Wednesday, November 16, 2011

Gosip tukang masak



# 1.  srooottt...sretttt!! ..srootttt....sreettttt...!..ahhhcummmm!!!..ahcummmm!!


                        panadol bersama aiskrimmmm. ok..gulp...telan..!

ni akibat pergi berakit dalam hujan lah ni kotttt.... best gila!



#2 aku rasa aku alergik belacan. ek eleh. mentel kan.konon elergik belacan. serious..err..aku rasa lah. sebab few times aku makan sambal belacan, aku mengalami gatal-gatal muka and tiba-tiba aku rasa bibir aku tebal and seksi macam bibir angelina jolie...wah..kalau nak dapat bibir seksi kena makan belacan u olsss!
ok.serious. aku rasa, aku alergic terhadap sesetengah jenis belacan lah kot. sebab aku memang sukaaa masak bubuh belacan, or kalau order mkn kat kedai tomyam aku mmg suka mintak sambal belacan.tapi malam ni , mak terseksa u olsssss. gatal muka dan badan...helppp..




#2.  gossip masterchef..
hik-hik-hik..
sapa tengok masterchef Malaysia?  
aku tengok je selalu, kecuali kalau balik lewat, sampai rumah terus terbungkang..tau-tau..ehhhhh..dah pukul 2 pagiiii....aaa...masterchefffff....dah terlepassss....herghh.

aku tiba-tiba rasa rugiiinyaaaaaa tak try masuk masterchef nihhh....(wah..macamlah kalau aku pi audition, aku terpilih kan...kih)
personally , aku kagum dengan orang yang berani masuk ni dan jadik perserta. bukan senang ye tak.
dari latar belakang berbeza, doktor, pekebun, consultant, pelakon, juru audit, abang K (hehehhe), pengurus, student bahkan penoreh getah pun ada. wei..serious aku kagum oke!!!!   penoreh getah yang datang jauh dari sabah oke!  nampak inesen sungguh kan peserta tuh.Aku kagum gila dengan keberanian mereka tuh..
ye laaa..bayangkan..ko penoreh getah duk kampung, berani datang audition rancangan masak masuk TV. muda lagi pulak tu. ha..
sapa peserta favorite korang? ada ke?? aku takde. 
tapi bila baca kat forum-forum, ramai yang suka nik michael dan tak suka perserta sanggul kembang bawak kipas tuh.hik. Brian cute dan penceria keadaan le kot. Felix mula-mula menonjol, now dah mengalami zaman kesenduan. Abang K steady je kan.and ramai je yg menyampah dengan sapa tuh, yang sengaja goreng ikan hangus tu,.pada aku kalau pun dia nak keluar sebab ada komitmen lain, boleh je bg tau, tak yah le  hanguskan ikan tuh,,walau pun asalnya macam dia sukarela nak keluar, tapi akhirnya dia keluar macam kena halau disebabkan ikan hangus tu. 

 Juri?? bagi aku mereka sangat layak cuma some of them macam kaku depan kamera. Maklumlah, tak biasa kot.
Anak chef wan? ok je walau recently dilanda cerita itu. Bagi aku dia tetap layak sebab dia memang pun selalu je jadik hos rancangan masakan kat TV, ada restoran, berpendidikan  dlm bidang kulinari dan pengalaman dia walau muda menghidupkan rancangan tu lah. ok je.

Ada beberapa episod yg aku ingat dan bermain-main di fikiran.
Masa mereka buat masakan yang paling diingat pada zaman kanak-kanak.
kalau aku kannnn...dah kompem aku buat jemput-jemput ikan bilis cicah sambal kicap, or lempeng cicah sambal tumis. (eh sekarang pun aku selalu je masak benda tu..errr..dari kecik  sampai tua bangka itu je catz ko reti masak???)   or maybe aku buat set nasi putih, sambal ikan bilis dan telur dadar (ni bekalan aku pi sekolah almost everyday). aku rasa mungkin aku pun macam abang K la kot..nangis masa hidang mengenangkan kehidupan aku masa kecik dan mungkin juri pun akan makan sambil menitik-nitikkan air mata dengan keikhlasan aku memasak kan. aku rasa sure drama gila kan. terus femes.wah-wah-wah. wah..
yang penting kalau tiba-tiba juri cakap "sambal tumis awak tak sedap langsung" satu Malaysia tau aku tak reti buat sambal u ols. so dari nangis tersedu-sedu, terus aku amik tudung periuk tutup muka nyorok dalam oven.

yang aku rasa kelakar kan, chef zubir macam beriya pertikaikan terrance masak ketam yang kelihatan gorjes, siap ada telur kat atasnya tuh. dia tanya berulang kali.." mak awak masak ketam pada zaman awak kecil?"
macam tak caya gitu and kata peserta tu terlalu mencuba. eh..entah-entah abah dia tu tokey ketam. sure lah mak dia hari-hari masak ketam, tak masak lempeng. back ground masing-masing kan berbeza , so of course lah masakan yng menjadi nostalgia tu berbeza-beza. tak semua mak kita masak lempeng masa kita kecik-kecik.ha..korang yang ada anak..apa agaknya masakan/makanan yg menjadi nostalgia anak-anak u ols zaman ni? KFC? McD? lempeng? piza? keropok moni?


and another episod yang aku ingat ialah ujian sajian pantas untuk penyingkiran yang dia panggil chef dari singapore tuh.
sebelum tuh ujian cipta rasa guna durian kan. wah nangis ari malik pasal durian.
utk ujian penyingkiran tu, aku rasa macam agak tak logik lah ko panggil chef gorjes dari jauh untuk menyingkirkan peserta. masakan pulak tuh ala peranchis. masa chef tuh ckp nama hidangan tuh pun terbelit lidah kita nak ulang sebut. lepas tu kena buat pastri from scratch. 
bukan main lagi chef tu ckp..berita baik..masakan sangat mudah. wah,,mudah sangat lah kan.
 kalau dah kau profesional chef, pakar pastri pulak tuh, setakat buat pastri tu mungkin macam ala-ala goreng telur je kot. untuk orang amatur yang tak pernah buat of course lah susah. aku kagum gila dengan peserta tu yang berani menyahut cabaran tu. dah lah nak kena buat inti sampai 3 jenis u ols. kalau aku, takat buat inti karipap aku reti lah.ni mana nak buat pastri, nak sediakan bahan utk 3 inti segala tuh.aku yakin kalau diberi masa yang cukup sebagai seorang amatur, mungkin derang boleh execute dengan baik.
ni dengan gabra gila, masa tak cukup, kejap2 dinterbiu, mana tak panik.kagum dengan semangat mereka.
tapi rasa funny when chef tu cakap.." sepatutnya mereka sudah sediakan inti ayam..ini mereka begitu asyik dengan pastri , pada masa begini sepatutnya inti sudah siap..bla..bla.."
 cara chef tu ckp seolah2 lah 3 peserta tu adalah chef..mana lah derang reti nak budget masa sgt kan..1st time oke uli tepung buat pastri...siap tercampak garpu lah..terbakar sarung tangan la...tapi akhirnya siap lah jugak kan.
patut bagi ujian yang senang sikit, kalau hidangan durian tuh pun derang fail, takkan lah boleh execute dgn baik hidangan yg derang nak sebut pun tak reti. 
why not ujian tuh masakan MALAYSIA. berlambak je masakan kat malaysia ni as kita ni multi racial country kan. contoh : buat sambal goreng jawa ke...masak kuih seri muka ke..buat vadey ke..nasi dagang ke..akok ke, and if tak reti jugak masak masakan ni layak lah mereka tersingkir.
heran jugak , bila menang ujian cipta rasa mereka kan bertanding dengan chef profesional masakan barat, masakan itali.ujian penyingkiran pulak masakan peranchis. mak oi...ni masterchef malaysia ke..masterchef venezuela nih...

cuba test semua  peserta tu..ok tak masakan nasi lemak derang? reti tak buat laksam, nasi kerabu, soto?

Dalam kelas masakan baru ni.. chef-chef professional tu ajar buat  cucur udang, lempeng pisang, buat gulai daging salai,lai chi kang, tapi  tup-tup peserta amatur bottom 3 kena buat pastri from scratch dgn 3 jenis inti, masakan peranchis yg nak sebut pun terbelit lidah. logik ke?????

Aku sangat setuju dengan komen chef wan. patutnya mereka ni masuk rancangan masterchef malaysia, so make sure lah mereka master dalam hidangan malaysia dulu, kuih melayu, masakan tradisi pelbagai kaum ke.. as kita negara berbilang bangsa., test la dengan menu-menu dalam malaysia yg pelbagai ni.we should proud dgn masakan kita, budaya kita. masakan barat ke itali ke...boleh lah di ajar.semua ni ilmu. tapi tonjol kanlah masakan malaysia kita.

macam aku tgk masterchef indonesia, walaupun pun rupa masakan gorjes ala barat, chicken grilled, tapi sos dibuat dari oncom (sila google) dan side dishnya tempe goreng tetapppp lah kan...

Ramai yang komen kdg juri agak laser bagi komen, tapi aku rasa macam ok je coz aku tengok masterchef indonesia masa aku ke bandung n Jakarta tuh lagiiiiiiiiiiii laser beam oke walaupun chef master nya sangatttt lah hensem.

hikhikhik. laser gilaaaaa oke!!! chef Juna (yg tengah) kalau dia kata tak sedap, terus dia amik mangkuk/besen tuang masakan peserta tuh dlm besen tuh...
Pn Julia...ingat tak masa kita kat Bandung tuhh...kih...



Aku suka je tengok hari-hari. sebab banyak gak aku belajar dari program masterchef malaysia ni..idea masakan etc.
seronok lah.
korang rasa sapa menang??

wah..rajinya aku buat karangan malam ni kan?
mungkin sempena peperiksaan SPM  yang start semalam dengan ujian Bahasa Malaysia.

cant wait for this coming weekend. will attend an international conference till next week, and will be presenting my paper, wish me luck!
oh..makanan sedap jangan dilupa. i got a long list already.
nyammmm

11 comments:

azieazah said...

Wahhh kak Azie suka ulasan Catz pasal MasterChef. Kami jarang2 tengok local ni (tapi US dan Australia tak penah miss!). Sebab terlalu kaku dan skema giler.

Juri Msia tak ramah pun.

But, I rasa, expectation mereka adalah masakan yang Masterchef. Bak kata Ramsay “this is not Masterchef” so maybe depa rasa kalu masak Sambal Tumis Tempe etc... itu sangat common.

so depa nak yang internasionale, bak kata Mamat Khalid.

Overall, Chef Rizz tidak mengecewakan. Juri lain, yup kaku.

Part glove terbakar dlm over, sangat kelakar!! hahahaha panik la Mastura tu kan?

aza ni said...

good luck, chef

Anonymous said...

gud luck 4 ur presentation dear...

ain.ya.nun. said...

Saya, saya pun tengok MC!

Cucur udang yang dalam kelas masakan tu macam best kan? =)

Well, I pun salah seorang lah yang suka Nik Micheal tu.

Lagi satu, sangat respect dengan penoreh getah yang masuk MC ni. Tak sangka dia pun boleh masak western.

Tijah said...

mmm. bagi i, apala sangat tipu resume tu. semorang pun buat apa. jgn tak ngaku la kan. eh rajin pulak sapa2 yg gigih pegi check kat restoran oversea tu kan? btw...better la than gegambar tayang susu, tayang bonbon, tayang pinggang yg acapkali berlaku sekarang ni. ehh tiba2 emosi.

apa2 pun. mana mungkin lupa akan cep juna ittew! ohsem kan?

sudipVSsenduk said...

dulu kecik2 masa memula belajar makan panadol, saya tonyoh dalam pisang emas..

Pengulas Sukan - Hasbullah Awang
Pengulas Rancangan Masakan - Catz

Anonymous said...

Wah catz, panjang gila ko punya karangan kali nj, tapi takpe ahkak sukaaaaa...

Tahun depan ko sila pi audition Masterchef ye..ahkak support u... Lepas tu buat fan page dekat fb, ahkak org pertama yg akan 'like' :)

From ur fan tersohor

Uncle said...

Salam Catz.
Uncle pernah sama2 kerja dengan Chef Zubir di PJ Hilton dulu dan ternyata dia sorang yang berkaliber dirantau sini termasuklah pertandingan masakan yang dia masuk di seluruh dunia. He's good! Highly reccommended. Currently in Meridien kalau masih disitu as no 2!

zarina said...

sebelum masterchef start, memang excited nak tgk sebab promote giler, kan..tapi bila tgk, tak sebest yang diharapkan..cuma tengok kuliahnya je hari sabtu

my name is kAte said...

hahaha...gelak gila aku tang KEROPOK MONI tu..hahaha.. teringat kat anak aku, gi tadika, balik tu aku tanya dia makan apa kat sekolah. dia jawab "keropok moni"

Bee said...

er.... menanges gordon ramsay kalau tgk masterchef Malaysia kak oi!!! huhuhuhu sedeyyyyyy... cenggitu camne nak serve fine dining??? pening!