Dah few days aku nak buat entry nih, tapi asyik ralit benda lain..or bila ngadap laptop atas katil alu baru nak taip, aku tidur. mungkin sekarang ini, aku merasakan masa tidur itu amat berharga, sebab penat sangat otak ni.
Aku selalu gak berangan nak pegi main paintball..er..main ke perkataan sesuai? Berlawan atau main?
Ni yang aku duk terpikir ni ..(perlu ke ???)
Last few weeks, kawan aku yang menjadi organizer event telah menelepon mak.." catz..ko nak join paintball tak??...for fun je..."..
so aku cakap nak le..kan for fun katanya..so ok je..dan aku ajak few frens dan mereka mengajak kawan mereka pula..so jadiklah satu team. 5 orang satu team katanya.
Tah le..aku pun sebenarnya tak boleh bayang kan 'main' paintball ni macamana.Yang aku tau main tembak-tembak kot..lari2..nyorok dan tembak-tembak. tahh...ala-ala main polis sentri kot?
sehari sebelum tu aku macam takut pulak. dan kami siap buat group kat whatsapp. Nama group "paintgegel".
so duk le cakap..weh..aku tak pernah main..macamana haaa????? aku pun cakap..aku pun tak reti, tak pernah and no idea how lah nak bermain. ada terpikir lah nak google apakah cara bermain, peralatan dan peraturannya. Tapi bila pikir balik..tak payah lah, nanti kang baca cerita orang or tgk cara main terus aku rasa tak nak pegi. kang mengamok team aku kang if aku tak turn up. dah kata aku ni ketua team kan.konon laaa, sebab aku yg ajak dan uruskan payment.
Malam tu aku tak lena tidur gak.satu sebab takut terlambat bangun. pukul 8 kena ada kat tmpt paintball tuh, kat maeps serdang. ke duanya, aku duk pikir, camana ha gaya nak main ni.
Ahh..tak payah lah pikir, bukannya nya esok tu aku nak kena design kapal selam 10 tingkat berkuasa nuklear kan.
Pukul 6.50pagi aku dah kat kedai mamak sarapan pagi. Makan heavy sbb nak membanting tulang nanti kan.
Makan cepat-cepat, 7.30 aku terus ke Maeps.
Pukul 8 pagi aku dah terpacak kat sana. (wah..terpacak kau,,,tak agak-agak vocab aku kan).
Tapi adalah seorang manusia saja di situ dgn 3 bijik kereta.
aku sms organizer.." weh..artis kau dah sampai ni haaa..korang mana???".
kahhhhhh. sebab katanya ada jemput artis untuk memeriahkan acara. tertunggu gak lah sapakah artis tu.
so aku saja acah mak enon organiser.kihkih. gelabah kau senah.
kotlah pahrin Ahmad yang datang kan. mungkin time tu aku terus rasa nak tukar team. ekekkekeke.
8.15 pagi gitu baru lah nampak beberapa org dan organiser datang. team aku baru 3 orang nih. peserta lain dah start pi tempat event bawah khemah dekat padang paintball.
Yang dua org lagi kawan aku nih tak muncul-muncul.
Lama gak tunggu, aku nak tunggu cukup team baru nak pi register.
tiba-tiba derang call.." weh...kat mana haaa??? " aku bagi le direction and cakap yang aku dan yg lain tunggu kat parking dekat padang paintball...and 5 minit kemudian dia call " wehhh..aku dah parking ni...kat kereta banyak-banyak ni haaa...tak nampak pun korang???"
aku macam blank..tak de pun derang ni? aku tanya.."ko park mana ni?? "
dia ckp" ni haaa..yang meriah-meriah ni...area pasar taaniii...!"
terus aku jerit " oiii cikkkkk kak..kita nak pi main paintball..bukan pi shopping sayur kat pasar tani!!!"
kitarang gelak cam nak rak..laaa...salah tempat. derang pi pasar tani maepsss....
saboo..je kiah. so lepas bersesat-sesat dan calling2 10 kali, baru derang sampai.
so mari kita ke khemah event.
sampai khemah event kan..so nampak le ramai orang.
kami berkenal-kenalan sebab antara team aku ni, ada yg aku tak kenal.
and we ols duduk sembang sambil isi borang..
aku: weh...ko nampak tak team lain? aku ngeri beb...see...?
kawan aku toleh kanan.
we ols macam...erk...apesal derang semua macam serious sangat ha? macam nak pegi perang? ko tengok team derang....oh abang macho-macho..habis lah kitaaa wehhhhhh. ko tengok dressing derang? weh..dah macam SWAT team dah..
kita ni macam nak pi sukaneka sekolah je ni wehhh....
we ols ketawa tutup2 mulots.
ho..habis lahhh...habis laaaa.....
and we ols berbasa basi dgn team lain yang duduk dekat meja kitarang. most of them dah biasa main dan segelintir je yang baru 1st time. habis laaaa.
and tengok gaya beberapa team lain, tengok pakaian derang, memang dah pro pro nih.
hik-hik-hik. terasa malu pulak memikirkan camno lah nak lawan ni.
kata for fun...sekali yang lain nih macam nak pegi bertempur je...matik laaaa....
makin lama makin ramai..and melihatkna mereka sampai kami kata..oook...stay cool. jangan toleh kanan, kang kita rasa nak balik semua nih..(team macho-macho duk belah kanan kami)...
aku dah makin takut. masa ni no idea lagi how nak berlawan ni. organiser kata lawan liga. 10 team bagi dua.A dab B. setiap group ada 5 team..lawan sesama sendiri, yg menang masuk separuh akhir dan akhir.
pergh..tak gigil ko kiah??? baru 1st time main, dah masuk tournament. kahhhh....masa ni aku pun belum terbayang how ek nak main?????kena lari-lari kuat-kuat ke? kena nyorok-nyorok ke??? nak tembak cemana pun belum terbayang lagi. kang tak reti tembak aku baling je senapang tu kat pasukan lawan.kehhh.
we ols dengan gaya nak pi sukaneka sekolah rendah seri kenanga. sila fokus kat back ground ya. tu ahli pasukan lain yang menggerunkan.be very afraid yea....
oh ya...nama team. aku lupa nak cakap. team aku saja yang dianggotai semua ladies. team lain semua lelaki. ada satu dua group yang campur pompuan, tapi sorang dua org je.
Nama group derang 1. Pahl@wan Arjuna, 2. Jugr@ Empire 3. 300, 4. Cyberj@ya Paintball 1 dan 2 dan pelbagai nama. nak tau apa nama team aku? CATZ Team. wakakkaka.
so ada lah suara-suara yang duk memperli.."miaowww...miuwwww...meowwwww"...cam kucing gatai.
elehhhh..saja lah tu. dan derang tau we ols ni mmg tak pernah main. siap ada yang cakap,.."lauk...lauk.."
kong ajo kannnn.
sila fokus belakang kami tuh..ye..itu lah lawan lawan kami nanti. seram nok.
Masa ni memang rasa nak gerun. 1. sebab tak reti main. 2. takutnya tengok team orang lain.
tapi tak tau lagi kan. entah-entah gaya je lebih. entah-entah kitarang boleh menang?
tapi tak tau lagi kan. entah-entah gaya je lebih. entah-entah kitarang boleh menang?
Ok, sebelum perlawanan, kami ada taklimat dari organizer, sapa lagi cik leez kiteletuw.
Then taklimat dari propaintabllmaeps.
Derang tau yang some participant ni tak pernah main. so derang ajar lah apa ke benda pearlatan , peraturan and safety measures.
Marker tu ada penutup dipanggil barrel socks dan safety pin. so diluar gelanggang dan without mask jangan gatai gatai OFF benda tuh..bahaya nok..kang tertembak, cedera kang spital peginya.
Yang paling penting ialah mask tu yang protect muka kita. time tembak2 tuh muka dan mata mestilah protected. Dalam peraturan main pun, bila dalam padang, sesiapa yang bukak mask, pasukan dia otomatik disqualified. tak kiralah masa baru nak main, or dah habis main, if bukak mask dlm padang otomatik pasukan tu kalah. memang sangat ketat. sebab nya u ols...nampak je benda tu mcm simple, tapi if kena palet tu, memanggg..hemmm..
so masa ni dia bagi kami try tembak dan operate marker tuh dan jugak term yang diguna dalam permainan. uihhhh....pap! pap!! kuat siot.....!
Ni group 1st. yang akan main..aku pun lupa apa namanya. so sementara derang bersiap, we ols kengkunun buat strategi.
sebab mas ni kami pun tataw koordinasi, sapa nak duk tepi, sapa nak duk tengah, etc. and terget ialah utk sampai dan touch starting gate pihak lawan.aku duk pikir, takutnya..tah2 kena lari2..etc...
so kami tgk org main and plan. wah...it sounds serious huh?
us
ready with marker, vest and mask
ada macam ninja turtle tak? sorang turtle pink, merah, biru, hijau...hahhahaha.
takde gaya langsung mcm nak pi bertempur. group lain dan pakaian dan gaya yang menggerunkan.
1st game. kami lawan Damak team.
ok..masa mula2 kena off barrel socks, off safety pin and kena touch starting gate marker tuh.
ist time u ols..kami siap gelak-gelak...
Marshal jerit announce " BARREL SOCKS OFF!!, SAFETY PIN OFF!!!! 10 SECOND READY....! GAME ON!!!!
we ols duk berdebar gila and boleh gelak-gelak lagi..
and tiba tiba..
pap!pap!pappppp!!!! prapppp!!!!
saira ckp..." eh..dah start laaaa!!" wakakkakaka.......
pasukan lawan duk tengah tembak kami, yang duk gelak2 kat starting gate...
bertempiaran lari we ols pi belakang bunker, and as a results..
aku rasa tak sampai seminit pun we ols semua mati...hahhahaa...
aku baru tembak 4 kali..and some of us belum sempat tembak pun..kahkah
and pasukan damak dah touch starting gate we ols.
cehhhhhhhhhhhh.
patut bila dengar GAME ON terus lari sambil menembak. kau siap gelak2..haaaa...
ni pasukan mana tah..cyberjaya geng kot
main ni, if kena tembak sekali terus dikira mati. walau pun palet tuh kena marker pun dikira mati. tapi if kena splash je tak mati kot. marshal akan verify samada ko mati atau tak. if mati je terus angkat tangan kat kepala dan lari ke belakang starting gate. so org dah tak boleh tembak ko lah time tuh.
tgk pasukan lain lawan macam best je..derang serious ok. siap ada kod-kod yang derang akan jerit. sambil merangkak tepi bunker, tembak-tembak dan atur strategi..tiba2 dengar mamat macho sorang tu..."nobita! nobita!"
agaknya kod derang kot? yang we ols tepi padang gelak-gelak..
"wehh...derang panggil nobita laa...napa tak panggil doremon sekali ..kihkihkih".
so kami pun masa 2nd game, 3rd dgn 4th dah macam ok lah..takdelah 30 saat semua dah mati kan. dah tau sikit how nak hala tembakan, etc. takdelah kelakar sangat macam 1st game tu..3rd game dah ada gaya bertempur dah...and masa 4th game dah macam ok la..takdelah macam ala-ala mak limah pi pasar tani.Dan kami menembak sepenuh hati..ala2 fire at will gitewww...
belasah la..kena tak kena belakang kira. kawan aku kata...aku bayar palet ni..meh aku habis kan..ekekekkee.
Tapi we ols as expected kalah semua game. takpelah. takdelah malu pun, 1st time main.
derang ni macam abang kawasan. gerun mak.
we ols ni err...kucing kawasan kot.
hahaha.
overall, we ols had fun ;ah...walaupunn mengalami tembakan yang hazab gak. saira kena kat lengan, kaki which sgt obvious sakit dan lebam.
aku kena kat kepala dua kali dan bhgn depan badan.
10 team lawan dan finally 4 pegi separuh akhir.
oh..masa separuh akhir tuh, ada satu team dah menang dah.. tapi one of anggota team bukak mask dalam padang, so otomatik pasukan dia dikira kalah....
haaa...rugiiii je.....marshal mata tajam ok..nampak aja kann...
so..ni pemenang
overall...ok lahh....good experience to start 2013.
:)
4 comments:
catz ..korang main kat field yang ada pokok2 bagai lagi real.. feeling2 nak membunuh gitew.
Uh wow! kijamnya ahkak :))
Adoaiii! Sakit perut aku baca entry ko ni Catz (ececehh..macam la aku penah mainnn..kan?)
Hihihi..tak kira..aku nak gelak jugak.
Nway..tahniah..something new di tahun baru! :)
Adoaiii! Sakit perut aku baca entry ko ni Catz (ececehh..macam la aku penah mainnn..kan?)
Hihihi..tak kira..aku nak gelak jugak.
Nway..tahniah..something new di tahun baru! :)
Adoaiii! Sakit perut aku baca entry ko ni Catz (ececehh..macam la aku penah mainnn..kan?)
Hihihi..tak kira..aku nak gelak jugak.
Nway..tahniah..something new di tahun baru! :)
Post a Comment