Monday, December 1, 2014

Strasbourg at night


Hari ni we ols plan nak jalan-jalan ke Strasbourg. We ols semua dah dua kali pegi, tapi ni 1st time gi ramai-ramai and naik train..
Si Maher je yang belum pernah pergi and insist malam ni kitarang semua kena bawak dia ke Strasbourg.Sebenarnya aku macam rasa lebih baik aku ke Baden Baden. 
Tambang train pegi baik dalam 5 euro tak silap. ke kurang. aku lupa.
Yang tengok kan tiket ni derang . Malam semalam tu derang naik train ni dah.
.


last train awal jugak..before 10 dah last train

 stesen strasbourg..ni last station.tak silap dalam 3 station ke ek...tapi dalam 10 minit ride

we ols jalan-jalan ronda town

 gallery Lafayatte
 area sini banyak hotel. dekat dgn train station.
Pemandangan lain bila malam...suka jugak. lawa lampu-lampu kat bangunan. 

 Angelo buat lawak..hhaaa..ni lah red light district kat sini katanya..sebab lampu tu warna merah..
Dia buat lawak sebab kitarang borak pasal red light district kat amterdam.
Dia dah byk kali ke Amsterdam...
 crotian n malaysian

 ni area dkt tmpt sama aku amik gambo hari tuh...belakang tu cathederal besar tu.

 ada pemuzik jalanan...
 kami menyusuri lorong dalam city

 sungai


restoran 

 Kami berhenti di sebuah restoran berhampiran chatederal. cuaca makin sejuk. Angelo kata dia dah makan  kat restoran nih hari tu. dia cakap sedap ke menda tah.
Aku order coke dengan salmon. Derang order apa tah..bunyiknya macam posh sangat lah...

 happy faces dapat makan

Salmon and vege

 Alen punya food nampak cantik dan sedap ..so dia cakap nak amik gambar dulu sebelum makan.
Hahaha..aku ingat aku je yg suka buat mcm ni...


Ni restoran Peranchis.  
we ols  mcm annoying dgn waiternya..mcam berlagak gitu bila we ols mintak dia explain menu  and Angelo dgn sidney cakap derang  nyampah beno..
so nak senang aku cakap.. my meal..dont put any alcohol/wine. I got allergy.
Aku cakap lagi, kalau ada wine/alkohol aku boleh pitam.
hahaa..senang je. Dari aku bersusah payah explain and dia macam pelik. tak kuasa aku nak bertekak dgn waiter tu.
Kawan-kawan aku ni paham le.Tak yah explain.derang tau. Tapi kadang org punya pemahaman berbeza. And seperti biasa, Maher akan ikut menu aku, knowing dia mmg malas baca menu.
Plus dia order fries sebab tak kenyang makan salmon dgn sayur. 
Maher ni pun kadang ada perangai annoying dia. Tengah-tengah  makan, dengn mulut penuh tiba-tiba dia tanya aku,.." do u think this is halal?" tunjuk ikan dalam pinggan dia  yg dah tinggal secoet.
Tiba tiba aku rasa nak cekik dia. Banyak sebab aku rasa aku nak cekik dia. tapi kang aku end up duk dalam jail pulak. so tak payah  le kan.

Ada sekali masa lunch, kat Lichtenau, aku makan salad dgn yoghurt ..dia as muslim patut tau le apa nak tgk bila makan. dia tanya knp aku tak makan ikan salmon hari ni?sebab org lain semua makan ikan.

Aku baca dah menu hari tuh..salmon with vege..bla..sauce with wine etc ec.
Aku rasa dia nak makn ikan tu..tp sebab dia suka ikut ikut aku..so dia pun mcm curious. 
Dia punya concern tu bagus la,,tapi hok malas baca menu and bahan-bahan tu kadg buat ko rasa annoying pulak. And ada sekali,.dia tunjuk aku air mineral belum bukak, dlm botol yang  cafe sediakan. Dia tunjuk kat aku,,, " this is halal??"  
terus aku rasa my blood go upstairs kau. Eh yang kau menogok air oren..air tah macam2 air..mkn coklat segala tuh tak pikir pulak. tetiba tanya mineral water pulak. dah sah2 tulis air mineral. 
and itu adalah hari ke 3 ko kat German.
Aku rasa kalau dia tanya dgn Chef wan mau  kena hempuk dgn botol air mineral tu la la tu jugok.
Tu belum lagi aku nunggu dia beli air mineral kat supermarket 30 minit., sekali balik...baru perasan terbeli air mineral yang ada gas. pffttt...


ok...lagi banyak aku tulis menyirap pulak darah aku pasal dia nih. dah la.


Lepas makan we ols gi ronda-ronda kejap and lepas tu pi lepak kat stesen ketapi.
Besar jugak..stesen keretapi lama yg luarnya di buat enclosure glass. so nampak le cantik.


kitarang lepak situ and kejar last train.

 byee..
kat sini la si Angelo reveal yang dia dah  bagi gelaran kat semua org. choi sgt...hik

Friday, November 28, 2014

Khel City Center

Dari: Frankfurt, Jerman Ke: Kehl, Jerman
Untuk travel ke Kehl, banyak pihan transportation.
Let say dari Franfurt, German, Kita boleh naik train . Link train adalah seperti berikut:
 
 
Ni salah satu train  website yg paling mudah.
if awal beli dapat le kurang dari 25 euro kot..if lambat...one way saya hampir 70 euro.
Boleh naik dari frankfurt MAIN atau dr FRankfurt airport. naik train tak silap around 3 jam.
 
Nak naik teksi? boleh...
hahha..ni kawan aku buat sebab dia takut naik train. hampir 400 euro bagi jarak perjalanan 200 kilometer lebih. we ols gelakkan dia.
Angelo lagi jahat..dia asyik ungkit benda ni sampai kawan aku tu malu malu sebab we ols gelak apesal kau naik teksiii? kalau amik shuttle hire pun dalam 150 euro.
 
Nak naik flight pun boleh. ada few airpot yg berhampiran. dekat Baden baden tak silap.
Ada kawan aku dia turun kat stuggart airport n naik train sejam lebih ke kehl.
 
Taapi kan..yang naik teksi tu mmg jadi bahan lawak we ols. ok..dia kaya ..mmg boleh naik teksi. bagi aku mahal gila lah kan...
 
..so balik keje we ols pegi le jalan kaki pi mall...aku nak cari fruits and sayur je.
So we went to CCK MALL..10 minutes walk from our hotel.
Jalan lambat time sejuk sambil borak-borak.
 
 
 
CCK Mall, Kehl
 
 pelbagai jenis pumpkin

Mall ni macam mall biasa. besar.  ada banyak kedai dan ada supermarket.
Mula-mula we ols tgk bhgn barang barang elektrik . Then pegi section sayur.
Lepas tu baru tgk kedai-kedai baju dll.  
 sayur mayur
 cantik...
 ni biasa  giasan utk dessert
 
 pelbagai ready to eat salad
 

 cheese..pelbagai jenis banyak sangat..!
 
Lepas ronda kedai-kedai baju etc..we ols jalan kaki balik hotel. end up aku beli air mineral, sayur yg boleh ngap terus and buah.
sebenarenya jumpa kedai halal dalam ni..tapi mcm i got funny feeling ...and dah plan nak masak. so masak je lah...sedapp.
 

Sampai bilik, aku amik travel cooker, masak nasi . Lauk kari telur.
siap ada kicap. Aku masak lauyk dulu. actually ni kuah kari dalam peket brahims.
then buh telur dalam tu.Masak nasi then hiris sayur.
makan cam tu sedapppp gila.
 
 
 
Esoknya balik keje pegi jalan sekitar bandar  ..jalan kaki.  
 

 banyak je deretan kedai-kedai  sekitar bandar ni.. so aku tak nak gi mall dah. nak jalan sekitar town je.
 
Banyak je restoran/cafe ..aku cakap dengan kawan aku nak duduk people watching  sambil minum sebab aku takde benda nak beli., tapi dia insist nakkk jugak aku ikut  masuk kuar kedai pilihkan barang.,.shopping. malas hoi.
Aku pegi le dalam keterpaksaan.
Pegi kedai jual coklat bagai..
uih..murah lah kalau compare kat Malaysia.
 
 
yummeh
 

 sedapppnya tgk. and murah jugak. kawan aku gila borong banyak  mcm nak bukak kedai kat negara dia. Bagi dia murah gila kot plus dia cakap nak bagi kat family and kawan-kawan. Aku beli dua ketul coklat je.
Dia tanya napa aku tak beli banyak
aku cakap my journey  just started. i will go to belgium etc. so better lah aku merasa premium coklat di sana.
Malas la nak memberatkan beg aku. lagipun  if teringin sangat nak makan, ada yg boleh beli kat Malaysia. Tapi mahal noks. Situ dalam 0.89 euro...kat malaysia RM 9.90 to RM10.90 seketul. awww.
Then pegi le masuk kedai baju etc.
Beli la sikit sbb aku memang tak basuh baju. So baju nak habis kot towards end trip kang. beli je le.

 keluar masuk kedai sikit-sikit..

 kawan aku beli toys dalam ni...aku duduk dekat cafe mengadap kedai ni sebab malaszzz la kang di mintak pendapat  itu ini...last last tak beli. so bila aku duduk luar cepat sikit dia decide nak beli apa.
plus rasa bersalah sebab tgk aku tunggu kat luar. Actually  aku tak kesah pun. Beli le nakk...mak duduk sini makan aiskrim relaks-relaks lagi best.

 Then we ols beli kebabb kat sini. Halal shop.
Tah, jalan-jalan terjumpa. harga dalam 4 -6 euro utk kebab. piza ..pun ada.
 
 so aku cakap dah malas la nak jalan.Apa kata duduk-duduk makan kebab n minum hot coklat sejuk-sejuk ni. sunyi je  city centre ni. kedai pun dah  start tutup. Masa ni pukul 7.30 mlm kot.
we ols pi satu cafe cantik. order drinks n makan kebab tadi.
Borak-borak macam-macam..aku tak habis makan kebab tu ..separuh dah kenyang...aku bg kat kawan aku suruh habiskan. sayang kot nak buang.
Then we ols jalan slow-slow balik sebab kawan aku punya coklat berat gila...

 
 sampai hotel aku rasa nak amik gambo kat lobi.


heh.


Sunday, November 23, 2014

Strasbourg bridge and dinner with friends

Angelo: Hello..i'm angelo..from st marten. Angelo hulur tangan, salam.
catz:  berkerut muka.what? st marten?
Angelo: St Marten, carribean.St Marten- Ducth side.Carribean.
catz: Ohhh...hihi.ok..Grest to meet carriben people here. :))

Catz :       I am catz, from Malaysia.
Angelo:   Malaysia?
Catz:       Kuala Lumpur.
Angelo:  Ohh..

Then dtg boss dia si Sidney. cakap benda yg sama.
Ada 6 org sama hotel dengan aku rupanya, selain dari Alen, Aire .
Alen Bordovic dari Crotia dan Aire dari Estonia.
Maher dari uae, jacob dari afrika, Francis dari german, busam dr german,  2 org dari norway lupa nama dia, Patrick dari Kanada, Frank dari German and few more.derang duduk hotel lain-lain. Ada yg duduk dekat Lichtenau dan Baden-Baden.


 nice breakfast


 juice, salad bar



tu hari pertama, pagi-pagi buta masa we ols nak pegi keje sama-sama. aku makan sorang.lepas tu best dah tak makan alone lagi.

Shuttle van  yang menjemput kami datang pukul 8.15 pagi.
auh jugak 30km ni. menguap aku.
tapi sebab pemandangan kiri kanan cantik time autumn, sayang nak lelap mata. Gosok-gosok mata tengok scenery cantik. bukan selalu ye tak.


 daun-daun kuning kemerahan. ok.ini cantik sangat bila lau kawasan ni.


 kawasan kampung

 pekan kecil





Tak lama kami sampai ke kawasan macam kawasan industri di  Lichtenau. 


Nampak ada supermarket...kedai-kedai, cafe . si Maher bila nampak kedai je...bersuara
 " Aha...supermarket.."...eh..tiba -tiba keluar suara ko. Tadia diammm aje.
entah hobi dia membeli belah ke apa tak tau la..hari kedua dia beriya ajak aku jalan kaki pegi macam ware house sale ke apa gitu..dalam 7 minit jalan kaki. Aku malas sebenarnya. Tapi aku teman je lah. which is  penat aku pot pet pot pet pasal barang yg dia nak beli end up dia tak beli. Boleh? Grrrrrr...
Aku ingat perempuan je yang cerewet. Rupanya ada mahluk jantan yang dia punya cerewet tahap tak tau nak kata apa.

Seronok jugak jumpa kawan-kawan baru. Takyah la citer detail pasal kerja we ols. Tapi syok ak gi sini. Aku siap masuk dalam ladang , tp dlm moving vehicle lah. kot jalan kaki sejuk sejuk tak kuasa mak.

Kat sini makan pun best sebab derang prepare vege food, salad , ikan untuk aku dan kawan muslim. Derang tau yang we ols tak makan daging, ayam. 


Hari ke tiga, Sabrina dah bg tau awal-awal.Kami akan pegi dinner sama-sama. Company belanja. AMboi senyum lebar semua.

Habis keje we ols gi naik kete konvoi sesama balik Kehl. termasuk la yg duduk Baden Baden tuh. Dan dan tu cakap nak tukar hotel ke Kehl. sebab dekat dgn strasbourg. Lepas dinner nak gi berjimba kat club dkt Strasbourg katanya.
Sampai Kehl awal lagi untuk dinner. So kami pegi jalan-jalan kat park dekat dgn restoran dan menghala ke jambatam ni. Naik jambatan jalan selow-selow  sambil amk gambo..seploh minit ko dah ada kat France. hah.


Ni sidney dan angelo. Excited we ols tetiba dah sampai france jalan kaki 10 minit.
Ok, jambatan ni ada lah sejarahnya. Tahun 2009 ada persidangan NATO buat kat STrasbourg n Kehl Obama turun dr kereta and ckp dlm telepon, jalan2 atas jambatan ni. Ada paparazi amik gambar. 
Hah..terus femes jambatan ni.


catz and Aire dari estonia. 
Aire datang 2 hari je. lepas tu dia balik sebab dia tak buat semua yg kami buat.


Kalau dah nama jambatan, ada je yang bubuh benda ni kan. Mangga cinta ke benda. Hahhaaa. Si Alen cakap..mangga kan biasa beli dapat 2 set kunci. satu buang, satu simpan, sebab tu cinta tak kekal.hahhaa

10 minutes walk and tadaaa...we are in France..
Hhahaha..Angelo kata aku maca sepupu dia. Besar dan muka lebih kurang and paling sama suka menggedik ambik gambo. and dia gelar aku HAPPY SNAPPY. hik.

Cantik jambatan ni waktu senja


Alen and Matthew



Catz and Alen

view dari atas bridge. Ni sungai Rhine
lawa scenery


Sejuk gila masa ni, we ols jalan kaki balik ke Restoran

Restoran ni cantik..ke main derang order macam-macam

Ni makanan femes dekat sana. Flat bread, atas nya bubuh cheese dan ham . aku tak makan lah. Tapi derang orderkan aku hok vegetarian. aku bayang kan atasnya ada sayur bergelimpangan. sekali cuma cheese dgn bawang.

Tapi supprisingly sedap gila. Siap org lain pun tumpang makan jugak.pfttt.



aku makan salmon

sidney ni macam concern dengan benda yang aku makan. dia banyak travel so dia paham yg aku tak boleh makan macam derang.

Happy faces

Sidney makan grilled ciken. dia cakap sedap gila..hahhaa

we ols...in Black.