Sunday, January 30, 2011

Lunch di Waroeng "Ba-Be" Restotainment

Dalam perjalanan ke Malang, berhenti lunch di Batu.
Dari Batu ke Malang tak begitu jauh tetapi saja nak makan di Batu.
sebaik Pak Marji membelokkan mobilnya di sini, aku dah rasa nak lompat-lompat.
yey!
Makan time! di sebuah restoran cantik iaitu Waroeng Ba-Be.

Waroeng "Ba-Be" Restotainment

Restoran terletak di JI Raya Beji 142,
Batu.
Jawa Timur.


Ba-Be merupakan singkatan perkataan Batu-Beji di mana lokasi restoran ini berada iaitu di kawasan Beji Kota Batu. Ia juga boleh membawa maksud Barokah-Berkah untuk restoran yang menggabungkan konsep restoran dan entertainment ini.

Biasanya, sebelah malam, bermula pukul 7, terdapat persembahan 'live performance". Sambil menikmati hidangan, pengunjung dihiburkan dengan persembahan music acoustic, keroncong dll.
Menarik bukan? untuk lebih info silalah ke laman web restoran ini.



Di sini, kita boleh makan di bangunan utama atau duduk makan di atas lantai di deretan pondok.
Kami pilih untuk makan di sini. Dikelilingi pohon menghijau dan kolam ikan kombinasi menarik yang santai dan sejuk mata memandang.



sejuk mata memandang

dikelilingi pohon hijau


Restoran ini menyajikan masakan authentic Sunda (masakan Indonesia), Makanan barat dan juga fusion. Pilihan makanan dan minuman sangat banyak. Sego campor, penyet, dan pelbagai pilihan minuman dari kopi, teh, jus buahan, ice blended dan minuman terkenal jus alpokat.

Pilihan aku? tentulah jus alpokat (avocado).

jus alpokat

leez and i, macam makan tepi sawah



nasi dan kerupuk

sambal gabungan cili dan kunyit ke apa..pedas dan ada bau kunyit

Gurame bakar - a must have


tahu goreng - motif cili tuh?

sup buntut

sayur kacang -sedap!!!

Leez and Pak Marji

Pengunjung restoran ni ramai, tak putus-putus. konsep menarik dan santai. Makanan sangat sedap. Harga, reasonable untuk restoran seperti ini.



cantik!

ada rasa nak goreng tak ikan-ikan ni? No?

Pengalaman makan tengahari yang sangat memuaskan hati. Highly recommended.

Perjalanan Surabaya-Malang : Porong dan Tragedi Lumpur Panas

Tiba-tiba aku rajin.
Clap!Clap!Clap!

Sedikit catatan perjalanan di Jawa Timur dari Surabaya ke Malang.

Peta Jawa Timur. Klik untuk imej yang lebih besar.


Perjalanan bersama teman iaitu Blogger Leez yang kukenali sejak pertengahan tahun lalu.
Entah kenapa spontan memilih Surabaya sebagai destinasi permulaan tahun 2011.
Tapi perjalanan yang menyeronokkan aku rasa bila mana menjejakkan kaki ke Surabaya, aku suka!
Penerbangan selama 2 jam lebih dari Kuala Lumpur ke Surabaya.
Mendarat di Juanda International Airport Surabaya pada pukul 8.30 pagi waktu tempatan.
(waktu di Surabaya sejam lewat dari Malaysia).


Melepasi imegresen dan pemeriksaan bagasi. Terdapat begitu ramai porter yang menwarkan perkhidmatan mengangkat /membawa beg. Oh, aku tak perlu. Aku light packing saja dengan sebuah beg galas yang tersandang dibelakang dan sebuah beg tangan.

Agak ketat juga pemeriksaan di pintu keluar dimana semua beg akan melalui mesin x-ray dan kadangkala bag akan dibuka untuk pemeriksaan lebih detail jika diperlukan.

Melepasi pemeriksaan bagasi, kami keluar menuju tempat taksi. Sudah berjanji dengan Pak Marji dan kami pasti dia menunggu. Melihat ramai supir dan wakil hotel menayangkan kertas bertulis nama tetamu yang mahu dijemput, kami agak panik kerana tiada pun yang memegang nama kami. Leez menelefon Pak Asyirin. Tak lama, Pak Marji muncul tersengih-sengih dengan memegang kertas tertera nama Leez.
Rupanya dia sudah menunggu selama sejam , kami yang terlepas pandang tadi.

Pak Marji mengambil mobil, sebuah Toyota Inova. Memang besar dan begitu selesa. Mobil cantik dan bersih. Pak Marji yang begitu sopan mengangkat beg dan membukakan pintu untuk kami.

Kami meneruskan perjalanan ke Malang. Melalui 2 tol tak silap aku kerana kami menggunakan lebuh raya.

Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih.
Plan asal, kami akan ke Mt Bromo, dan bermalam di resort di kawasan sana. Tapi buat masa ini, Mt Bromo sedang meletus dan ditutup kepada pelancong. Rasa terkilan juga.

Jadinya kami akan bermalam di Batu, sebuah derah berhampiran Malang.


Lebuh raya yang menghubungkan Surabaya - Malang.

Perjalanan lancar dengan di kiri kanan melewati Surabaya, nampak begitu banyak Masjid. Kami melewati Masjid Agung yang terkenal di Surabaya. Aku lupa nak merakamkan gambar dan plan mahu singgah keesokkan harinya.
Mata rasa mengantuk kerana pukul 4 pagi sudah bangun bergegas ke lapangan terbang. Sesekali terlelp dan kadangkala berbual kecil dengan Pak Marji.
Pak Marji tidaklah kelihatan tua , seperti 40-an umurnya tapi sudah punya cucu. Dia tinggal di Kota Surabaya.




Sehinggalah kami sampai ke Porong, perjalanan menjadi begitu perlahan.

Oh, tempat yang harus kita singgah. Lokasi Tragedi Lumpur Panas.
Dari jauh kelihatan kerja-kerja membina tembok sedang rancak berjalan. Terdapat begitu ramai warga tempatan sedang bekerja dan duduk-duduk di sebuah pondok kecil.


Pak Marji bertanya sekiranya kami mahu singgah dan nik ke atas untuk melihat apa yang ada di sebalik tembok.
Ya.tentu sekali mahu.
Bila mobil masuk ke kawasan tersebut dan kami dihampiri warga tempatan. Pak Marji kata kami mahu naik atas, berapa bayarannnya?
Tak silap aku 10 ribu rupiah ke, termasuk parkir. Kelihatan warga tempatan memandang kami dengan pandangan agak tajam.
Aku dan Leez agak cuak lantas kami ajak Pak Marji mengiringi kami naik ke atas.


Memanjat tangga kayu agak takut mulanya. Mampu ke tangga ni menampung berat mak ni. ha-ha. Oh, kukuh rupanya tangga tersebut.

Apa yang ada di sini?

Disinilah berlakunya Tragedi Lumpur Panas yang bermula pada 29 Mei 2006. Lumpur panas yang keluar dari bumi yang meneggelamkan 5 buah kampung dan 3 daerah. Sayup mata memandang kwasan lumpur panas yang masih berasap . Begitu luas, jadi boleh bayangkan berapa banyak kemusnahan dan korban teragedi ini.


Kami disambut oleh warg tempatan yang sukarela memberi penerangan tentang tragedi tersebut.
Mereka adalah mangsa tragedi ini. Begitu bersungguh-sungguh mereka bercerita mengenai kawasan yang ditenggelami lumpur. Bercerita kisah bagaimana tragedi bermula. Ia terjadi semasa kerja 'pengeboran' cari gali minyak oleh sebuah syarikat minyak yang dipunyai oleh konglomerat (antara orang terkaya di Indonesia). Sangkanya minyak yang keluar, tapi rupanya lumpur panas yang akhirnya menjadi tragedi menyayat hati dan menenggelamkan dan mengorbankan ramai mangsa.
Dan anehnya lumpur panas itu sejak 29 Mei 2006 hingga sekarang tidak berhenti menghambur keluar dari perut bumi. Masjid tenggelam, kampung tenggelam, kebakaran berlaku di kawasan berhampiran. Ini kerana lumpur tersebut mengandungi gas, jadi jangan le hisap rokok ke bila berada berhampiran lumpur. Silap-silap boleh rentung.

Jadinya terpaksa dibina tembok, jika tidak mungkin bandar berhampiran boleh tenggelam kerana tidak diketahui bila lumpur akan berhenti keluar. Jalan keretapi terpaksa ditinggikan beberapa meter kerana dikuatiri tenggelam dalam lumpur.
Melewati kawasan ini,kelihatan tinggalan deretan kedai yang sudah usang dan sebahagiannya musnah. masih boleh dilihat hingga kini. Para peniaga tidak boleh berniga di situ lagi. Mereka bukan saja kehilangan ahli keluarga, tempat tinggal malah hilang mata pencarian untuk meneruskan kehidupan.

Seorang lelaki berulang kali menunjukkan masjid yang hanya nampak sedikit saja kubahnya kerana sudah tenggelam.

Lelaki bertopi: Itu..lihat di sana itu. Lihat itu, masjid itu 2 lantai, tapi yang kelihatannya hanya hujung kubah saja. Lihat itu . (sambil menuding ke satu arah).


Yang aku bulatkan tu lah lokasi masjid yang nampak hujung kubahnya.

Sehingga kini hamburan lumpur panas masih aktif. Yang aku bulatkan dan nampak tak hitam dalam bulatan tu? itulah hamburan lumpur panas yang sekali melambung berhamburan keluar dari bumi. Entah bila akan berhenti, mereka juga tidak tahu. Katanya mungkin hingga 20-30 tahun. Oh menakutkan. bayangkan kemusnahan yang akan berlaku nanti?

Boleh dilihat kekesalan pada wajah warga tempatan yang menjadi mangsa. Bagi mereka ini adalah tragedi atas ketamakan sikap manusia, yang mahu mengaut hasil bumi, tetapi pihak yang sepatutnya bertanggungjwab pula mengatakan ini adalah bencana alam. Ada tulisan yang aku baca di internet mengatakana bahawa, untuk menutup kesalahan, Tuhan pula yangdijadikan kambing hitam dengan mengatakan ini adalah bencana alam.
Bila difikirkan, sebelum cari gali, tidak kah dilakukan study dulu?
Penduduk tempatan sangat rasa kesal dan sedih.

Aku: rumahnya masih ingat Pak Lokasinya?
Lelaki bertopi: Kampungnya saja sudah tenggelam, mana bisa diingat lokasi rumahnya.
Aku: Sekarang tinggal di mana?
Lelaki: kami terpaksa mengontrak agak jauh dari sini (disebut nama tempat). Kampung kami sudah hilang, malah mahu meneruskan hidup juga sukar. Kami hilang sumber pendapatan. Hidup sukar sekali. Pihak yang bertangggungjwab baru melunaskan 20% saja ganti rugi sejak tragedi ini. Entah bila nasib kami akan terbela.Mencari rejeki sukar sekali.
Wajah mendung mereka buat kita rasa kesian dan berfikir banyak perkara.

Bila kami menghala-hala kan kamera, mereka beriya mahu membantu.

Kita sendiri akan faham. Bila pelancong datang, adalah rezeki buat mereka. Apa saja akan dilakukan untuk meneruskan kehidupan. Jadi elok sediakan wang kecil untuk dihulur atas rasa kemanusiaan.


Sempat merakam photo di lokasi, Porong

Mereka merayu kami membeli VCD tragedi tersebut. Untuk meneruskan kehidupan katanya. Satu CD 30ribu rupiah dan mereka pujuk untuk beli dua, so 60 ribu rupiah. Aku cuba menawar harga, mulanya mereka menolak. Tapi akhirnya dengan skill penawaran tahap gaban cik Kiah, aku dapat beli dengan harga 50ribu utk dua VCD. Untuk menolak, tak beli aku tak sampai hati.
Tak mengapalah, mereka bukan meminta sedekah. Mereka cuma manusia biasa yang mahu meneruskan kehidupan selepas tragedi malang tersebut. Mungkin untuk membeli beras untuk disuap ke mulut anak isteri.

Lagipun aku anggap ia sebagai cenderahati.

Cenderahati untuk mengingatkan kita kepada sebuah tragedi sadis yang meruntun jiwa manusia kerdil.

aku jumpa catatan/artikel ini. PESAN YANG TERLUPAKAN. kalau rajin boleh baca untuk menyelami apa yang berlaku kepada saudara serumpun kita.

Wednesday, January 26, 2011

Carbo Vs Cardio

Tajuk sebenar adalah :

memasukkan carbohidrat ke dalam badan dan melakukan cardio aktiviti untuk membakar lemak di dalam badan.

someone says that if u take less carbo, it would effect our blogging mood.
hehmm..yeah,.
kind of agree coz lately i really no mood to update my blog frequently or every day like before.
yes..i take less carbo nowadays.

mana boleh Jonah je yg nak kuruskan? kan Jonah???!
so i joint jonah.take less carbo, omit sugar and oil in daily food intake. wah. Bunyinyaaaaaa. kan? macam poyo gila.


Tapi mentekedarah gila di Surabaya.

Before step into the airport, i have a long list of food that i should enjoy during the trip:

Brucshetta piza hut Indonesia- yes. (Malaysia takdo)
Segala mak nenek gurame - yessss!
Nasi ayam penyet- Yes! yes! -----> 2 kali yes means 2 kali makan.
bakso Malang - Yesssssssssssss. Plus Bakso apa benda tah lagi.
sup buntut- yes!
Indonesian food (nasi, sayur, lauk etc) -----------> gila sedap.
JUS ALPOKAT ----> yes!yes!yes!
ES TELLER ----> YES!YES!YES!
Buah-buahan ---------> petik terus dari kebun , from the trees into the mouth giteww.
Apple, jambu batu, markisa, limau, etc. Makan dalam ladang. Ehh. Ehhh..Abang ladang baik hati, siap tapaukan buah-buahan (wah..matiklah kalau boss dia nampak). Disebabkan itu, kami dengan baik hati tulus murni bagi dia tips 50 ribu (rupiahhhh).



Nasi daun pisang kedai mamak SALAM


And now...
my list goes on and on. ehhhhh.
so this is why rajin. when u put extra carbo into your body, plus teh o ais kedai mamak, makanya jadi extra rajin update.
So maybe my neighbour's theory is right.


Oh..
i want to write about something funny.
we have 2 hours session of squash yesterday.
And out of no where, there were few people sitting outside the court, watching us.
Macam di jemput pulak?
Maybe they were waiting their turn to play ping pong at the court next door.
From their looks, i was thinking , ala..adik-adik je u ols. So tak payah le segan ko nak run for the ball, hit the wall, lompat segala (sila bayangkan nicole DAvid main oke).
SO buat derk je.
But, it really affect us. Bila ada org tengok, kau tak pasal-pasal gabra. uneasy feeling. Bola senang pun terlepas pukul angin. cih-cih-cih.
20 minutes later, they off to their court. Baru rasa best nak main.
(selalu main takde sapa tgk pun, tapi lately ramai je org menebeng tgk). haisshhh.

so..almost 7.30pm. so we should end our session. We booked for 2 hours only. Then, 2 guys came, bawak raket squash. And one of them was watching us.
SO malu ok.
kau main taraf-taraf lenggang mak limah je kan.
at one time, my partner and i giggled coz gabra main tah apa-apa. we still have 5 minutes.
the tall guy said :" eh..main..main.." and he smiled.
so main je lah.
Then , we packed our things, so i said.. " eh jom tgk derang main..."

wuhoo..

they were practised hit the ball. beng! beng! beng! deng! deng!

the way they hit the ball..erkkk...sure kalau aku nak amik bola harus terpelanting.Dang! Dang! laju gila.

Then they start play. Hem...mula-mula,

aku: " eh...dia main taraf-taraf kita je"
kawan aku: kepala hotak kau. tuh derang main-main je la. Belum mula betul-betul.

after 5 minutes, it became serious. wowwwwwww.
ni memang real squash player.
aiyo..
tapi we could sense actually they also feel uneasy when we stay and watch them.
Lagi time pukul bola tak kena.
so..apa lagi. Balik le..
so...gamaknya, aku kena prektis pukul bola dgn bantuan dragon ball ke apa eh kalau nak main macam tuh.
hik.
Tah-tah tadi derang gelihati tgk kitarang main.kekekeke.
Tapi dari gaya, derang takdelah mcm pandang rendah kat kami pun.
Perasaan je.
VrooooooommmmmMMMMM. Balik.
Detour ke kedai mamak pula. Teh o aisssssssss!
hehheheheheeeeeeeeeee.
kih-kih.

aku: ko agak-agak roti nan dgn ayam tandoori ni sampai ke 200-300 kalori?
kawan aku: (jegil mata) - (malas nak layan le tuwww.)
so makan.

tak funny pun kan.

akhir kata,

selamat berlimau-limau. Aku dah makan 3 kotak dah. Anda?

Sunday, January 23, 2011

catatan pendek 2: gajinya itu berapa juta?

The supir



wah.
juta u ols.

Aku duduk berdua di dalam kereta dengan Pak Marji.
oh. bukan duduk dating oke.
Aku duduk di kerusi belakang. Sebetulnya menunggu teman.
Jadinya, untuk kill time, aku sekadar berbual ringan.
Iya. isu semasa, tentang presiden Indonesiaa. Tentang kesusahan mencari rejeki di bumi luas ini.

Pak Marji: Kalau di Malasia, berapa agaknya gaji drebar itu? berapa juta?

Aku: (ala mana lah aku tau, aku agak-agak je lah ek). err..sekitaran 5 juta ke 10 juta.

Pak Marji: huihhhh???? lumayannnnnnnnn.

Aku: Kalau di sini berapa ya Pak Marji ??

(yg aku tau kwn aku duk jakarta,expatriat di sebuah kantor konglomerat ternama. dia bayo gajo drebar dia sejuta. lepas tu kitarang cakap..haa..ko bayar sejuta rupiah???? nak mkn apa nok sejuta? ko kejiii! hahhahaha. kwn aku kata tuh kira dah lumayan gila).
Pak Marji: di sini, sekitaran 500 ribu rupiah.

aku: aaaaaaaa... (mulut terngangaaaaa...speechless mak).

Pak Marji: Iya..500 ribu, dan setiap hari diberi 15 ribu rupiah sebagai duit makan.

aku: 15k tuh dibagi ikut bulan atau di bagi hari-hari?

Pak Marji: hari-hari. sehari 15k utk uwang makan.

Aku: errr...500k cukup pak?

Pak Marji: ya mana bisa kecukupan. Tapi di sini susah. memang begitu.

Aku: ehmm. .. (tak boleh fikir). Tapi di mana-mana negara besar yg rakyatnya ramai mungkin begitu ya pak. Rakyatnya terlalu ramai. Mencari sesuap rejeki itu bukan gampang.

Pak Marji: (ketawa kecil). Tapi bunyinya sayu. Iya. susah di sini.

OH. Patutlah bila diajak makan bersama di sebuah restoran yang cantik dan enak makanannya dia begitu terharu dan gembira. Raut wajah nya membayangkan betapa lurus dan tulus hati seorang insan mencari rezeki buat keluarga. Tapi Pak Marji makan pun sikit-sikit je. Makan nasik dgn tahu je??Puas suruh dia ambil lauk hingga terpaksa mengambilkan ikan gurame bakar, sayur, sop buntut dan sudukan ke pinggannya.
AKu memang makan banyak le kan. Sampai kepala ikan gurame tuh pun tinggai rangka terbarai aku gigit/ratah dan sebahagiannya masuk dalam perut aku dah.


kepala ikan yang terbarai.


Suruh tambah nasik pun Pak Marji malu-malu. Tapi dah order mcm nak makan satu batalion, so sapa nak makan?????

bisa terkedu dia bila billnya sampai , hampir 50% gaji sebulan dia. Mungkin dia terfikir, gila apa makan sampai ratus ribu. Lepas tu makan nak kat restoran cantik-cantik je. mentel.kehkeh.

Dan sekiranya tak berkesempatan makan malam atau makan tengahari bersama, bila kami beri wang belanja 20-30 ribu rupiah utk makan, dia menerima dengan ucapan terima kasih excited + terkejut macam lah aku bagi dia duit satu juta.

Iya. Banyak atau sedikit itu subjektif.
Kita manusia biasa.Ada rasa belas ikhsan sesama manusia.


The passenger


Cerita ini, bukan pertama kali aku dengar.sering ke Indonesia, cerita ini sudah biasa dan berulang kali didengar.
Melihat anak kecil berjulan di celahan kenderaan yang beratur macet, melihat orang memetik gitar kecil dan menyuakan muka ke tingkap mobil besar di jalan raya lalu mengharap huluran seribu dua rupiah utk sesuap nasi, menjunjung jajanan di jalanan, bahkan menjual sebotol air mineral utk mendapat seribu rupiah juga biasa di negara ini.

cuma,

sekadar catatan ringkas untuk dikongsi.
Bisa saja buat kita insaf.
Kadang apa yang kita ada, sebahagian kecil adalah kepunyaan orang lain.


catz,
Kota Surabaya.


Catatan pendek : dalam sebuah pesawat.



wanita : kamu orang Indonesia?
aku: Enggak (ehhhhhhh..apesal aku ni ber slang indon bagaiiii? wah.impress gak dgn lidah aku ni)
wanita: oh, wisata ke Indonesia barangkali?
aku:ia..short trip. Kamu gimana? pulang ke Indonesia?
wanita: Ia..pulang terusss. kontrak nya sudah tamat.
aku: oh, sangka saya, kamu wisata.
wanita: enggak. saya kerja pembantu rumah.
aku: Bagaimana? Malaysia bagus?
wanita: Ya bagus. orang baik-baik. makanannya enak sekali.
aku: majikan kamu baik? orang apa?
wanita: majikan orang cina. baik sekali. tapi cerewetttttt. tapi lembut enggak garang. Tidak seperti seorang temen saya. majikannya garang. kadang dipukul.

(ehhh..dia belum kerja dgn aku.tah2 aku lagi cerewet dari majikan dia? mana tau? justifikasi dalam menilai perangai manusia itu terlalu berbeda bukan? eh..berbeza.)

aku: ia? tapi enggak semua begitu kan?
wanita: ia, kalau melayu, biasanya oke. India pun oke .
aku: tapi tak semua mereka begitu kan. ada juga majikan cina yang baik. kalau yang pukul dera itu, kesnya terpencil.
wanita: ia. Majikan saya cerewet.enggak boleh nonton TV, baca surat kabar, nelpon juga enggak bisa. Malah saya enggak pernah dibenar keluar rumah.

aku: lalu? kamu pernah enggak jalan-jalan di Kuala Lumpur?

wanita: enggak.
aku dapat bayangkan kehidupan wanita bertubuh kecil ini.
aku tukar topik, mungkin berbual mengenai negara dia?

aku: Surabaya itu bandar besar bukan?

wanita: Ia.

aku: saya sering ke indonesia. Orang Indonesia jugak baik-baik. Makannya juga enakk.

wanita: Ia.makannya agak serupa.

aku: oh..ada juga lainnya. di Surabaya..apa makanannya yang istiomewa? yang spesel?

wanita: yaa...(dia diam). saya makan nasi begitu . yang istimewa saya enggak tau. saya orang susah. saya tinggal jauhhhhh dan enggak pernah keluar ke mana-mana.Makanan juga yang biasa-biasa aja untuk kelangsungan hidup.

aku: oh..begitu? kamu tinggal di sebelah mana?

wanita: saya diehejhh&&%$

aku: oh..pa itu?

dia mengulang nama tempat itu 3 kali, tapi aku masih tak dapat tangkap.
aku rasa aku kena korek telinga la... ha-ha. pekak oke.

aku: jauh dari kota surabaya?

wanita: jauhh.kena naik pesawat lagi.

aku: ohhh.

aku mematikan hasrat utk bertanya lebih lanjut. dia diam. aku diam. aku pura-pura tidur. dia memandang keluar tingkap pesawat, ehh..kapal terbang.

aku terlelap.

tersedar bila peramugari menghulur borang ketibaan. borang putih.
dan wanita disebelah rupanya butuh bantuan ku untuk melengkapkan borang tersebt.

Bila peramugari menghulur makanan. dia tidak makan. minum je. aku laju menyuap ke mulut makanan aku. lapar oke. bangun jam 4 pagi, untuk mengejar waktu , mana sempat sarapan.
buruk lantak nya aku ni. sedap!

wanita di sebelah ku perlahan membuka tas tangan nya dan mengeluarkan roti manis coklat cap sweety ke benda tah.

dia makan perlahan. aku dah tersandar kenyang. Mata aku dah ala-ala mata doremon.
purr..purrr..miowww..zZZzzzzzz. macam ular sawa beru telan seekor ayam.

terkejut bila peramugari datang mengutip bekas makanan.
aku hulur sampah aku.
Peramugari bertanya wanita sebelah aku : sudah makannya????
wanita: oh. belum.

peramugari berlalu.

aku: enggak makan? (dalam hati, kalau ko mmg tak nak, dari awal tadi bagitau oke. ai boleh tolong makan kan. ke ke ke.)

wanita: masih kenyang.
dia membua sedikit bekas makanan. merasa sedikit. dan seperti nak panggil peramugarti utk buang. aku tak tau apa dia fikir, tapi aku cuma boleh agak.

wah..busy bodinya aku. cam kan nam pakai selendang wana oren, sambil berjalan bawak bakul sayur.hiks.

aku: kalau kamu enggak bisa makan,. kau boleh simpan.

wanita: oh? boleh simpan? enggak apa-apa?

aku: iya.

wanita itu perlahan mengeluarkan plastik dan menyimpan makanan dalam beg.

wanita: (senyum.) bisa dijadikan alas perut nanti, perjalanan masih jauh. atau jadi ole-ole.

aku: (senyum semula). Ia..kamu masih jauh lagi kan. naik pesawat lagi. tentu letih nanti.
harus jaga makan. moga sampai terus selamat. saya doakan kamu selamet ya.

aku membalas dengan rasa keinsafan (wah. tiba-tiba kan). aku ke yang bercakap nihhh.

kami berpisah di Bandara.aku sempat bertegur sapa dgn wanita itu buat kali terakhir semasa menuju ke imegresen.


catz at Juanda International Airport, Surabaya


Pak Marji sudah menunggu untuk perjalanan selama 3 jam lagi ke pinggir kota.



Ini adalah sekadar pendapat dari hati kecil saya.

Jauh berjalan, luas pandangan. Apa yang kita jumpa dipertengahan, mungkin sesuatu yang buat kita berfikir tentang hidup, tentang manusia melihat sesuatu dari sudut berbeza dan nilai kemanusiaan.

Bagi sesetengah kita, satu set makanan dalam flight itu apalah sangat,kdg kita tak berapa makan, ringan je tgn kita hulur makanan tak habis atau peramugari/gara kutip dan buang. (eh..aku makan habisss.aku kuat makan).
Tapi bagi sesetengah orang sebekas makanan tersebut, bila dibawa pulang, boleh menggembirakan seluruh ahli keluarganya yang mungkin tak pernah makan selain nasi bercampur garam.




sekadar catatan ringkas perjalanan ke Surabaya.
Iya, bisa buat aku berfikir.
Tiba-tiba rasa sayu.