Showing posts with label Gunung Ledang. Show all posts
Showing posts with label Gunung Ledang. Show all posts

Thursday, May 13, 2010

Dari Gunung Ledang ke Kedai ikan bakar

Hi..how are you?



Ke sana-ke mari-ke situ-ke sinun.
This week ada lecture.
So cik kiah busy menoreh lah kononnya.
nak muntah dah aku dengan frekuesi- gelombang-gelombang.
Aku yg ngajar pun hazabs, yg dengar lagi lah kot. nasib la kan?
Telan je la...pasrah lah ya. Tadah telinga dan mata.
Berkesempatan sambut birthday mak dan hari ibu jugaklah dalam duk sibuk ke sana ke sinun.


Drive memalam, hujung minggu lalu.
Aku ni tah kenapa kan. Boleh pulak bayangkan yang kat seat belakang ada orang duduklah, ada objek terbang-terbang terapung la... Tapi ON radio tetap lagu jiwang-jiwang.
Sampai di rumah mak agak lewat malam.
Tapi tetap 3 pinggan aku makan malam-malam. Mak aku masak sayur lemak, ayam kari, tempe.


Malam tu actually kami duk bersiap masak jugak.Sabtu tuh birthday mak. Aku saja nak bawak mak abah adik pi berkelah. Lama tak pegi Gunung Ledang. Saja bawak food sendiri, baru ada feeling-feeling berkelah.

Kami kuar awal pagi. Menuju ke Tangkak.
Adik aku entah kena penyakit apa kan, bila nampak signbod je mesti amik gambar, tak kiralah signbod apa. so gambar-gambar adalah majoriti gambar signbod.

Ok..dah sampai. Bayaran masuk : kerete =Rm2.00 dan setiap kepala =RM1.00


Kitarang datang awal sebab nak carik tempat best. Tak nak le mandi kat bawah-bawah sebab macam mandi air lebihan orang (ha-ha, ada ke pikir mcm tu?? korang ada terpikir camtu ke kalau pi air terjun??).
Gunung Ledang ni, tempat mandi dia banyak, ada yang kat bawah, ala-ala rupa swimming pool pun iya gak..biasanya orang ada anak kecik, bawak org tua-tua mandi kat bawah-bawah, mudah.
Kalau nak best kena naik atas-atas lagi which aku rasa nak putus oksigen oke, baru tau rupanya stamina aku adalah di tahap nyawa-nyawa ikan. Panjat tangga yang curam, wowww.....3 kali mak berenti ya. eh saja lah berenti, tunggu mak aku lagi kan...(alasan). Lepas tu bawak makanan dan air mcm nak pi camping seminggu. Ha..amik kau.



cekodok bawang ikan bilis. sempat aku buat satu bekas. makan dlm air..best gila.


Tapi sangat berbaloi oke ! dapat port baik yang agak tersorok dan airnya adalah best. Ni bukan 1st time lah pun ke mari. Gunung Ledang ni dah banyak kali pegi, pernah pun camping kat sini zaman mak belajar menoreh getah dulu. Camping ramai-ramai.
Then pernah gak pi dgn family, buat BBQ. Tapi it was 7 years ago la. masa tu adik aku yg baju kuning ni kecik lagi. Ada lah peristiwa agak cemas, kitarang buat BBQ, bakar ayam segala. Adik aku hampir hanyut di bawak air, mak aku cuak gila. Masa tu port lain, aku lupa tang mana.

Adik aku, dengan gaya hero remaja (versi gemoks..ha-ha)

Kali ni dapat tempat best. Mak aku cakap, hati-hati main air, kang adik ko hanyut cam dulu. Aku jawab " Mak, gemok besar dan berat macam ni, kalau hanyut, mesti tersangkut kat hujung tu mak. takdenya muat badan dia nak lepas tunggul kat depan tu"...ke ke ke.Bengkek je adik aku.

tempat ni sgt strategik oke..ada air yang ko bleh duduk dan air laju tuh mcm urut badan. Sambil tu ko boleh makan-makan. Ada batu rata yang bleh letak food. sambil tu kalau ramai geng, u ols boleh lah buat sesi menganyam ketupat untuk raya tahun depan dan bergosippan.


mak aku gigil pegang kamera.

suasana hutan yang tenang

sesi makan bekal. nasi impit, ayam masak merah dan sambal goreng jawa.
Siap bawak pinggan tuuu.


Puteri Gunung Ledang versi bertudung

ha-ha. Mak aku tak nak mandi kononnya. Duduk tepi-tepi ja.
Tapi aku berjaya heret mak aku main air jugak kat dlm tu.

Akhirnya, mak aku terjebak gak masuk air dengan aku.

Best gila. rasa nak pegi lagi lah. adalah 3-4 jam kat sini. Pukul 1 orang makin ramai, kami kemas-kemas, tukar baju dan balik menghala ke Muar.

Singgah kedai favorite kami, kedai MEE BANDUNG MUAR
Kedai terletak di Tanjung Agas. If u ols lalu depan sekolah Sains Muar (belah kiri) terus depan sket. Kedai ni belah kiri, dekat-dekat stesen minyak petronas.


Mee Bandung Muar
slurppp...!

Lunch

oh, aku kalau order mee berkuah, mmg mee aku tak berapa makan. Lain kali aku nak order "nak mee bandung, tapi tak nak mee".
kuah dan sampah-sampah isi tuh pun dah buat aku kenyang. sedap gila.

Next pit stop, kedai murtabak singapore. sederet kedai mee bandung, dekat-dekat je.

Harga murtabak berbeza ikut size. tapi sekeping yang paling kecik boleh mkn 2 org. harga RM6.00. then yg besar RM10.00, yang special double ke apatah RM13.00 boleh mkn 4 orang.

Murtabak double RM13.00 (dagingnya double).

Sampai rumah dah hampir 4 ptg, berkemas dan rehat.
Malam ada agenda.



Aku bawa mak abah adik ke town. Saja jalan dan makan. Beli hadiah emak, suruh dia pilih sendiri. Mak sukaaaaa...
Then kakak aku dan anak sedara join sekali. Dia ajak kali pergi kedai tudung yang femes kat BP ni (tapi kedai che jugak?). GG5 ke apa nama kedainya. kakak aku beriya-iya suruh aku beli tudung kangaroo (tudung ekin? eh apesal kena sebut nama dia pulak?). ala..tudung yang tinggai sarung tu je. Abah dengan adik lelaki adalah bermuka bosan sebab kena tunggu kami sambil kena pegangkan handbang sebab semorang gedik asyik cuba tudung tak habis-habis macamlah kami nak beli sorang 20 helai tudung. Kakak aku beriya suruh beli macam dia nak bayarkan. Tapi tak. so lepas beli tudung, kami pi ikan bakar.

Konvoi dengan kakak ke kedai ikan bakar. Kakak kata nak nawak ke kedai best. Puteri ikan bakar ke menda tah, tapi penat we ols bertawaf di depannya tutup pulak! so pi kedai lain di situ-situ jugak. Juara Ikan Bakar nama kedainya. wahai orang batu pahat, kedai ni kat bus stand lama batu pahat (itu pun, kalau korang lahir zaman aku la..sapa yang baby 90-an tak tau aku rasa istilah bus stand lama ni).

Masa mak aku duk shopping pilih barang, aku dendiam pi kedai kek actutally, and dendiam buh dlm kete. heeeeeeeeee....!
Gedik oke..nak lilin jugak. Sebabnya? pekedai kek (kedai kek depan The Store -ala2 kedai kek tersohor di BP) , tanya..
nak lilin?
aku jawab..errr..boleh jugak.
pekedai tanya berapa?
aku.errrrrr...sukatiklah.
tah apa motip dia bagi 4.
so saja nyalakan sebab selain itu kek hari ibu, hari tuh bithday mak.
so saja lah bakar lilin free tu. suka-suka. ketawa-ketawa.

Selamat hari ibu! Happy birthday mak. yang ke 40. ha-ah. sebab lilin 4? kehkehkeh.

sesi memotong kek

simple celebration. yea..at kedai ikan bakar. No fancy restaurant, but we are happy! bukan senang nak berkumpul. kakak aku keje di JB, aku kat Selangor. Dan ada 3 adik beradik lain tak join sebab busy dengan hal masing-masing. so kumpul mana yang ada je lah.

waiting for food

Kakak aku pulak bizi jadik duta gerai-gerai keliling tu. Dia duk introduce bubur dan nasik lemak sedap yang di beli di kedai sekeliling situ-situ jugak. memang sedap la..sambil tunggu ikan bakar, makan bubur dan nasi lemak
kongsi -kongsi.

tu dia...ikan bakar pari dan cencaru. Tomyam, kangkung (batang kangkung), sotong tepung, telur, dll.
Yang agak turned off nya kedai ni adalah, mintak mangkuk tomyam 3 kali oke baru dia bagi. Maybe terlupa or maybe tengah lap mangkuk tomyam bersalut emas.

family dinner. Lama dah tak mkn kat luar ramai-ramai cam ni. Oleh kerana dana makan aku dah agak lebur menjana ekonomi kedai tudung tadi , kakak yang belanja.
yuhuuuuuu!! yipeeeeaaa!