Saturday, June 20, 2015

Welcome to Frankfurt

 Lama sunggu tak sambung menulis...
Aku sambung kisah perjalanan lalu...
kembara 5 negara seorang diri..
hahaha..ni kena tulis coz soon i will travel again..
walau dah basiiii sangat but i love to write it as a journey to remember...


Perjalanan di bumi asing ...iaitu di German aku sambung semula..5Aku dah janji dgn driver shuttle yang amik aku dari lapangan terbang  Frankfurt hari tu..dah bayar utk travel pegi balik FRankfurt -khel - frankfurt kan.. so mudah
Pukul 8 pagi dah loading barang aku dlm shuttle ..so 8.15 dah vrooommm...
wheeehoooo.. back to Frankfurt...!!

Perjalanan lancar dan sangat selesa..aku sorang sorang je u olss....
so kaki pun melintang lintang..jap baring..duduk etc...
mengantukk jugak...sebab bangun awal...
sebab aku kejutkan si Maher pukul 5 pagi (bilik dia depan bilik aku) sebab dia kena naik train 6.30 ke lapangan terbang Frankfurt.padahal kannnnnn...flight dia 12 tghari...Naik train dlm 3 jam kot. sebab ada 1 stop tak silap.
Boleh je dia saing naik shuttle dgn aku....tapi dah clumsy kan.....
kan hari tu dr frankfurt dia naik teksi ke kehl 400 euro...! gilo. tapi org byk duit..lain le pikirannya ye dok.
Pukul 6 .15 pagi masih pot pet2 lagi and konon nak berbabai-babai dgn aku...
hhahaha..aku jerit dari bilik aku....
Maher..u will miss your train.....!! hurry up ok...!!! go..goo...!
memang le train station tu opposite hotel ni..tapi nak naik tangga bagai kanggg kat station tuuuu...yarobiii....mmg poor betul pengurusan diri dia....
and boleh mlm tu duk whatsapp aku suh tolong dia packing datang bilik dia...
omg sesangat mamat ni....tak kuasa ye...aku tgh sedap masak maggi bubuh telur...ekekkekeke.

So pagi ni aku breakfast untk kali terakhir di Ates Hotel Khel. As always..yummy breakfast. No problem at all.kenyang sgt dan amik 2 biji roti and telur .aku bungkus ..nak makan dlm kereta
 Driver yg bawak aku ni org lain....and english dia hazabs..tp boleh je communicate.
So aku duduk dgn aman dekat belakang....

selesaaaaa tersangat. seorang diri dalam kereta ni. boleh lunjur kaki ...terbungkang.


Seronok sangat rasa tapi berdebar coz after this i will  catch my flight..train...alone....and my last destination is London....and i was all alone....
excited ke tidak.....ekekkeke..
excited la...amd kena lebih alert masa....jadual flights..train..iti etc...
kang tertinggal ketapi nangis sorang-sorang kat tepi station kangggg..
walau keretapi..the cost  is not cheap if u get your ticket at counter...






Perjalanan 2.5 jam tidaklah bosan. kejap-kejap aku makan (kah kah..makan aja kau ni kan). Ada bungkus roti masa sarapan kat hotel tadi. dengan telur rebus...sekejap aku duduk kiri..jap kanan.
driver ni drive secara berhemah...so rasa selamat dan selesa


:)


jalan yang tenang...


transmission line..high tension cable.i suka je amik gambar benda ni sebab berkait dengan keje i..heee


driver berhenti di R&R for toilet stop. aku keluar dari kereta dan luruskan badan menggeliat..rasa dah tak jauh dah nihhh..tak sabar nak sampai frankfurt 

ok...yey...sudah sampai...macam berdebar...

Driver tu tanya aku nak turun kat mana? aku cakap hantar aku ke hotel je lah..Hotel Monopol yang terletak berhadapan dengan station keretapi utama di Frankfurt ni. Aku saja nak put a night sebab nak tgk Frankfurt walau pun ramai je kata Frankfurt ni takde apa.. Frankfurt di pusat kewangan dan perniagaan. So kota besar yang di sana sini adalah bangunan pencakar langit.



Welcome to frankfurt


Aku masuk hotel and check in..selesai urusan aku kena pegi bilik kat tingkat 4. sebelum tu..wah bestnya..di lobi ni derang bagi complementary fruits, roti, kek , juice , coffee and tea kepada tetamu yang menginap di sini...aku pun minum lah juice 3 gelas sebelum heret bag aku yang macam bawak batu ni..hadoi...berat nak mampsss oke. sebabnya terpaksa aku heret sekali file dan nota-nota yang aku dapat masa course kat kehl tuh.
so bertabah aja lah kannn...agaknya kalau so Maher tu tgk beg aku..sure dia ingat aku bawak tong gas ke apa ..kahkah.
Maher ada mesej mesej whatsapp aku..kan pg tadi dia naik train 6.30 pagi kanso pukul 10.45 tu mmg dia dah kat airport kebosanan. dia ckp dtg la frankfurt airport...dia boring. hah..malas lahhh akuuuu...yak lah jauh  sgt pun...tapi i is malas....

sampai bilik legaaa sangat. nice room...mana tah gambo. selesaaaa sangat. so..sebelum aku nak berjalan, isi perut dulu. Malas la nak masak nasik..lagipun aku kena jimat2 supply aku nih..banyak lagi negara nak pegi..so aku bercadang makan megi laksaa...hoi..sejuk sejuk sedap gilaaa wehhhh...
rasa macam nak sleep aja epas kenyang tuh..tp aku bukan selalu sampai sini, so lets berjalan.

Aku ke lobi hotel , amik peta dan tanya if ada cara paling senang untuk aku tgk-tengok frankfurt ni. 
Aku tgk ada walking tour and bus tour dan tanya dengan receptionist kat mana aku boleh beli tiket.
dia suruh aku pegi ke bangunan selang 2 blok...ada tour agent. so aku jalan kaki ke sana..sambil ingat arah. aku ni arah2 normally fail dan pelupa.


Aku berjumpa dengan sekumpulan org filipina di tour agent tu..derang dari london..

" WE ARE FROM LANDENNNNN...!""   sesambil flips hair.

dengan gaya yang sangat londonnnn....ekekkekee..u know.. derang mcm pandang aku semacam.
Ada aku kesahhh...tok sah la berlagak sgt u olssss....memang aku ni pakai tudung n mcm comot...tp jgn la pandang aku cam aku ni apa sgt..
Yang sorang tu nama dia Martin ke apa..dia rajin berbual dgn aku sambil tunggu bas tuh..dlm pejabat tour agent tuh...dia tanya aku buat apa..aku ckp aku cuma stop over je kat sini..aku dari kehl and strasbourg.dia mcm heran..apa aku buat sorang2. Malas nak cakap banyak..aku cakap aku pegi meeting. Muka derang semua mcm berubah...aku cakap aku akan ke belgium...holand dan London..
derang  pandang muka aku.. " Alone??!!"
yes. aku senyum je.
Dalam bas derang duduk belakang aku..and sangat kecoh..maklumlah sorang tu bawak bopren mat saleh and hensem lahhh...muka mcm org itali kau...
hahhahaa..sempat aku menyekodeng,

Bagi aku frankfurt ni menarik lah juga. cuma pemandangan kota metropolitan lah.. so aku just tgk guna mata, agak malas nak amik gambar. Banyaknyaaa museum u ols.
and banyak la bangunan yg ada sejarahnya
Then, walking tour.
Ada sorang pemandu pelancung yang bawa group dlm bas ni jalan-jalan.
aku follow ajalah.
dia bawak ke old town.
ada few bangunan dan kawasan bersejarah..asal usu frankfurt etc. dia explain how frankfurt dapat nama.

old town area.
ni berhampiran stesen keretapi
oh yea..do i tell u that i'm selling mee siput johor? hahhaa..saja aku bawak few and my mee siput dah sampai frankfurt yewww.
old town dekat bangunan city hall
ramai sungguh la turist kat sinii
ok..ni adalah pemandangan yang biasa digambarkan mengenai frankfurt...

aku naik bas semula dan round lah keliling  frankfurt.. i was too lazy to pay attention and take photo kot.

our bus sightseeing
aku lupa la..tambang dalam 22 euro ke apa tah..so kita boleh turun naik bas ni lah...hope on hope off gitu.

pemandangan  dari atas bridge

antara mall yang famous di sana

Ni la pemandu pelancung tuh...

Habis round-round..aku jalan kaki sikit..then  balik hotel...sebelum makan malam.

Thursday, April 23, 2015

Potret

Delft , Holland -  solo travel, Autumn 2014, November 

Potret - Akim & The Majistret

Terangi malamku dengan syair indahmu
Menenun kasih dalam sepi yang terasing
Saat kau pergi lemasku bila tiadamu

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harusku pergi

Engkau bagaikan bintang-bintang di angkasa
Hanya mampu melihat kamu yang terbiar
Walaupun sakit walaupun pedih tak berdaya

Berjalan tenang menghampiri persisiran
Melakar namamu di sisi pasir pantai
Pastinya hilang tidak rasaku kepadamu

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harusku pergi

Jauh terbawa lukisan hatimu
Warna pelangi hiasan terindah
Hati ini tak akan terbahagi
Sampai harusku pergi

Menuju aku kepadamu jadi satu
Meraih kasih kita

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi

Jauh terbawa lukisan hatimu
Warna pelangi hiasan terindah
Hati ini tak akan terbahagi
Sampai harusku pergi

Jauh terbawa lukisan hatimu
Warna pelangi hiasan terindah
Hati ini tak akan terbahagi
Sampai harusku pergi



On Euromast tower, Rotterdam, Holland

 The Hague , Holland

Madurodam , Holland . Miniature of Holland in one park