Monday, February 13, 2012

Random

1. Saya berharap 3 suara akan menang juara lagu coz i really love lagu beribu sesalan. but not bad when hafiz Awan nano menang. eh dia nyanyi pakai simple je pakai t-shirt dengan seluar senam (err..we ols memang panggil seluar track tu seluar senam..kih). masa dia lari naik pentas tu macam budak darjah 6 amik hadiah sempena menang lumba lari sukan sekolah. Jimatt kan! orang lain spend thousands for designer dress bagai..dia pakai t shirt dgn suar senam je...kihhh.


2. i wonder what program realiti big brother indonesia is all about. Kat Malaysia takde ke? macam best. aku nak join le..aktivitnya macam makan tidur, kemas rumah and samada boleh tahan atau tak dgn strangers yg sama-sama duduk serumah. Mungkin kalau ianya diadakan di Malaysia, pendekatannya pasti berbeza kot, untuk menjaga tatasusila dan sensitiviti agama.


3.junior masterchef Australia still jadi fevret mak. err..aku duk wonder, time bila ek kanak-kanak itu start belaja masak. bukan takat goreng ayam, goreng telur, but to prepare high end dish with stunning garnish. gamaknyaaaaaa...time bilaaaa??? adakah emak mereka atau nenek mereka telah melatih mereka masak sejak mereka pandai berjalan ke dapur. dari duk ngacau-ngacau, meh mak ko ajar masak betul-betul ok. so mereka jadiknya terbiasa melihat emak mereka membuat "grilled lamb with mashed sweet potato and hot pumkin sause and black pepper'...atau menyaksikan pie tersedap dalam dunia yang diilhamkan oleh nenek-nenek mereka??? kemudian mereka mula memasak sendiri start umur 4 tahun kot??? kalau kita main masak-masak pakai periuk tin sardin masak daun-daun tepi semak (aku la tuu) tapi mereka masak betul-betul kat dapur budak kecik (ehh..ada ok..jual kat ikea...tapi yg ni dapur mainan).hebatnyaaaa kaaaan.....agaknya kalau aku bertanding dgn derang, dah tentu lah aku ketinggalan  45 tiang di belakang. and how lah derang sangat kreatif invent recipe guna bahan yg disediakan without nangis tersedu-sedu kat bawah dapur. ada satu episod yang derang panggil nenek-nenek derang dtg tengok derang masak...temanya masak pie  resepi nenek ke..resepi keluarga lah kot.
if aku lah masuk, tanya nenek aku."nekkkk..kita nak kena masak pie ni...nenekkk..kita tak pernah masak pie.."..sure nenek aku jawab.."err..carta pie nenek tau la..ko masak je lah kerabu pucuk ubi..kalau itu pun tak reti meh nenek ketuk ko dgn senduk ni"..
kehkeh.



4. berkisar rancangan realiti lagi. apa tuh?? on air...kat astero. aku rasa this program sgt bagus untuk mencungkil bakat dalam bidang pengacaraan.Tapi tertengok satu episod auditionnya. eei..sungguh lah keceluparan molots dang suriah itu... boleh pulak dia sound direct " awak tak hensem" kat sorang peserta lelaki. tapi aku rasa muka budak lelaki tu ok je..maksud aku adalah sedap jugak mata memandang, kira tak malu lah kalau berjalan dgn dia pi KLCC (bak kata kawan aku). tapi apa kehal dang suriah tuh ckp.." dah dia memang tak hensem, saya takut kalau amik dia, dia akan jadi pengacara yang tidak disukai, orang akan tukar channel".

and satu lagi dia ckp kat sorang budak perempuan, " u balik..kuruskan badan..pinggang dah macam kerengga, ha..baru dtg audition".

err.. heloow cik kakkk.....!!  ni zaman apa ni? zaman milenium u knowww! orang tak pandang rupa je. ok, rupa mungkin salah satu elemen penting jugak, tapi personaliti, bakat , kebijaksanaan itu lagi penting.. dlm iklan promo tuh ko jugek yang ckp kan??? so how lah ko boleh insult fizikal orang dengan sangat lancang sekali. maybe u could ask them to try, if takde personaliti or any requirements yg kau nak sebagai pengacara, ckp je lah..:

" maaf dik...dalam bidang pengacaraan, personaliti , rupa dan bakat sama penting. adik tak ada elemen tersebut'.

or any nice word..so takdelah perkataan yang keluar tu seperti menghina peserta yang datang dari jauh, mahu mencuba nasib. Ok..aku salute ok dgn mereka yang berani tampil dtg audition, bukan semua orang berani ok. so be nice oke...

and one more thing..ko tengok pengacara lain yang berjaya dan dikenali..ada kurus macam kerengga ke??? orprah tu?? aku tak terfikir pun nak tukar channel bila tgk talk show dia. billionaire lagi... see?? sapa lagi..sila google..ok..tak payah pi jauh..tuh..mahathir lokman, suhaimi yg duk sebelah aznil tu...kurus and hensem bak model kahhh????? gorjes macam anuar zain ke, macam hans isac ke??? (err.aku tak minat anuar zeng)  tidak! but they have personaliti menarik. tak semestinya nak kena kurus macam kerengga baru boleh keluar TV. oh..shallow sungguh pemikiranmu kak!!

if aku jadik budak perempuan tu,,i would say.."  "I've never wanted to look like models on the covers of magazines. I represent the majority of women and I'm very proud of that."  ---> errr..feeling-feeling Adele bila Karl Lagerfeld  kritik bentuk badan dia, ckp dia gemuk.
err....6 pencalonan dalam grammy award walaupun pinggang tak macam kerengga kebuluran.


ok dah..

Saturday, February 4, 2012

Catz's day off: Ketam masak lemak

 ketam masak lemak

Aku rasa lamanya tak masak yang betul-betul masak. errr..apakah maknanya?  Maksudnya berlenggang kangkung ke pasar (sebelum tu pergi sarapan di kedai mamak dulu : roti canai +telur 2 biji setengah masak) lepas tu proceed ke pasar, tengok ikan, tengok ketam, tengok sayur dan membeli serta kemudian spend at least 2 jam di dapur dan menghidang sesuatu yang  sangat menyelerakan.

So many things happened, and i travel here and there..malas nak fikir pasal food sedap ke hapa...infact balik kerja sometimes i just tapau nasi goreng , duduk depan TV, makan, kemudian baring di sofa and i fall asleep.
Tak normal sungguh kan??? and yet my electricity bill of my apart in recent months were not less than 170. crazy. padahal bukan hari-hari duduk pun.i had bad habit. i will switch ON everything in my house after leave my house for few days. On semua aircond, lampu bagai. TV tak pernah OFF. entah...eh merepek ke situ bagai ni kenapa???? padahal nak cerita pegi pasar beli pucuk paku.


 
 seronok pula pegi pasar pagi-pagi (read: time ginih selalu membuta lagi ?)
 tengok ikan, picit, letak, belek...iskkk....
 serai, bunga kantan, petai , ulam-ulam

Ini yang saya beli...
ikan, ketam dan sotong segar...belum masak pun nampak yummy..
 dan ini juga...aku pun tak sure apa motif aku beli serai begitu banyak. of sebab murah dan gemuk-gemuk. seringgit dapat serai yang yummy..sebab selalu beli kat supermarket yang dah ala-ala gersang kekeringan dan kurus kekeringannn...

ok..lets cooking...
 hasil sejam lebih di dapur...

dan ini..pucuk paku goreng belacan

masakan ringkas yang menyelerakan. 
oh nipunyaaaa kan.
kalau dah ada masak lemak tu mestilah buat sambal belacan pulak. lepas tuh ada petai kan? 
lepas tu pulak ada sotong masak pedas..ikan goreng berkunyit,
tu lah kan?? kita ni kalau put effort memasak tu kadang memang over.
macam berkait-kait pulak..contoh.:

1. hari ni nak masak sambal sardin lah... eh..kalau dah ada sardin, best gak goreng telur kan...
2.masak lemak kobis.. eh bestnya kalau ada sambal belacan dgn kuini kan??
3.masak lemak labu...eh ni best ni kalau ada ikan masin goreng, sambal belacan/sambal kicap, 
menunya berjangkit-jangkit gitu.akhirnya penuh semeja. dari kalori 500 je jadik 15000 terusss...

Thursday, February 2, 2012

Bandung Flavours: Riung Sari (Masakan Khas Sunda)

Restoran/Rumah Makan Riung Sari

 Sambal cobek

 gurame bakar
 kangkung 

lets dig..!


 es teller
jus  alpokat


 nice.

Riung Sari terletak di Jalan Dago. berhampiran dengan deretan Factory Outlet . Dekat Secret FO.


and my fav spot for lepak minum..at cascade

 santai ngobrol

kenyang perut sukaaaa hati.

Tuesday, January 31, 2012

Sotong pedas hitam manis

 sotong pedas hitam manis

 Konsep sotong lagi.

Bahan-bahan:  
Sotong segar (bukan sotong peti ais)
bawang besar - 1 labu
bawang putih - 4 ulas
halia- 1 inci
cili api -6 biji (if nak pedas berapi-api letak satu kilo)
sos tiram- 1 sudu
kicap manis - 2 sudu

jom masak:
Bersihkan sotong, dakwat jangan buang..
Hiris bulat-bulat..
Tumbuk cili api.masukkan bawang putih,
Tumis bahan tumbuk.
Masukkan bawang besar, tumis hingga layu.
masukkan sotong dan dakwatnya (err..bukan dakwat pen ye ).
masukkan sos tiram dan kicap manis.Masukkan air sikit.
masak sebentar je..angkat. (sotong jgn masak lama, kang liar cam selipar jepun).
hidang..
daaa...

BFM

Things that i love to listen every morning on my way to office.

BFM 89.9

business review and  updates, news, Malaysian and world economy updates, current issues, market watch, interview with successful people.

inspiring!