Thursday, August 19, 2010

Akhirnyaaa..... murtabak beratur ???

Setiap kali aku ke bazar Ramadan ni, aku lalu gerai murtabak ni.
So rasa nak beli sebab tengok ramai orang kerumun dan menunggu dengan penuh kesabaran tak berganjak.Kiranya , kalau ko nak ko kena tunggu sebab yang dah siap habis. So kena tunggu melanguk tengok derang masak secara live gitu.
Bila aku cakap " kak murtabak daging satu"..
akak tu akan jawab..

"kena tunggu dik. Yang ni (yg dia tengah bungkus) dan yang atas kuali tu semua dah orang punya".

next aku singgah: dia jawab:

" kena beratur dik....yang ada ni semua orang punya."

ehhh..tak kuasa ok.

Malas lah. macam nak beli setem kat pejabat pos zaman tahun awal 90-an pulak. Tu takpe jugak, ko memang tau setem tu dah ada, sampai turn, amik setem, bayar.

Yang ni..ko kena tunggu abang murtabak tu lenyek tepung dulu, buh inti..masak etc..lama oke.

so malas laaaaa.


Tapi semalam...
he-he-he.
Tahap keinginan makan sangat melampau. aku kena pi site oke. dah lah panas-panas buta di bulan Ramadhan yang syahdu, kau kena diri atas bumbung bangunan 19 tingkat.
Memang rasa nak beli air 5 jenis untuk buka puasa.


Agak gigih sebab sampai bazar awal dan adalah aku tgk 4 orang yang tengah beratur.
agak curious oke. sebab derang ni order banyak-banyak. minimum 4 keping kauuu.
Aku order 2 dah la kan. Nak order 1 macam keji pulak, sebab dah penat-penat beratur menunggu.

Akak murtabak: Haaa..beratur..beraturrr....senang nak bagi.
aku: murtabak daging 2 kak.
Abang murtabak: haaa..saya sekarang buat murtabak daging. Saya tak buat campur-campur. sapa nak murtabak ayam kena tunggu 20 minit! (dgn suara kuat).

wah kauuuu.

Lepas tu..adalah ramai lagi datang dan akak murtabak akan cakap.." beratur..beraturrrrrr".

wah. Maju ek bisnes.

Tiba-tiba ada sorang nenek tua dah agak bongkok, menyelit sebelah aku dengan cucu yg aku rasa umur darjah 1 kot.

nenek : murtabak saya dah siap???
abang murtabak: Dah order ke?
nenek: dah tadi..murtabak daging satu.
abang murtabak: mana bolehh..dah order kena tunggu...mana saya ingat..pot.pet..
nenek: ala..dah order... (dan dia berdiri je sebelah aku..aku kesian dia..mmg nak bagi dia potong q je..kesian..)
nenek: orang ramai..kdg saya tak ingat
akak murtabak: beraturrrr...
nenek:
alaaaa..macam ni baik buat murtabak sendiri...pot..pet.. (aku rasa nak gelak oke time ni..tapi tahan mulut)

Cucu nenek pijak-pijak kaki payung pasar malam, so payung goyang-goyang....dah le dia kat tepi aku...

Aku: dikkkk..ko jangan le main-main payung ni..kang robohhhh kang gerai ni. Akak ni dah la 1st time ni dik nak beli..turn akak lepas ni..kang kempunan kang kalau gerai murtabak ni roboh dikkk... -------------> wah berani mati kan aku sound adik ni? acually.


(ha-ha..cakap dalam hati je ok).


so aku bagi jelah makcik ni dulu.kesian dia.

dan akak murtabak ni tak sudah-sudah dengan ayat..

"haaa..beratur..beraturrrr..."



so aku pun selamat lah dapat murtabak 2 keping. dan terus balik.

oh..tipunyaaaa.

takkan beli murtabak je kan???

memang ternyata sedap. Tak sia-sia beratur lama.

Dan semalam..saya juga buka dengan asam pedas ikan dan talapia gulai cili api tempoyak yang sedap dan terbaik!!!!
Di masak dengan penuh ikhlas dan kasih sayang.

Tapi bukan kasih sayang aku. kasih sayang makcik bazar Ramadhan .heeee.

haaa..aku baru notice gerai dia semalam.
Lauk kedai dia nampak sedap-sedap.
STyle masakan rumah yang sedap, ikhlas dan penuh kasih sayang dan kuah melimpah-limpah.
harga? reasonable kot? Dua lauk ni RM5.00 boleh makan sampai sahur.

asam pedas sedap!

masak lemak cili api tempoyak yang wow!

close up sikit.

sebenarnya. macam-macam lagi aku beli, bagi memenuhi selera tekak sempena semalam kena keje tengah panas.
air tebu siap beli 2 bungkus----tak habis pun. ada lagi sebungkus dlm fridge.
nasi kerabu.
karipap sardin. oh thanks kepada adik yang bagi aku extra kuih sebab aku borong karipap sardin dia. (baca betul2..BORONG..so can u imagine..berapa karipap i beli??)
Petang ni akak datang lagi kedai awak ye.
eh..ada lagi.
puding.
dadih.
errrrr...kesian peniaga murtabak yang sorang lagi. bertimbun murtabak dia..org tak beli sgt. aku pernah beli, tawar, dan takde rasa murtabak yg betul2 murtabak. Harap akak revise balik lah resepi murtabak akak tu ye?

semalam kan..memang masa bawak hasil tuaian di bazar semalam, kalau orang tengok aku kan..sure pikir. Oh..akak ni ada anak 5 orang , kucing 6 ekor kot.
heeeeeeeee...

31 comments:

  1. kok ya pun laris, budi bahasa nak kena jaga jugak... rasa mcm kasar jer akak murtabak daging tu cakap mcm tu kat nenek tua tu...

    oooh lama tak makan talapia masak lemak mcm tu... teringat weh teringat... cest buah dadu betul....

    ReplyDelete
  2. nangess tengok murtabak tuh!!
    mulia ko kan kasi nenek tu dulu...:)

    ReplyDelete
  3. u pegi pasar ramadhan mana dear?

    frm iza

    ReplyDelete
  4. angkuh betul peniaga murtabak tu. klu ai kt situ, mau depan2 akak tu ai ckp kensel sbb protes dgn sikap dia.. apa dia ingat murtabak dia high demand dia bole buat customer mcm tu..
    btw, apa ulasan yu psl murtabak tu? terbaek ke, hampeh ke?

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah sementara ada selera....seronok baca, Uncle kenyang terus!

    ReplyDelete
  6. aku dh agak dr mula...
    takkan murtabak je...kan?
    heh!selamat berbuka....

    ReplyDelete
  7. pergh..murtabakkkkkkkkkkk...sedap2..
    mesti sedap giler kan...

    eh lauk pauk tu 2 jenis 5 ringgit reasonable la sis...

    ReplyDelete
  8. kat mana tu jual murtabak beratur tu..

    ReplyDelete
  9. Hi Catz...

    mama kena spend byk masa study entries yg mama termiss nih...

    murtabak...favourite! baru2 ni mama makan kat Dsaji restoren di Makkah ~ sedap ! made by malaysian...

    ReplyDelete
  10. catz, kat pasar ramadhan mana hang beli mertabak tur...nak tau jugak?cam menarik ja.

    ReplyDelete
  11. siannye kat nenek tu...anyway, nasib catz berhati mulia kasi nenek tu dapat dulu :)

    ReplyDelete
  12. memang nampak berbaloi lah ctaz beratur...murtabaknya ..tebal gak.kat mana tuh

    ReplyDelete
  13. Nak makan murtabak... huhkkk.hukkk.. aku kena buat sendiri la.

    ReplyDelete
  14. Nak makan murtabak... huk..hukk.. aku kena masak sendiri la....

    ReplyDelete
  15. Amboiii selera... takpa tengah ada selera.

    Nanti kalu selera berubah, nasi putih dgn telur masin dan sardin pun sedap.

    Lum lagi makan murtabak sepanjang posa ni.

    ReplyDelete
  16. nenet,

    hahhaa,,setuju,
    kadangkan,,cara dia ckp tu mcm kasar sikit.
    walau pun org duk beli, jgn lah anggap pelanggan ni mcm budak2..cara dia ckp kdg boleh buat org tersinggung,
    :).

    ReplyDelete
  17. axim,

    mmg sedap murtabak tu..bau pun kuatnyaaa.
    :)

    ReplyDelete
  18. anonymous@iza,

    ni bazar ramadan dengkil, sebelah pasar awam dengkil.
    :)

    ReplyDelete
  19. parkmeon,
    hi..
    selamat berpuasa..
    now meniaga ayam lagi ke?
    hahha.

    ye..akak tuh mcm laser sikt, tujuan dia baiklah, supaya senang nak tgk turn, sng nak bagi dan kira.
    tapi kdg mcm over pulak.

    murtabak dia sedap.
    :)

    ReplyDelete
  20. uncle,
    bila nak wat entry buffet ramadan hotel uncle..
    plis..
    i want food.
    hahahha.,

    ReplyDelete
  21. afendi..
    tahun ni aku buka puasa tak masakk..heh.
    nasib baik jumpa juadah sedap kat bazar.
    :).
    yg pasti bukan murtabak saja.
    :)

    ReplyDelete
  22. wahidah,

    hows ramadan di saudi>

    sana ada murtabak tak.
    :),
    sure rindu bazar ramadan kan..
    :).

    memang reasonable kan.murah je.

    ReplyDelete
  23. Anon,

    di bazar ramadan dengkil,
    sebelah pasar awam dengkil.
    :)

    ReplyDelete
  24. mama,

    seronoknya sambut ramadan di Makkah ye.
    made by malaysian sure sedap.
    now dah boleh buat sendiri kan..
    :)

    ReplyDelete
  25. Masni,

    salam,,
    welcome to my blog.]
    selamat berpuasa.

    ni kat bazar ramadan dengkil.
    sebelah pasar awam dengkil.

    masak apa today?

    salam kenal,catz

    ReplyDelete
  26. anne,
    mmg kesian, jln terbongkok2 ke bazar dgn cucu.
    cucu dia comel.dan nakal.
    hahah.

    andd,
    selamat menyambut ramadan ye.
    selamat berpuasa.
    hows life now?

    ReplyDelete
  27. atty,
    kat dengkil.
    berbaloi beratur, tebak dan sedap.

    ReplyDelete
  28. zarina,

    selamat berpuasa.
    hows puasa in UK?
    sure ko masak sedap2.
    masak murtabak sendiri pun sedap apa..
    :)

    ReplyDelete
  29. azieazah,

    memang tengah berselera.

    eh kak, lauk sardin dgn telur pun sgt sedaplah..
    :).
    selamat berpuasa.
    :)

    ReplyDelete
  30. weh. musim leptospirosis ni jgn minum air tebu lah. vahayer.

    ReplyDelete