Tuesday, September 20, 2011

Buku resepi: kesan psikologi


Wah tajuk..poyo macam lah dalam journal penyelidikan apa tah kan..


on the last day, orang tak ramai. hujan


SK and i were at MPH warehouse sales on sunday.
oh gila...
lots of book with reasonable price, cheap and super duper cheapppp!!
provided kau bawak duit segantang kan kiah barulah boleh borong satu lori...

Lepas-lepas raya ni kenalah berpada-pada if tak nak makan serdak kuih raya (itu pun kalau kuih raya tu wujud di rumah masing-masing kan senah)...

masuk je mak oi...banyaknyaaaaaa buku.
Orang dah tak ramai, last day and hujan pula tu and mungkin orang busy lunch free kunjung mengunjung rumah terbuka.

SK got her list ..buku apa tah...eclipse...ke benda2 macam tuh.
satu RM10.00 siap ada casing cantik...gosh...journal apa benda tah.

i browse around and...

omjee!!!
lots of cooking book...
gila kau.
kulit buku pun dah menyelerakan.

aku ada sedikit perasaan mahu menggigit buku ni..walau pun tak tau tuscany tu mentang apa apa ke benda punya masakan kannn...


belum tengok isinya kannn????

kau tak payah pegi cooking school Kiah. Ni hah! nak masak apa pun ada..siap ada "chinese cooking school", ' Indian Cooking School', etc. gosh..
aku duk belek-belek area buku masak-masak saja.
malas dah nak pi section lain.
jumpa buku masakan pun boleh lupa diri kannn...

eskay dah bimbit sekotak buku. mak oi..dekat sini beli buku macam beli bawang time sale dekat tesc0 / gi@nt nok!
boleh beli satu beg bawang terus....!! apa ke motif kannnn? macamlah makan bawang boleh kenyang.


u could find any form of cooking book. dari yang meng-claim dialah baking bible, etc sampailah buku masak yang kadang aku rasa agak merepek. kih. tapi fun je kan ada buku-buku masakan yang pelbagai.
apa yang kau nak masak kiah? semua ada.
nak yang simple...yang susah ..yang tak pernah dengar oso semuaaaa ada.
"JUST 10 minutes" ----> kah-kah-kah. ye lahhhhh tuuuuuu 10 minit...
for beginner yang baru nak kenal kuali dengan senduk pun ada.
Bolehlah berkenalan dengan halia, jintan putih, jintan manis, biji ketumbar pun ada bukunyaa..bergambar segala bahan-bahan nya, dan cara masak dipaparkan step by step.
bak kata kawan aku yang laser molots tu, kalau dah tunjuk bahan bergambar, cara masak step by step tapi tak retiiiiii jugak masak, baiklah kau gantung kuali diri je. oh agak kejam statement tuh.
selain itu nak masak guna bahan 3-4 benda je and yet jadi masakan yang gah pun ada..


barbeque? mama's italian cook book, grand ma italian cooking book pun ada. so ertinya di sini, walaupun nenek aku bukan orang itali, tapi if aku beli dan mentelaah buku ni, aku boleh masak masakan itali yang sedap macam nenek - nenek kat itali sana. itu pun kalau aku baca dan masak la. kalau beli lepas tu letak kat rak je..ehmmmmmm......

Actually kan..aku pun kadang rasa nak ketawakan diri aku. Sukaaaa je kan nak beli segala mak nenek buku masakan.
Pernah aku beli 8 set buku masak...tapi tah le kat mana buku tu bertapa..kih..
masa nak beli beriya memilih, kononnnnnnn!!! kannnnn....
bawak balik, buku tuh ada duk terperam dekat rak bawah tv .
masa beli wah..perasaan tu kan..amboi...aku nak masak itu..ini...tak sedar diri ni jawa boston Batu Pahat tapi ada hati beli buku masakan Scandinavian macam laaaaa kan kau nak masak.
kadang rasa tertipu je tipah ni dengan ilustrasi buku masakan salad-salad yang cantik-cantik tu..
kalau dah tekak jawa tu, beli buku masakan itali la...masakan tuscany la..mexico la..moroccon laaa..last-last masuk dapur prong prang kelentung kelentangggggg..dong deng..buk! buk! buk! yang siap sekuali sambal goreng jawa jugakkkk!!!

kan...kih-kih-kih.


buku tu buat alas tumbuk bawang je kot????? or buat kipas-kipas panas kat dapur.

er..ke aku sorang je yang rasa macam ni ha?

so aku beranggapan cooking book ni actually untuk menjamu mata je kot..???
Nak raya kan main lagi majalah-majalah masakan buat tajuk.." 250 resepi untuk rumah terbuka hari raya"..
wah..teruja sangat beli oke!

sekali orang datang aku hidang nasik impit, kuah kacang (resepi mak aku), lodeh (resepi mak aku), rendang (resepi mak aku jugakkkkkk). so tang mana menuntut ilmu kat buku/majalah resepi tuu???? ye..masakan dalam buku resepi tu cuma hidangan mata je. tetamu-tetamu menyuap nasik impit ke molots sambil mata menatap buku resepi yang ada 250 resepi hidangan raya tu u ols...voley?

bayang-bayangkan aja..hhahaha.

Tu yang kadang aku sangsi akan keperluan membeli buku resepi bagi diri aku ni.
tak caya u ols selak-selak dari blog lama aku, blog ni, masakan aku ulang-ulang samaaaa je.
takde yang extravaganza pung kiah....


so i settled with 5 books..2 self help books and 3 cooking books. ngehhhhh...


tapi kan..ok..now aku bagi pendapat dari sudut positif pulak.
actually, walau kita tak masak segala hidangan dalam buku resepi tuh ada ilmu yang kita dapat walau sekadar mentelaah membacanya.
Ilmu ni benda yang tak terhad pada spesifik benda macam sistem trogonometri ke..electromagnetic radiation, kalkulus hok ada cacing-cacing yang aku nyampah tu semua..
Bidang masakan pun satu bidang yang fun untuk diterokai. Makanan adalah benda yang kita akan jumpa walau ke mana pun kita pegi kan..dan food melambangkan bangsa, negara etc..
so perlu jugak tau masakan/makanan negara orang yang kadang banyak istilah yang kita tak tau..

masa duk belek buku, there is a lady giggled besides me..

She: hahahhaha......
aku: (menoleh...oh she is looking at resepi masakan middle east)
she: (cuit-cuit aku dan ketawa kuatttt) ...mis..hihihi.."tak bolehhhh"
aku: (tengok apa yg dia baca) oh..this is tabbouleh or tab(b)ouli) - a popular salad in middle east..banyak versi, lubnan version maybe lain dgn turkish..syria.bahan dia lain-lain sikit..bahan asas dia bulgur wheat, tomato, timun, parsley,mint, onion, garlic, olive oil, lemon juice, and salt. ada yang guna romaine lettuce...etc...bla..bla..


tabbouleh


she: ketawa..ye la..it sounds like "TAK BOLEH"...kihkihkihkihkkkekekekekkekke..
aku: er..ha-ha....

kih.

kan..bila kita membaca banyak makanan negara lain kita tau walau kalau nak buat, ko nak beli bahan nak sebut tak reti.
and bagusnya ia banyak bagi kita idea and improvise dari segi masakan dan garnishing.
ada buku yang " all potatoes"...50 resepi patoto je....

teringat masa aku study kat universiti dulu, ada kawan aku cakap.." mak kita ada buku resepi banyakkkkk...ada buku masakan kentanggggg je...ada sayurrrr je....ada ayammmm je dalam buku tu resepi ayammmm je..200 resepi".

masa tu aku duk fikir..ayam ni boleh masak apa je kan? balik-balik masak kari, goreng, ayam golek, masak kicap, rendang, cili api..masak lemak kuning...so apa ke benda yang sampai 200 resepi ayam tu???? ha...bila dah besar baru tau kan...
kih...
and sapa nak tawen dengan orang turki elokla beli buku resepi terung..ye.kau kena prektis masak at least 50 jenis masakan dari terung..haa..pitamss kau kiah.
kih...

so akhirnya...berguna jugak buku resepi atas tu..hok pasta dan piza tuh..

malam tadi aku masak nih..

macam nak rak bawak buku resepi kedapur, selak-selak nak masak apa..last-last bukak botol pasta sauce, terjunkan dalam kuali...buh cendawan butang...prong..prang..yang siap ni je?

kan.
aku dah cakap tadi.
buku tuh aku buat kipas-kipas.
panas kat dapur.

kihhhhhhhhhhhh.

Saturday, September 17, 2011

Kisah dongeng


Kisah Dongeng - Stacy

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja


Thursday, September 15, 2011

Food & Friends...



slurppp...

Gambar raya?
Kita beraya dalam shopping mall. Lepak at Black Canyon Coffee
takdenya macam gambar raya pun. Mula-mula rasa nak cakap.." eh kita semua kena pakai baju raya ye bila jumpa nanti.."..pftttttttttttttsss.
Tapi kang aku sorang je yang terkedik pakai baju kebaya (ada ke?). yang sekor bawah ni sure akan pakai baju tak raya dia.


Linda and catz

Keji kau Linda...
ayat pertama dia..." eh...kau tak kurusssss pun lagiiiiiiiiiiiiiiii??"
helo! kau kurus ke ????????????????????????????????????
pang!!

Zaimah &Catz. wah suwitnya kawan aku ni kan.

tomyam..

the real green curry from bangkok.. yang aku masak tu takda bay leaves and fish sauce kerana menggunakan sumber alam yang ada dalam peti sejuk je. But this one...yummehhh


mix vege

chicken sweet sour ..err..ke fish? lupa

Bergegar restoran ni kalau kitarang jumpa. ye..memang muka suwit-suwit je semua, macam sopan tapi ketawa kalu...semorang toleh meja kitarang. anak sapa lah kan yang ketawa macam pontianak nih.....

Dah lama gila tak jumpa..last was...tah..setahun lebih kot. oleh kerana takde sapa nak ajak beraya, calling2 lah ajak jumpa. Lepas tuh asyik kutuk-kutuk...apesal dah lama tak jumpa tapi masing-masing tak kurus jugak....
Linda: Ko gemokkkkk ajaaa!
aku: kuang ajaaaaQQQQQQQQQQQQQQQqqqqqqqqq. elehhhhh. kau?????
moto mak macam ni ye nok.." gemok boleh kurusss..ko tunggu lah 3 bulan lagi".
Linda: elehhh..kau asyik masak, lepas tu mentekedarah.mmg tak lah jadi kurus.
aku: err...btw, aku memang tak pernah kurus pun sejak tahun err...1999 kot?

Linda : pendek je ko kan..
aku: eiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii............ko kalau tak menyakitkan hati aku tak gembira kan raya-raya ni.

us.Gambar raya 2011.

us..at alps ski resort, south korea, 2005.

aku kalau teringat peristiwa berskiing dgn derang ni kadang ketawa sorang2. sebab..tah kartun gila. ye linda.kau mmg tak habis2 ketawakan aku kan....

Linda kau macam dugung.ahhaha!

matiklah kejap lagi dia sms aku sumpah seranah..or entah-entah dia kirim polong terus ke ofis aku. kih.wakakaka. Hi Linda..!(ketawa tutup-tutup mulots)

Wednesday, September 14, 2011

chicken Thai green curry

Dari korea kita ke Malaysia makan nasi lemak lepas tu ke Thailand pulak eh.
Makan green curry. Mari kita ke Bangkok for authentic green curry. jooommm.

green curry


yeszaaaaaa...thai green curry paste, direct from Bangkok. as usual, at my fav shop dekat Suvarnabumi airport. Blue elephant curry paste.
Thanks for this soviner. ha...senang dan murahkan soviner mak. Tak perlu susah-susah belikan thai silk ke, perfume ke apa..beli paste kari pun dah gembira melompat-lompat. boleh lah kita masak dan makan untuk hilangkan stress.


kerja memasak lebih mudah.

ini ekoran aku melepak makan dekat Grand Canyon ...eh..Black Canyon. Makan green curry and tomyam. Biasalah, tekak aku kan kadang-kadang keji. dah makan kat restaurant lepas tuh boleh pulak mengidam masak benda tu pulak. miang sangat.mengidam masak oke. bukan mengidam makan. tapi dah masak, of course la lepas tu makan pulak kan...oh..lame excuses kan. memang tak akan selim melim sampai 2013. takpe. Kita harus berpegang kepada moto cik kiah iaitu "GEMUK BOLEH KURUS". Samada kita join The biggest looser asia atau kita usaha sendiri bila terasa nak kurus dan tiba masanya (BILA tuuuuu kiah???). tang tu jawab senirik lah.

no worries.

ok..jom masak. hik-hik-hik.
oh macam nak kena lempang kan?

Bahan-bahans:


daun limau purut, bawang putih, bawang merah, halia, tomato

ayam - hiris lah kecil-kecil. jangan buh seketul macam ni. nanti tak macam thai green curry pulak.

terung kampung. entah, aku tengok kat plastik tulis macam tu. dekat label kat pasaraya tulis terung cameron. maybe terung kampung cameron.

kak seri siantan. eh, santan.

green curry paste


cara memasak:

1. Tumbuk bawang merah, halia dan bawang putih.
2. Tumis bahan tumbuk, masukkan paste kari hijau.

Tumis hingga naik bau masukkan ayam. gaul sebati.

masukkan santan. if terlalu pekat, tambah air.

Bila dah mendidih, masukkan terung yang telah dihiris

kacau rata

Bila ayam dan terung dah masak, masukkan tomato dan daun limau

Masak lagi , 5 minit ke..kacau..mendidih, rasakan garam nya. dah ok...sedap ikut lidah masing-masing...haa..angkat. oh ya..if suka pedas, masukkan cili api ketuk beberapa biji.

ok..siap...jom masak dan makan.

Tuesday, September 13, 2011

nasi lemak

nasi lemak catzscafe


oh, kejinya rasa bila mengidam masakan sendiri.
nasi lemak pulak tuh. dengan sambal sotong kering.
seperiuk masak, so makan pagi, lunch dinner nasi lemak.
memang bagus untuk berjimat di kala lepas raya ni.


Sambal sotong kering.
err..plis excuse kuali hitam ituh. dah guna 5 keturunan. hik.
resepi sambal dah pernah letak dulu.
ok dah.
entry tak bermotif.