Saturday, December 31, 2011

The journey : Part 2 (dari lensa ku)

 Perjalanan panjang ..
Tak jemu aku melihat pemandangan sepanjang perjalanan..









sama seperti perjalanan hidup..
panjang..penuh peristiwa.

Thursday, December 22, 2011

Lelaki misteri koc 8

at Hatyai train station
 It was a fun trip!
13 hours traveled on the senandung malam KTM to Hatyai was a very nice experience...KL-Hatyai-Krabi..will blog on it later.
suka!!

catz on senandung Langkawi


<><>
ok..i'm sure ramai tak pernah naik train macam ni..so ni lah rupa katil, atas dan bawah.

<><> <><> <><>
selesa u ols!

<><>
aku mula-mula berdebar, macamana lah agaknya rupa katil dalam gerabak keretapi. Alhamdulilah. selesa!!!


 nak tidur ke..privacy ke...tarik je curtain tuh, duk diam-diam dalam...hehhee

keretapi berhenti di beberapa station, mengambil penumpang. dan juga akan menurunkan penumpang di stesen utama.


Dalam perjalanan balik, keretapi berhenti di sebuah stesen mengambil penumpang..
Jam menunjukkan pukul 9 malam.
Aku dan teman-teman melepak dikatil bawah, sembang-sembang, munch-munch kudapan, borak-borak, ketawa mengilai-ngilai (tutup mulut kontrol, takut mengganggu penumpang lain)
Seorang pakcik naik...
tempat duduknya (katil) opposite dgn katil aku, belah atas juga
Dia memberi salam pada kami..
Kemudian, dia memeriksa katil dia...
belek sarung bantal, belek cadar, belek bawah katil, dan kebetulan, katil bawah dia kosong.
Oleh kerana dia berhadapan dgn aku, aku dapat lihat dengan jelas semua kelakuannya.
Cara dia check sarung bantal ...macam pakai mikroskop oke...teliti siap tengok banyak kali bubuh dekat-dekat mata tengok/
kemudian dia duk check cadar, dan periksa semula bawah katil dia banyak kali.
kemudian dia check pula tali/belt yg dua tu..tarik-tarik, kukuh ke idok... 
isk...
kemudian dia keluarkan tali, siap tambat beg dia kat tangga katil. dari pemerhatian gaya dia tu, pakcik ni macam dah biasa naik keretapi.sebab, dia macam dah sedia dgn peralatan untuk menambat beg dia segala.
Macam we ols, letak je beg tepi katil, or barang penting/beg galas/beg tangan buh dekat bantal, sorok sket.
Kemudian pakcik ni, berlalu pergi dengan beg galas dia ke mana tah..
aku rasa mungkin dia duduk kat seat kosong dekat gerabak yg ada kerusi tu (takde katil).

Kami sambung  sembang. makan buah mangga lah.makan buah berangan la (this is why sampai 2016 oso belum tentu kurus). Yelah..keretapi kat sini, selagi train belum jalan, selagi tu lah kau masih berpeluang membeli belah makanan. ramai gila orang meniaga food dan air minuman. Teh ais derang siap jinjing 5  dlm plastik, unjuk suruh ko beli. aku x berani  beli coz fikir pasal hygiene segala. ni musim hujan, and some places banjir so benda berkait dgn air aku agak hati2. And derang ni selagi boleh berniaga, tepi gerabak, kat platfrom siap naik atas train ok bawak barang jualan. Atas bumbung gerabak je derang tak berniaga. aku pulak cepat kesian, sorang makcik naik atas gerabak, bawak sedulang mangga, kuih etc.. beli lah jugak buah mangga (dah siap hiris)  walau dlm beg dah ada macam-macam. dengan alasan alah..murah je..rezeki kita kena kongsi sesama umat manusia, dan alasan kedua pulak ialah eh..perjalanan 13 jam okey! kang lapar..so beli lah buah lah..ayam goreng lah, macam lahhhhhh kau nak pi bertugas kat somalia misi pengaman. ceh.!
pakcik tu siap tambat beg u ols..mungkin takut org bukak/bawa lari or  takut beg tu berjalan kot.

Dalam 20 minit gitu pakcik ni datang semula...and aku fikir dia nak tidur dah...BUT...
jeng-jeng-jeng!
Pakcik ni duk meng check2 lagi macam tadi...tiba2 dia kuarkan sehelai kain hitam. pup-pup-pup! dia tepuk-tepuk katil dia...cek bawah tilam, cek bantal, cek dlm sarung bantal.  mak oi!!
kemudian dia bentang kain hitam atas katil dia. Kemudian dia balut pulak bantal dia dgn kain hitam tersebut. mak oi....motif? mungkin pakcik ni hygiene freak kot. sebabbb kan..warna sesetengah cadar dan satung bantal adalah tidak putih mulus, tapi dah agak kelabu asap. er..KTM people who read this..please ek,, ganti je yg kelabu asap tuh...tak sedap mata tengok and tak sedap nak baring atasnya oke!
Aku pun panjat tangga nak naik atas.
tiba-tiba pakcik tuh zasss...pasangkan tali strap tepi katil aku.
isk..terkejut, berderau aku ok.
dia ckp." ni kena pasang ni..nanti u tgh tidur jatuh".

ye lah pakcik, thanks. jawab aku.
Tapi memang saja aku bukak tadi coz if not susah aku nak memanjat ke katil. Dah lah badan tak berapa ringan. kang ada yg tergantung tercampak ke bawah kang..

aku senyum je lah .

aku fikir, pakcik ni nak sleep dah. nak memanjat..tapi dia bersiap dengan beg galas dia dan berlalu pergi. oh sebelum tuh seperti jangkaan aku dia  pup!Pup!pup! tepuk-tepuk katil dia,. tarik langsir katil dan berlalu pergi.
eh..macam tengah tidurkan someone pulak.ekekekke.

hahaha...otak aku berimaginasi liar u ols.
dah lah katil aku setentang je, sekangkang kucing je jaraknya.

oh ngeri di situuu.,

aku ckp kat kawan aku.." err..entah-entah kannn...dia tidurkan something tak? ada benda tidur atas katil diaa???" -----> imaginasi liar tahap 9.5.


aku belum tidur..duk baca buku. main angry bird kat htc aku. dan tak nak terpekap dalam 'bilik' aku. aku selak sket langsir. dapatlah rasa aircond kuat sikit.

30 minit, pakcik tu datang semulaaa..dia buat lah rutin dia semula., check sarung bantal, check bawah tilam, and pup-pup-pup!  tepuk2 katil.
iskk..
lepas tuh dia duduk kat katil bawah (memang takde orang), so aku bleh nampak dari celah langsir, dia duk ber sms. Bukanlah aku ni busy body u ols, tapi dah dekat benor kan..so apa org buat, kita akan perasan.
dia tak naik jugak atas katil.
tapi kejap2 dia bukak langsir katil dia, tepuk-tepuk katil dia sambil berdiri di bawah.

pup-pup-pup!

moskellll mak ni tawww!




Sampai  Bukit Mertajam, train berhenti 15 minit katanya.
Aku berlari turun beli nasik. lapar gila lah..asyik lah makan buah mangga je dari Hatyai ptg tadi. aku fikir if aku tak mkn heavy, maybe tak nyenyak tidur. tak best pulak. So aku kejut kawan-kawan tanya ada sapa nak kirim or nak join turun lari beli nasik/mee.

Aku turun dgn sorang member aku. Aku beli dua bungkus nasik campur utk makan dgn leez yg tengah sedap membuta , teh air dan teh o suam. Kawan aku beli nasi, kuih dgn apa benda tah. Lariii dan berebut ok..beli je apa ada coz lauk dan food limited. ada gak penumpang yg mkn kat situ jugak, makan cepat2 le kot.
Dah selesai beli aku lari naik train.
kang kena tinggal train ada yang tersedu sedan tgh malam buta kat tepi stesen keretapi bukit mertajam kanng..

So kami makan sama-sama. lapar beb!
Pakcik tu, aku tgk dia keluarkan makanan dalam bungkusan surat khabar. oh ya dia beli air milo ais kot (wahhh ..busy body sgt aku kann..kihkih).
Dia nak duduk makan dekat katil bawah tuh.,but bila kami duduk ramai2 situ, dia bangun, bungkus semula dan pindah makan tempat lain. tah mana tah...dekat gerabak lain kot.

Lepas makan...legaaaaa u ols.
Barulahboleh membuta dengan aman damai tanpa terbayang 'bestnya kalau dapat makan nasik dengan ayam goreng'...

Tapi macam buruk beno lah kan, baru makan nasik satu polisterin terus tidur. so aku on lappy, on internet.check email etc.main game.
Ok..mata dah sleepy..nak tido la...dan jeng...pakcik tuh datang. dari celahan langsir, aku nampak dia memeriksa segala katil, bantal, pup-pup-pup..!
tak habis2 lah dia menepuk katil dia kan.
and supprisingly..jeng..dia memanjat ke atas naik katil.
aku xde lah tgk aksi dia manjat.
cuma nampak sket dia naik tangga.
dan dia bukan terus tidur, tah buat apa tah, cek2 bawah tilam la..apa la...
aku pun dah menyahut seruan bantal..
OFF netbook...
suddenly..
jeng-jeng-jeng!

aku nampak ada tali turun dari celahan langsir aku...
turun dari katil pakcik tuh.
ni tali yang ada penyangkuk hujung dia tuh..
tau kan? biasa org guna utk ikat beg kat motosikal tu.

aku nampak tali tuh turun perlahan-lahan.
aku gosok-gosok mata...apa lahhh lagi pakcik ni buat ..

guess what???

pakcik ni dia memancing u ols.

dia pancing sandal dia yang dia tinggal atas lantai...ya ampun..

ok..dia berjaya pancing satu..kihkihkih,

aku ni tetiba rasa gelihati lah pulak.
so aku ketawa sorang-sorang tutup2 mulut kat katil aku.
hik-hik-hik.

ok...next..dia memancing sebelah lagi.
kesian je aku tgk. aku takdelah selak langsir tgk, tapi dari celahan tepi katil langsir aku nampak tali tuh bergerak-gerak, try nak cangkuk sandal sebelah lagi. tapi tak bolehhh...
hik-hik-hik...
kesian pakcik ni.
so gigih lah dia dgn acara memancing sandal tuh..
aku nak turun amik kan malas sebab dah bukak tudung. so malas nak turun..
and aku nampak, last-last dia turun amik..
and seperti biasa. pup-pup-pup ! dia tepuk katil dia..susuh2 cadar...and bawak beg galas dia pegi..
kemudian dia dtg balik, main sms kot....berdiri, kemas-kemas katil dia...pup-pup-pup! pup-pup-pup!.

and lelama aku pun tertidur...
hik...
pagi2 aku nampak pakcik tu turun katil.
tah pukul berapa dia tidor..hikhik


ok..sekian..cerita merepek aku..
menyesal tak korang baca? takdelah misteri mana pun...
hikssssssssss.
lama ok aku nak tulis ni, asyik tulis sket, aku tertidur...
now sgt malas....
sibuk pun iya jugak..
hehhehe..lame excuses kan..

ok..nanti aku tulis lagi.
janji (eh macam lah ada orang nak baca..).

takpe..aku feeling-feeling maybe ada orang baca.
or aku simpan utk catatan sendiri.
catatan perjalanan yang tak boleh dibeli.

Sunday, December 18, 2011

and the journey continued...

the journey has began..!
hunting for more food and new things to explore..







 my fav ever








and the journey continued...

Friday, December 16, 2011

Thursday, December 15, 2011

Peladang strawberi

cuaca`sejuk, berkabus. Dari tingkat 12 penginapan , pemandangan  di bawah samar-samar ditutupi kabus tebal.
 
tapi kerja tetap kerja,,,ada urusan di ladang mahu dibereskan, Masa untuk melawat ladang, menguruskan bekalan dan melihat perkembangan buah stoberi di ladang Stoberi miow, tema : 'Petik sendiri stoberi anda'
urusan di ladang strawberi
buah-buah stoberi segar
ranum...hari ni aku petik 20 kilo, supply ke dua buah hotel.   
lepas petik stoberi, tidur semula, tarik selimut, membuta semula...sejukkkk
wah,,bestnya kan, balik ladang tido...
kang kalau rajin aku pegi le lagi. bunga pun banyak tak petik lagi.
petang sikit ada appointment di kedai teh bharat tu. boleh aku rasa scone dgn karipap dgn teh o suam..
nikmatnyaaa
scones bersama jem stoberi segar
bunga untuk jualan, now cuti sekolah.so bulan ni sales  aku up sket
buah limau ni manis... u ols dtg sini beli ok..beli 3 kilo i bagi buah limau free sebijik
stimbot dinner at equatorial hotel ,  more than 100 items.. lets dig yo
seronok duk sini.
sejuk....petik buah, balik tido...

ok..daaaa...

Wednesday, December 14, 2011

work and leisure

 The Thistle, Port Dickson


A great way to end the year, spent 5 days  at thistle for work and leisure.

nice hotel..this is view from my room. facing to swimming pool and sea.

  senja nan indah

 room with balkoni, facing to swimming pool and sea..perfect for a vacation!

 finally we could soak ourselves in the swimming pool despite of bad weather, rain etc
nice buffet dinner and lunch..i lurve their aglio olio...yumm
 enjoying live band at Cumulus, a lounge by the sea. still boleh dengar bunyik ombak !


air kelapa di teluk Kemang. and otak-otak!!!   i want more!
 big breakfast at hotel everyday..

red velvet , yummeh!
a perfect place for work and leisure. Really enjoy our stay !
time to work!



we are certified trainers!! awesome!