Sunday, November 23, 2014

Sedikit catatan: Strasbourg, France




Dua minggu sebelum pegi aku macam blank, kat negeri mana la Kehl nih..
Kawan aku yg tolong tgk tgk kan.sebab aku macam  blank..kampung mana la aku nak pegi ni sebab macam tak nampak dalam peta German. Sebenarnya aku yg tak bersungguh-sungguh. TIba-tiba kawan aku cakap..Catz..weh..kat Lichtenau ni ada padang golf weh....laju tengok..

Actually nak pegi Lichtenau. Tapi duduk di Kehl sebab Lichtenau tu mcm kawasan yg takde apa sgt , mcm kawasan industri. Pekan yang kecik and mati kutu la kalau duduk situ. Untuk kita yg 1st time sampai situ..duduk sehari dua ok..situ banyak je xtvt nak buat  ada je kedai..cafe cafe. Tapi sebab pikeje..tak syok duduk situ. Balik keje nak le berjimba jimba..

Ada jugak kawan aku dari Norway duduk Baden Baden. jarak dalam 30 minit dr Lichtenau. Kehl pun 30 mins gak dr Lictenau. Tapi yg duk Baden -Baden ni lepas tu menyesal sebab hari hari kitarang duk canang yang kitarang pegi melintas ke France. Sampai derang pindah hotel masa 3rd day sebab nak join kitarang berjimba ke Strasbourg. Derang macam alaaaa...dah sampai sini apesal pulak tak pegi France gituh.

Lepas tu si Alen dari crotia duk canang yang dia pi jalan kaki je gi Strasbourg dari hotel kitarang. So menggeletis laaaa mamat Norway tuh nak join dia sbb Alen cakap Strasbourg tuh best gila. 

Ok.Hotel aku cuma terpisah dengan France 6 kilometer. Lalu jambatan... separuh jambatan tu German, separuh France. Nak naik basikal pun boleh. Hotel aku duduk ni siap ada sewakan basikal.

Depan hotel aku pulak stesen keretapi..stesen bas pun situ jugak.
so berdasarkan pembacaan aku, naik teksi 8 minit..
Naik train 10 minit. Jalan kaki 45 minit ke satu jam. naik bas dalam 10 minit.


Kedudukan Strasbourg dalam peta France

Aku dengan masa yang terhad, pilih naik teksi. Suh org hotel call teksi dan plingggg...fly 20 euro.

Aku nak relax-relax jalan -jalan. Agak ngantuk jugak lah sebab duk jetlag. Tapi gagahkan diri sebab aku pikir, aku takde masa lain dah kot nak explore Starsbourg ni dengan masa yang terhad, and aku tak plan nak spend masa sini pun lepas keje aku habis nanti sebab aku nak patah balik Frankfurt terus. Macam menyesal jugak la sebenarnya. 





Ok..we are now in France.

 Aku tiba-tiba excited. Satu..tempat ni macam happening. Keduanya aku jalan alone.
So aku macam baru nak amik feeling travel jauh sensorang ni camna gayanya. kind of seronok dan excited.

Driver teksi sembang beriya dengan aku. Kdg aku tak faham sgt sebab dia macam campur campur ckp German and french.
Beriya dia suruh aku call dia dalam pukul 5 ptg utk fetch aku suh bawak balik hotel sebab dia mcm risau aku sesat or takreti sebab aku macma kecik je and jalan sorang. Aku amik kad dia, kot kot aku memerlukan ye tak.
Dia turunkan aku depan simpang cathederal yang fames ni. bukan la betul2 depan tapi lorong kat main road. Dia cakap kalau sesat, cari je Cathederal tuh..dari jauh pun nampak sebab besar gila.


Strasbourg ni actually capital city Alsace region dekat eastern France. So no wonder aku tgk kat soviner ..ada mention Alsace nih. Penduduk lebih kurang 760,000 di kawasan bandarnya. Strasbourg ni Bandar penting sebab terletaknya beberapa institusi kesatuan Eropah cthnya Council of Europe dan Internationan Institute for Human Rights. Strasbourg City Centre diistihar sebagi World Unesco Herritage oleh UNESCO pada tahun 1988. Kiran ni antara pusat bandar yang pertama dapat pengiktirafan sebegitu.

Oleh kerana sempadn dgn German, so banyak pengaruh German di sini.Kira Strasbourg ni penghubung perpaduan antara german dan Peranchis. University Strasbourg merupakan university kedua terbesar Di France. Dan disinilah wujudnya budaya katolic dan Protestant. Masjid terbesar di Pranchis juga terletak di sini dan dirasmikan oleh Frence Interior Minister pada 27 September 2012.

Dari Sudut ekonomi, Strasbourg adalah pusat bagi sektor pembuatan dan kejuruteraan dan hub bagi jalan , train dan pengangkutan air. Kalau ikut ranking bagi bandar dalam france, Strasbourg di rank ke 3..


..
Oh..happening sungguh strasbourg ni. Tourist spot bandar dia nih. Besar jugak town dia. Tapi aku nak explore tourist attraction dulu. Aku macam terpinga-pinga. 
So jalan ikut kaki je. Tiba-tiba rasa.eiii....menggeletis seronoknyaaa bila nampak cafe....kedai soviner..and pikir apa aku nak buat ni.

Mula la kuarkan henpon aku dan monopod and shutter.
Aha..1st time guna nih..hehehhe...ok..on blutooh ..on shutter..tada...ok dah boleh guna.
Aku jalan-jalan relax sambil tgk jam. Nak budget masa jugak sebab kang pukul 5 lebih dah gelap.
Aku jalan melalui cafe...hotel-hotel kecil..restoran cantik..kedai cenderahati...dan ke arah Cathederal nampak ada pelukis jalanan..dan amboi..ramainya orang...sebab hari Ahad kan..so byk tourist kawsan . Macam square/dataran depan cathederal ni. Ada org jual buah berangan..lukisan etc.

ni. Dan typical lah kat france...cafe-cafe tepi jalaan menghidangkan french pastry n french delicacies.



Meriah
kedai soviner di mana-mana. 
French restoran
cantik..
oh..kat kedai ni aku tgk ramai org kerumun. jual sandwich dan macam-macam. Aku beli crepe. Harga dalam 3 euro. Macam lempeng nipis..and boleh pilih nak bubuh apa.aku mintak nutella. makan sambil jalan-jalan kan dah comot macam budak kecik. Nasib bawak wet tisu. Sebenarnya tak lapar pun. sebab aku dah makan kenyang-kenyang sebelum datang tadi. Tapi aku kan bila travel mcm bela hantu dalam perut.asyik nak makan.

Lepas tu aku jalan ke area belakang kawasan ni..nampak ada boat ..river cruise.
Aku nampak org beli tiket kat pondok tiket.
Harga 12.50 euro. Beli je lah. Nak kill time, plus nak tgk panorama.


Discover strasbourg by boat

org kat kaunter ckp..the boat is leaving in 5 minutes. bagus gaklah. tak yah tunggu lama.


nice...
tepi sungai

aku tak banyak amik gambar sebab boat ni bertutup, glass keliling. so amik gambar tak lawa. so sesekali je amik gambar. Plus aku rasa tenang tak yah sebuk dgn kamera. enjoy dengan mata gitu. seronok.
Dan sebelum ni masa packing sebenarnya aku macam  nak bawak DSLR nikon. Tapi pikir balik, aku macam dah kertu nak beriya amik gambo and malas. bawak compact kamera kecik dan henpon sudeh. Lebih tenang rupanya bila berjalan tak sebok dgn kamera ni.
kan. 


Antara pandangan masa cruise..cantik.
rumah dan bangunan tepi sungai.

Perasaan macam naik boat kat Paris. Tapi of course bangunan kat Paris lagi cantik-cantik.



boat bergerak perlahan..
dan ada sesekali boat lalu kawasan yang sempit dan aras air kena disamakan dulu baru boat boleh jalan. tu kena cerita detail sebenarnya.


tepi sungai


Ramai jugak yg join naik boat ni. Aku takde masa nak explore jalan naik kaki, so naik boat tgk pemandangan dan struktur bangunan amat menyenangkan.Naik boat dalam sejam lebih gitu.






Lepas naik boat aku jalan-jalan. Masuk lorong-lorong dlm town tu.



chit chat


nice cafe


Strasbourg Cathedral de Notre-Dame dikenali sebagai salah satu  cathederal yg cantik dan gothic gitu di eropah.
Ketinggian menara lebih  kurang 142 meter.Banyak sejarahnya kalau nak tulis detail. Tapi ni lah landmark utama Strasbourg city.




Makanan yang famous di sini adalah Bretzel. Besar saiznya. So benda ni merata-rata je cafe jual.


pelukis jalanan depan chatederal



Bretzel lagi..

Deretan kedai-kedai. Aku jalan je ikut kaki . Jalan slow slow. sesekali aku masuk kedai tengok-tengok. Banyak juga kedai berjenama yang kat Malaysia kdg ada kat Mall ternama je. Aku kuar masuk kedai...dan Aku beli cenderahati dan lukisan.
monopod..!
buah berangan. nampak sedap..
strasbourg yeww..!

seronok...

Bila aku guna monopod, ramai je tgk macam pelik . And derang macam isik-bisik. gelak. and ada a group of tourist mintak tolong aku amik kan gambar. aku suka je tolong. Kemudian derang offer amikkan gambar.ok..aku suka je..
Mungkin org faham, travel sorang kdg teringin nak amik gambar jugak. i mena gambar yang nampak kaki..hahahaaa..


suka la ai..




Dah penat jalan-jalan. aku masuk kedai jual cookies..jual pastry..

ni kedai juai sabun Lush.

Aku gi tram station, duduk situ sambil tengok orang. Tram dia moden dan cantik.

Ini pun salah satu famous food kat sini. sejenis puding. nama dia Kougelhopf



Aku masuk cafe ni...beli puding tu dgn bretzel. Sebenarnya bersepah cafe yang jual benda ni. dan derang mcm ada competition gitu utk sapa yang sediakan yg paling best...



aku lepak sini tengok orang. seronok. minum coklat panas tgk orang lalu lalang. Sambil pikir, eh camna aku nak balik ni.
 Masa ni nak gelap dah...



nyumnummm..ok..nak tau rasa bretzel tuh.liat..n rasa mcm makan roti.

Lepas tu aku round2 kejap. tgk pemuzik jalanan nyanyi  dan main alat muzik.
LEpas tu gelabah.ops..dah gelap betul...camna nak balik.

aku try call driver teksi tu tak dapat.Puas aku godek godek henpon yg aku memang roaming.  aku lupa utk tukar service provider rupanya...walau sempadan, dekat, service provider yg support celcom berlainan rupanya. dah balik baru terpikir besok tu.

tapi malas nak pikir, aku jalan kaki ke area teksi teksi...and berjaya balik..dengan tambang 13 euro.

Balik  hotel..makan sambal goreng, makan serunding dan roti ikan bilis. Luruskan badan.
rasa nyamannyaaaa. Macam rasa syukur sangat. dapat makan dan tidur dengan sangat selesa walau jauh kat negara orang bersendirian.



Hotel Ates, Kehl, Germany

No comments: