Biasa pergi ke Sekinchan?
Kalau kita menghala ke Teluk Intan dari Klang, ikut Jalan Kuala Selangor , sure lalu Sekinchan.
Tapi Ikan Bakar Sekinchan ni bukan di Sekinchan sana cik Kiah.
Now kita boleh makan ikan Bakar segar yang di bawa dari Sekinchan di sekitar lembah Klang.
baru-baru ini Catz berpeluang makan di Sekinchan Ikan Bakar ni. Ini laman web restoran nih.
www.sekinchanikanbakar.com
Restoran Ikan Bakar Sekinchan
Restoran Sekinchan Ikan Bakar menyajikan makanan laut segar yang dibakar.
"SEGAR, SEDAP dan HALAL"
Kalau nak makan ikan segar seperti kembung, jenahak, pari, siakap, talapia, ikan gerut, ikan cencaru dan lain-lain, ha..sinilah tempatnya.
Makanan laut seperti ketam, sotong, udang lala, kerang pun ada. Menu di sini simple je.
BAKAR!! ala..cam tak biasa..sapa tgk citer Hantu Kak Limah..
"Kita bako!..kita bako!!" hikssss...
so menu simple..ikan bakar, makanan laut bakar.
senarai ikan, mengikut harga pasaran selain itu ada juga menu lain seperti nasi lemak. Aku sukaaaa nasi lemak dia, sedap! Ada juga lauk sampingan nasi lemak seperti rendang kerang, paru goreng bercili , ayam goreng dan lain-lain. Ada juga makanan pembuka selera seperti keropok dan lain-lain.
Minuman pula, dari minuman panas, sejuk, air buah-buahan dan lain-lain. Bagi Catz, harga adalah berpatutan dengan keadaan kedai yang agak cozy dan cantik.
jom pilih ikan! Konsep di sini, pelanggan datang, pilih makanan laut yang kita nak, timbang...
ikan talapia merah..i loikee!
siakap
pilih...pilih!
ikan!ikan!
ikan cencaru dan kembung ![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEibqun7J4to5U_uEq5z1YovQGGSmtUk-SkiOvJAVlNofEy0desyn_h97BWk_wcnuLZ3i7lgNpWhrM-QTzC3X8cQYO6HfrZL3ozk7aqv_9nOPqDgkOqdvoZe_MIYRkAp0jVsgx-bGLROyd8/s280/sekinchan+ikan+bakar+2.JPG)
cantik lampu-lampu kedai ni. Lampu macam lampu zaman dulu...
suasana dalam restoran ikan bakar yang cantik ok, tengok catz makan apa..
ikan jenahak bakar
lala dan kerang bakar
nasi lemak nasi lemak ni bagi catz sedap! terasa kelemakan nasi lemak dan aroma daun pisang. Sambal adalah sambal ikan bilis.
jemput makan
Oh ya, ada 3 jenis sambal disini. sambal kicap, sambal belacan dan kuah asam. Catz paling suka sambal kicap..manis-manis pedas.i loike!
Ada juga ulam-ulaman seperti kacang panjang, pegaga, timun, bendi. Nice! Goes well with sambal belacan dan nasi putih.
oh ya..ini adalah air tembikai laici..slurppp! pekat dan sedap!
ok..now review.
Rasa: Ikan-ikan dan makanan laut adalah segar. Ikan memang di bawa terus dari pembekal sekitar Sekinchan. So tak payah letak macam-macam dah sedap. Sambal ikan bakar dan ikan segar tersebut bagi catz memang ngam. Oleh kerana ia untuk hidangan semua kaum ( 1 Malaysia) sambal takdelah pedas. Bagi catz..sedap dan rasa ikan fresh terpelihara. sos pencicah, bagi catz, ok . Sambal kicap tuh bagi catz sedap!!
suasana kedai: Kedai ni pack sentiasa. so kalau nak makan baik datang awal. Takut ikan habis. waktu operasi adalah 12 tengahri - 12 malam. Suasana kedai yang selesa, bersih, cantik dan agak cozy....konsep kedai ikan bakar yang menarik!
Service? bagi catz ok, Boleh improve lagi.
Harga? Untuk makan di sebuah kedai ikan bakar yang cantik, bagi catz agak resonable. Tak payah pergi jauh-jauh untuk makan ikan segar. Kedai cantik, selesa.
Restoran Ikan Bakar Sekinchan merupakan rangkaian perniagaan franchise milik bumiputera.
Kini ia sudah mempunyai tujuh cawangan setakat ini iaitu di : Centrum setiawangsa, Prima Gombak, Kota Damansara, Bandar Puteri Puchong, Taipan USJ, Desa Tun Razak, Cheras dan Reko Sentral (Jalan Reko, Kajang). Dalam masa terdekat ni, satu lagi cawangan akan dibuka di Balakong.
Kini mereka akan membuka beberapa cawangan lagi di seluruh Malaysia. Sekiranya berminat untuk menjalankan perniagaan retoran tetapi tiada pengalaman, tak mengapa. Mereka akan sediakan segalanya. Dari aspek mewujudkan restoran, pengurusan , pekerja, supply bahan mentah etc akan disediakan.
Sekiranya berminat boleh contact :
Encik Azman
(Business Development Director)
Tel: 016-2840634
aman33my@gmail.com
ok..selamat menjamu selera dengan ikan segar. Bukan di Sekinchan atau di hujung tanjung , tetapi berhampiran kediaman anda!
wah promosi baik ni....kena pi la..
ReplyDeletesaya dah cuba cawangan di kota damansara. memang masakan boleh tahan sedap tapi bab servis tu agak menghampakan. lama sangat nak bakar ikan (40 min) sampai dah habis satu gelas air menunggu dan perut pun dah mencerut-cerut kelaparan (pergi masa lunchtime).
ReplyDeleteKonsep restoran cantik dan selesa. Kalau catz nak try cawangan di Kota Damansara ni helo-helo lah ye :)
macam iklan plak , he he
ReplyDeletenak try juga makan kat sini ..dgr catz cerita pun saya da terliur...nasib baik dekat je reko sentral ..
ReplyDeletekeroncong perut tgk semua ikan2 tuh ..
ReplyDeleteuncle,
ReplyDeleteyou should try! ikan segar..sedapps!
DrSam,
ReplyDeleteyeah..i love the concept too. ikana bakar at nice place.i'm sure they will improve their service..
ok..will helo-helo...!
:)
xplorer,
ReplyDeletememang iklan.heheheh.
try lah...sedapss!
Anon,
ReplyDeletehi..dah try? oh u duk bangi? kajang?
salam kenal.
mioww
atty,
ReplyDeletejomm...lunch sana.
:)
dekat dgn rumah aku tapi aku tak penah pegi pun...apsal eh?? tak ada kawan nak ajak...ajak ex, dia tak nak katanya ramai orang, kalau tak nak ramai orang, bakar jerlah kat rumah kan....
ReplyDeletesekinchan ikan bkr balakong:-serbis OUTTT!!!Da tu time na byr d'ketuknya smp rm230.00+++ pehhhhh....TERKETUZ giler...ikan pari sebesar tapak tgn budak 8 thn dicasnya smp rm187..mak oiiii..tgk2 chek key-in smp 7x utk harga ikan pari tu..pehhhh....da salah tu..salah lg..masih key-in 2x lak..apa punya cashier ooiii....chek punya chek last2 total 74.90... gerammmmmmmmmmmnya...FIRST & LAST ler gi sana........
ReplyDeleteSangat laa tak paham napa kedai ni kat klang sentiasa penuh maybe sebab tader pilihan ikan bakar kot!! Ikan segar?? Tak langsung... Mata sumer dag merah2.. Bila picit ikan pun dah lembik... Mungkin org yg tatau tgk ikan pk ikan centuh segar laaaa ... Tak paham cemana org meniaga camni!! OUT!!
ReplyDeleteTheir food is expensive, with small portion & tasteless!!! The fish doesnt seem like bakar but steam. The worst part is they even try to cheat my RM2. Went to Mahkota Cheras branch last Sunday, they overcharged for RM2. In my bill it stated open drink, dont know what the heck is it so ask the Manager. Wah, gave me all sorts of reason like its the drink i ordered, but I only ordered 3 drinks. Then he changed the reason, said they overcharged but gave another reason said that cashier is not around. Lucky my BF looks fierce then only mati mati refund the money. This is the worst ikan bakar i’ve tasted.
ReplyDeletedgr citer dah kene sita~
ReplyDelete