..then org tuh ada master key ke apa tah sebab dia bleh bukak sumer kunci tanpa pecah/umpil pintu.
so now auto gate dia pun dah rosak lah sama dgn rumah aku.

Dia cakap, rumah lrong depan pun hari tu kena gak, cara yang sama. tapi tak sempat masuk rumah sebab ada org nampak ..derang lari tiba2.
aku tanya, "orang apa ek" <-------- wah aku cam kak nam berselendang kan..kan..
Jiran aku kata : "Cina dan India."
aku: ohhhh"
Jiran: " Derang bawa BMW dan pakai smart-smart, pakai baju opis siap pakai neck tie!

woooo..
logik gak le modus operandi derang ni ek.

Now penjahat perompak mmg tak nampak selebet/muka seram/rambut serabai/muka ada toreh-toreh/ ada bekas jahitan cam rel keretapi kan.
Penyamun/pembunuh? perampok pun berpakaian ala-ala keje kat pejabat KLCC nun.

Logik jugaklah.

Kalau aku le kan. Namapk satu BMW park depan umah jiran, pastuh yang kuar berpakaian ala-ala org keje pejabat , tak kan aku terpikir org tuh pencurik ke hapa kan????
logik?
mestilah aku terpikir org tuh agent insurans ke...jual unit trust ke kan tijah kan?
atau maybe loyer ke..pegawai banci ke..apa ke tah..or maybe terpikir tuh sedara dia singgah nak lunch ke hapa kan..dah tengahari kan.

Zaman dah berubah..modus operandi perampok/penyamun pun berubah jugak ya. nak menyamun kena bawak BMW/Merc. Pakai semat-semat.


So now ni bila dah tau..oh..maknanya hidup kita akan penuh dengan perasangka lah kan.
Tak cukup dgn yang dah ada.
Cth:

1. dulu, kita nampak org tgh kesusahan tepi jalan, kita akan berenti tolong.
now? terus terpikir..entah2 orang jahat berlakon konon2 kereta/motor rosak. Bila kita berenti kita kena samun.

2. Nampak pejabat loyer terus terpikir----> er..ni loyer betul ke tak nih? ni angkara patmanaban lah ni kan?

3.Nampak org bawak kereta besar lalu depan rumah je...terus terpikir..tah2 penjahat.

so now hidup kita dipenuhi prasangka.

so aku buat kesimpulan KES RUMAH AKU NI adalah dibuat oleh org yang sama dgn yang rompak jiran aku.

sekian.



Tuesday, November 2, 2010

update 3: khabar dari jogja..

Wibowo


sekarang ni Gunung Merapi di Jogjakarta tengah meletus.
Tiba-tiba teringat pada Pak Wibowo..he was the driver cum tour guide during my trip to jodgjakarta.

Masa raya hari tu dia ada sms ucapkan selamat Lebaran.

he is a nice person.
dia cakap aku le org Malaysia pertama yang speaking jawa dia pernah jumpa sepanjang dia bawa pelancong Malaysi, er. maksudnya perfect jawa ya bukan broken jawa. hik. Sebabnya jawa ni ada banyak jenis, and kebetulan kitarang bercakap dalam bahasa jawa yang sama. (as aku travel byk tenpat di Indonesia, aku rasa ni pun 1st time aku jumpa org Indon yg cakap sama dgn bahasa jawa aku).


Gunung Merapi


Pak Wibowo nih still lagi berhubung dengan kami. Bila duk dgr berita letusan Gunung Merapi, otomatikn teringat Pak Wibowo.
Dia yang bawa kami pi tgk Gunung Merapi awal tahun lepas.

Telah ada 10 letusan sejak 26 oktober yang lalu. Now 70 000 penduduk di pindahkan dan akan berada di pusat pemindahan sekurang-kurangnya 3 minggu lagi.
and latest update semalam, lapangan terbang Jogja dan Solo di tutup akibat debu yang tebal dan tidak sesuai untuk beroperasi krn jarak pandangan yang terhad.



so..
sms dia few days ago tanya khabar.

" Wibowo, apa khabar? Bagaimana keadaan di sana?"

senyap je.




sampai le besok tuh senyap je. So agak curious jugak.

So papa call dia.

dia cakap " oh..saya baru nak ketik-ketik telpon nya".

haaa..dia baru nak reply le tuh.

so tanya khabar segala.

dia cakap " Alhamdulilah, kami baik-baik aja. Enggak ada apa yang kurang, cumanya sekarang ini hujan debu. Jadi debu sana sini".

oh lega.

Dia tanya gak bila kami nak ke sana. Kalau jadi ke sana, memang akan guna service dia lah.
Kereta dia bersih, dia punctual, dan bagus sbg tour guide sebab tau banyak sejarah secara detail.

sekadar mengingati rakan seagama dan serumpun.

Kita doakan yang baik-baik aja untuk mereka.

Monday, November 1, 2010

update 2

oh..
now i feel happy with my gps.
today no sesat.
if sesat pun sikit-sikit je. (sebab ada feeling2 tak caya dgn gps..boleh? so bila suh belok kanan aku derk sebab mcm jalan pelik je..so aku dah terlepas simpang, then re-route so end up ikut jalan jauh. bongok tak?)
cuma rasa kelakar, coz sometimes aku mmg ada rasa tak percaya dengan gps .
hihihi.
like semalam, dia bawak aku masuk tah jalan kecik belakang rumah orang ke apa tah.
dah gelap.
so aku rasa oiiiiiiiiiiiii..ko nak bawak aku pi mana ni..??
tapi eh...tak sampai 30 saat.."turn left"..
aku belok kiri..ehhh..dah sampai lah kedai ikan bakar tuhhhh.
ahaaaa....



oh...senang + kompius (kdg-kdg)

gembira today kerana tidak sesat dan meraban-raban..hiks