Tajuk tu nampak beno nak niru rancangan apa tu?? Food ala Fara Queen ke menda tah? aku ingat dia tu artis yg baru belajar masak sebab kadang nampak potong bahan mcm kekok..
Lepas tu masak apa2 pun nama masakan dia " wortel sumbat ala fara queen", "sambel ijo ala fara queen".. takdenya dia buat nama masakan " lobak sumbat tahu bintang tiga" or "nasi goreng udang seribu impian".
masak apa pun semuanya bubuh nama dia...kan senang kan..
rupanya dia memang chef okehh...
Bestkan..cun..lepas tu jadi chef.. (hhaa..tah apa kaitan..)
sejak-sejak musim masterchef ni kan...nampak sayur pun terliur.
asyik nak membeli saja...
gigih beno kan, mungkin terkena semangat memasak Che Lah dan sokongan Chef Adu...
puii...
hahhahaha....
Teringin nak buat bake pasta..pun pengaruh Che Lah jugak lah ni...ceh ceh ceh.....
Kan ada satu elimination round tu che Lah buat pasta bakar kan...
Kalau aku gemuk (eh..memang dah gemok pun), maksud aku kalau aku bertambah gemuk lagi, aku salahkan Che Lah lah ya....kuikui
Oh ya..nampak masakan Che Lah macam makin improve, kdg sikap dia pun macam dah boleh diterima, tapi tetapp dia pujaan sebab sebagai penghibur dalam masterchef tuh..
kalau tak sure sendu je kan..
Now ni pun si Dean tu dah kurang menjoyah, tahap kepuakaan mulut dia pun dah kurang. Dengarnya makin ramai minat si Dean tu laa ni..ehehhee
Aku pun lately asyik out stesen je, so kdg TV kat hotel takde cenel tuh, so tak dapat tengok..
Tapi hari sabtu boleh lah nak tgk ulangan, itu pun kalau nak rasa bermaraton depan TV la..
Bahan-bahan: makaroni, dan pelbagai sayuran. Tiada binatang.
Aku nak senag tumis-tumis bahan kat atas tuh... then aku pecahkan telur 3 biji, campur susu dan campur dengan makaroni (rebus aldente) dan sayuran tu semua, buh garam, black pepper... daa..
masuk oven..tata...40 minit...masak doh..
hiris bila dah sejuk..
Tak habis makan, bawa ke office.Aku dah sekian lama ni mood bawa bekal ke sekolah, eh office.
senang.
so pagi2, memang prepare food. buah-buahan wajib, dan satu menu sampingan (eh.mcm masterchef pulak)..dan air panas.
mudah dan menjimatkan.
sebenarnya aku malasssss nak kuar makan. panas. baik makan home cook food yg gerenti sedap dan sejukkkk je duk dlm bilik ni.
:))
2 comments:
Salam Catz,,
Chef Catz pun tidak kurang hebatnya. Resepi pun boleh tahan, cuma lagi bagus kalau kita-kita ni dapat merasa resepit-resepi tu juga :)
terjumpa ini blog....terus lapar :P nice!!
Post a Comment