Thursday, February 24, 2011

The Taste - Indonesian Culinary Heritage

Sedikit review tempat makan jalan-jalan minggu lepas.

The Taste- Indonesian Culinary Heritage.
a nice restaurant and serves food from all over Indonesia, authentic Indonesian.


kedai cantik


Buku menu

white


menu was quite extensive, indonesian and western actually. Ayam penyet, dan segala jenis set nasi dari segenap provinsi

Alpokat juice

Nasi ayam penyet - cilinya di asingkan, tapi still pedasssssss (aku suruh asingkan sbb i knew that Bandung sambal penyet pedas nak mam..sekali, ayam aku mcm togel jeee)



pecel kurang pedes? tapi pedas jugak. rasa nak terbakar lidah ku tapi SEDAP gila


lawaa kedai ni. mak sukaa

yea..makan ayam penyet di paris..okeh. Nope it was at Paris Van Java, Bandung. hik.


Urut-urut kucing?

I was listening to fly fm pagi show this morning, otw to office.
They were talking about the sejuta impian program.
one of the DJ wants to set up phat c0la company ke apa.his own brand of cola kot?
the other one will set up car rental service co,
and the the third DJ (hi Nadia!) she wanted to set up a cat spa.

Spa kucing???

ok yes... actually in KL, there is a place that provide this kind of service. (er..i think to clean, mandikan, groom your kucing, manice, pedicure )..eh kejap.. aku confuse. Kucing ni ada tangan ke tak sebenarnya ek? yang empat tuh semua kaki ke consider yang depan dua tu tangan dan yang dua belakang tu kaki?

So nadia said, the charge would be around RM70.00 .
mahal? or murah? or reasonable?
ok. in my opinion, mahal murah is subjektif to what kind of service they might offer.
If setakat mandikan sikat-sikat bulu, tuh adik aku pun boleh buat (oh actually susah jugak utk kucing emak aku yang bukan mandi selalu, ready lah kena cakar dan jerit-jerit masa mandikan kucing).
Yes, i had experience before. try to clean my cute cat (nama dia tah apa2 tah, mak aku yg bagi nama). Normally my sister use towel to dry the cat. But being technology savy ke apatah menda, why waste time guna towel kan????
So i used hair dryer . andddd.....ON... zrengggggggggggggggggg.
kucing tu terus lompat dan cakar tangan dengan muka aku.
terus aku campak kucing tuh.
dah ye. tak kuasa mak.
sila pi spa kucing sendiri.


so will u send your cat to spa?


so actually nadia's idea is good.
nadia said the spa will offer cat massage as well. wah...urutan batin kucing ada ke? eh...eh. kauu
and there are so many response from the caller and other DJs which made me giggled like crazy.
(org kereta sebelah kerut muka tgk aku terkekek kekekh sorang cam gila).

some of the response :

1. i never go to spa, so why should my cat go to spa? wah..lebih kucing dari tuan kucing.

2.RM 70? i better get myself massage la...why spend so much on kucing yg cuma tau makan tidur?

3.we dont know whether the spa cat staff know and well trained to massage and pamper a cat. so i think i should try 1st then only i would allow her to massage my cat (wah...cakap aja kau gatal kan?)

4.oh..nowadays it is normal to send your pet like cat especially to get pampered and have a special treatment like human. ----> wah.diva nya. adakah mendatangkan hasil? kira macam bila negara makin maju, akan wujud perkhidmatan yang kita tak pernah fikir. contoh spa kucing, spa kambing (maybe..so kambing akan wangi dan lebih sedap. penggemar kambing sila gembira).
wah kelas kau senah.
Maybe spa - spa di sekitar KL akan offer perkhidmatan urut kepada pet juga selepas ini. so sambil kak Kiah ber spa-mandi lulur, massage etc, kucing dia pun having the same treatment. perghhhh,
kelassss kau.

miow-miow-miow.


Wednesday, February 23, 2011

Ya ampunnnn..Ya ampunnn!


Ring-ring-ring!

nombor tak dikenali..

di sana: Hello Kiah? Yuli..aku yuli.
Kiah: oh..Yuli???????????????????? kamu sihat?
Yuli: aku baik-baik aja. Kamu gimana?
Kiah: aku ok je.
Yuli: Kamu di mana?
Kiah: Bandung
Yuli: Bandunggggggggggggg???? aku di Puncak. Bertemu teman dan lansung ke Bandung esok hari.
Kiah: Haa? wah..kita ini ada jodoh ya. harus ketemu besok.
Yuli: Ia..pasti. kita ketemu, tapi aku sama teman-teman. Mahu belanja. Aku nginap di Grand Serela, Jalan Riau.
KIah: oh..ok je. ramai-ramai meriah. Biar bergegar bandung ni
Yuli: Mulot kau tak insuran ke kiah? Kalau benar bergegar, ribut nanti nya.
Kiah:Opsssss....

(mulut celupar sangat kan?)

ketemu semula dengan Yuli di Roponggi hills tokyo setelah bertahun tidak bertemu.
Kemudiannya di Kuala Lumpur.
Dan jakarta tahun lalu.
Sudah terubatkah hati Yuli yang mendung beberapa ketika dulu? Kisah cintanya yang ditinggalkan di Malaysia lalu hati rajuk di bawa ke Harajuku..hmmm.
Pastinya banyak cerita mahu dikongsi.

Perjalanan ke Jalan Riau terasa lama.
Oh, aku menaikitaksi merah. Katanya baru 2 bulan beroperasi. Ia adik-adik. Lain kali naik Blue birrr aja.
sebab?

Jalan Dago? enggak tau.
toko tiga? enggak tau.


Driver teksi : Ya ampunnn..ya ampunnnnnnnnnnnn...macet..macet (cepat-cepat menyelit ke kanan).

2 minit kemudian;

Driver teksi : oh..macet..ya ampunnn..ya ampunnnn..mencari bala ini . macet !.(cepat2 nyelit kiri)

dan prong prang prong pranng.. tapi tak sampai-sampai..

kebetulan lalu depan Secret.

aku : udah, di sini aja ya.? (aku hulur 10 ribu seperti tertera pada meter) -ya..10 ribu utk naik teksi je u ols. kalau kat tempat kita boleh beli 10 peti sejuk.

aku cepat-cepat meninggalkan jalan, berlari ke Secret.

bersambung...

ketam lemak cili api

masak lemak cili api ketam

Bahan-bahan:




ketam

siang le, gunting kaki tangan tak perlu, belah, cuci, toskan.




bawang merah, bawang putih, cili api , halia -tumbuk!
serai-ketuk penyek
daun kunyit - hiris nipis
santan - 2 mangkuk

apa? bawang? yeee..versi lemak cili api ku mmg menggunakan bawang sebab aku tak reti masak tak guna bawang. Ni sebab keturunan pemakan bawang start dari nenek , emak aku, aku semua masak lemak cili api guna bawang.


Jom masak..

untuk effect yang lebih lazat hingga menyumbat jantung, tumis bahan tumbuk tadi dan jugak serai. Kacau hingga naik bau, warna kekuningan, masukkan santan. Bila mendidih masukan ketam dan daun kunyit.
Kacau sebati smapai ketam masak .
Buh garam...sket.agak-agak. aku malas nak sukat-sukat.
then test-test lah sikit rasa tuh..
kalau sedap puji le diri sendiri dalam hati.. "mak oiiii..sedapnyaaaa aku masak"
(mmg le mcm keji puji masakan senirik, tapi sapa lagi nak puji ye tak?)
Tapi , i punya pemakan, suapan yang pertama dia terus cakap.. "sedapppp..terasa daun kunyitnya"

ehm. kompem lah kan?

terus i senyum dan lari kedapur, amik periuk nasik terus bawak ke meja. kang senang nak tambah lagi 2 pinggan.


Menjawab soalan Tijah yang femes dekat seremban tu..dua ekor terakhir adalah digoreng. buh garam, kunyit, bawang putih, gaul2..sressssssssssssss!!!! masuk kuali.

ok..tata.

Sambal udang petai

ni entah versi/kali ke berapa buat posting sambal udang petai.
macam takde modal.
aku takde red velvet ke, pavlova ke nak tayang, jadiknya sambal petai pung jadik le.

i should blame makcik nasik kerabu. i hate u tau!
i was looking for nasik kerabu at pasar malam at my fav stall.
Tapi the makcik anak beranak takde?
Grrrr..penat mak jalan sebatu (parking jauh tau makcik).
dah park -jalan-jauh, takkan nak balik lenggang kangkung.
i was browsing all the stall sayur and wet items.
Beli udang ,dan petai.

aku: "bang...yang dah kopek takde ke?"
abang petai: takde dik, err..dah habis (sambil konon-konon tgk bawah meja).
padahal dia mmg jual petai gantung-gantung. Tapi petai dia cun, segar bugar dan tembam.
so sambar satu ikat. beli udang sikit.
zassssss.....balik rumah.



kopek petai sambil tangan sebelah kacau cili atas dapur

lebihan cili masak ketam harus tak dipersiakan. Tumbuk bawang putih, merah, hiris bawang besar, buh halia sket, tumis. Buh belacan sket ok. Panaskan minyak, masukkan bawang, tumis dan cili kisar.
sambil tuh kopek petai ye. aku sampai rumah dah dekat pukul 9 malam. so kena multitasking gitu, kalau tak pukul doblas baru makan. Aku punya speed kopek petai amat keji, mungkin boleh jadi sahur pulak kang.
oh nasik lah yg kena masak mula-mula.

gebu dan tembam kan? lepas tuh belah-belah le kalau tamau ada extra protein yang bergerak-gerak masuk dalam sambal.
lepas tuh baru kopek kulit udang pulak time petai sudah masuk dalam sambal. then campak udang pula. dah.

ohh..berbaloi nya usaha mengopek petai tadi.

sambal yang agak pedas nak mam. so makan sikit-sikit dah lah. terubat rindu dan kepuasan.(sikit-sikit=2 pinggan).

ni semua makcik nasi kerabu punya pasal lah kan.
makcik, sila merasa kesal ye?

dah.