Tuesday, February 23, 2010

Ikan bakar sg Chua


Dah lama tak makan sini la.Derita merindu (eh..tiru ayat sapa ni??)

Ikan bakar Sg Chua. (aku yang pandai-pandai bagi nama)



aku duk teringat ikan bakar ni. tu pasal tetiba aku rajin nak update blog hari ni.
eh..sedapnya...
lokasi?
Di jalan Sg Chua. Kalau dari Bandar baru bangi, pi seksyen 7, pastu menghala ke jln sg chua. (belah kiri if menghala kajang), depan taman sepakat Indah 2 (kat main road).
(sebelum simpang ke Bintang supermarket).
If dari putrajaya, korang ikut SILK, menghala kajang, ke tol SG RAMAL. lepas bayar tol singgit, korang terus himpit kiri, stret jumpa traffic light, belok kanan, 3 kali tekan minyak, ko nampak deretan kedai ni belah kanan.
Ada deretan kedai jual makanan, nasi campur, laksa etc.
Tengahari ada jual nasik campur yg sedap, lauk pelbagai.
Ada ikan bakar (bukan ikan terbakar ye). Jenis ikan bergantung la..kdg ada pari, terubuk, keli,kembung,cencaru dll.
Harga?
reasonable lah kot.
Kedai ni gerai tepi jalan, so kalau ko jenis yang suka makan tempat sejuk, bawak la kipas siap-siap. Agak panas le. Tapi makan punya pasal, i redha.


kedai ni jual nasik campur. Lauk dan sayur adalah sangat banyak. ada ulam, sambal belacan dll. rasa masakan adalah sedap. aku suka pajeri nenas dia. Siput sedot oso ada.

Kedai ni tepi jalan, so aircond adalah free. nak sejuk, bawak kipas sendiri.
Tengahari orang ramai, so baik korang dtg cepat. ikan bakar adalah dibakar secara live ye.
ha-ha. so sesambil pakcik itu bakar, ko bleh cop nak yang mana dan kalau rajin ko berdiri la melihat peristiwa pembakaran tu.
nescaya pakcik tu suh ko duduk.

harap-harap makcik dan pakcik kedai baca blog aku dan bagi la diskaun ye bebila kita dtg.
harharhar.

oh..katanya, kalau diet, makan pakai pinggan warna biru, supaya selera kita tak tinggi, makan sikit dah kenyang dan makan sikit tak tambah lagi. Tapi ianya tidak berkesan utk kita la. Bukan je pinggan yang biru, alas meja pun biru, kita tetapp makan berselera dan rasa sedap je?
ehmm....maybe kena makan dlm tempurung kot aku ni.

20 comments:

  1. kang ada makcik pakcik yang ambik gambar dlm blog ,masukkan dalam menu lagi kang!!!

    ReplyDelete
  2. baru tingat nak makan ikan bakar..
    lama dah tak gi gerai akak ..tu ..

    ReplyDelete
  3. uih sedapnyer! jum lunch kat sini bebila!!!

    ReplyDelete
  4. uh!aku tak tahupun kalu guna pinggan biru selera blh kurang...
    rasanya aku pun cam ko jgk kot..tak berkesan!
    heh.....

    ReplyDelete
  5. Catz, aku dah tulis my review pasal restoren ittewww.. go check it out!

    ReplyDelete
  6. catz,
    dalam radar cik kiah ni...
    kat deret gerai tapak bazar ramadhan tu ke?

    ReplyDelete
  7. pembakaran secara live?
    confirm baju pun berbau asap ikan....

    tapi kita pun suka ikan bakar... abu bakar pun kita suka jugak...

    e eh..siapa abu bakar tu? ha ha ha...

    ReplyDelete
  8. i lapar.. huhuhu... hari ni masak spaghetti tak jadi... huhuhu

    ReplyDelete
  9. DrSinga,
    eh..
    bukannya lawa sgt..ihiks..
    kalau pakcik tuh amik gambar ni buat buku menu, belanja aku seminggu makan pree pun mak rela..ikan bakarrr!!!

    ReplyDelete
  10. atty,
    jommmmms..bebila...kita meng-ikan-bakar. 3 minit je dari opis hang..

    ReplyDelete
  11. Mimi,
    jommm..
    kedai ni aku gerenti sedap..
    tapi cicah ikan bakar dia pedas nak mamfos ok..jaga-jaga..eheks

    ReplyDelete
  12. missFridaNorm,
    jomss..jomss....

    ReplyDelete
  13. afendi ariff,
    kalau jenis tak lut kaler cam kita,
    aku sajes makan dlm tempurung..hahahhaha

    ReplyDelete
  14. makcik rokiah,
    ye..ala..deret2 gerai depan sepakat indah 2 tuh lah..

    ReplyDelete
  15. Romie,

    jom..aku bawak kawan2 aku satu bas..
    sedia duhet banyak2 ye..kawan2 aku ni spesis mcm aku..kuat makan..hehhee

    ReplyDelete
  16. Nenek penne,
    abu bakar?
    haaaaa....kita tau..kita tau..
    hihihihi

    ReplyDelete
  17. Mas,
    spegeti apa yg ko masak sampai tak jadik tu??
    eh??? spegeti 3 rasa yg komplikated kahh???

    ReplyDelete