Wednesday, November 25, 2009

err...mix puff?

mix puff from my kitchen

Resepi asal adalah bolognese puff with spinach..guna daging dan sos bolognese + bayam, tapi carik bayam ni tak jumpa..ubah le resepi guna bahan-bahan yang ada dlm peti ais.

Bahan-bahan: daging kisar, serbuk kari, cendawan butang, bawang besar, bawang putih, celery, kentang, tomato, garam, sos pasta. Oh ya, kulit pastri (catz guna ready made..), oh ye..kuning telur jgn lupa.

hiris dadu/cincang sayur dan bawang


Cara buat inti:

1. rebus kentang, buang kulit dan hiris dadu kentang.
2. hiris segala bawang dan sayuran.
3. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau, masukkan serbuk kari, tumis
sebentar.
4.masukkan daging, tumis hingga daging masak.
5.masukkan sayur, kacau rata. Kalau kering sgt, bubuh air sikit.
6. Masukkan sos pasta, buh garam, kacau rata sebati.
7. Angkat init, sejukan sebentar.

8. panaskan oven, suhu 180-200 , lebih kurang 7-8 minit.
8. amik kulit pastri, buh inti, gulung/lipat rapi.
9. Sapukan kuning telur dan bakar dalam oven selama 25 minit (lebih kurang).
10. Hiris masa hidang..

tada....ngapp..!

Teluk Senangin

Satu lagi tempat menarik di Perak.
Teluk Senangin yang terletak hampir dengan Swiss Garden Damai Laut.
Bagaimana nak sampai ke sini?
Kalau dari Manjung/Lumut/Setiawan, amik hala ke Pantai Remis/ Damai laut.
Then ikut hala ke Swiss Garden Resort. Terus je, ia terletak lebih kurang 4 km dari simpang masuk ke Swiss Garden. Catz pergi sini sebelum ke Ipoh, sebab dekat dah dgn Swiss garden, so singgah sebentar..jalan-jalan amik angin.

Pantai yang cantik juga..air pun bersih...sesuai untuk mandi..kedebushhh...

Riadah bersama keluarga

Terdapat gerai minuman dan makanan..mahu laksa? sini ada laksa Teluk Senangin

Gerai cenderahati

air laut membiru

Catz ada search di internet, dikatakan ada chalet di sini, tapi tak sempat nak tengok..

Agak jauh juga sebenarnya nak ke sini, tempat ni agak sunyi sebab tak begitu ramai orang..
mungkin bagus kalau ada chalet yang cantik, dibina kemudahan utk pengunjung...mungkin lebih ramai orang akan datang..lagi meriah tempat ni..

Banyak tempat menarik di Malaysia untuk dilawati, diterokai...
jom..cuti-cuti Malaysia...!

Tuesday, November 24, 2009

Kellie's castle, Perak

Ini adalah sambungan trip Perak. Memandu menghala ke Ipoh, kemudian menghala ke Gopeng, kita akan melalui Batu Gajah. Di kawasan batu Gajah ini, terdapat sebuah istana lama, Kellie's Castle. Ia merupakan salah satu tarikan pelancongan di Negeri Perak.

Kellie's castle di bina oleh Wiliam kellie Smith. Dia berasal dari sebuah kampung di Scotland, Kellas. Pada tahun 1890, pada umur 20, dia sampai Di Tanah Melayu. Dia bertemu dengan owner estet bernama Alma Baker, yang mendapat konsesi utk membersihkan 360 hektar hutan di Perak. Dia bergabung dengan Alma Baker, dan dari keuntungan yang dijana,Smith mula mengusahakan ladang getah dan lombong bijih timah. Akhirnya dia menjadi pemilik kepada Kinta kellas Estate dan Kinta Kellas Dredging Company.

Setelah itu dia kembali ke Scotland dan berkahwin dengan Agnes dan mereka kembali ke Tanah Melayu pada tahun 1903. Meraka kemudian mendapat anak perempuan bernama Helen. Smith mahukan anak lelaki utk mewarisi empayar perniagaannnya di Tanah Melayu, dan akhirnya pada tahun 1915 mereka mendapat anak lelaki yang diberi nama Anthony. Empayarnay menjadi semakin besar dna dia berhasrat utk membesarkan rumah agamnya. namun kemudian dia bercadang membina sebuah istana besar, yang akan dinamakan sebagai Kellas House sempena nama tempat kelahirannya di Scotland.


Smith amat tertarik dengan budaya Hindu. Dia bercadang membina rumah yang mempunyai unsir senibina yang diilhamkan dari India selatan, Madras. Dia mengimport batu bata dan bahan binaan dari India. Selain itu dia juga mengupah pekerja India utk mengekalkan ciri-ciri India.

Rumah tersebut sgt cantik dan Smith mahu ianya mempunyai sebuah lift. Dan dia membina elevator itu, yang pertama di Malaya ketika itu.

The lift akan menghubungkan kepada ruang paling atas dgn terowong bawah tanah yang menghala ke bawah sungai diluar rumah besar ini. Salah satu terowong akan menghubungkan kepada kuil Hindu yg berhampiran.

Di tingkat dua, Smith bercadang utk membina tennis court, indoor. Ruang bumbung digunakan utk ruang utk emngadakan parti dan keramaian. London Financier Newspaper mensifatkan rumahnya sebagai unik (15 Sept 1911).

Setelah pembinaan bermula, sebuah tragedi berlaku. 'Spanish Flu' telah menyerang dan menyebabkan ramai pekerjanya di Kellas estate mati. Ia sgt mudah merebak dari Eropah Ke Asia. ia menyebabkan Smith kerugian teruk dan kekayaannya byk di hagunakan utk membina rumah besar itu. Perang dunia pertama juga menyebbakan pembinaan rumah ini sgt perlahan dan akhirnya kellas House tidak dapat disiapkan.

Smith kemudiannya mengembara ke Portugal pada tahun 1926, dan meninggal dunia di sana akibat pneumonia. Isterinya sgt sedih dan kembali ke Scotland. Dia menjual Kellie's Castle kepada British Company , Harrisons and Crossfield.

Setelah itu, Kellie's Castle tidak pernah siap. Dikatakan hantu Smith masih berlegar-legar di rumah itu. Dua terowong yang dikatakan tersembunyi di bawah tanah juga tidak dijumpai.

sumber fakta : sini..bacalah. dan sini juga

'Mysterious Corridor', tempat dimana, dikatakan Smith Ghost masih berlegar-legar.


Namun begitu, setelah 80 tahun berlalu, Kerajaan Malaysia telah refurbished rumah tersebut pada tahun 2000. Dan ianya kekal memjadi tarikan pelancong di Perak.tersergam, masih terpelihara, menjadi tarikan pelancong



aku suka gambar ni..tak tau kenapa..

Jika rumah ini dapat disiapkan, di sinilah Smith akan berdiri untuk meninjau kawasan estate nya.




Mysterious corridor

bahagian belakang


bahagian belakang. masa catz di sini, terdapat ramai pelancong yang membawa kamera SLR merakamkan setiap sudut rumah ini..wah..besar2 dan panjang2 gila lens derang...

dengan kamera slr aku..inilah beberapa sudut yang sempat dirakam kan..

Cantik!





catz at Kellie's Castle



dari pelbagai sudut

Oh, ya..di luar Kellie's Castle terdapat pokok yang di permukaannya tumbuh seperti seekor beruang. Pelik? ye..ia juga menjadikan tarikan kepada pengunjung yang datang ke mari.

So....selamat cuti-cuti Malaysia..banyak lagi untuk diterokai!!!

Oblong open burger / open begel


Excited..
balik keje bajet sampai kat lokasi kakak/abg begel (begel =burger).
Bukan selalu aku sini, so dah berangan nak ckp;
"kak...burger oblong beef 2, sayur/bawang lebih!" - melaung dr tingkap kete sebelum cari port baik utk park dan tunggu akak/abg begel masak begel.
tetiba, ke-eksaitedan terus hilang bila mana tgk gerai burger masih berbungkus dgn kanvas biru.
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...!!!!
kakak begel dan abg begel tak niaga..tutup!!!... terus rasa nak nangis sampai air mata kuar 5 baldi..
eii..tekak aku tetappppp nak mkn burger oblong..tak nak mkn lain..mentel!
so..berdasarkan clue yang diberi oleh abg begel (tempat derang beli sos), aku agak dia beli daging begel kat situ jugak la. so...dapat...yesssza..!
dan aku dpt beli sos lada hitam yg mcm aku nak! yeszaa...
so dinner malam ni adalah : 'open burger'...
(if ada roti, buh daging, sayur tapi tak tutup, dipanggil open face burger kan??)
yg ni takde roti langsung, aku panggil 'open burger'. heks.
bukan setakat ada open university, open burger oso ada cik senah.


buh butter atas pan..goreng daging..terbalik2kan..

ok..bubuh sayur dan sos lada hitam

rasa sgt best! sama mcm yg abg dan kakak begel masak, cuma minus roti je.
ok..now aku rasa macam nak bukak gerai burger.Esok lusa, kalau nampak seorg minah terkedik-kedik tgh goreng/buat burger dgn gerai yg sgt lip-lap-lip lap, ha..tau lah sapa kan...

Monday, November 23, 2009

oh..radio itu...

Pokok bunga emak, segar bugar. Captured 6 hari lalu.


malam tadi..

eh cop..apesal aku sgt giat menulis blog ni ha? (padahal lusa ada dateline..esok matik la..)

ok..sambung..
aku memandu seorang diri di tengah kepekatan malam (chewahhh..).
Ini adalah gara-gara bad mood sebab nak beli
begel tapi tak dapat.
Situasinya adalah, aku dah sampai depan betul-betul gerai abg dan kakak begel.

Tetapi depan gerai begel, ada org jual VCD ? DVD haram.
Ada kereta berenti betul2 depan meja CD haram tu..err..encik kalau iya pun nak beli ke..nak tunggu kawan ke...anak ke, kenapa tak park elok2?.
So jalan sempit,aku susah nak lalu, hampir tersagat kereta org dan lepas tu melalui lagi beberapa kereta yang park sukati tgh jln. oh...dah kurang sgt sivik ke apa..
so aku nak park tak boleh...tak muat..kena jln terus. dah bad mood. nak pusing balik tak koser.
Merajuk. tak dpt makan begel.

So aku memandu..menuju ke mana tak tau. Ikut kaki..
ON radio..
mendengar putaran lagu tahun 80-an yang eh..sedap la.
teringat zaman2 sekolah..masa dulu-dulu la..
tetiba dengar suara DJ, not bad (tak jerit2 ..seronok dgr suaranya..).
Nama rancangan "XXXXX CINTA".
wah.ada lagi rancangan macam ni ye?
konsepnya...ko daftar nama, boleh berkenalan tru radio, boleh hantar madah-madah cinta..mintak lagu, tuju lagu. eh..zaman org berkenalan tru internet, tru blog ada lagi rupanyaaaaaa org berkenalan melalui rancangan radio.


macam ni ayat yg di baca DJ,

" saya berusia 25 tahun, berkaca mata, kurus, kuning langsat, mahu berkenalan dengan jejaka yang jujur."

'" Saya seorang yang ceria, usia 33, berkulit sawo matang, hobi membaca, ingin berkenalan dengan sesiapa saja, terutamanya gadis manis berambut panjang."

" Saya Faizal, mahu berkenalan dengan gadis yang jujur dan penyayang"

" saya norsalwani, bekerja sbg guru..kalau boleh mahu berkenalan dgn jejaka
berumur lingukangan umur 28-33 tahun, yang bujang, bertanggungjawab".

hem...dan banyak lagi la..dan buat aku tersenyum seorang diri sambil memandu.

err...aku ingat ini adalah mode org berkenalan di zaman tahun 80-an dulu, ala..zaman org berkenalan tru majalah. Bubuh gambar. hiks.
lepas tu beralih ke zaman awal 90-an, org suka masuk irc. hahhaa..masa tu ingat lagi..kita orang selalu masuk lab kat fakulti sambil buat assignment sambil chat. Masa tu internet mcm baru nak boom lah..so jakun sgt. Hiks.. masa tu kalau tak
tau irc tu apa macam pelik.
Dan baru ni kan..ada kawan aku cerita pasal irc, aku jadik blank.
eh??? wujud lagi ke irc tu????? laaaa..zaman tuh aku dah tinggal lama..bila dia sebut perkataan irc aku mcm hilang ingatan? eh..apa benda tu?hahaha..bengong.

Dan now zaman org berkenalan, making friends, jumpa-jumpaan tru blog.
Senang je kan. Aku kan, berkenalan dengan jiran aku pun melalui blog. Pelik? Tetapi Benar.

Duk berbalas-balas komen tru blog, last2 tau yg dia jiran aku.Ha-ha.
And akhirnya jumpa juga..gara-gara blog, now dah jadi jiran real (dulu jiran maya), bertukar-tukar juadah bagai. Hebatnya kuasa blog ni.
Dan aku juga dpt berkenalan dgn kawan-kawan baru melalui blog juga. Senang kan?
Ramai saya kira yang berjumpa kawan-kawan baru melalui blog, join gathering, jumpa-jumpa terus ngam jadi kawan baik. Senang betul nak jumpa kawan baru now ni.

Biasanya kita akan jumpa dgn org yg kita rasa ada common interest, yang kita rasa mcm boleh ngam, sealiran gitu kan? Contohnya, org yg minat photography, biasanya jumpa yg minat photography..gitu lah kot. Yang minat kumpul setem, jumpa yang minat kumpul setem jugak.
Eh..aku ada jumpa blog peminat setem ni. (Dulu masa sekolah rendah aku ada 2 album setem oke..now dah kat mana tah).
To be honest, aku belum pernah pergi gathering. Gathering tu maknanya jumpa, set masa,set tempat, jumpa ramai-ramai gitu kan. Kalau jumpa berdua ke..tu
kira gathering ke?
Aku segan.

Oh..berbalik kisah radio tadi,

DJ membacakan madah-madah cinta yang dihantar oleh sipolan kepada si polan.
Suara DJ sedap, cool je time baca..so aku jadik suka dengar. Wah macam radio zaman-zaman 80-an, awal 90-an. Masa sekolah dulu, teringat, aku dan bebrapa kawan seludup radio kecik, dengar guna earphone. Suka dengar Best 104, Radio 1, masa tu ada rancangan cinta2 cam tu lah..sapa ek masa tuh yg popular..oh
BBD , Zazmi Zain kot if tak salah. Kitarang simpan radio dalam compartment khas (ceh..), aku buat ruang khas belakang locker utk simpan radio kecik aku. So kalau spot check, mmg tak dijumpai punya. Masa tu kan zaman ice-ice baby, kihkihkih. Kumpulan rock melayu pulak, kumpulan Olan, Wow, Zabarjat, Gamma,EKAMATRA, dan pelbagai lagi.

Tajuk lagu masa tu pergh..

1. Pusara di Lebuh raya - ekamatra
2. sekadar dipinggiran -Fran
3. O lala tropika - Fran

4.Kembang Terhalang - Gamma
5.Bila Bulan Berwarna Biru -
6. Memori Duka - Sons of Adam (ni lagu masa aku sekolah rendah)
7.Sejiwa - Spring

hiks.

Teringat roomate aku, Kak Ella namanya.. sgt fanatik oke dgn rancangan
cinta-cinta tgh2 malam..pukul 12 malam ke atas. Aku pun terpengaruh.
So..malam tadi tiba2 aku duk ingat zaman tu lah.
ada lagi rupanya zaman sekarang rancangan sebegini. hiks. Wah cik Kiah jiwang.

Tapi now ni dengar lagu-lagu 80-an macam best pulak. Suka francisca peter, Aisyah.
err..aku pernah masuk pertandingan nyanyi, bawak lagu francisca peter, dpt no 2.
kihkihkih. Teringat zaman sekolah rendah. Now kalau nyanyi, mau gempa
bumi..kihkihkih.

kalaulah aku boleh tanam macam ni..