Thursday, January 9, 2014

Chili crab

 


Tekak asyik teringin nak makan crab bila tgk dekat AFC si martin yan tuh duk masak ketam.
Tak ingat masak apa but it looks like cili crab.
sedapnya. terus rasa nak pi kedai beli ketam walau pun masa tuh pukul 12.30mlm.
Dah tutup kot kedai runcit yang jual barang-barang basah ikan , sotong sayur ketam semua tu.

Ok semalam dah jumpa ketam..so lets cooking.

Bahan-bahan:

ketam - 2 ekor
serai - 1 batang
halia - sebesar ibu jari
bawang putih 3 ulas
bawang merah- 1 labu
cili giling - 2 sudu
tomato sos- 1 sudu
cili sos - 2 sudu
telur - 1 biji
garam
gula
daun bawang




tumbuk bawang merah, bawang putih, halia dan tulis dgn cili giling (api perlahan hingga garing)
masukan serai yg telah diketuk..kacau.
masukan sos cili, soso tomato..kacau.
masukkan 1/2 cawan air and biar mendidih dan masukkan ketam. kacau.
Pecahkan trelur dalam mangkuk dan kacau telur tuh.
tuang pada ketam.kacauuuuu..rasakan garam, gula, dan kacau.
If suka manis sikit, tambah gula.
kacau-kacau 3 minit dan angkat.

 selamat kau ketam. kesian
 

 ketam berchili

ehmm..dapp...dap..

Friday, January 3, 2014

Lagu karaoke

 Aku bukan lah fanatik karaoke nih.
Tapi sesekali pegi lah jugak. Bersosial dengan kawan-kawan sambil mengasah bakat terendam (bukan terpendam ye).
So hari tuh sebelum mengakhiri 2013 ada masa nak ke karaoke so pegi lah.
Book 3 jam...tapi kawan aku kata..weii...4 jam terus lahhhh.
amboi..ko nak tido sini ke u ols? macam tak sedo diri kan.
Feeling - feeling retis yang nak buat konsert reunion, album ada 50..so mana cukup nak buat konsert 3 jam ye dok.

so sampai sana pilih lagu.
hahaha..aku rasa kan....lagu aku samaaaaa je dari dulu sampai sekarang.
ok..ni list aku:
1. Janji Manismu - Aisyah
2. Bila Bulan Bicara - Broery Marantika
3.Sekadar di pinggiran - Fransisca Peter
4. Mimpi yang tak sudah - Ibnor Riza
5. Tenda Biru
6. sembilu -ella
7.Hati yang Kau sakiti - Rosa
8. Matahariku - agnes monica
9. Jujur-Radja
10.Bila Bulan Bicara - Broey Marantika

ye..hok no 10 tu memang sama dgn no 2, tapi memang possible je aku nyanyi lagu tuh 2 kali..hahhaa.
takde modal dah nak nyanyi lagu lain.
kira pilihan semua lagu lama and sendu-sedih u ols...lagu meratap-ratap gitu..haa..sekadar di Pinggiran segala kan.
Kawan-kawan aku yg lain nyanyi jugok lagu latest macam lagu lady gaga..lagu roar, lagu what does the fox say..and lagu latest yang lain.
aku bukan tak pernah dgr lagu2 tuh tapi tak reti nyanyi.
Yang aku boleh nyanyi lagu lama-lama..retis2 tua..retis-retis yang dah passed away gituh.
Rasa tua gila aku kan sebab cuma tau nyanyi lagu di zaman kegemilangan retis 80-an dan awal 90-an time sekolah dulu.
Masa tu aku siap ada buku lagu. Aku tulis setiap senikata lagu (masa tuh belum ada majalah mangga mempelam tu semua kot..matiklah korang tau betapa tuanya aku..ekekke).
Masa tu popular dgn Dwen , lagu nya was like... " ketika ini suwatu waktu dahulu.." hahha..aku siap ingat ko senikata tuh.
Zaman Raja Ema...zaiton sameon, aisyah baru femes kat Malaysia masa tuh...Benathan..sapa tah lagi..
Kadang aku segan jugak, nyanyi lagu sama je. Tapi bak kata Michael Ang, aku ada cermin..so nyanyi je lah lagu yang aku reti nak nyanyi and tak yah nak feeling feeling shakira or bruno mars semua tuh.
Memang lagu2 tu menggambarkan betapa tuanya aku and aku mmg tak berapa tau lagu sekarang ni.
And nak menambah perasaan ketuaan aku nih kan..bulan lepas aku ada lah lepak-lepak dgn golf buddy aku. Kitarang duduk same hotel ada conference. . So malam kitarang lepak kat lounge enjoy live music. so masa tu boleh request lagu apa nak suruh derang nyanyi.
so we ols nih pun tulis lah and guess what.. choii.... aku baru nak tulis tapi aku nampak golf buddy aku tulis dah " Biar Bulan Bicara- Broery". and dia nampak aku tulis jugak yg sama and cakap..ehhhhh u suka lagu ni jugak??? nih my fav song nih.....i tuju lagu ni kat u lah..
and umur dia 50s . sooooo???? choiii sgt kan, taste aku sama dgn org 50-an.
omg...kilauan emas sangat kannnn...keji nya mak rasa i ols nih.nenek-nenek sangat rasa i ols nih.

and baru ni, oleh kerana skill nyanyian yang senduuu sgt, we ols macam pikir eh jommm..masuk kelas vokal. semangat u ols...nak masuk kilauan emas musim ke 4 kot....
Mahal  ke ek kelas vokal nih..hihihih
now ni aku pasang radio Era dlm opis aku sbb nak dgr lagu-lagu terkini.


sebelum pi karaoke tuh aku ajak geng karoks aku datang rumah makan.
Makan je..karaoke bukan kat rumah aku.


Oleh kerana aku beli kuali  pemanggang..so lets eksprimen yang katanya best sgt..magic sgt tuh..ada yg nama brand dia pemanggang ajaib kan?
so aku nak tgk apa ajaibnya...


glowing2 lagi kuali aku nih
 

preparing  pasta aglio olio


nahhh..siap doh




coleslaw..yg mengandungi pelbagai tumbuhan

 ciken wing terbakar  ..hik
bagus gak pemanggang ni tak lekat. but yang katanya takyah terbalikkan  benda yg ko gril..terbalikkan kuali je tuh..pftttt..
aku try le..sekali bukak tgk...choii..terabur je daging aku bertimpa2...hem..aku bukak je lah..
mungkin sesuai kalau ko masak benda seketul je kot...
but overal menyenangkan keja.
cuma nak basuh berat la..kuar muscle tangan aku ni nak angkat ke sinki.
 grilled lamb..yummehhh
 happy guests
 makan bersungguh-sungguh sebelum feeling feeling retis buat konsert
dessert..simple je. but yummeh...banana, yoghurt and chocc..niceeeeee
 


Thursday, January 2, 2014

Good Bye 2013, Happy New Year 2014

 Hi..
Happy new year 2014.
review for 2013..i think it was a good year. 
Syukur Alhamdulilah.


 1st dinner in 2014. I grilled lamb and veges and  made simple salad and coleslaw.yumm.


mango, yoghurt and passion fruits. sweet and sour.. Just like our life

bye...

Wednesday, January 1, 2014

ketam masak kari


 ketam kari

 Dah seminggu teringin makan ketam yang dimasak sendiri di rumah.
Pegi kedai cari ketam takde..pi giant pun dah takde...
semalam kebetulan pi Jaya Grocer dan nampak ketam yang gemukkk..
suruh orang yang jaga tuh hulur ketam sebab aku nak pegang and inspect dulu ketam tuh...cewaahhh..
3 kali aku tanya..ni ketam bila..fresh ke?? (sambil cek-cek ketam tuh)
being desprate dah tekak ni kan..i picked few ekor suruh timbang.
Dia tanya nak siang ke? aku cakap ehhh..tak payah.
Mahal jugak ketam nowadays, tapi rasanya berbaloi..sementelahan di masak sendiri (gila perasan konon masak sendiri lagi sedap ..kahkah).

Actually seumur hidup aku tak pernah pun masak ketam kari. Tapi bulan oktober ni aku makan seafood di Kuala Perlis, kawan aku order ketam kari..amboi sedappp nyaaaa.
so y not try masak ketam kari. tak susah kot lagipun nak hidang kat diri sendiri.
Aku guna bahan yang ada and some aku replace dgn bahan lain.Cthnya santan aku replace dgn yoghurt.

Ok..lets cooking ..

Bahan-bahan:

2 ekor ketam
serbuk kari ikan
bawang putih -2 ulas
bawang merah - 2 ulas
halia - 1 inci
serai -sebatang
daun kari
yogurt (natural)
minyak
kulit kayu manis -1 inci
bunga lawang - 1 butir
garam
air
 

ok....
Belah ketam , bersihkan dan basuh, toskan.
Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia.
Panaskan minyak, tumis dgn api kecil.
masukkan kayu manis dan bunga lawang
Masukkan serai.
Masukkan serbuk kari yang dibancuh dgn sedikit air.
tumis dgn api kecil hingga naik minyak dan masukkan daun kari.
Masukkan yogurt separuh dulu dan tambah air , kacau dan biar mendidih,.


, biar mendidih dan terbalik-balikkan.
Kari aku ni kuah tak banyak, so aku kena make sure ketam ni masak betul dan tenggelam dalam kuah sebati.
Masukkan garam.
Tambah yogurt dan gaul sebati.
kuah dah pekat , angkat ketam.

Hidang..

selamat memasak.