Showing posts with label kota Bharu. Show all posts
Showing posts with label kota Bharu. Show all posts

Friday, June 3, 2011

Restoran Hover, Kota Bharu

Ok next kita ke Restoran Hover.

Restoran Hover ni antara restoran yang popular di Kota Bharu. Catz tak tau tentang restoran ni pun mulanya.
Tapi a friend duk sms, bg tau hidangan NASI PAKU di restoran ini.
Hah?
Nasi paku?????? apakahhhh....


Restoran terletak di Jalan Dato Pati, berhadapan dengan BSN.

Kawasan ni agak sibuk jugak. Time lunch memang pack. Keistimewaan restoran ini adalah ia menghidangkan Nasi Padang,.ada yang sebut Nasi Sumatera?

Bila kita masuk dia akan tanya nak mkn hidang ke? aku pi sorang -sorang dan dah pukul 3 so tak banyak dah lauk. Kecewa gila bila katanya ayam goreng yang femes di restoran ni dah habis. uhhh.....

Yang famous katanya adalah kerutub daging, ayam goreng, masak lemak. oh..yang special? dihidangkan telur penyu. (errr...derang bela penyu kewww). Tapi catz x reti makan telur penyu, so tak makan.

daging

gulai lemak ikan

paru goreng


and finally, aku dah nak habis makan masi, ada ayam goreng panas-panas baru masak! yey..derang siap bagi sepinggan kau. aku makan seketul dah le kan. sedap!!


ni sambal kot, try sikit, macam sambal nasi berlauk agaknya.


oh..pasal paku tuh kan... derang guna paku untuk bungkus makanan. err..macam ni...derang bungkus nasi dalam kertas, dan semat dengan paku instead dari guna getah utk ikat.
ko jgn pikir nasi digaul dengan paku pulak...hiks...
paham tak?
hiksss...
kesimpulan sedap, harga reasonable..
selamat JJCM!

1963-A, Jalan Dato Pati, Kota Bharu
19630 Kelantan
Tel09-748 1439
Business Hours12pm-3.30pm


Nasi Ulam Cikgu, Kampung Kraftangan Kota Bharu

mari...!
kita ke kg kraftangan untuk menikmati nasi ulam cikgu yang terkenal. Ini kali ke dua Catz makan di sini.



Dalam kg kraftangan ni terdapat gerai jualan kraftangan..cantik-cantik..

dan ..yang istimewa adalah hidangan nasi ulam...


Kedai nasi ulam cikgu ni terkenal dengan hidangan masakan kampung , ulam-ulaman pelbagai jenis yang mengecurkan... sebab itulah agaknya amik ulam pun tak agak-agak kan. semua nak rasa. dah macam padang rumput meja mak ni. dari ulam segar, hinggalah yang dicelur. terung, jagung baby, bendi, petola. ulam segar seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dan apa tah lagi. Banyakkk sgt.
Lauk-lauk seperti gulai ikan patin, gulai ikan tongkol, singgang, ayam kampung, daging, ikan keli goreng (besar-besar gila kauuu) dan pelbagai lagi...


paling aku suka...! ayam kampung goreng..nyammm!



ikan tongkol singgang

pencicah macam-macam ada. ada budu, sambal belacan, tempoyak yang diletakkan dalam bekas besar. ada hirisan mangga, bawang, limau, cili dll. so amik sendiri sukatik ko nak amik apa buh dalam pinggan.

tempoyak..

tu alamat kalau nak ke sini..tempat ni tak jauh dr pasar siti khadijah and dekat je dgn bazar buluh kubu. jalan kaki je...walau panassss..sanggup kuredahhhh!
Makanan di sini, SEDAP dan murah. Orang sgt ramai ..so kalau nak dtg sini, baik le dtg awal you. Kalau tak tinggal dulang dengan periuk je kanggg..
:)