Sunday, January 13, 2013

Mamee Chef Vs Kiah Pekasam



Dah lama aku tak pegi beli barang rumah.
semalam saja pegi beli barang sikit.
Pergi supermarket "gergarsi".
Lalu dekat rak jual pinggan, mangkuk, cawan.
Tiba-tiba nampak ni....mangkuk berstatus halal. heheheh. 1st time nampak nih. ke aku je yang jakun.
so aku beli. motif? entah. macamlah kat rumah tak ada mangkuk kan.
tiba-tiba aku teringat pinggan mangkuk aku kat rumah.
errr.....set pinggan mangkuk 2 kotak yang aku hangkut balik dari Brisbane hari tu halal ke..
hahhaha..tetiba terlebih fikir  pulok.
Then beli tembikai (keobsesan aku terhadap tembikai belum surut) dan beli anggur.
Kemudian beli benda-benda lain, toiletries, bateri,  sikit je kot. eh..sekali bayar dekat 150 ringgit?
keciknya nilai duit sekarang ni kan.


ni salah satu benda yang aku beli semalam. lama dah aku cari. akibat tengok iklan kat TV, aku kan mudah terpengaruh. Baru semalam jumpa, so beli satu bungkus, dalam tu ada 5 peket.

 mee segera ni lain bentuknya. bulat. selalu kan 4 segi kan.

Masa nak bukak tu aku baca instruction nak masak. kotlah lain ke kan.sebab macam best je tgk iklan chef mail tuh. kot ada benda-benda tambahan ke..

so bila bukak peket tuh nampak ni..

 udang, kobis cili yang dikeringkan

 ada perencah tomyam dan minyak rencah dia...

 masak mee 3 minit, masukkan segala aksesori dia tadi, dan inilah hasilnya. oh ya, aku tengah excited nak guna mangkuk baru tadi.

kenyal dan sedap, kuah yang agak creamy dan takdelah pedas melampau. dekat peket tu ada tulis mee ala korea.
sedapppp u ols. so aku rasa if nak travel obersea,  salah satu benda yang harus di bawa. aku sukaaa..lain sikit dari mee segera  biasa tu.sedap lah pendek kata. cer try...cer try..

sesambil makan mee ni, aku tgk cerita kiah pi jepun. ala..sambungan cerita kiah pekasam kot. aku dah byk kali tertengok iklannya dan nampak byk kali ditayangkan, tapi aku takdelah nak tgk. tapi semalam bosan gila , so sesambil makan kita tengok lah cerita ringan ni. 
sesambil tgk aku makan tembikai jugak.
cerita pasal kiah pekasam nak pi jepun, katanya jepun nak beli pekasam.
so sbg persiapan, dia kena belajar bahasa jepun, berpakaian kimono bagai. so oleh kerana kiah kan bisnes women gituh, so dia cariklah supplier utk bisnes pekasam ke jepun dia tuh,.
and cerita melayu mestilah nak diselitkan unsur dramanya gitu, kalau bisnes tak diselitkan babak dengki mendengki gitu tak sahkan? so adalah perempuan lain (raja ema dgn siapa tah watak tuh)kat kampung tu yang nak sabotaj dan bersaing dengan kiah,.so they have their own pekasam recipi and jumpa agent yang akan bawak kiah ke jepun tu.
tujuannnya nak potong jalan kiah kot. so derang pun gigih belajar bahasa jepun jugak. dan buat persiapan ke jepun gitu.
dan biasalah, mestilah ada babak cinta duda janda nak spice up the drama gituh.
but i was interested pasal how kiah nak pasarkan pekasam ke jepun tuh..kotlah possible org jepun nak makan pekasam goreng buh limau , cili dan bawang kan? omg, tiba-tiba aku terliur pulok..cehhh.
so..tiba lah  hari nak ke jepun gituh.
geng raja ema pun bawaklah berkotak-kotak pekasam ke airpot...but masa nak check in tuh..ada polis epot tanya, ada pasport tak???? and perempuan (raja ema and geng)  kata..eh...kita takde passport lahh...
Ok..time nih aku dah rasa apa ke bongok citer nih....ko nak pi jepun kan ke kena apply visa?? bukan nak pi langkawi okeyyyyyyyy???? nak apply visa kan ke kena ada passport bagai??
 ok..abaikan kevangangan babak ituh.
so kiah pun sampai jepun. and sampai jepun, so kiah telah dibawa jumpa dengan agent kat sana. and rupanya kiah nak dijadikan agent ala-ala agent penyiasatan mcm FBI ke benda tah..ke mcm yg citer jamesbond tuh??? katanya pekasam tuh cuma alasan je?? and cerita tu pun habis.

laaaaaaaaaaaaaa? apa ke motif cerita ni sebenarnya? apa kaitan pekasam dgn agent penyiasat?

ke aku yang selow tak boleh paham cerita ni???

serious aku rasa nak tikam diri sendiri dengan pisau hiris tembikai tadi.

oh...mak menyesal tengok .

terus pi ke dapur hiris tembikai sejukkan tekak dan hati.

Grrrrrrrrrrr....

2 comments:

azieazah said...

Kalu toiletories nya jenama hebat, rega puluh puluh sebotol, mana tak RM150. hehehe

Tak pernah lagi jumpa Megi Chef Mail ni kat mana mana kedai lagi. Tingin gak nak cuba.

Chot said...

apo ngarut bonar citer tu aihh..meh sini pinjam pisau nk tikam diri jgk...huhuhu