Thursday, September 20, 2012

Kakak kucing

di suatu tengahari...lunch nasi ayam

bersama miow...kesian dia asyik mengiau. so share dengan dia. 
eh kucing makan ayam ek?

 kenyang kucing ni kot..aku half, dia half...(sambil tengok kiri kanan, kang tuan kedai marah, letak food atas lantai..) tapi kesian miow tuuuu.....
air sirap tu aku x share lah...kucing minum ke sirap?

ok..tata miowww

Saturday, September 15, 2012

Some one that i used to know, and good bye Penang!!

 

 
second day..hari ni ada seminar dan tour factory dan tour Penang Island..
 

short session..presentation dari VP XXXx
 
 
then kami break minum sebelum tour factory...
oh..lama gila sesi ni..sakit kaki aku ok...asyik jalan sana sini. Tapi seronok sebab aku jumpa benda yang aku nak. EMC lab! coz my new project next year would relate with elecromagnetic compatibility and i would have similar lab. And derang dah tau aku nak buat benda tu..so we ols discus during tour dan lunch time. Memang tak aman masa lunch sebab ramai beno yang nak menempek sembang.
serious excited dan kaki aku sampai macam dah nak kena seret ok sebab sakit gila..
 
Catzzz..remember..sila kuruskan badan sebayak 10 kilo.so takdelah kau jalan macam gajah lepas tuh komplen sakit kaki ok...
 

 then acara penutup lepas lunch yg sedappp....derang ada bagi gift utk kami..so terkedek aku naik stage sebab kaki sakit. thank you!!!


 good bye u olsssss
 

next adalah tour island..so derang dah ada tour agent yg handle.... so uncle ni menerangkan lah pasal penang..sejarah..hahaha..banyak benda yg aku tak tau rupanyaaa...
tapi 20 minit kendian, lalu depan hotel..aku ckp..thats my hotel!.nak turun..!
plup..plup..plupp..turun..keji tak aku..
kahhhhh.
derang meneruskan perjalanan ..
aku mmg malas nak join tour ni sebenonyaaaa..kehkehkeh.,
org lain excited lah kot..
aku ada keje lain nak buat lah...so sila lah u ols meround penang ni ya..

 
aku lepak lobi hotel and jumpa orang dari USM..
 
 
discussion
 
Then later mak ke airport, time to go homeeeeeeee. rindu bantal dan tilam..

 eh..masa kat tempat menunggu tuh..aku nampak benda ni..comelnyaaaa...tapi tah napa aku tak beli.
sampai now aku teringat-ingat laaaah...iskkk...camna ha?
bila lah aku nak ke png lagi ek...tapi tah2 dah takde..tu yg singa tu..comell nya penyangkut tu..


 epot baru ni...banyak kedai-kedai kecik...harga oklah, takdelah tak masuk akal..reasonable..



oh ya..nak di jadikan cerita..aku terserempak dengan someone dekat airport
...mmg aku siap nyorok-nyorok ok..terus pusing tempat lain. aku nampak masa dekat dgn McD dekat Dome tuh..
lega..tak perasan aku kot.
hahaha..aku dah lama tak jumpa dia ni..adalah dekat dua tahun..dulu kalau nampak kelibat dia pun mgg akan terus detour tempat lain u ols..adalah sebabnya..
sekali..
boleh..sampai dekat tmpt menuggu nak boarding aku nampak dia lagi..jalan tundukkk ok..buat-buat tak nampak..aku duduk ngadap lain..tetibaaaa.... mak dgr org bagi salam..." "asaalammualaikummmm..."
waa..tanjat maimon lah mak..
gaggagagaga...
"wei..u pi mana? jalan-jalan? keje?"
tetapp kepoh mcm dulu kannn??
ahahhaa..aku konon2 terkejut..kihhh..
so terpaksa  borak-borak..lepas tuh dia pi introduce aku kat kolig dia pulakk...cehhh...
and rupanya we ols sama flight balik KL.
and dia duduk sebaris dengan aku...hampessssssssssssss

what a small world ...






Good bye Penang!

Great people, great food..

 
My 1st day..pagi-pagi  dah bersiap....
 
 Tunggu di lobby hotel kerana shuttle bus akan angkut participant ke Campus. 
Terserempak dengan Phat Happerss , GM Agil3nt dari California, US. Dia one of the speaker. Kami bertukar kad. Aku borak dengan dia lama gak since takde nampak org lain pun lagi. Then dia introduce aku kat Rob, pun dari US. DIa kata.." wow..u are early..!"..
hahha..Pat kata, shuttle dia pick dia pukul 8 sepatutnya..masa tu baru pukul 7.50am. Lepas tuh dia ckp.." to be exact,..8.00 am Malaysian time.." lepas tuh dia dgn Rob gelak-gelak..kong ajo. Perli lah tu, sebab dia selalu je dtg Malaysia. SO dia ckp, dia taulah org sini punya masa. Kalau pukul 8 tuh..silap2..8.20 kang baru datang. Tak lama tuh kereta yang jemput dia datang..sebelum tu dia cakap.." u can ask me question during my presentation, but not difficult one.."..kahhhhhh.
 

 AKu beratur naik bas ni ..oh ramai jugak..ada dekat 30 org. Tapi..takde pun kelibat perempuan...takpelah..i can make new frens...
 u look blue....!
 
Sampai di sana, kami disambut meriahhhhh gilaaa.... Vice President dan GM plant sini pun ada dan mengalu-alukan kami.
Lepas tu kami minum dulu dan amik lite breakfast. Padahal semua dah makan je pun kan..
Ada nasi lemak, roti jala, kuih, pastries, sandwich etc.
Aku minum jus oren dgn kuih.
 
 

Masuk je..haaaa....elok laaaa kan..aku duduk depan sekali betul-betul depan speaker..kehhh..tak boleh tukar sebab dah diletakkan nama.


 Kedatangan kami dialu-alukan oleh Vice President &GM mereka. Malaysian Lady (Melayu)   ..bangganya kan. Actually this is the biggest  Agil3nt plant and campus in the world.
kagum ok...dia mengalu-alukan kami dan oleh kerana participant mostly from overseas so dia cerita sedikit sejarah Pulau Pinang. Dari Malaysia 4 orang je. and among semua semua aku sorang perempuan. AKu duduk sebelah Vincent Paliccyhia , Vice President XXXX  dari Hong Kong. DIa British tapi dah lama keje kat HK run operasi Asia Pacific region . Sebelah sini pulak Robert dari Ireland, Senior Director XXXX Technologies. Yang lain-lain ramai dari Arab Saudi, Singapore, US, etc. Takdelah kenal semua. Tapi org yg duduk dekat-dekat aku ramah-ramah. Takdelah aku sangap sorang-sorang. Eh, aku terjumpa one of executive masa aku praktikal kat company XYZ  yg beroperasi dalam Naval Base kat Lumut itewww. Now dia dah jadik Boss lah..hiks. what a small world lah kan...


 then sesi bergambar..waa.. the lady VP tadi. suruh aku berdiri sebelah dia.hik..sukaaa.  bual-bual sikit dgn dia..hikhikhik. dia tanya aku dari mana, buat keje apa..:)). aku ckp...kat dia.."nice speech"..

 

 Then sambung sesi seterusnyaaaa. aku pikir aku akan mengantuk..but tak ok...was really interesting...



 Dan lunch was served around 12.30. Makanan sedapp....


 
 Sesi lepas lunch , meeting room. interesting..
PCB, SMT, DUT, electronics thingy.



sesi habis around 4.30 pm. then kami dihantar pulang ke hotel sebab bersiap untuk dinner.

 
Dinner kami start 6.30 pm di E&O.

 
Hotel ni betul-betul depan laut...
 
 Cantik..dan nyaman...

nice deco


Sebelum dinner, kami minum-minum dekat luar dulu..siap ada kuiz u ols..soalannya tahun bila hotel ni dibuka... kehkehkeh... the present is .." free flow beer"..kehhh..semua gelakkk...kahhhh
Padahalllll...dah bergelas-gelassss minum punnnn...yg jawab participant dari UAE.

 table met mak

 
mioww...
 
 the lady in red and black are the organizer

 speech dari VP  S;pore kot. aku makan semeja dgn dia. nice man.

 makan time..
 
 cheese cake---> yummehhhh

 
the special char kuew teow..
 
food were awesome! sedap...dan byk choice. oleh kerana byk foreigner, the emphasize on penang food. ada mee udang, char kuew teow, japanase food n western pun ada.
 
Hendrick kata, kat sini asyikkk makan. normally dia makan sikit je dan makan tu bg dia benda yg last laaa.. tapi dlm event ni makan sajork. aku kata, Malaysian love to please people with food..hahahha.
and mat salleh ni derang heran sini boleh makan everywhere 24 jam. kat meja aku ada dua org senior director dari Spore..so baguslah sebab aku boleh cerita pasal makanan sini dgn sana. Aku recently mmg ada pi spore so aku ckp agenda aku dari pagi sampai malam makannnnnnn je....derang mcm amaze nya  sebab aku boleh mention benda2 famous kat sana. dia tanya..where is the best sup tulang merah? aku kata.."beach road..Deen!"  derang ketawa dan ckp aku mmg a real food hunter..kehh..
 
 
 
ni macam red rubby tu kot. sedap..
 
 
Meja sebelah kami kecoh kejap sebab derang sesambil makan boleh pulak tgk Gangnam style kat handphone. kahhhh.....and eric siap bangun buat tarian gangnam ok..kecoh-kecoh and ketawa macam nak rak. Mat salleh meja aku mcm terpinga-pinga. aku tanya do u know gangnam style? the famous song and dance from korea?? derang kata tak tau and terpinga-pingaa..wakakkakaka...
ye lah..manalah derang ni ada masa nak tau benda2 mcm tu kot..wakakaka..
 
balik tu aku pi mall sebab nak beli kasut. esok we ols ada tour to plant dan tgk production.
azab lah pakai kasut tinggi..
 
 so carik kasut flat..


overall...was a longggggg day.. but great! i met new frens, gain knowledge and nice experience...



good nite penang!

 

Tuesday, September 11, 2012

why????? kenapa enggak berentiiiii????!!!

 waiting for boarding...


 flying to Penang


Penerbangan 40 minit (was it 40 or 50 minutes???)..smooth journey. Belum take off aku dah membuta.
Tired as i need to be in the office early morning before, meeting with department director and rushed to airport. I parked my car at KLIA and fly to Penang on MH1148.

Dalam flight aku tidur sebab ngantuk dan tak nak tergugat keimanan bila peramugara hulur jus ..aku puasa.last day puasa 6 bulan syawal.

Sampai di Penang airport yang kelihatan baru. Last pi penang on june ke july, masa tu tgh renovation lagi.
Nice , banyak kedai dan keluar dr pintu airpot je dah jumpa stesen bas. really convinient.
I decided to take bus as rasa crazy nya, perjalanan tak sampai 5 minutes from airport kena bayar RM35.00 if naik teksi. baik naik bas bayar RM2.00 dan lalu jugak depan hotel yg terletak di area queensbay mall.mode kedekut ON..ye..menjimakan duit company gitu kaedahnyaaa...perbelanjaan berhemah. takdelah..cuma aku rasa ridiculous.


 Aku tunggu bas di bus stop yang masih kelihatan baru. Tak ada jadual bas tertera. ramai pelancong sedang menunggu bas sekali dgn mak. bas yg ke epot adalah no...401,401E dan 201 ke gituh.Lama jugaklah tunggu bas, aku siap amik peta (feeling pelancong sgt kann??)
Bas 401 datang..
sekumpulan pelancong yg rasanya semua nak ke komtar menyerbu..pemandu bas turun, dan kata,,,"bas belum nak jalan.." tutup pintu bas dan berlalu pergi..
pelancong indonesia kecoh-kecoh cakap..

" waduhhhhh..kenapa enggak jalannnn.."

dan mereka kembali duduk berkumpul di bus stop. 


kemudian sebuah bas lagi datang...mereka nak menyerbu dan pemandu bas tunjuk isyarat tangan supaya naik next bus....
'pelancong2 tuh semua bising.

"waduhhhhhhhhhhhhhhhhh..kenapa enggak berentiii????? kenapaaa?? kenapa yaaaa????"
dan segala macam kata kurang enak di telinga aku.

" Bukan kah semua bas itu ke komtar? yg itu jugak bisa berenti di pulau tikus...bla..bla..."
Pelancong mat salleh yg bawak bag pack besar (kalau aku g bawak sure aku terbalik ke belakang) merungut.." why it didnt stop...???? strange..not the 1st bus...bla..blaa..bla.." Temannya yang kelihatan berbangsa cina ketawa...
mungkin nak kata.." well..ni bus kat Malaysia..not in japan u knowwwwwwwwwww".

so sukatik.

aku dah rasa panas gila..biasalah, orang puasa. Nampak water cooler kat airport tadi pun macam nampak air oren satu baldi.

next bus datang...ada tulis pulak "TRAINING"...

pelancong indonesia ketawa berdekah-dekah..." waduhh..sedang belajar pandu bas pulaaaak"...
dan mereka ketawa...

kemudian, ada next bus..semorang dah macam tak kuasa nak excited..
wakakkaa...and ternyata bus tu pun cuma berlalu je depan kami, tak berenti di bus stop itewww.

then next bus , haaaa...baru berenti. Tapi semorang macam dah buat bodoh, memang dah tak kuasa nak excited.kih,

Bus no 401E, lalu ke queensbay mall dan ke komtar.

Aku beratur, dalam tangan aku dah siapkan duit kecik, naik dan bayar 2 hengget.

10 minit, sampai hotel..




Cadangnya nak ke Padang Kota. Kawan mak yg di Jakarta iteww telah ber-whatsapp meracun-racun supaya aku pi makan mee goreng sotong kat padang Kota. Haa..macam best kan. punyalah dia kempen beriya-iya. Bukan kau boleh tumpang makan pun kan?? Kang aku whatsapp gambar mee tu kang ko meroyan kat jakarta tu haa...
If nak pi kena naik bas pi komtar, then naik free bus yg pi Padang Kota, sekali sampai sana bukan aku boleh makan terosss...aku puasa. Nak bungkus? erk..malas lah nok. walau terliur jugak lah teringat 2 minggu lepas JJCM TV3 pi review mee goreng sotong padang Kota tuh. 
Lepas tuh kupikir2..malassss lahhhhhhhh. Bukan aku tak pernah makan ponn... 
High cholesterol---> utk menyedapkan hati yg malas.Tak gigih ok travel jauh-jauh naik turun bas nak beli mee goreng. kih.Nafsu makan aku dah berkurangan lah now ni..
So aku membuta je.merehatkan mata di samping menunggu waktu buka.



Lepas maghrib aku pi restoren kapitan , jalan kaki. Dalam 1/2 kangkang kucing je dari hotel (tak sampai sekangkang kucing punnnn).

 menu pojaan hati, ayam tandoori dgn nasi beriyani


 Alhamdulilahhhhh...

lepas tu aku pi jalan-jalan kat Queensbay mall yg terletak  seberang jalan je..tgk-tgk kasut  (perempuan ni tah apa-apa ek?? masuk mall aja nak tgk kasut, beg, baju..ceh..dah macam makanan ruji pulak. org diet makan nasik dua sudu. tu diet makan. Tapi kalau diet duit time window shopping, dapat cuba kasut je pun dah puas hati.keh-kehhhhh). .sales everywhere...
lepas raya pun sale jugok? 

 then beli  smoothy kat sini

 teringat smoothie banana stobery kat Brisbane. so aku beli le benda pisang+stoberi smoothy nih ....


 beli subway jugak...ok..i ate alot today..as reward hari last puasa 6..hikssssss...

and continue buat report etc..which bertukar kepada update blog????

hoihhhh..
tomorrow and lusa would be a vey long day ..
bertabah lah hatiii....
but i guess it would be interesting. meet new people..gain new knowledge...and freeeeeee food!!!!