Tuesday, January 15, 2013

kuatkan radio..kuatkan radio...

lagu apa eh..yang ada senikata tuh.
lagu najwa latip ke???
kuatkan radio..kuatkan radio.....

aku duk pasang headphone (matiklah kalau boss datang tgk aku cenggituh) walau tangan dan mata dan badan tegak berpaksi 90 darjah ngadap PC.
Tiba-tiba telepon opis mak berbunyik.

Kring..kring...!

aku: hello..(suara aku kalau angkat telepon opis memang berbunyik sangat serious..)

pemanggil:  helluwww...(lembutnya suara). saya Cik R0semah dari stesen radio XYZ.

aku: apa yang saya boleh bantu (wah..mode mcm customer serbis kan..)

Pemanggil: saya nak interview cik catz miow-miow, nak minta u bagi ulasan tentang isu bla...bla...telekomunikasi....bla..station..bla...public....bla.

aku: Kenapa saya? mana u dpt contact saya?

Pemanggil: Saya nampak artikel dan gambar u dalam newpaper XXXX Harian, few articles on same issue...latest awal Disember tu, so penerbit suruh i cari u, coz u yang bagi talk on..bla...bla....so..boleh ke? I nak interview u, utk siaran petang ni?

aku: hah? 

dding dong ding dong..aku agree lah. siap boleh pikir..eh baju aku tak lawa hari ni..pfttssssss...hello kiah.kau bukan nak masuk TV ok!

Agak funny ye prosesnya, tak payah lah aku citer but half day gone sebab aku gigih buat skrip (boss aku nak tgk apa aku nak cakap), tak nak sounds gagap dan macam bukan subject matter expert pulok. 

So tiba masa rakaman, and tiba-tiba..
" ok...cik miow cakap. i start rakam"..
aku...ha? cakap? cakap apa???
wakakkaka.

"bukan u kata nak nak interview ke?"

"oh..ye lah."..kata penginterview.
actually she wants me to talk spontan sajok, tapi knowing that sore mu akan dirakam dan bakal didengari oleh orang di radio termasuk boss mak karang, of course lah kalau tak tgk skrip kau akan macam gelabah.
Kang tetiba aku nyanyi lagu ziana zain pulak kang.

so lepas tu aku suruh dia bg soalan, then aku jawab ikut sesedap rasa, kertas letak depan nih, sebab takut cakap merepek.

katanya akan on air pukul 5 ptg, so gigih mak dan org corporat com duduk depan radio sambil memasing pegang henpon nak rakam. tetapi rupanya di tunda esoknya..cehhhh..
gigil-gigil we ols pegang hp.

and  esoknya..
hempssssssss.....i totally forget about it, meeting from early morning .

 but after lunch my kolig said..

" catz...i hear your voice on radio tadi ...hikhik.."

hah??

"catz..kenapa u bercakap selow sangat ha??"

aku: haha? ye ke (excited tapi macam nak nyorok bawah meja).

" u cakap lambat-lambat sangat..macam baca skrip"------> ketawa tutup-tutup mulut.


ok..aku tak sanggup nak dengar suara aku sendiri ok.(lari laju-lajuuuu)

maluuuuuuuuuuuu.....


p/s: tapi petang -petang call mak aku. hihihiihih...".mak..kita masuk radio"

lawak mak aku: hah? dah kurus ke? muat masuk radio?

fineeeeeeee. ye anak mu ini sedang berdiet.supaya muat masuk dalam TV pulak.

:))

Sunday, January 13, 2013

Mamee Chef Vs Kiah Pekasam



Dah lama aku tak pegi beli barang rumah.
semalam saja pegi beli barang sikit.
Pergi supermarket "gergarsi".
Lalu dekat rak jual pinggan, mangkuk, cawan.
Tiba-tiba nampak ni....mangkuk berstatus halal. heheheh. 1st time nampak nih. ke aku je yang jakun.
so aku beli. motif? entah. macamlah kat rumah tak ada mangkuk kan.
tiba-tiba aku teringat pinggan mangkuk aku kat rumah.
errr.....set pinggan mangkuk 2 kotak yang aku hangkut balik dari Brisbane hari tu halal ke..
hahhaha..tetiba terlebih fikir  pulok.
Then beli tembikai (keobsesan aku terhadap tembikai belum surut) dan beli anggur.
Kemudian beli benda-benda lain, toiletries, bateri,  sikit je kot. eh..sekali bayar dekat 150 ringgit?
keciknya nilai duit sekarang ni kan.


ni salah satu benda yang aku beli semalam. lama dah aku cari. akibat tengok iklan kat TV, aku kan mudah terpengaruh. Baru semalam jumpa, so beli satu bungkus, dalam tu ada 5 peket.

 mee segera ni lain bentuknya. bulat. selalu kan 4 segi kan.

Masa nak bukak tu aku baca instruction nak masak. kotlah lain ke kan.sebab macam best je tgk iklan chef mail tuh. kot ada benda-benda tambahan ke..

so bila bukak peket tuh nampak ni..

 udang, kobis cili yang dikeringkan

 ada perencah tomyam dan minyak rencah dia...

 masak mee 3 minit, masukkan segala aksesori dia tadi, dan inilah hasilnya. oh ya, aku tengah excited nak guna mangkuk baru tadi.

kenyal dan sedap, kuah yang agak creamy dan takdelah pedas melampau. dekat peket tu ada tulis mee ala korea.
sedapppp u ols. so aku rasa if nak travel obersea,  salah satu benda yang harus di bawa. aku sukaaa..lain sikit dari mee segera  biasa tu.sedap lah pendek kata. cer try...cer try..

sesambil makan mee ni, aku tgk cerita kiah pi jepun. ala..sambungan cerita kiah pekasam kot. aku dah byk kali tertengok iklannya dan nampak byk kali ditayangkan, tapi aku takdelah nak tgk. tapi semalam bosan gila , so sesambil makan kita tengok lah cerita ringan ni. 
sesambil tgk aku makan tembikai jugak.
cerita pasal kiah pekasam nak pi jepun, katanya jepun nak beli pekasam.
so sbg persiapan, dia kena belajar bahasa jepun, berpakaian kimono bagai. so oleh kerana kiah kan bisnes women gituh, so dia cariklah supplier utk bisnes pekasam ke jepun dia tuh,.
and cerita melayu mestilah nak diselitkan unsur dramanya gitu, kalau bisnes tak diselitkan babak dengki mendengki gitu tak sahkan? so adalah perempuan lain (raja ema dgn siapa tah watak tuh)kat kampung tu yang nak sabotaj dan bersaing dengan kiah,.so they have their own pekasam recipi and jumpa agent yang akan bawak kiah ke jepun tu.
tujuannnya nak potong jalan kiah kot. so derang pun gigih belajar bahasa jepun jugak. dan buat persiapan ke jepun gitu.
dan biasalah, mestilah ada babak cinta duda janda nak spice up the drama gituh.
but i was interested pasal how kiah nak pasarkan pekasam ke jepun tuh..kotlah possible org jepun nak makan pekasam goreng buh limau , cili dan bawang kan? omg, tiba-tiba aku terliur pulok..cehhh.
so..tiba lah  hari nak ke jepun gituh.
geng raja ema pun bawaklah berkotak-kotak pekasam ke airpot...but masa nak check in tuh..ada polis epot tanya, ada pasport tak???? and perempuan (raja ema and geng)  kata..eh...kita takde passport lahh...
Ok..time nih aku dah rasa apa ke bongok citer nih....ko nak pi jepun kan ke kena apply visa?? bukan nak pi langkawi okeyyyyyyyy???? nak apply visa kan ke kena ada passport bagai??
 ok..abaikan kevangangan babak ituh.
so kiah pun sampai jepun. and sampai jepun, so kiah telah dibawa jumpa dengan agent kat sana. and rupanya kiah nak dijadikan agent ala-ala agent penyiasatan mcm FBI ke benda tah..ke mcm yg citer jamesbond tuh??? katanya pekasam tuh cuma alasan je?? and cerita tu pun habis.

laaaaaaaaaaaaaa? apa ke motif cerita ni sebenarnya? apa kaitan pekasam dgn agent penyiasat?

ke aku yang selow tak boleh paham cerita ni???

serious aku rasa nak tikam diri sendiri dengan pisau hiris tembikai tadi.

oh...mak menyesal tengok .

terus pi ke dapur hiris tembikai sejukkan tekak dan hati.

Grrrrrrrrrrr....

Friday, January 11, 2013

Fire at will...!! Tembak.!!.tembak...!!!





 Dah few days aku nak buat entry nih, tapi asyik ralit benda lain..or bila ngadap laptop atas katil alu baru nak taip, aku tidur. mungkin sekarang ini, aku merasakan masa tidur itu amat berharga, sebab penat sangat otak ni.

Aku selalu gak berangan nak pegi main paintball..er..main ke perkataan sesuai? Berlawan atau main?
Ni yang  aku duk terpikir ni ..(perlu ke ???)

Last few weeks, kawan aku yang menjadi organizer event telah menelepon mak.." catz..ko nak join paintball tak??...for fun je..."..
so aku cakap nak le..kan for fun katanya..so ok je..dan aku ajak few frens dan mereka mengajak kawan mereka pula..so jadiklah satu team. 5 orang satu team katanya.
Tah le..aku pun sebenarnya tak boleh bayang kan 'main' paintball ni macamana.Yang aku tau main tembak-tembak kot..lari2..nyorok dan tembak-tembak. tahh...ala-ala main polis sentri kot?
sehari sebelum tu aku macam takut pulak. dan kami siap buat group kat whatsapp. Nama group "paintgegel".
so duk le cakap..weh..aku tak pernah main..macamana haaa????? aku pun cakap..aku pun tak reti, tak pernah and no idea how lah nak bermain. ada terpikir lah nak google apakah cara bermain, peralatan dan peraturannya. Tapi bila pikir balik..tak payah lah, nanti kang baca cerita orang or tgk cara main terus aku rasa tak nak pegi. kang mengamok team aku kang if aku tak turn up. dah kata aku ni ketua team kan.konon laaa, sebab aku yg ajak dan uruskan payment.

Malam tu aku tak lena tidur gak.satu sebab takut terlambat bangun. pukul 8 kena ada kat tmpt paintball tuh, kat maeps serdang. ke duanya, aku duk pikir, camana ha gaya nak main ni.
Ahh..tak payah lah pikir, bukannya nya esok tu aku nak kena design kapal selam 10 tingkat berkuasa nuklear kan.

Pukul 6.50pagi  aku dah kat kedai mamak sarapan pagi. Makan heavy sbb nak membanting tulang nanti kan.
Makan cepat-cepat, 7.30 aku terus ke Maeps.
Pukul 8 pagi aku dah terpacak kat sana. (wah..terpacak kau,,,tak agak-agak vocab aku kan).
Tapi adalah seorang manusia saja di situ dgn 3 bijik kereta.
aku sms organizer.." weh..artis kau dah sampai ni haaa..korang mana???".
kahhhhhh. sebab katanya ada jemput artis untuk memeriahkan acara. tertunggu gak lah sapakah artis tu.
so aku saja acah mak enon organiser.kihkih. gelabah kau senah.
kotlah pahrin Ahmad yang datang kan. mungkin time tu aku terus rasa nak tukar team. ekekkekeke.

8.15 pagi gitu baru lah nampak beberapa org dan organiser datang. team aku baru 3 orang nih. peserta lain dah start pi tempat event bawah khemah dekat padang paintball.
Yang dua org lagi kawan aku nih tak muncul-muncul.
Lama gak tunggu, aku nak tunggu cukup team baru nak pi register.
tiba-tiba derang call.." weh...kat mana haaa??? " aku bagi le direction and cakap yang aku dan yg lain tunggu kat parking dekat padang paintball...and  5 minit kemudian dia call " wehhh..aku dah parking ni...kat kereta banyak-banyak ni haaa...tak nampak pun korang???"

aku macam blank..tak de pun derang ni? aku tanya.."ko park mana ni??  "
dia ckp" ni haaa..yang meriah-meriah ni...area pasar taaniii...!"

terus aku jerit " oiii cikkkkk kak..kita nak pi main paintball..bukan pi shopping sayur kat pasar tani!!!"
kitarang gelak cam nak rak..laaa...salah tempat. derang pi pasar tani maepsss....
saboo..je kiah. so lepas bersesat-sesat dan calling2 10 kali, baru derang sampai.

so mari kita ke khemah event.

sampai khemah event kan..so nampak le ramai orang.
kami berkenal-kenalan sebab antara team aku ni, ada yg aku tak kenal.
and we ols duduk sembang sambil isi borang..

aku: weh...ko nampak tak team lain? aku ngeri beb...see...?

kawan aku toleh kanan.

we ols macam...erk...apesal derang semua macam serious sangat ha? macam nak pegi perang? ko tengok team derang....oh abang macho-macho..habis lah kitaaa wehhhhhh. ko tengok dressing derang? weh..dah macam SWAT team dah..
kita ni macam nak pi sukaneka sekolah je ni wehhh....

we ols ketawa tutup2 mulots.

ho..habis lahhh...habis laaaa.....

and we ols berbasa basi dgn team lain yang duduk dekat meja kitarang. most of them dah biasa main dan segelintir je yang baru 1st time. habis laaaa.
and tengok gaya beberapa team lain, tengok pakaian derang, memang dah pro pro nih.
hik-hik-hik. terasa malu pulak memikirkan camno lah nak lawan ni.
kata for fun...sekali yang lain nih macam nak pegi bertempur je...matik laaaa....
makin lama makin ramai..and melihatkna mereka sampai kami kata..oook...stay cool. jangan toleh kanan, kang kita rasa nak balik semua nih..(team macho-macho duk belah kanan kami)...

aku dah makin takut. masa ni no idea lagi how nak berlawan ni. organiser kata lawan liga. 10 team bagi dua.A dab B. setiap group ada 5 team..lawan sesama sendiri, yg menang masuk separuh akhir dan akhir.

pergh..tak gigil ko kiah???  baru 1st time main, dah masuk tournament. kahhhh....masa ni aku pun belum terbayang how ek nak main?????kena lari-lari kuat-kuat ke? kena nyorok-nyorok ke??? nak tembak cemana pun belum terbayang lagi. kang tak reti tembak aku baling je senapang tu kat pasukan lawan.kehhh.

 we ols dengan gaya nak pi sukaneka sekolah rendah seri kenanga. sila fokus kat back ground ya. tu ahli pasukan lain yang menggerunkan.be very afraid yea....

oh ya...nama team. aku lupa nak cakap. team aku saja yang dianggotai semua ladies. team lain semua lelaki. ada satu dua group yang campur pompuan, tapi sorang dua org je.
Nama group derang 1. Pahl@wan Arjuna, 2. Jugr@ Empire 3. 300, 4. Cyberj@ya Paintball 1 dan 2 dan pelbagai nama. nak tau apa nama team aku?  CATZ Team. wakakkaka.
so ada lah suara-suara yang duk memperli.."miaowww...miuwwww...meowwwww"...cam kucing gatai.

elehhhh..saja lah tu. dan derang tau we ols ni mmg tak pernah main. siap ada yang cakap,.."lauk...lauk.."
kong ajo kannnn.




 sila fokus belakang kami tuh..ye..itu lah lawan lawan kami nanti. seram nok.
Masa ni memang rasa nak gerun. 1. sebab tak reti main. 2. takutnya tengok team orang lain.
tapi tak tau lagi kan. entah-entah gaya je lebih. entah-entah kitarang boleh menang?

 
Ok, sebelum perlawanan, kami ada taklimat dari organizer, sapa lagi cik leez kiteletuw.
Then taklimat dari propaintabllmaeps.
Derang tau yang some participant ni tak pernah main. so derang ajar lah apa ke benda pearlatan , peraturan and safety measures.
 
 
 
ok..benda ni yang digunakan untuk menembak ni dipanggil marker. Then marker ni di isi peluru yang dipanggil palet. Bulat macam guli gitu, bila hit target akan pecah and splash paint.
Marker tu ada penutup dipanggil barrel socks dan safety pin. so diluar gelanggang dan without mask jangan gatai gatai OFF benda tuh..bahaya nok..kang tertembak, cedera kang spital peginya.

Yang paling penting ialah mask tu yang protect muka kita. time tembak2 tuh muka dan mata mestilah protected. Dalam peraturan main pun, bila dalam padang, sesiapa yang bukak mask, pasukan dia otomatik disqualified. tak kiralah masa baru nak main, or dah habis main, if bukak mask dlm padang otomatik pasukan tu kalah. memang sangat ketat. sebab nya u ols...nampak je benda tu mcm simple, tapi if kena palet tu, memanggg..hemmm..

so masa ni dia bagi kami try tembak dan operate marker tuh dan jugak term yang diguna dalam permainan. uihhhh....pap! pap!! kuat siot.....!

 
Ni group 1st. yang akan main..aku pun lupa apa namanya. so sementara derang bersiap, we ols kengkunun buat strategi.
 
 
sebab mas ni kami pun tataw  koordinasi, sapa nak duk tepi, sapa nak duk tengah, etc. and terget ialah utk sampai dan touch  starting gate pihak lawan.aku duk pikir, takutnya..tah2 kena lari2..etc...
so kami tgk org main and plan. wah...it sounds serious huh?
 
us
 
 
ready with marker, vest  and mask
 
 
 
ada macam ninja turtle tak? sorang turtle pink, merah, biru, hijau...hahhahaha.
takde gaya langsung mcm nak pi bertempur. group lain dan pakaian dan gaya yang menggerunkan.
 
1st game. kami lawan Damak team.
ok..masa mula2 kena off barrel socks, off safety pin and kena touch starting gate marker tuh.
ist time u ols..kami siap gelak-gelak...
 
Marshal jerit announce " BARREL SOCKS OFF!!, SAFETY PIN OFF!!!!  10 SECOND READY....! GAME ON!!!!
 
we ols duk berdebar gila and boleh gelak-gelak lagi..
and tiba tiba..
pap!pap!pappppp!!!! prapppp!!!!
saira ckp..." eh..dah start laaaa!!" wakakkakaka.......
pasukan lawan duk tengah tembak kami, yang duk gelak2 kat starting gate...
bertempiaran lari we ols pi belakang bunker, and as a results..
aku rasa tak sampai seminit pun we ols semua mati...hahhahaa...
aku baru tembak 4 kali..and some of us belum sempat tembak pun..kahkah
and pasukan damak dah touch starting gate we ols.
cehhhhhhhhhhhh.
 
patut bila dengar GAME ON  terus lari sambil menembak. kau siap gelak2..haaaa...
 
 
 
ni pasukan mana tah..cyberjaya geng kot
 
main ni, if kena tembak sekali terus dikira mati. walau pun palet tuh kena marker pun dikira mati. tapi if kena splash je tak mati kot. marshal akan verify samada ko mati atau tak. if mati je terus angkat tangan kat kepala dan lari ke belakang starting gate. so org dah tak boleh tembak ko lah time tuh.

 
tgk pasukan lain lawan macam best je..derang serious ok. siap ada kod-kod  yang derang akan jerit. sambil merangkak tepi bunker, tembak-tembak dan atur strategi..tiba2 dengar mamat macho sorang tu..."nobita! nobita!"
agaknya kod derang kot? yang we ols tepi padang gelak-gelak..
 
"wehh...derang panggil nobita laa...napa tak panggil doremon sekali ..kihkihkih".
 
 
so kami pun masa 2nd game, 3rd dgn 4th dah macam ok lah..takdelah 30 saat semua dah mati kan. dah tau sikit how nak hala tembakan, etc. takdelah kelakar sangat macam 1st game tu..3rd game dah ada gaya bertempur dah...and masa 4th game dah macam ok la..takdelah macam ala-ala mak limah pi pasar tani.Dan kami menembak sepenuh hati..ala2 fire at will gitewww...
belasah la..kena tak kena belakang kira. kawan aku kata...aku bayar palet ni..meh aku habis kan..ekekekkee.
 
Tapi we ols as expected kalah semua game. takpelah. takdelah malu pun, 1st time main.
 
derang ni macam abang kawasan. gerun mak.
we ols ni err...kucing kawasan kot.
hahaha.


overall, we ols had fun ;ah...walaupunn mengalami tembakan yang hazab gak. saira kena kat lengan, kaki which sgt obvious sakit dan lebam.
aku kena kat kepala dua kali dan bhgn depan badan.
10 team lawan dan finally 4 pegi separuh akhir.
oh..masa separuh akhir tuh, ada satu team dah menang dah.. tapi one of anggota team bukak mask dalam padang, so otomatik pasukan dia dikira kalah....
haaa...rugiiii je.....marshal mata tajam ok..nampak aja kann...

 
so..ni pemenang
 
lepas habis acara, kami dpt goodies bag  dari organizer dan penaja, and lunch nasik ayam. we ols picnic bawah pokok dekat padang tuh...

overall...ok lahh....good experience to start 2013.

:)

Sunday, January 6, 2013

We have your husband


 Hi..happy new year 2013, and have a great year ahead!

Pasti semuanya bersemangat dengan azam baru. my resolution?..hem...ok..i keep it to myself . 
So good luck for 2013...



  This my new addiction....TOSEY.

 kuah ini sangat sedap...tak tau nama apa, tapi macam ada kelapa ke apa entah..
it goes very well with the tosey...

dah macam agenda wajib pulak..
 another addiction is tembikai..entah kenapa. sukaaa sangat, sampai pergi kerja pun bawa bekal tembikai yang dihiris bubuh dlm plastic container. and  boleh pulak malam-malam, kalau terjaga, tiba-tiba jalan ke fridge, amik pisau, hiris tembikai, ngappp......sambil pejam mata...tutup fridge...letak pisau...masuk bilik, sambung tidur. tak sure samada itu mengigau atau tindakan refleks.

ok..saja nak cerita, recently aku tgk movie..: ' we hav3 your husband.."
AKu mula-mula dah nak angkat diri ke bilik tidur...tiba2 gatal tangan tukar channel TV..
eh..macam ada movie best (aku tak langgan segala movie channel).
cerita mengisahkan kisah penculikan..
fuhhh....

aku memula nak tgk sikit je..tapi..tapi....

hehehheeeeeeeeeeeee...

ok, cerita nya mengisahkan sebuah keluarga yang tinggal di santa natali@ di Mexico.
Satu hari..husband and wife hantar anak2 ke sekolah. Keluar je dari kawasan sekolah, mereka perasan diekori oleh sebuah kereta. make it short the husband (Eduardo) di culik oleh sekumpulan lelaki.
Ia adalah penculikan terancang kerana penculik tahu semua mengenai family itu.
Polis kata ia dilakukan oleh kumpulan tertentu dan the wife kenal dgn satu company yang boleh jadi negotiator. so the wife call the company yang biasa handle kes mcm ni (bukan penculikan biasa coz it invole mcm group militan), but the company refuse to help when the wife ( Jayne Valseca) explained that the penjahat tinggalkan tukul besi and notes. It is a sign that the penculik ialah kumpulan yang ada kaitan dgn politik, so the only people who could help are from AFI (Federal Investigative agency-polis persekutuan ) yang beribu pejabat di Mexico City..jauh lah dari santa Natalia tu.

Oh ya..penculik tinggakan notes bahawa derang   akan contact Jayne tru e-mail. so Jayne duk hadap laptop je lah berharap penculik start negotiate or at least she will know the husband condition.

Drama lah sgt penculik tuh kan. 

and they are a very professional group  sampai tak boleh nak trace their location.

So they have to contact AF1, and AF1 kata dia akan hantar orang dia utk help that family. Derang akan hantar negotiator.

So Malam tu someone from Af1 contact kata dia dah sampai Santa Natalia, suruh jemput kat stesen bas.

So this family macam blank lah jugak..hah? org dari federal polis DATANG NAIK BAS, siap suh jemput kat stesen bas u ols. Tengah duk krisis gitu, macam suspen kannnn...!

So Gustavo, one of family member jemput polis ni dari stesen bas. 
Bila sampai, family ni macam heran.. hah? sorang je? dah la dtg naik bas? kau polis/negotiator ke apa ni??
So polis tersebut ckp. dia tak boleh dtg macam polis, dengan kenderaan tidak bertanda, dengan a group of polis, dia tau rumah tersebut di awasi kot.

Nama polis tu RAUL.


 
ok..sampai part polis/negotiator ni aku terus tak jadik masuk tido..terus nak tengok ..hahhahaaaaaaaaaaaaaaaa.hensemmmnyahhhh...
machonya u ols...walau pun aku pun tataw le apa fungsi dia nih...
Ok...Raul ni wahhh..macam tau semua..dia kata dia mmg dah lama experience handle case mcm ni and he knows how the penculik behave, their character and plan. This is mcm kumpulan militan ke mendah tah yang culik org and ask for duit tebusan to fund their operations. hemmmm....

Bila Raul ckp macam tuh, jayne dah macam confident yg si raul could help. And Raul kata, dia dilengkapi dgn bantuan dari ibu pejabat yang boleh trace segala maklumat if the penculik contact Jayne. Ibu pejabat memberi segala bantuan sokongan and keep updating if there any new info.

So si Raul ni stay dgn this family and finally the penculik contact.

dia e-mail jayne tapi x ckp direct pasal duit tebusan, but Raul and jayne boleh faham yang penculik ask for
8 juta dollar.

And penculik ni tak main lah call2 segala. dia ckp, kena jawab guna iklan surat khabar, ruangan jual beli haiwan. cehhh....suspen u ols.
Dia kata namakan the ransom si eduardo tu as anjing bernama chow-chow.
so if setuju, utk negotiate, guna iklan suratkhabar utk jawab. so jayne pun jawab, yang dia setuju utk beli chow-chow tapi she still raise the fund.

Jayne  nak korek saving derang tapi cuma ada 500k and bank kata tak boleh keluarkan coz akaun atas nama eduardo ke apa tah. si jayne berusana cari duit and nak jual property yang derang ada, and cari buyer.

oh ye..si Raul tuh accompany derang di rumah, while jayne usaha cari source duit and she was really stress as penculik insist nak jugak 8 juta tuh. and banyak lah adegan suspen coz rupannya jayne dan rumah mereka sentiasa di awasi geng penculik.
si Raul tuh tak delah nampak buat apa sgt, jadi org hubungan dgn AF1, other than that dia makan, minum, main bola dgn anak2 jayne, sembang2 and ngadap laptop saja.and if ada berita dari penculik, dia tolong menenangkan jayne and family dan oleh kerana dia boleh baca how they penculik act, so dia boleh yakinkan the family that penculik tak akan bunuh eduardo.
Tapi still jayne rasa tertekan. of course lah kan..tu laki dia..yg si Raul ni duk relax sajork.

Si jayne bengang jugak dgn Raul. tapi apa nak buat, duit takde.nak pinjam dgn bisness partner eduardo pun derang tak nak tolong. and si eduardo telah diseksa seksa lah jugak.kesian jayne stress.

Haku yang tgk cerita ni pun stress sekali. Tapi Raul tu buat mak melekat tgk citer ni walaupun Raul tuh bukan lah buat hapa pon sangat dlm citer nih...

 Jayne mcm patah hati..dia marah Raul...helooww..aku stress gila nak endure all this thing kau cuma main bola je dgn anak aku...? jayne balik mengamuk sebab bank tak bg jugak dia guna 550k dlm akaun eduardo.
cool sajor Raul nih...ehehehheheeee.......
dan masa ni dah lebih sebulan. Jayne duk nego dgn penculik tru iklan chow chow tu.

And akhirnya Jayne dah habis ikhtiar, dia mengamok jumpa management bank and ugut utk saman bank if husband dia mati disebabkan dia tak boleh keluarkan duit and husband dia kena bunuh dengan penculik.

Akhirnya...jayne contact penculik tru iklan suratkhabar tuh ..ckp.." i agree to buy your chow chow with 600 peso. " eh,...ke 600k peso? 

and supprisingly penculik terima the offer.

jayne diarahkan ke mexico city hantar duit  n dah mcm treasure hunt pulak sbb kena pi byk tempat kumpul petunjuk dan arahan,

and last2 dah bagi duit, husband dia tak de pun.

But jayne kata sekurang2nya dia dah usaha, and she believes that her husband  still alive.


Raul pun keep ckp yg this group penculik tak pernah bunuh tebusan mereka.

so jayne pun move one and hidup macam biasa..but Raul still there memantau.

and satu hari..tiba2 eduardo munul depan pintu rumah mereka...

see...betoi kata Raul.

so mereka pun pindah, balik US kot...

moral of the story.. jgn putus asa dalam keadaan apa pun dan percayalah dengan apa yg anda percaya dan  berusaha. ni aku yg reka. hahhaa..

puhh....rasa apa tau..buat stress aku je tgk..last2 si eduardo muncul balik rumah.

terus aku off tv masuk bilik tido.,

tapi citer ni based on true story.



best !