eh. kelakar oke. A day before conference, aku terjumpa sorang lecturer UNXXXX.
muka dia cam saiful ap3k. ramah. sama-sama register untuk event tu.
so esok tu, before the menteri officiate the event, we chit chat lah.
ok la. as before that, jumpa orang asyik tanya oh..u dari mana? bidang apa? communication, radio comm, network, Wimax study..bla..bla..antenna..antenna..antenna..antenna, radar-radar-radar-,..ha-ha-ha. ngeng. RF, microwave, optic, bla..bla. antenna. eiii. ok dah.
so..takdenya la ko nak jumpa orang nak sembang pasal makanan ni. tapi this particular lecturer tah kan. Dia tanya aku, dah jalan-jalan ke belum? aku cakap. belum sempat.
so tiba-tiba cakap yang dia nak explore food kat Melaka ni.dia siap buat senarai asam pedas mana yang dia nak terjah, seafood/ikan bakar mana dia nak pi. ke ke ke.
Aku tanya ..errr..so..asam pedas mana yang you dah makan?
tiba-tiba dia kuar satu benda empat segi. oh..siap kuar garmin dia you untuk tunjuk which kedai asam pedas yang dia dah terjah dan akan terjah.
siap ckp.."0.5 km je dari sini"..siap browse2 kan gitu. pergh.
dia ckp.." asam pedas dia.houuuuuiiiiii...tip top..tu diaaaaaa.....!!! sedappp" <-----sila bayangkan style orang Penang bercakap oke. Mamat ni memang orang Penang.
so cara bercerita tuh, sila bayangkan korang tengah tengok cerita Mami Jarum the Movie oke. aku yang dengar terus je ala-ala nak telan ayaq liurrrr... so dek kerana curious gitu, aku pun malam tu terjah lah. curiousity kills the cat gitu kan.hik.hik.
Memang plan nak makan sini dengan kenalan baru yang jumpa di conference. Derang stay di Hotel Mahkota. So dengan aku yang biasanya akan sesat terpusing-pusing cam nak rak di tengah bandar Melaka ni kan, fetch diaorang 8.30mlm kat depan lobi hotel mahkota. (on the way dari equatorial ke Mahkota hotel, aku singgah-singgah amik gambar malam di sekitar Melaka).
sampai kedai asam pedas....jeng! Alaaaaaaaaaaaaa,,,TUTUP!! oh kecewa. apesal mamat penang tu cakap kedai ni bukak 24 jam???!!! huh. Terus rasa nak cekik orang. Ye la..aku excited nak pegi la. Lunch time mana sempat nak pegi, makan kat hotel saja lah.
Esoknya,
Menerima pelawaan teman untuk lunch. Aku makan sikit-sikit je masa lunch kat hotel. Pukul 3.00 petang, kawan aku fetch kat hotel. So aku suggest makan kat sini. Eh restoran ni lah yang masuk dalam rancangan 'WARUNG KITA' kat astero prima tu kan.Farouk yg jadi pengacara. Ok jom..!
Ini dia..kedai ASAM PEDAS SELERA KAMPUNG..
Kedai terletak di sebelah Newton Food Court yang bertentangan dengan Dataran Pahlawan. Tak jauhlah dengan Mahkota Hotel, Holiday Inn, Equatorial dan Mall di dataran Pahlawan. Parking pun sebelah je dgn newton food court. Dan yang bagusnya, owner kedai sediakan kupon parking. wah.plus point di situ.
ok..kita tengok apa yang ada di kedai makan ni. Masakan adalah masakan melayu, selera kampung. Ada masak lemak ketam, udang, ikan bakar, sambal belacan, cencaluk, ulam-ulam dah sayur-sayuran. Dan dah nama kedai asam pedas, mestilah ada asam pedas ye tak?
ikan terubuk bakar
sayur lemak pucuk ubi ke apa tah...dan pelbagai lauk masak lemak
udang..udang...besar..!
ketam masak lemak ..oh sila terliur sekarang..
ok, tengok apa yang kami makan.
ayam kampung goreng
sayur kacang
kupang
dan star of the day! ASAM PEDAS kepala Jenahak
Kat kedai ni ada beberapa jenis asam pedas. pilih lah mana yang anda suka. Ada ikan tenggiri, ikan merah , jenahak dll. ikan ikut hari lah kot. hari lain maybe ikan lain.ikut apa yang ada di pasaran (eh..apesal aku memandai-mandai ni?? ha??)
siap hidang dalam kuali, best! Bagi catz, asam pedas dia sedap! Tak pedas!!!!! i mean, pedas sikit-sikt lah. Tapi masam, masin, manis...cukup. Kategori sedap.
oh. peringatan di sini.
Ini adalah penilaian lidah saya.
Kerana sebelum ini ada seorang pengomen yang bernama 'kereta buruk' yang letak komen pada entry asam pedas melaka yang saya jumpa di Kota Laksamana.
komennya berbunyi :
"Lu ada lidah ke takde beb? Biasa makan tak asam pedas yang sedap. Ni bukan tak sedap tapi tak cukup power. Macam biasa biasa aje. "
so, encik/cik 'kereta buruk',thanks for your 'sincere' comment. Beb, sedap atau tak sedap, bergantung citarasa masing-masing lah ya. Bagi saya sedap.
so tak perlu lah nak judge orang lain ada lidah ke tidak. TQ.
lets dig!
kesimpulan : SEDAP. service ? cepat. kedai bersih.
harga? reasonable.
Makan sambil bergosip..ha-ha. Ni kawan sekolah yang dah almost 12 tahun tak jumpa. Now dia bekerja di Melaka, dan sudah berkahwin. sambil makan, cerita hal zaman sekolah rendah, got so many things to catch up lah. maybe next time boleh buat reunion.ucapan terima kasih untuk Nasrul dan Suzi yang sudi belanja. next time u ols menghala ke KL, gimme a call. kita ke kedai satey Kajang pula ya!
Dekat kawasan tu ada juga kedai asam pedas lain. so.terpulang nak makan yang mana.
:).jom makan!