Saturday, May 24, 2014

Minggu yang panjang - valuable experience


 Terlalu banyak utk ditulis. 
aku catat peristiwa minggu lepas dulu. 
catatan trip aku ke budapest, prague akan menyusul.

Minggu yang sungguh panjang dan memenatkan. Setelah setahun lebih bekerja utk merealisasikan event ini..jerih perih ..akhirnya dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Dengan pelbagai perancangan, mesyuarat dan macam-macam perkara yang meletihkan ..redah sajalah.


 bila stress, makan-makan dan minum bersama rakan sesuatu yang best. gossip time....!!


 Menghampiri event, kami mcm kerja siang malam kot. Persiapan saat akhir ...berurusan dgn pelbagai pihak..kontraktor..pengurusan lokasi...sangat meletihkan kami. Dan rakan2 yang semuanya memegang peranna penting bagi menguruskan lebih 300 peserta dari 34 buah negara bekerjasama dengan baik..
semua ada peranan masing-masing. apa yang penting....kerjaaaaasama...!


 hujung minggu pun kami kerja...macam2 lah..mcm nak buat kenduri gitu.. makanan kami makan seala kadarnya, asalkan kenyang ..
 antara yang masuk dalam beg konference kit

 11/5/2014 - kami ke PWTC Kuala lumpur .. bermulalah tugas2 semua. yang paling aku tak dapat aku lupa bila logistik barang2 konference letak barang2 tepi jalan besar depan pwtc. Tak logik langsung kan which is memang menaikkan darah aku dan kawa n-kawan yang terlibat. So mcm bangla aku dan kawan2 yg angkat barang tengah panas. gila lah. Nasib baik en rizan, pwtc sales manager tolong utk bagi lalu kat dewan merdeka.. Kalau tak memang aku amukannnn. hampir terjerit aku tgk longgokan kongress kit event terlonggok tepi jalan.sighhh...
Dan macam2 urusan yang memerlukan kederat tangan dan otak.
dari angkat ba,rang, set up bilik sekretariat, registration and reception, set up booth exhibitor, menguruskan mesyuarat...makan mminum, menguruskan perkara yg diluar dugaan, perbincangan dgn sales pwtc,  urusan dewan, rehearsal majlis perasmian, urusan peserta yang menyebabkan kami tak sempat makan. tak lalu pun.
Lepas tuh nak urus dinner function, rehearsel dgn penari..mc, food.,..kongress parallel session, refresher course, sessi mesyuarat dan forum.
drain energy betul seminggu tuh.

hampir tercabut jantung bila mesyuarat dgn beberapa delegasi pakar luar negara untk pukul 5 petang belum disusun..hah.
kelam kabut juga dgn proses check - in hotel di seri pacific. macam2. salah faham dll yg memerlukan perhatian. lari sana sini kot masa tuh.
dan lebih buat aku rasa nak lompat bila rupanya mesyuarat tuh pukul 4 rupanyaaaa....choiii.....

aku:  En Rizan..meeting i pukul 4. u dah set up bilik mesyuarat? kat mana?
En Rizan : tgh buat. pwtc club.
aku: kat manaaaa tuh? satu pwtc i round nih...dah takde energy
En Rizan: depan bank cimb.
ok..

and aku lariiiiiiiiiiiiiiii pi wtc club.
sigh....
Persiapan dah diuruskan dan orang-orang penting mesyuarat dah  sampai.
hihiihh..aku nampak ogino yg senyum lebar dgn sugiyama dan prof kosako.

dan bebrapa wakil dari australia ,, korea dan china.


setelah salam-salam dan bilik mesyuarat dah setel, aku suruh derang masuk...
mesyuarat 4-6 ptg menyaksikan Australia bid to host next kongress in melbourne 2018.


 Legaaaa sekejap...En Zul , head corporate comm pwtc sembang-sembang dengan aku kejap pasal acara.
leganyaaaa dapat letak kaki kejap sambil minum air oren sejuk.slurpppppp....


 time ni aku rasa nak letak lunjur kaki atas sofa dan lelapkan mata 5 minit. tapi macam tak sopan sbb wakil dari australia ada 2 org duduk dekat2 situh dan asyik nak beramah mesra dgn kitarang.



mesyuarat habis pukul 6

 Tapi tugas kitarang tak habis lagi. kena entertain delegasi jepun, kore, china etc. penat gila.
Boss aku ajak duduk and order food and sembang2 dgn delegasi tapi aku tolak sbb aku ada macam2 benda nak urus plus ada short meeting dan discussion dgn sales pwtc, En Rizan yang dah tunggu aku selang 3 meja kat riverside cafe tu.Rupanya macam2 benda yang belum confirm??? tah lah...aku anggap miss comm je lah.

Lepastu..ramai pulak delegasi sampai..dalam 25 org...dari macam2 negara. kaunter reception dah tutup so terpaksa entertain derang kat cafe..kecoh la kejap jadiknya.
jam dah 7.30 mlm masa tu dan aku kena handle rehearsal pukul 8.15mlm.
Dan aku belum pun check-in hotelmmasa tuh. letih gila.
7.45 aku lariii balik hotel kat seri pacific sebelah tuh dan check in.amik kunci...
cepat2 mandi..bersiap  ke pwtc semula utk rehearsal majlis perasmian,


 penat tapi senyum je lahhhhhh

malam tu kami balik dari persiapan pwtc dalam pukul 1 pagi. adalah mcm2 perkara berlaku  tapi kami cuba selesaikan dan telan ajelah. semua ni pengalman berharga,

 meeting at wtc club

acara perasmian

 Alhamdulilah,, acara perasmian di dewan tun hussein Onn berjalan lancar, boss happy and i guess kerja kuat kami berbaloi.
so secara rasmi kongress bermula.
kongress 4 tahun sekali yang sebelum ini diadakan di jepun bermula dan 3 parallel session diselang seli dgn sesi khas, forum, mesyuarat, refresher course..keynote speech dll .
Kami guna 3 bilik besar utk kongress ini.
'
 parallel session yang menyaksikan pembentangan lebih dari 150 peserta yg membentangkan kertas kerja oral dan poster selama 5 hari.


 Selain pembentangan kertas kerja, kami organize dinner kongres yg disertrianai dalam 280 org peserta.
Dapat tajaan dari tourism ..tarian2 pelbagai etnik di Malaysia...
Dan aku ckp kat manage r penari tu buat jelah joget lambak utk last tarian and tarik foreign participant yg sporting naik pentas. sebelum tuh aku tanya gak dgn dato' xyz pengerusi kongress..dia ckp buat je..
and as peserta sporting, 2 round joget lambak tuh..hahhaha




 me and ogino. 
Tentu dia rasa perbezaan dgn dinner yg dia arrange last year masa aku attend conference dia kat tokyo.
kampaiii..!!! masa tu,,,dia buat banquate dinner gituh.
dia ckp best gila dinner dgn tarian tradisional  ni...
aku nampak dia asyik amik gambo guna dslr dia.

 with pengerusi IRPA, dr Renate Chawinski

 kongress poster session hari ke 3

bersama participant dari australia and japan
 Ni hari ke 3..lepas kongress ptg tuh bawak derang pi central market..derang nak jalan-jalan.
aku bawak derang sbb masa aku pi japan derang layan aku bebaik...
aku belanja derang satey and rendang. macam-macam derang makan.,
budak baju hitam tuh makan satey bertambah2. sedapppp katanya sbb manis2 gitu'


 mamat ni beriya makan rendang..habis licin. bagussss

 Dah kenyang, derang nak naik menara KL...so..kl towerlah kita

 pandangan dari atas KLtower

 antara makanan yg kami serve during conference

 penat gila aku ..sampai bilik hari2 flat.order room service je ..mkn sambil buat macam2 kije


 flowers for me

 view from my room


 thanks to my new friend for drinks

 sempat aku pi spa pada hari akhir

and tq to my friend for taking me out for teh tarik doraisamy....hehhee..nice

pengalaman mahal yang tak boleh dibeli dan bermakna.

Thursday, April 17, 2014

udang kari

yummeh..

Bahan-bahan:

udang -  beberapa ekorr yg sederhana besar.
serbuk kari 
tomato
kulit kayu manis
santan/susu
halia
serai
bawang merah
bawang putih
buah pelaga
garam
air

cara-cara

tumbuk bawang merah..putih dan halia
tumis sekajap.
bancuh serbuk kari n masuk dlm tumisan.
masuk kan kayu manis dan buah pelaga,.
keep tumis dgn api perlahan n masukkan serai yg telah dihempuk penyek.
masukkan santan setelah naik minyak..
kacau dan biar mendidh.,
masukkan udang dan tomato...
buh garam..
kacau kejap..eh dah siap..
senduk ke pinggan mkn dgn nasik suam dan kicap manis.
dappnyaaa

Wednesday, April 16, 2014

Nasi ambeng Bandar Baru Bangi

 sambal goreng jawa yang memenuhi citarasa..tapi kalau ada paru lagiii sedap ( harap-harap adik penjual ni baca blog aku.) Dikkkkk  ahkak ni pelanggan tetap uols..cer ingat ahkak yg selalu  request extra sambal goreng jawa....n bayar 50 sen extra tuu..

 adik-adik tuan gerai dan pejual

 besarnya bungkusan. kalau makan ni memang kenyang sehari

nasi putih, serunding (sedaapp), mee goreng, ikan masing, ayam goreng, sambal goreng jawa, sambal belacan dan timun (erk..plis minus timun itewww...)

Rasa - sangat sedap dan sgt otentik ...best...ada jugak lauk ikan keli sambal dan ayam kari.

Lokasi... tanah lapang  belakang petronas seksyen 3. jalan nak pi klinik kesihatan bdr baru bangi.


sangat sedap. saya pelanggan tetap.

Thursday, April 10, 2014

Takdir yang paling teruk

memanjat Menara Eifel
 
puff..pufff...
 
Menara Eifel, winter 2013

pandangan dari atas



Mengelilingi Kota Paris dgn berjalan kaki.naik bas dan cruise...cantik..tapi yg tak boleh lupa memanjat naik eifel tower guna kaki..hik

Kadan-kadang kita kena terima takdir yang paling teruk dalam hidup  kita - dialog cerita korea

ada sesapa tgk Ugly Alert?
hahhaa...
sapa tgk..boleh kita cerita sesama.
Geramnya aku dgn emak chul-soo tuh.eiii..
Pakcik Man-Dol dah ada kawan perempuan pelik (cikgu Kim yang Genius..pelik..dan selamba.hihi)
hahhaha
Nah Do Hee, Joon Soo..Pendakwaraya Gong Hyun Suk, Cikgu Kim yg Gila sikit....watak kegemaran.
Na Re -  laser.....hhaha
Peguam Lee...mcm org jahat!
 

Monday, April 7, 2014

pufff..pufff....!!

 Ape benda la aku nak tulis setelah berzaman tak berapa nak rajin..

7.05 pagi : sampai office.Makan buah jambu (bekal dr rumah, dah siap potong). ada buah belimbing dan apple jugak. buat milo panas secawan..minum dan makan ubat. 7.20 pagi aku matikan lampu bilik..kunci pintu...ZZZzzzz 10 minit.ihik. aku tidur tepi meja...berbantalkan beg dan selimut dgn kain alas meja.
Bukanlah alas meja,mcm shawl besar gitu...dgn sejuk ekon dan berselimut   ehmmm..nyamannyaaa.

7.45 - terjaga...baca e-mail...hem..adaa jawapan dr boss pasal draft president yang aku draft smlm. hem..2 jam aku duduk draft benda tu smlm. ada correction sikit. so aku foward kpd pihak berkenaan utk bubuh dlm draft proceeding congress.

8.00 - masih hadap e-mail. ok draft surat dan sambung buat research proposal dgn M@laysian Transformerr (err...bkn citer transformer tuh..)..pling..aku foward surat suh boss sign. Boss memang nak jumpa aku.sesi meluah perasaan. layan je. biasalah dia pun manusia biasa yg kdg ada rasa nak bercakap.

sambil tuh aku update progress group aku on organising kongress internasional iteww.

8.30- siapkan something...sesambil edit paper work ...boss sound eh u tak pegi ke taklimat XXX itew?

9.00- lariiii ke bilik seminar utk taklimat XXX..sambil dgr taklimat, tgn aku  ligat kat hp..duk foward flyers..promote event golf aku organise bulan 5. limit to 40 golfers only. zaman sekarang ni sng gak kan..ada wutsapp...wutsapp group...ada jugak dpt maklum balas. sambil2 dgr taklimat buat kerja sampingan

10.00 - meeting dgn spesel opiser president  on paper work ..speech..keynote and wutever..

trittt..hp aku bunyik...wutsapp dari client merayu2 mintak aku tolong selesaikan masalah equipment dia yang hendak diroboh ..suh aku dtg buat assessment dan bagi taklimat pujuk2 penduduk yg sdg membuat protes iteww. aku tak balas pun. dah 3 kali dah rayuan itu ..tak nak dgr ckp aku dah..penat dan buag alio je kdg tuh....
sesambil buat paper work sambil bergosip..ahaahhahaha. siap gakkk.kan sng.

11.45- lariii...zoomm pi cyberjaya ada appointment dgn sponsor event...(naik kereta laju2..tak lari pun).
 12.15 -jumpa sponsor and diascussion till 12.35. banyak gak lah yg dibincang...mcm apa tuh ..fruitful diascussion. Tapi bukan kelapa, manggis atau jambu.

12.40 - lunch dgn  rakan sponsor di cyberjaya. Gossip time...sonoknyaaa...makan nasi ayam

1.55 - zoommmmm balik office..2.35pm sampaai bangi. ding dong..aku ada dua meeting start pukul 3.
tah..aku kena attend both,.sempat print itu ini utk prepare meeting



Lunch and gossip.nasi ayam paparich

3.00 petang-
 meeting A..3.15pm....pun org yg sepatutnya ada dlm meeting pun belum ada...
eh..ko yg arrange meeting tapi belum muncul..biar benar ..ku nak catch another meeting.....
yg jd kepala 3.30 baru munccul....pelik ye...bg aku..kau kena respect masa org lah....3:00 dan 3:30 jauh beza..and yet semorang kena tunggu kau...
org yg tak reti hormat masa org tuh lembuuu.....
pelis lah.
pukul 4 bekejar another meeting di bilik sebelah.
banyak kerja nak kena siapkan before i travel again for another two weeks.
pukul 5 balik...oh....bekejar ke golf session aku..actually malas..tapi sbb aku terpaksa reschedule so terpaksa lah pukul bola ptg nih...

and after that bekejar ke kota warisan....dah janji nak pick up laksa dgn kawa n aku..
aku wutsapp2 dgn kawan aku and bergegas ke sana..sampai sana..kawan aku text dia kat  opis lagi..
omg..terpaksa aku lepak kat mekdi  terpaksa consume makaan high colesterol (terpaksa la sangat..choii)...
lama gak aku tunggu..tadi if aku tau lama l;agi...takdelah aku berkejar2. cara kawan aku jawab2 wutsapp tu mcm dia tgh sinsing lengan kat dapur buat kuah laksa ke..siang timun dgn bunga kantan ke....ghopanya kat opis lagi....choi.


Boring lepak Meekdi aku try google alamat rumah kwn aku..2.5 km je dr mekdi. aku pun dah bosan kat mekdi...dgn laptop bagai.terasa macam agent insurance yh beribu pejabat di mekdi..tgh tunggu client..hik.
aku on gps..pi umah kawan aku.
kawan aku ni laki bini classmate uni aku dulu.
aku sampai dia tgh belek2 keris ..banyak gila kot...
hobi...hahahaa..hobi mahal kot..aku berbasa basi tanya harga ..mak oi...mahal nyaa..ada yg sampai ratus ribu...paling murah dlm 3 to 4 ribu kot..
actually ni bkn 1st time aku pi umah dia...masa raya dulu..lepak beraya dgn kawan2..till 1  pagi dia duk belek keris dgn kawa n2 dia..basuh2 keris..borak2 pasal keris yg org yg tak minat macam kita akan pelikk...n sebenarnya kita tak perlu paham kot minat org ni...benda2 cam ni mmg sukar difahami apatah lagi bila ko kena spend beribu2 utk satu benda yg ko boleh tengok je..hhahaah
kita pun kdg ada hobi yg org tak faham..
kawan2 aku ada yg sampai hari ni tak boleh paham, apa aku dapat dari berjemur berpanas 4-5 jam main golf...
so..hemm...
ada benda dalam donia ni, org lain tak perlu faham kita...hiihih
 


kuccing dia menyendeng2 tgk tuan dia duk belek keris..dlm hati kot ckp..jgn tikam aku dah le..hahhaa..
gemuk cantik kucing kesayangan ni..5  minit lepas tuh kawan aku sampai dr opis di subang jaya..jauh nyaa


..kawan aku hidang laksa....dan borak2 sesambil la tgk lemari sebelah aku ni..banyaknya keris..
aku ckp....cik Non....kalaau ko gadai satu keris ni..Encik Non perasan tak?byk je nih...ko amik satu hok rm50k  tuh....kawan aku kata...hoi...if yg kecikkkk hilang satu pun perasan ok...hahhaha


 Laksa Johor. laksa JDT

aku balik dgn few packs of laksa..nak? laksa johor..laksa jdt... sapa nak boleh contact aku