Wednesday, June 1, 2011

perusahaan pokok pegaga dan pudina

kemaruk ke arah perladangan..


Ini barulah berkebun kot namanya. usung tanah, usung pasu, sodok tanah, tanam pokok...


Kita tanam juga pokok yang boleh dijadikan bahan makanan seperti pokok pudina. Bila petik sikit daun ni, cium,,wahhh..macam bubuh colget kat hidung.....


Jah...ooooooOOOO Jahhhh! ...setakat nak minum shai kat damsyik resto tuh kan...ehem..i boleh buat satu baldi kat rumah dan minum sampai kembong tauuuu. So kalau pi damsyik resto tuh order air mangga je lah...hik.



Yang ini pegaga air. boleh buat ulam ulaman. konsepnya kan..dari pasu terus masuk dalam mulut..hiks..
Nak makan nasi, boleh angkat pasu terus ke meja makan. or if bawak nasi depan TV, kita amik pasu buh depan TV. Sambil tgk TV makan nasik, sambil petik pegaga masuk mulut. Jimat masa dan pinggan kan Kiah. 100% FresshhhHHHH.
Dah habis makan, letak semula ke tempatnya.

hopefully semua akan hidup sejahtera...


ok..cili ni beli di pasar malam. Beli utk eksperimen tanaman cili di makmal saya nanti. harap-harap hidup subur nanti. Baru telefon mak ai macamana nak semai cili api ni.
Hem..akan diupdate kemudian, jika ada perkembangan terkini. IF takde updet on chili, senyapppp je, mungkin semua cili tersebut dah jadik sambal belacan.


Talapia berapi-api

oh sebelum tanam, kita eksperimen dulu tahap kepedasan cili ni. Malam tadi test masak talapia goreng berapi. AKu goreng ikan talapia merah. Angkat, tepikan. kemudian tumbuk cili merah ni, bawang putih dan sedikit halia. Hiris bawang besar bulat-bulat besar. Tumis bahan tumbuk, masukkan bawang besar, buh garam, kicap manis sket, gaul sebati dan masukkan ikan. kacau-kacau dan angkat. Dah siap.

Rasanya... wahhh..... berapi kauuu...............


ikan tongkol masak kicap, bubuh cili merah

sawi masak air


simple dinner..nyammm!

kemudian duduk bercakap dengan pokok dalam kegelapan malam.

6 comments:

  1. Hey catz..I came across ur blog and i like ur jounal about places you've been through ...good info

    ReplyDelete
  2. mestiii siokk kann...biler nengok pokok sumer subur jerk...japp pokok pegaga tu bleh makan ker jenis yg itu bukan org buat hiasan jerk ehhh

    ReplyDelete
  3. harap semangat peladangan berterusan yek...jgn hangat2 baja taik ayam aje ok

    ReplyDelete
  4. aduhh..
    ikan tongkol msk kicap mmg peberet i nyah.
    terliuq!
    huhu...

    ReplyDelete
  5. usahawan gigih
    dari perusahan kerepek peria katak
    terus meningkat ke kerepek arrow head
    kemudian tanam tanaman pulak...
    syabas betti syabas....

    ReplyDelete
  6. nyah...sian nengok senduk nasi multipurpose tu..hikhiks...masyp

    ReplyDelete