and i didnt sleep before that. need to prepare everything as our client suddenly called and said " our meeting next week cancel, but meeting kita cepatkan ESOK tengahari".
danggggggggggggggggg!!
terus aku rasa nak melompat terjun bangunan.
Tapi fikir balik, buat apa lompat, kang patah riuk je terjun dari bangunan dua tingkat nih.
hooo...cam nak terbalik meja aku. and terpaksa memaksa staff OT as we have piles of data to be analyzed. matik lah cik kiah terpaksa memerah tenaga batallion di ofis sekalian yang pukul 9 je dah cakap " nak balikkkk".
sighh.
so akhirnya terkongkang kongkang seorang diri and tak tidur semalam and surprisingly am survived !!
really exhausted after big presentation and half day meeting at client's office.
and my first meal for yesterday was sepinggan kecik bihun goreng pada pukul 5.30ptg yang aku makan dalam keadaan malu-malu ayam. wah malu kau catz.kih. oh ya..bukan malu, tapi 'sopan'.kat ofis orang kan.kena sopan santun.
hiks.
Beli jagung rebus dan burger (murah je kan aku punya reward..), kata mamai tak tidur semalaman tapi boleh berjalan lalallala kat pasar malam kan.
balik sampai rumah terbongkang.
plan nak tgh cerita Anissa 10.30 mlm adalah tinggal kenangan saja. Berita pukul 8 mlm belum start, aku dah belayar mimpi terbongkang kat sofa. wah sopannya aku kan, tidur pakai tudung elokkkk je.hahha (nampak sgt tak mandi).kih.
sedar-sedar dah pukul 5 pagi kau! Makanan aku beli kat pasar malam pun tak terusik, elok je nlagi dalam plastik.
oh..sapa tgk Anissa malam tadi, boleh updet tak, apa jadik after Pn Ana tau bahawa dia telah dimadukan oleh kawan baik dia..adakah dia hendak commit suicide atau tikam kawan baik dia ?
eh overnya aku kan. sensasi gitu.
(wah sempat kan ..kata busy tapi ada je masa nak tgk drama TV).
Pukul 5.30pg aku dah terkebil-kebil tak boleh nak tidur.
Bangun, amik kunci rumah, amik kamera, tengok pokok bunga.
gigih tak pukul 5.30 pg bawak kamera amik gambo pokok bunga you!
Macam crunchy je.
oh ya..hari tu, aku balik dari out station seminggu, bila balik tengok pokok aku, inilah yang terjadi:
tapi aku siram je. kotlah ada yang panjang umur lagi antara yang dah mati semua tuh...and pagi tadi..tengok kat bawah nih...jeng-jeng-jeng!!!
so ptg ni aku boleh petik buat ulam. kalau dalam rancangan masak-masak chef wan tu moto dia "from the garden to the kitchen,", aku punya moto:
"from the pasu, sretttt into you mouth".
kih.
actually dalam pasu tu aku tanam pokok aloe vera, tup-tup tumbuh pokok yang sgt subur ni siap ada bunga dan berbuah. buah dia panjang-panjang. tak tau boleh makan ke tak. Nak try makan takut la..kang tak pasal-pasal kanggg...
oh ya, satu lagi update objek belaan saya,
ya betul tu! macam tuan dia.
9 comments:
mendatangkan nyamuk tak? hati terasa nak melawat taman... tapi tak masak, jadi segan² nak bertandang tak bawak pemakan, heheheee
Kalu orgnya subur.mestilah pokok pun subur dik..hihihi :)
bagusnya catz. saya ni bela pokok apa pun, semuanya mati. pasni nak try bela rumput la, tah2 yg tu pun kojol.. ;p
walaupun ruang terhad, banyak jugak koleksi pokok cik catz ni yer..
next time kalo outstation lama2, rendam je pasu tu dalam bekas yg ada air, tapi jgn banyak sangat air dia.. lagi satu bubuh ubat jentik2 sekali, tak la nyamuk bersarang nanti ")
bape bijik tepon ko catz?
heh!
suka tengok pegaga tu... :)
Tu yang tumpang kat aloe vera tu pokok maman kan...
balkoni umah ai penuh dengan orkid sesuai ngan tuannya..;)
nanti nk =tanam semula arr daun pandan, daun kunyit, cili, plak...dolu penah tanam..mati..sbb rajin outstation...heheheeh..orkid no hal..dier tahan lasak
ye la... asenye maman yang sepasu aloe vera tu... org belah pntai timur suka wat jeruk mkn ngan nasi
Post a Comment