Showing posts with label Malang. Show all posts
Showing posts with label Malang. Show all posts

Wednesday, February 2, 2011

Coban Rondo dan Bakso Malang

Selamat datang ke Wana Wisata Coban Rondo


Destinasi selepas balik dari kebun buah ialah ke Coban Rondo, kawasan rekreasi air terjun.
Nak ke sini lebih kurang 35 minit dari hotel.
Mendaki perlahan naik ke atas dengan cuaca hujan renyai dan keadaan hari yang sudah hampir senja agak kecut jugak.
(oh..yang mendaki kereta Pak marji ye..kalau aku yang mendaki gamaknya terus turun 10 - 15 kilo kot??).
Pak marji memandu berhati-hati.
Kami duk bising.."hati-hati pak..lambat-lambat pun tak apa"..
Pemandangan hijau kiri kana, hutan dan sesekali nampak kawasan Kota Batu dari atas cantik juga pemandangannya.
Rasa lamanyaaaa nak sampai. Dengan jalan sempit bagai aku tiba-tiba agak kagum . ada dua buah bas pelancong dekat kawasan atas bukit ni.
wow? teror drebas bas nih.

Nak masuk kawasan ni kena bayar. sorang 9 ribu rupiah kot? parking 5 ribu rupiah ke gitu.

Tapi jauh lagi ok dr signbod pintu tuh..drive ke atassss lagi.
jauhnyaaaa.

maakkkk.bila nak sampai nih...


Aku: Pak Marji, jauh lagi tak?
Pak Marji: apa?
Aku: Jauh lagi enggak?
Pak Marji: Lumayannnn.

adeh.

Lumayan tuh maknanya jauh lagiii. gua serems dah nih.

Akhirnya sampai sudeh.

Hujan renyai.
Aku bawak payung so kami jalan berpayungan.
(masuk hutan bawak payung u ols..ala-ala puteri gunung semanggol).

cuaca dah agak suram, dah nak malam.

hujan.

oh..agak seram.

dari pintu gerbang ni ke air terjun around 7 minit kot.


kami melewati kawasan ini yang sejuk mata memandang..


yeah..
itu dia!!!!

merakam gambar air terjun tinggi

mandi? no?

penat ok suruh Pak Marji amik gambar kami penuh dgn air terjun belakang tuh sampai puncak tempat air jatuh tuh, tapi cubaan beberapa kali adalah gagal ke atau actually aku kena speaking jawa dgn Pak Mari?

Sebelum balik, dekat area parking tuh ada deretan gerai minuman dan jagung bakar.
Sajalah beli.
sebatang jagung ialah 3 ribu rupiah.

kipasss


jagung ni boleh letak perisa kalau nak. Tapi aku tak berani la. makan plain je.

Seterusnya kami Ke Bandar Malang.
Saja ronda nak dinner dan jalan-jalan.
Tapi cuaca hujan!
Nak amik gambar pun malas.
Cari restoran cantik yang jual bakso tak jumpa-jumpa.
Last-last masuk Mall je senang.
Time ni hujan agak lebat.



Kami ke Centre Point Mall

Jalan-jalan cari makan.Dalam ni banyak je kedai makan, cafe.

Air mata kucing Kuala Lumpur yeww

Kuala Lumpurrrr!


Kedai Terang Bulan dan Pukis Madonna. Kedai ni macam jual dessert ke gitu.

Kami amsuk ke Giant untuk beli drinks , food.





dan makan Bakso di Malang.


Bakso Sapi

es teller

Ronda-ronda dan patah balik ke Batu.

Sunday, January 30, 2011

Kusuma Agrowisata Resort & Convention Hotel

Menuju ke tempat penginapan di BATU, di sebuah kawasan tanah tinggi. Ia terletak lebih kurang 30 minit dari pusat Bandar Malang.

Kawasan ini sangat strategik kerana ia merupakan kawasan peranginan terkenal di kawasan tanah tinggi. Kami melewati Jawa Timur Park dan deretan hotel kecil.

Kusuma Agro Wisata Hotel merupakan kawasan resort yang luas , yang menawarkan percutian lengkap jika kita mahu lari dari kesibukan kota. Hampir 3 jam dari Surabaya (2 jam lebih kalau tak macet) , ia merupakan resort agro dengan kemudahan hotel, dewan convention, tempat mesyuarat, tenis court, kemudahan aktiviti outdoor lasak, restoran, fitness centre, dewan, kedai cenderamata, kolam renang dan yang paling menarik terdapat ladang buah-buahan di mana pengunjung boleh memetik buah . Pengalaman menarik!

kawasan resort

kami tidak tinggal di hotel utama tetapi di bilik yang terletak sedikit jauh dari bangunan utama. Macam cottage gitu.

pandangan dari dalam bilik

kawasan yang dipenuhi dengan pokok menghijau dan bunga-bungaan cantik.




bilik yang kemas dan bersih. kawasan ni sejuk, so takde aircond mmg dah sejuk gila.

Bilik kami terletak tidak jauh dari ladang. Nak petik apple jalan kaki je.

shooting activity anyone?

tennis court

convention hall

kolam renang yang terletak sebelah restoran

bangunan restoran

agak excercise jugalah kan sebab nak ke mana-mana jalan kaki. restoran agak jauh dari bilik. Wifi di restoran ini free..24 jam! so malam kami lepak sini.

hadapan bilik

aku suka gila bunga ni

at swimming pool

nice! sarapan pagi menghadap kolam yang berlatar belakangkan gunung dan pemandangan Kota Batu dari atas resort. malam-malam view lampu dari bawah cantik sangat!

big breakfast

Makanan bagi aku ok. banyak juga pilihan, dari buah-buahan, roti, nasi goreng, nasi putih, telur, dan lauk pauk msakan gaya tempatan. ada juga bubur, tempe dan lain-lain.

not bad lah deco nya


meeting room

cottage

Keseluruhannya , puas hati. Menarik ! harga reasonable. The most interesting was experience at fruits farm.
jom kita agro wisata.Next entry!


Mari pegi kebun cik Kiah!

Lunch di Waroeng "Ba-Be" Restotainment

Dalam perjalanan ke Malang, berhenti lunch di Batu.
Dari Batu ke Malang tak begitu jauh tetapi saja nak makan di Batu.
sebaik Pak Marji membelokkan mobilnya di sini, aku dah rasa nak lompat-lompat.
yey!
Makan time! di sebuah restoran cantik iaitu Waroeng Ba-Be.

Waroeng "Ba-Be" Restotainment

Restoran terletak di JI Raya Beji 142,
Batu.
Jawa Timur.


Ba-Be merupakan singkatan perkataan Batu-Beji di mana lokasi restoran ini berada iaitu di kawasan Beji Kota Batu. Ia juga boleh membawa maksud Barokah-Berkah untuk restoran yang menggabungkan konsep restoran dan entertainment ini.

Biasanya, sebelah malam, bermula pukul 7, terdapat persembahan 'live performance". Sambil menikmati hidangan, pengunjung dihiburkan dengan persembahan music acoustic, keroncong dll.
Menarik bukan? untuk lebih info silalah ke laman web restoran ini.



Di sini, kita boleh makan di bangunan utama atau duduk makan di atas lantai di deretan pondok.
Kami pilih untuk makan di sini. Dikelilingi pohon menghijau dan kolam ikan kombinasi menarik yang santai dan sejuk mata memandang.



sejuk mata memandang

dikelilingi pohon hijau


Restoran ini menyajikan masakan authentic Sunda (masakan Indonesia), Makanan barat dan juga fusion. Pilihan makanan dan minuman sangat banyak. Sego campor, penyet, dan pelbagai pilihan minuman dari kopi, teh, jus buahan, ice blended dan minuman terkenal jus alpokat.

Pilihan aku? tentulah jus alpokat (avocado).

jus alpokat

leez and i, macam makan tepi sawah



nasi dan kerupuk

sambal gabungan cili dan kunyit ke apa..pedas dan ada bau kunyit

Gurame bakar - a must have


tahu goreng - motif cili tuh?

sup buntut

sayur kacang -sedap!!!

Leez and Pak Marji

Pengunjung restoran ni ramai, tak putus-putus. konsep menarik dan santai. Makanan sangat sedap. Harga, reasonable untuk restoran seperti ini.



cantik!

ada rasa nak goreng tak ikan-ikan ni? No?

Pengalaman makan tengahari yang sangat memuaskan hati. Highly recommended.