wah..tajuk. Drama gila kan.
kih.
agak drama lah jugak kot...ala-ala telemovie eh pilem karak.
Terbitan CatzMIow Production Sdn Berhad.
Lepas meeting/ kerja i had nice lunch at Famous Nasi ulam Cikgu at Kg Kraftangan.
sedapnyaaa ayam goreng kampung dia, masih teringat-ingat you.
(oh ye sebelum tu kan, masa packing nak pi KB ni..aku call kawan aku, entah tiba-tiba macam bongok je aku nak tanya. aku call kwn aku si Ribena sebab dia patutnya pi dgn aku tapi tak jadi.)
aku: Ribena, aku nak pi meeting kat KB nih....
Ribena: so..?
aku: kena pakai baju kurung ke?
Ribena: oi setannnnnn! ko boleh tak tanya soalan yang bernas dan ilmiah sikit takkkkk????
aku: errr..ye lahhh..aku nak tauuu...aku bawak back pack je....
RIbena: pakai le apa2 nok..janji kau tak bogel dan berpakaian yang boleh menjolok mata orang
aku: kih-kih...ok..ok.
*ribena - bukan nama sebenar.
Lepaslunch balik hotel.
aku mintak late check out sebab flight pukul 5.10 ptg.
nak le membuta kejap sebab perut kenyang. Ngantuk sebab malam tu aku merayap pi wakaf che yeh.
Tapi..
tapi.....ada pulak kawan aku hasut-hasut aku dgn sms..
"oi..pi lah makan kat restoran hover"... (2 hari dia hasut aku oke).
aku kan mudah terpengaruh. lepas check out, Pukul 3 aku makan sekali lagi (buruk lantak kannn).
err..sebab dah buat web check in, so boleh le pi lambat ke epot.
wah..ada hati kauuu..merayap ke pasar siti khadijah sekali lagi, padahal semalam dah pegi.
Aku dah call pakcik teksi yang aku dah book. suruh amik aku depan pasar siti khadijah/ depan pakson pukul 4.15ptg. Boarding pukul 4.30ptg (wah kannn..berani mati kannn..15 minit pi epot..kih).
Dia cakap OK, dia akan amik aku. so settle lah kan???
so lepas makan aku jalan laju-laju ke pasar siti khadijah. masa ni around 3.20 ptg.
Menjana ekonomi sekali lagi.
Then lalu gerai makcik yang dah tua. Dia jual beras dan pulut hitam. Oleh kerana skill marketing makcik tu sangat bagus plus aku cepat kesian tengok makcik tu beriya pujuk, aku beli sekilo pulut hitam pulak.kih. macam le kat negeri selangor takde jual kan..?
wah...kalau aku kesian dengan semua makcik kat situ, aku maybe boleh bukak kedai pelbagai jenis beras dan pulut di Bangi.
Lepas tu naik atas.
Tengok kain lagi....
tak sedor diri kan...dah nak pukul 4ptg tuh.
Maklumlah last week agak lengang..so dengan skill rayuan tahap lapan...
"beli lah dikk....buat ghori" - sebut dengan dialek kelantang ye..silalah bayangkan...
ghori???? apakah?
oh tu istilah macam kedai dia dari pagi belum ada sorang pun beli, so dia nak 1st customer lah, utk lariskan kedai ke apa gitu.
so bila dah dirayu-rayu..ai ni lemah dengan rayuan pulak tu. so beli lah jugak.
5 minit lagi pukul 4. henpon aku bunyik.
aku: hellow!
Roberto: where are you?
aku: pasar siti khadijah.
Roberto: what???????????????!!!! what r u doing? i tot u should be at the airport now!
aku: hik-hik. shopping.
Roberto: are u crazy? 4.00pm already.
aku: i've checked-in , tru website, i have my boarding pass with me. no worries.
Roberto: Go to airport now..! u dont know wut will happen otw to airport..traffic jam?
Aku: i'm in Kota Bahru, not KL.
Roberto: To the airpot now!! u'll miss your flight!
Aku: ye la...ye laaaaaaa (sambil sambung bargain-bargain harga kain dengan akak kat bawah ni)
wah....
ding dong..awwwww...dekat 4.05 ptg.
aku berlari keluar pasar terpacak depan pakson, call pakcik teksi.
Pakcik teksi kata ok..dia dtg sekarang depan parkson.
Teksi stand dan parkso tak jauh, naik kereta around 3 minit kot??? If tak jam laa.
if leher aku boleh memanjang, maybe aku dah jadik zirafah kot.
dekat 4.20ptg aku call pakcik tuh.
aku: Pakcikkkkkkkkk!!! mana pakcik nii?
Pakcik: (dengan suara menguap)..u ada kat mana? (suara relax gila)
aku: depan pakson la..depan pasar siti khadijah. kan dah ckp tadiii
Pakcik: ooo...saya duk ado dekat jambatan, dekat KB mall. Je (jammed).
aku: lama lagi tak? saya boarding 4.30ptg ni.
Pakcik: 15 minit agaknya (suara relaks takde perasaan)
aku: haaaaaaaaaaa???????? ok pakcik...saya amik teksi lain.bye.
kuang asam pakcik ni..at least bg lah tau...
'
aku lariiiiiiii! lariiiiiiiiiiiiiii amik hala ke teksi stand. wah..macam amazing race kau, lari nak pi kat pit stop.
gila kelam kelibut aku. macam kena kejar pembunuh bersiri. tapi macamana nak lari laju kan..dengan jinjit kain, beras, serunding, pulut semua. kih-kih.
Time nak cepat ni, kereta banyak, susah nak lintas-lintas jln pulak tuh. Ala, macam drama TV lah..ko nak cepat, kena kejar dgn orang jahat, tgh kuarkan kunci kereta, by the time sampai kereta, kunci jatuh masuk dalam longkang. ha..gitu.
Lari...larii!
kebetulan lepas area parkson ada sorang pakcik teksi tengah lepak borak.
Pakcik: nak teksi ke ???(dia jerit kat aku yg lari cam kena kejar hantu)
aku: ye!
Pakcik: kemana?
aku: airport.
make it short naik le cab pakcik nih.
aku: pakcik...laju...laju lagiii!
Pakcik: relakss..relaksss..sempat sampai ni...
(wah..relaks ????????)
pakcik: relaks...relaksss...jangan gabraaa...*&**&(*&(*(&*^**(*^&%$^TGF$$%%^*
ewahh..pakcik ni lepas tuh buat-buat lawak pulak. Dia ingat aku memerlukan gurauan dia utk relaks dan calm down ke apa....
eiii..tak sesuai oke.
pakcik: relaks...buleh sampa...buleh sampa (gelak-gelak..samdol je)
aku: pakcik...bawak lah laju lagiiii....lajuuu lagiiiiiiiiiii..asal jgn sodok kereta depan sudahhh!
pakcik: kalau tertinggal flight yg ni, yg berikut pukul berapa?
aku: alaaaa.....laju lagiiiii!!! lajuuuuuuu!!!
4.40ptg aku sampai epot.
kih...
dah le masa beratur pemeriksaan keselamatan org ramai gila...gila aku tak gabra. so jadik lambat.dah macam cacing kepanasan aku.