Sunday, August 17, 2014

Butter prawn: resepi mudah




Termenung depan peti sejuk melihat  dua papan udang (eh..papan??) ok sebab udang tu baring berbaris beku dalam kepingan air batu. Bayang kan aja lah ek. hik.
Udang ni terbang dari sabah negeri di bawah sepoi sepoi bayu last week.
Ke Sabah kerja...aku tak sempat pun nak merayap ke Pasar Filipina, pasar Gaya membeli ikan bilis mahupun gelang mutiara.

 Udang ni beli kat airport sajok.

Sambil termenung, bawak udang ke Sinki.

Lalu rasa nak buat butter prawn ala-ala kedai mak Senah Tomyam Sdn Bhd.

ok...mari memasak.. (sambil pikir berapa la kolesterol dan kalori). Konon sangat laaa...

Henpon tetiba bunyik..ada org nak datang. nasib ada benda aku nak masak and hidang.


udang gergasi


Ok u ols. cik kiah nak masak ni..

 bahan - bahan:

Udang - 5-6 ekor 
daun kari - 2 tangkai  (kalau suka bubuh sepokok terus)
butter - 50 gram
telur 2 bijik
cili padi - 3 bijik..kalau suka pedas bubuh le sekilo 
minyak utk menggoreng dan menumis
garam
bawang putih 3 ulas
serbuk kari 2 sudu besar



ok...

cara-cara masak:

1. Bersihkan udang -devain (buang isi belakang ) i guna gunting u ols..aku gunting kulit n buang urat tu.

2. Pecahkan telur 2 biji tu amik kuning saja. kacau dgn garfu.
 3.panaskan kuali. masukkan butter. Bila butter cair..masukkan telur.

 Caranya angkat tinggi2 mangkuk berisi telur dan taung ke butter. Sebelah tangan pulok, kacau non stop sampai telur masak. Tapis telur tuh..(kita nak guan telur tu je. butter lebihan tu buang. Ketepikan telur.


 4. Goreng udang . memang meletop2 u ols...sediakan perisai siap-siap. jangan lama sangat goreng. kang udang keras pulok.angkat dan ketepikan.

 5. Tumis bawang putih, daun kari, cili padi dan serbuk  kari. masukkan susu dalam 5 sudu besar. kacauuuu sebati. Then masukkan udang tadi...biar mesra segala bahan. buh garam sikiitttt je.
Lepas tu..kacau2 dan angkat buh dlm pinggan. tabur telur kuning tadi....

 macam ni le rupanya....biorle mesra mereka itu sebelum kita memakannya.

selepas itu ye.macam di baham dinasor kan. abihhhh...sedap le tuwww (matik la puji masakan senirik). Tapi tamu aku kata sedap. ye le tuh. terus rsa nak masak lagi.hikkk.
udang banyak lagi. tgh google next resepi.


7 comments:

rezeki said...

salam catz

kalau bapak ni , 5 ekor sekali ngap hehehe

pernah sekali makan kat muar area Pt Stongkat , kira kedai makan siam, udang goreng tepung dia mmg sedap sangat , udang tu dah mcm dalam jemput2 bulat ikut bentuk udang, yang nampak ekor udang je

BaTiK_PiNk said...

Catz....nak tanya skit. Dalam step 5 ada sebut pasal masukkan 5 sudu susu....Catz pakai susu apa ye?

catz said...

Rezeki,

udang is very big, cant eat too much.high cholesterol. :)


catz said...
This comment has been removed by the author.
catz said...
This comment has been removed by the author.
catz said...

Batik-Pink..
saya guna susu penuh krim..fresh milk pun boleh.

An said...

Salam catz,

wahhh sap sap sui jer u masak..nmpk sedap. leh lar try nnt. thanks sharing resepi ;)