Wednesday, March 2, 2011

Ikan Talapia Sambal Hijau

Ikan talapia sambal hijau


Masak malam tadi. lauk simple. Ikan talapia merah masak sambal hijau sayur sawi masak air.
Goreng ikan kembung then buat sambal kicap buh bawang dgn limau.
ehemmm.


ok.
nak letak resepi simple ikan talapia nih. resepi sayur sawi tak payah lah ek, yang ni anak sedara aku yang umur 3 taun tuh pun reti kot gamaknya (main masak-masak le). kalau masak betul, mau terbalik dapur adik aku kot. silap-silap kebakaran.
kehkeh.

ok..bahan-bahan:

ikan talapia merah
Cili hijau - 7 biji
bawang merah- 2 ulas
bawang putih-2 ulas
bawang besar -1 labu (separuh blend, separuh hiris)
air asam jawa - 1/2 mangkuk
garam


cara memasak;

1.pi kedai/pasar/supermarket -beli ikan talapia. (if nak guna ikan lumba-lumba/ikan paus/jerung pun boleh je. ) aku beli kat tesc0 -sekilo RM5.50 (kottt).

2. senyum manis kepada abg penjual di TESC0 tuh, " err..tolong siang boleh?" -so dia akan siangkan.
(rasa nak suruh dia siangkan sekali ikan kembung 4 ekor kecik-kecik nih, tapi takut dia baling aku dengan pisau pulak kanggg).

* if makcik yang menjual mak tataw kaedahnya.


balik cuci ikan, kelar sket dan buh garam sket. goreng dalam minyak banyak. dah terbalikkan, masak , angkat dan tepikan.


zrengggg...zrassssss...


sesambil goreng ikan, blend bawang-bawang tadi dan cili.
tumis cili dalam kuali, kacau, buh bawang hiris dan tumis hingga garing.
masukkan air asam jawa, garam secukup rasa.
masa nak tutup api tuh rasa-rasa la sikit..dah oke ke...tah rasa tak best ke..adjust2 le.


sambal dah siap, buh atas ikan or masukkan ikan dlm kuali, gaul supaya ikan bersalut sambal.
Ok..hidang.

dah!

16 comments:

  1. ikan kegemaran aku nie..huhuhuhuhuhu.

    ReplyDelete
  2. sedap sedap...ikan talapia merah ok.. yang hitam tu ada bau sikit..

    ReplyDelete
  3. selalu wat sambal camni.. sedap kan...;)

    ReplyDelete
  4. mahunya 4 pinggan uncle makan nih.....habislah...

    ReplyDelete
  5. terliur aku....tambahan kat Saigon ni hampeh pumye makanan!!

    orangrawa/zul

    ReplyDelete
  6. ko penah mkn ikan lumba2 ke sis?
    heh!

    ReplyDelete
  7. Huwaaaa sedapnya.. Suka ikan goreng dengan sambal hijau macam ni.. Makan dengan nasi putih berlaukkan ni sure bertambah tambah punya lah

    ReplyDelete
  8. atty,

    fevret ku juaaaa.
    hows diet?

    ReplyDelete
  9. netnet,
    yup..pandai..yg merah adalah sgt sedap!

    ReplyDelete
  10. nur easy,

    senang , sedap dan tiba2 tak sedar dah 4 pinggan nasik bertambah.hiksss

    ReplyDelete
  11. uncle,
    5 pinggan pun tak pe..aunty sayanggg jugak.kehkeh.

    ReplyDelete
  12. orang rawa/zul,

    resepi sudah tersedia...ikan ada di pasar, cili pun ada kat ben tanh market tuh..apa lagi..sila ke dapur. masak nasik siap2 oke. masak ni kejap je n simple. sure ko makan 5 pinggan.
    sila..sila..hahaha

    ReplyDelete
  13. afendi,
    pernah..dalam mimpi..
    bukan rasa ikan sama je ke?
    rasa ikan..
    hahaha

    ReplyDelete
  14. lady,

    kan..terus tak sedar diri tawww..makan 5 pinggan.ihiksss

    ReplyDelete
  15. mama@hjh zainab

    ok..nanti kita courier..
    ala..mama masak lagi sedappp!!

    ReplyDelete