Wednesday, February 23, 2011

ketam lemak cili api

masak lemak cili api ketam

Bahan-bahan:




ketam

siang le, gunting kaki tangan tak perlu, belah, cuci, toskan.




bawang merah, bawang putih, cili api , halia -tumbuk!
serai-ketuk penyek
daun kunyit - hiris nipis
santan - 2 mangkuk

apa? bawang? yeee..versi lemak cili api ku mmg menggunakan bawang sebab aku tak reti masak tak guna bawang. Ni sebab keturunan pemakan bawang start dari nenek , emak aku, aku semua masak lemak cili api guna bawang.


Jom masak..

untuk effect yang lebih lazat hingga menyumbat jantung, tumis bahan tumbuk tadi dan jugak serai. Kacau hingga naik bau, warna kekuningan, masukkan santan. Bila mendidih masukan ketam dan daun kunyit.
Kacau sebati smapai ketam masak .
Buh garam...sket.agak-agak. aku malas nak sukat-sukat.
then test-test lah sikit rasa tuh..
kalau sedap puji le diri sendiri dalam hati.. "mak oiiii..sedapnyaaaa aku masak"
(mmg le mcm keji puji masakan senirik, tapi sapa lagi nak puji ye tak?)
Tapi , i punya pemakan, suapan yang pertama dia terus cakap.. "sedapppp..terasa daun kunyitnya"

ehm. kompem lah kan?

terus i senyum dan lari kedapur, amik periuk nasik terus bawak ke meja. kang senang nak tambah lagi 2 pinggan.


Menjawab soalan Tijah yang femes dekat seremban tu..dua ekor terakhir adalah digoreng. buh garam, kunyit, bawang putih, gaul2..sressssssssssssss!!!! masuk kuali.

ok..tata.

8 comments:

Tijah said...

takpe...
tekpe...

ko tengok la nanti.
jap lagi aku beli ketam jugak.

DrSam said...

mengiktu firasat saya, ketam goreng paling sesuai dengan nafsu makan saya :)

(dah le baru tengok Majalah 3 pasal ketam lembut Kuala Gandah)

Hajah Zainab bt Abdullah said...

seafood again...pasni kena 'cuti' makan seafood :))

aznimatisa said...

sedappp nak la seket ~ sambil menadah pinggan ~

Ayien Azreen said...

tamat sudah riwayat 6 ekor ketam... hiksss

Netnet said...

sedapppnya.... oit..bila kau nak kurus ni??? "P

serisinisana said...

oh, saya suke sgt ketam lemak cili api, tp encik suami saya suka sangat ketam berlada buh telur tu,,, so slalu mengalah dengan masakan dia, nak masak dua2 jenis malas...

Norhuda ♡ Azhar said...

dah try tp i guna ikan pari yang dah dibakar dulu, huh hubby makan bertambah2.. lepas ni nak try ketam pulak