Wednesday, July 23, 2014

I'm flying Malaysia Airlines



Akhir-akhir ini, hingga hari ini...isu Malaysia airlines MH17 sudah pasti hebat diperkatakan di mana-mana. Tragedi sungguh kan. tragik.
surat kahabr, media elektronik, FB, blog, twitter, instagram. Pelbagai tanggapan. ada yg negatif , namun masih ramai yang positif.
catz pun mengikuti astro awani, bacaan di internet etc untuk mendapatkan fakta.
Bukan setakat pendapat andaian dan khabar angin.
Kalau ada fakta, barulah tidak janggal untuk memberi pendapat dan berbual.
harapya, semua rakyat Malaysia masih lagi menyokong syarikat penerbangan Malaysia ini.
Tak wajar rasanya jika MAS dipersalahkan di atas tragedi ini.
Catz percaya, peristiwa ini, banyak pengajaran dan hikmah di sebaliknya.
Sebagi salah seorang yg sering menggunakan perkhidmatan MAS, catz rasa begitu terkesan walaupun tak mengenali penumpang-penumpang yang telah terkorban dlm MH17 tersebut.
Terkejut dan sedih. mcm tak percaya.
 
Tgk interview di TV, ramai je yg masih confident dgn MAS. Malah ada juga rakyat negara lain yg heran dgn segelintir org yg bash MAS dgn mcm2 kata kurang sopan.
Bila peristiwa begini terjadi..mmg macam2 org rasa.
Ada kawan catz yg sering keluar negara..sejak peristiwa mh370  dan diikuti mh17 ni kata, tak nak dah naik kapal terbang dan dia tak mohon lagi training or pi meeting sana. dia kata...no..no..no!!! . 
abih next time kot kena bertugas  keluar negara..nak naik sampan ke???
 
Pengalaman catz naik Malaysia Airlines, rasa mmg MAS yg paling bagus dari segi hospitality.
kawan2 catz pun ckp mcm tu. Malaysia Airlines yg terbaik.
Ini pandangan kami, rakyat biasa yg pernah naik beberapa jenis airlines.
Kali terakhir catz naik MAS masa bulan April dan Mei yang lalu.
Walaupun emak catz bimbang, catz kata..tak perlulah risau.
Masa tu ke Paris . so tak nak buat mak aku risau sgt, aku buat itinerary..naik apa..no penerbangan..mas, easyjet..train, hotel..lengkap.
 
 
 
KUL-Paris
 
 
A380 Malaysia Airlines
 
Pengalaman catz, naik Mas ni rasa seronok. tak tau lah aku seronok sbb nak pi holiday ke apa kan.
Tapi seronoklah.
Ini kali kedua catz naik MAS A380. duduk upper deck.
And memamg perangai aku pun... kalau tak boleh tidur, selain tgk movie, aku suka tgk flight route tu and snap gambarnya.
tadi aku tgk balik gambar2 tuh and ada aku capture perjlnn dari asia ke europe nih.


KL-Bangkok..etc..etc
 
oh..memang lalu sini lah.
 
So betullah kan..mmg ni route utk asia-eropah.
dalam tv tgk, mmg banyak je airlines yg lalu jln ni, termasuk SIA, Thai airways etc.
 
 
 
Asia-europe
 
 
antara mknn yg aku suka..nasik lemak . Teringat dlm penerbangan yg lepas-lepas, duduk dgn mat saleh. dia pilih nasik lemak sbb dia kata sedap.
Bagi aku sedap je. walau takde timun..eh?
hihihih..
 


Penerbangan lebih kurang 13 jam bosan pula sbb tah napa aku tak boleh tidor. padahal terbang lewat malam.
tidur kejap. terjaga.
aku rasa faktor usi aku ke napa ek. dulu..kapal terbang belum take off aku dah membuta tak sedor diri..
lately susah nak tidur.
so pi tandas belakang yg dkt dgn galley tuh. tmpt derang sediakan food..
kami menyapa peramugara bertugas.
nama dia Jimmy.
nama betul dia lupa.
Tapi dia friendly sangat.. so aku dgn kawan aku siap cakap..
eh..u tak penat ke? tak rest ke sbb tgk dia mcm non stop keje.
dia senyum and ckp ni tugas dia.

kiatarang minta pepsi and ais. minum kat belakang tu sambil sembang-sembang.
a380 ni besar dan selesa sgt kat belakang tuh.


hi jimmy!!
 
Kitarang sembang macam-macam sambil dia buat keje.
aku siap ckp..eh..nak tak kitarang tolong keje dapur ni.
i suka tau  buat keje dapur..masak..ngemas2.
hahahhaha.
jimy gelak je.
 
aku teringin nak tgk tmpt flight attendant tidur.
kebetulah dlm a380 ni mmg ada lawatan utk kanak-kanak tgk dan jalan2 dlm kapal ni.
so kami pun join. hahhaha.
 

selesa sgt aku rasa fly dgn MAS. bg aku food sedap (tekak aku le..) , layanan pun bagus

ni masa awal pagi
 
pertama kali aku amik gamba dgn peramugara dlm hidup aku. hihhiih


tak lama tuh.supervisor jimmy datang. nama dia..hazrey ke..hairi..aku lupa. ampun . lupa
dia pun ramah tamah sembang dgn kitarang. (if u read this, plis leave comment ye encik hazrey n jimmy).
dia tanya aku nak pegi mana? aku ckp lah nak pi prague.
tiba2 dia excited sgt.
dia cakap...eiiiii..aiii kan..antara negara europe i palinggggg suka prague...
u jangan lupaaa...beli bohemean crystal tuh....pasu-pasu dia lawaaaa....beli u olssss.
(dengan gaya-gaya tangan dia...)
aku cakap..hah? pasu?
dia ckp..ye lah u ols. buat hiasan kat rumah. cantik tau dok...
aku tanya mahal ke...?
dia ckp..ala..sesekali je pegi..beli ajalahhh...
or kalau tak nak beli pasu tuh,,,beli nice jewellery yg dibuat dari kristal .
sana pemes....

aku ckp..aku ada blog. hazrey pesan banyak kali...jgn lupa tulis pasal mas tau...tulis pasal experience u naik malayusia airlines.

seronok gak sembang2 dgn derang nih..

Jimmy yg baik hati bila tau we ols nak mengembara ke few countries, dia bagi kami food, air.
terbaiklah.
macam2 kami dapat..dan paling best dpt nasik lemak yg mana kami makan kat paris airport sambil berlunjur kaki . nasi lemak sambal udang di paris.sedapp hoi.
jus buah pun ada. mmg best lah.
jimat jugak duit tak yah beli food utk tunggu next penerbangan.




Masa nak kuar dari flight tuh... hazrey siap pesan lagi, jgn lupa tulis dalam blog.
hah kau..dah bulan akhir bulan 7 ni baru aku tulis.
 
Bagi aku, apa yang berlaku tak boleh kita nak salahkan syarikat penerbangan.
Peristiwa ni tak menjejaskan kepercayaan aku utk terus terbang dgn MAS.
 
:)
 

Moga MAS terus bangkit dan terus  menjadi syarikat penerbangan terbaik.
 

MH17 ...Al-Fatihah... #prayforMH17



Sad and tragic..
prayfor#MH17.
Al - fatihah

Monday, July 21, 2014

Lunch di Bratislava , Slovakia

Sampai di Vienna, memang dah plan nak pi Slovakia.
satu jam perjalanan naik train dengantambang 15 euro pegi dan balik.
Plus tiket tadi boleh digunakan untuk naik semua pengankutan awam di Bratislava. Promosi katanya.
baguslah. jimat.
kalau nak naik boat pun boleh..
Tapi sebab malas pulok nak pikir kat mana nak naik boat tuh...naik je lah train, boleh tengok pemandangan.
Aku lupa (kang if ingat aku updet) apa nama stesen ni.
siap pegi salah train stesen yang terletak berhampiran dengan hotel.
hahha..kurang teliti.
 
 
Plan kami memng nak day trip je.
Nasib jugak plan gituhh,,sebab mcm dah penat kot nak jalan beriya. ni negara ke 4 kot dlm trip ni.
sakit kaki pun iye jugak.
so plannya nak makan tengahari di Slovakia. hahhaha..ko ada nyahh?
 

 
 
Ni peta slovakia. Ia bersempadanan dengan hungary, austria,republic checzh,  poland and ukraine.
now boleh bayangkan ukraine kat belah mana (eh..?) ..sebelah ukraine tu rusia.
 
Kitarang pi bratislava je. Google12 pun normaly org pi sini je.  belah2 lain tuh aku tak reti sebut. hik.
Bratislava ni mcm puasat ekonomi, ibu negara slovak. penduduk dia dlm 500,000 org. dan ianya bandar terbesar dalam negara slovakia nih.kira bratislava ni pusat ekonomi, budaya dan politik slovak.negara ni ketuanya president. Pusat kewangan slovak pun berpusat di sini lah.
sini banyak lah museum, galeri, universiti. dari segi budaya, agama , ia banyak dipengaruhi oleh autria, republic checzh, german, hungary, serbs, etc.
 
 
 
 

setelah satu jam naik train,
sampai ke stesen bratislava.hl. sebelah dia stesen bas. so cik kiah, mari naik bas.
 
 
stesen bas dia kan, mcm stesen bas kuala pilah je u ols...ke stsen bas kuala pilah lagi canggih.
hhahaa..kecik je and mcm stesen bas tahun 80-an u ols.
 
 
 
aku beli air coke sebab haus sgt.plus ada kawan aku kirim botol2 air coke kat negara2 yg aku pegi.
so tak kuasa mak nak jinjing botol yg ada air, so aku minum le, botol kosong tu simpan bawak balik.
 
 
oh ye..kelakar jugok masa nak gi tmpt tourist attraction kat old town nih.
tak tau nak berenti mana. so naik je bas..lalu tesco...lalu taman2 perumahan. takdelah pesat membangun pusat bandar ni..ampak le ada satu  ke dua mall besar. macam bandar kecik je bratislava ni. kami naik bas sampai last station and lepas tu naik bas lain. itu pun tanya org.
bangunan kat sini mcm taman perumahan kat malaysia ..flat2 gitu taman perumahannya.
kiatrang lepak bus stop n naik  bas ..turun dekat area old town. kat sini pusat tourist. banyak bangunan bersejarah, cafe-cafe, kedai cenderahati. ada jugak street performer...
happening sungguh tempat nih..
 
 
 trout grilled
 
 aku makan fries, kawan aku makan salmon, trout etc
 
oh..masa duk mkn salmon,  nampak ada lalat ke apa dah termati dlm pinggan kawan aku. so dpt satu lagi salmon sepinggan free. kenyanggg...hikhihkkkk
 
 
 aku bawak serunding and roti...
 
  1.  lepas makan kitarang jalan-jalan.pi kedai cenderahati..
 kat sini selain bas, tram pun popular..klasik mcm zaman dulu2 tram kat sini

 
mcm bas rapid penang
 

 
 
stesen keretapi....
 
bersambung

Saturday, July 19, 2014

love is like a break up




Powered By: Mp3Skull.ch