Wednesday, December 18, 2013

Tempuraaaaaa....!!!


 
" Kami mahu main golf weekend ini kata Haruki...".
kebetulan off day dari training satu hari, derang nak main golf..
 
Aku jumpa derang sehari sebelum main tuh borak-borak.
Aku cakap..."Haruki-san ,  i'll pick up u at hotel 6.45 am tomorrow morning. we will tee -off around 7.30am. "

Muka Haruki-san berkerut..mungkin dia fikir awal nyaaa aku ajak dia menebas.
Tapi dia angguk je.

Oh pakcik sorang lagi tuh nama dia Etsuko-san.


ptg tuh aku arrange utk derang sewa set golf dekat pro shop kelab. 2 set.
Derang kata semua benda lain, kasut, tee, bola, glove etc semua dah ada.
set golf je derang tak bawak.


pagi-pagi tu..pukul 6.00 pagi aku dah bangun. malas gilaaaaa kau. Macam bestnyaaaa if aku boleh tarik selimut lagi. Hari cuti u ols.
 tapi demi pakcik2 jepun nih..mak redho bangun. 
akhirnyaaaa..pukul 6.40 baru kuar rumah and sempat la aku pi beli kuih karipap favorite aku dan minum secawan teh.Dan zassss drive laju-laju pi hotel derang.

Haahhaha..aku sampai pukul 7 tepat. kesian derang..15 minit tunggu aku sure masa yg sungguh lama bagi mereka sebab jepun biasanya punctual.
Aku sampai je tgk derang dah sengih-sengih dekat tangga hotel.
20 minit drive sampai dekat Club house dan uruskan sewa set golf derang.


macam kelaka pulak etsuko pegang driver dia senget. Gaya apa tahh


Macam-macam pulak derang beli kat pro shop. Pagi-pagi buta dah shopping u ols..ko mampoo jah? mata ala2 baru buka sebelah dah pi shopping. 
And finally pukul 7.50pg baru tee- off.

Yang tak bestnya  main sini padang soggy sangat. Musim hujan kan. Ada fairway yang becak gila. Dah rasa bukan menebas dah aku rasa., Tapi lebih kepada petani yang nak membajak sawah and tanam padi kot.

First tee-off pergh.....zasssssss.
and yang comelnya..dua2 pakcik jepun ni pakai bola warna pink kemerahan. hahaha... comell sgt.Senang nak nampak le kan kemana bola tu fly.

Bila sampai 3rd hole, rasa tak best langsung sebab bola flightmate aku asyik hilang. Plugged dekat fairway pulak tuh.
and jepun-jepun nih betul-betul follow rule 5 minit cari bola.Sampai menguap2 aku.Knowing that perangai aku ni if bola hilang aku tak kuasaaaa nak pi beriya carik. lain lah main tonement.

si Etsuko dah lebih 20 thn main golf. Agak bagus lah dia main cuma biasalah..lelaki pukul bola jauh kat padang yg soggy ni walau bola lurus jatuh atas fairway ada je kemungkinan hilang. apatah lagi kalau bola pukul ke kiri dan ke kanan.
si haruki pulak walau main golf dalam 2 thn, boleh tahan lah. 
cuma course ni tough so dengan aku sekali main hazabs. kadang etsuko gelakkan aku. binawe.
si Datuk XYZ main memang ok ..dah main dkt course ni almost 20 years. 
Kira dah tau doh mana nak hantar bola.
cuma tahap rabun dia agak azabbb..hahaha..bola dekat depan mata pun kadang tak nampak..volleyyy??
and kadang bola aku pung nyarissss di sebat nya.....iskkk....terjerit mak u ols.

Yang aku tension oleh kerana flight kitarang slow..flight belakang dah jam.
and boleh pulak kitarang tgh 3rd shot derang dah buat 2nd shot and kelepukkkk bola jatuh belakang aku.

wah....bengang laa..
macammm lah tak reti etika kan??? Gerammmm gila...if kena kepala aku tadi how?
apatah lagi if kena kepala pakcik jepun ni..benjol. mampuih aku nak jawab.
Datuk XYZ dah panas hati and nak buat amukan dekat tee box depan.

Aku cakap..meh aku je yg laser derang mehhh....
Datuk XYZ kata..eiii...you..tak macho la i if u yg pi laser derang. Biar i yg cakap. jaga derang ni. nak kena kannn..!!

So next tee box Datuk XYZ dah siap cekak pinggang.

sekali..cchoiii....flight belakang tuh sedara dia. Terus tak jadi marah. Eiiii..dari sesi amukan dah jadi sesi jejak kasih...pfftttt.....

Aku memang stress gila sebab padang teruk and marshal duk follow group aku.
Ya robbi..pakcik2 jepun ni..beriya betulll...yg sorang ni dah agak tua (eh memang dah tua sangat ekekkeke) tapi gigih gila cari bola yg jatuh kat tebing curam.
Kalau aku mmg tak kuasa u olss.
Kalau main tournament lain lah..main sungguh2.
Dan derang ni kalau nak pukul bola macam penuh perasaan betul lah.
Dah duduk depan bola..yg aku duk silang kaki atas buggy main henpon (pfftt)..duk berwautsapp..tapi angkat kepala tgk pakcik jepun tuh tak pukul lagiiiiii....! Macam betul2 menghayati gitu nak swing.

Aku rasa penat gila.

aku carikan bola Etsuko yg jatuh kat tebing kolam. Tak jumpa.
and dia mcm insist tak nak declare lost ball.
Marshal dah pandang semacam.
Flight belakang dah tak sabar 2nd shot. 
stresssssssssssssss gila aku.
Habis 1st nine aku ajak derang balik club house.
Aku belasah nasik lemak sebungkus. tah..tak pernah kot aku main half way makan.
tapi bila kupikir kang aku naik darah tak sabo kelaparan sebab tah pukul brp nak habis main, baik aku makan.
haruki dgn etsuko minum air kelapa sbb kenyang lagi makan kat hotel.
ada kawan aku duduk kat meja sebelah wutsapp.."amboi..main baru 9 holes dah mkn nasik lemak??"
ok..it sounds mcm aku ni buruk lantak sgt. Tapi fedulikkkk...
kang ada pulak aku makan orang karang.
Dah la macam main golf tgh sawah...bencikk!!


 etsuko duk tgh putting



in the hole...!!!

Nasib baik second nine tuh ok sikit dah.  Takde lah teruk sangat. Bola aku selamat semua..


legaaaaaaaaaaaaaaa gila bila habis. Senyum dalam kepenatan

Aku ajak derang makan lepas uruskan set golf derang,
Tapi......
....

Tapi...macam drama gila kan. Etsuko tercicir sebatang kayu golf kat padang. adehhhh.
sebatang hilang kena denda 250. isk..terpaksa suruh marshal pi carik. Lama jugak aku tunggu.
and finally..jumpa jugak around 3 ptg. Setelah kembung aku minum 2 gelas air tembikai dgn ais yang terapung-apung. penattt gila.

aku ajak derang makan. tapi tiba2 haruki ckp nak makan japanese food and ajak aku pi kampachi kat hotel equatorial . Ok..aku pun  bawak derang pi EQ..
sekali sampai..aaaaaaaaaaaa?? tutup for renovation.
Masa ni aku dah rasa mcm..amazing race carik restoran jepun.
Frust gila pakcik2 tu.
Aku terpikir bawak derang pi japanese food lain. sampai sana tutup jugakkkk!!!aku tgk jam..la..pukul 3.45 ptg. Kedai ni pukul 3 dah tutup dan dibuka semula 5.30 ptg utk makan malam,
frust gila pakcik jepun tuh.
Last2 aku bawak derang mkn kat Bangi Kopitiom. hahhaha.

 
Licin...!!  
 kitarang order wantan sup apakebendatah.  sedappp and tak sampai 3 minit licin derang makan, Oishiiiiii katanya.aku macam ehh..derang ni makan laju gila..mcm aku baru nak belit2kan mee kat garpu, tetiba mangkuk derang dah clear.

Lepas tu aku hantar derang balik hotel dan janji nak bawa derang pi japanese restoran pada sebelah mlm.
kesian pulak kat depa tuh..frusttt kot.
Kira mcm kita kat obersea, kita jumpa restoran malaysia, dah plan nak mkn nasik lemak ...sampai depan pintu kedai, tutup. sure frust.

so mlm aku pi bawak derang pi japanese restoran.
ohhh....derang paksa aku order mcm2.Lepas tuh asyikkk suruh aku makan sashimi.nehi....nehi.

FYI, i never like japanese food except for tempura. i've been to japan but i still kenot eat japanese food.

Teringat aku masa kat tokyo bulan 7 hari tuh., aku attend banquet dinner and kawan jepun aku paksa aku makan soba lah...makan mcm2 benda yang aku rasa kenot take it.siap derang rakam amik video muka aku yg kelat gila and lepas masuk dlm mulut aku terus minum air oreng satu gelas (dah standby air oren kat tgn sebelah..hahahah).lepas tuh derang gelak2 kan aku.And sepanjang kat sana aku byk mkn tempura (sedapnnyaaa)....and order yg selain sushi or sashimi etc.

And teringat aku last year..kawan aku cakap i nak belanja u spesel. i dah book special lunch.suprise katanya.
sampai KL dia bawak aku pi hotel milenium ke..ada nice japanese resto kat situ. terseksaaaaaa gila aku  which is supriseeee lah sgt kan.suprise tengkorak hang.
aku order tempura je n rice with curry ke apa tah which is seafood dalam set curry tuh bergelimpangan besar2 gila tapi the gravy was rasa pelik.manis and tahhh. u can call me kg.com ..hahaha. memang tekak aku cam tuh.


Etsuko insist suh aku try makan sashimi. ok..aku order tempura set dan dia gatal tambah sashimi. sebab dia belanja aku redho je lah.
macam-macam dia order. penuh meja.
 
 soft shell crab salad

 set wutever..soba ke apa tah


 ni set tempura aku...yummeh. cuma aku tak biasa mkn sashimi. hahahaha...tapi makan jugak lah.eh sedap jugaklah walau aku rasa macam ada ikan berenang kat tekak aku lepas aku telan tu.
derang suruh aku order japanese tea but aku insist order lime juiice. hahha...macam keji aku nih.



 Derang happy gila.and siap disiasat dari waitress..owner and cook restoran ni sebab derang ckp veryyy authentic katanya. Asyik cakap dap..dap..dap..dap...
suka gila derang.
haruki siap plan nak bawak kawan dia next week makan kat situ.
Dia cakap oishiiii and murah.
Murah lah sgt kann...

aku sampai mengah sebab portion food kat situ besarrr gila.

 and last kami semua order macha ais krim (green tea ice cream). burppp..

Pulang dengan gembiraaa...

 

1 comment:

maznimustafa said...

sedapnye...kat mane catz makan makanan jepun tu