Friday, June 29, 2012

Nama ku Bayu.


Aku melangkah longlai ke lobi hotel.
Letih...keluar dari loji pukul 6.30 petang...hem..closing work permit around 6.00 and had a short discussion with the focal person, briefing on tomorow schedule.
Cik adik manis receptionist tersenyum dari jauh dan terus menghulurkan kunci bilik.
Amboi..dah cam aku duduk bilik mana.
Aku minta towel card.
Cik Adik manis kata, " swimming pool tutup pukul 7.30 mlm cik"
Aku senyum je. "Takpe..saya nak berendam sekejap saja" sambil kerling jam..dah pukul 7 malam rupanya.
Aku bergegas ke bilik menukar pakaian.
Kuintai dari balkoni, oh pool dah lengang.


Aku nampak kakitangan hotel mengutip tuala dan menyusun kerusi, namun aku terus bergegas turun ke kolam renang. Badan rasa penat dan bekerja di bawah panas terik matahari buat aku rasa lesu. Muka pun macam terbakar rasa. Nasib lah sudah kusapu sunblock SPF 130 ha...walau muka macam udang rentung kena bakar, tapi idoklah tetiba muka aku jadik gelap cam lempeng hangus.Cuma rasa perit dan rasa berminyak, kalau kumpul minyak tu boleh buat goreng sotong goreng tepung.oh geli pulak membayangkannya.


Berendam nak berenang buat rasa letih dan panas hilang. Rasa segar bugar dan hilang sedikit stress. Ye laaaa...fikir pasal kerja esok lusa pun buat stress tahu.
Pukul 7.40 malam, petugas kolam renang menghampiri tebing kolam. " Cik!! dah lewat..."


Ye laaaaa...ok....
setengah jam main air rasa segar badan.
Ok..sekarang fikir nak makan apa untuk dinner. Kihhh.. makan aja kan?? Oh i deserve a good food after hard work for the whole day.


Aku bergegas naik, mandi, solat dan bersiap...
Hah..mana haaa nak pi makan? Aku dah bosan makan dekat kedai makan depan hotel. Ada dua kedai di situ. Zara dan satu lagi aku lupa nama. Tapi kedai yang kedua tu aku dah banned ya. Masakan dia pelik tak masuk akal. No wonder lengang aja selalu.Baik aku makan kat KFC kat  sebelah dia tu lagi berbaloi. .But KFC? oh tidak.....or should i have buffet dinner di restoran dalam hotel. Macam over sangat pula. Lagipun sorang, kurang seronok lah. And why should spend RM60 , padahal food yg masuk dalam perut cuma around RM20 je kot. Mode kedekut. Oh tidak. saya cuba berfikir secara realistik di situ.


Aku turun ke lobi, meninjau apa yang ada di Atrium Cafe...
Petugas di situ senyum-senyum..." Hi Cik..nak cuba cheese cake? Tapi harga ni off 50% lepas pukul 9."
Aku macam teringin blueberry cheesecake tu... " ok.nanti saya datang lepas pukul 9.hehehe"
 Aku duduk sebentar di lobi...Lobi yang cantik dengan segala pokok hiasan.


Aku bangun, melangkah ke tangga....to my surprise, aku ternampak orang yg macam aku kenal, menaiki tangga. Aku pandang, dia senyum kat aku.
Aku tak balas pun..buat muka kelat je..sapa ek? macam kenal lah...
Tapi dengan coverall warna biru dengan nama company, baru balik dari salah satu loji di p3tronas kot so tak susah aku nak ingat dia siapa.
Comot je muka. sure kerja keras, entah-entah kerja dalam confine space kot.
Cuma aku tak ingat nama.Lupa lah...tapi aku pernah jumpa dia baru-baru ni.
Tah.Eh, lantak le. aku lapar.
Aku memandu ke arah Kemaman. Mungkin boleh cuba makan di kedai makan sekitar kampung Meraga Beris atau kawasan yang sewaktu dengannya. Duduk sini, aku tak pasti nak makan sedap dekat mana. belasah je lah kan..so esok pi kedai lain pulak kan.
Aku selalu fikir, ni area kampung, makan murah dan jimat. Tapi tak rupanya. Sini rata-rata kedai makan adalah lebih mahal dari KL. Mak oi...kedai kau tahap gerai tepi jalan aja ok. Cuma yang extranya banyak lampu-lampu je, untuk menarik perhatian supaya orang berhenti. Tapi menurut kawan aku yang kerja sini, memang sini rata-rata adalah mahal. sebab?  kerana ini adalah zon bagi orang minyak.
Ok..orang kerja oil n gas industri. so otomatik derang fikir kau kerja dalam plant to cop duit gamaknya.
Oh..." lagi-lagi kalau kau pakai baju kuning.."  oh..lain kali  kalau pegi makan aku pakai baju kurung kedah dengan kain batik lusuh lah ye. Sure derang ingat aku ni Mak Aji  kampung mana tah yang malas masak atau gas habis dekat rumah. er..kena bawak basikal lah. Baru real gitu.


Aku berhenti di sebuah kedai yang agak meriah. Time gini, tiba-tiba aku rasa rindu gila dengan dapur aku.
lamanya tak masak. Aku teringin nak makan nasi dengan telur goreng , dan crooottt crettt  bubuh kicap manis. sedapnya. Tapi macam keji pi makan bersiap macam nak rak, pakai lipstik drive jauh-jauh  bagai tapi order nasik dengan telur goreng je.
Tapi aku teringinnnnn sangat. So  aku order air nenas, nasi putih, telur mata goreng dan sup kosong. Isk..aku nak kicap manis, tapi tak ada. rasa nak bentak-bentak kaki je. Lain kali simpan kicap dalam kereta tahu?
Adik yang hantar makanan cakap : " Diet ke kak??"  aku senyum je. Dalam hati cakap, "dikkk..ni bukan makanan orang diet dik.. ni makanan orang mengidam dah lama dapur tak berasap namanyaaa".

kih.

Tak kisah lah adik tu fikir apa. Aku dah bosan menomyam hari-hari ok. aku rindu dapur akuuuu!!
Aku rindu nak makan nasik goreng depan TV. Aku rindu nasik goreng sardin yg tah hapa2 tu dengan telur mata kerbau.


nasi goreng sardin



nikmatnya makan depan TV

ha-ha.
berangan ajalah cik Kiah.

Habis makan, mata pun dah kuyu.
Balik hotel.
Tapi tiba-tiba rasa nak makan benda manis...
Teringat cheesecake blueberry tadi.
Singgah di Atrium, lepak minum sekejap.


Oleh kerana dah lepas jam 9.00 malam, dapat le 50% diskaun.



Tak ramai sangat orang. Skrin besar menayangkan ulangan perlawanan euro 2012. Tah pasukan mana tah. Mungkin lepas lewat malam baru ramai orang kot, ada siaran live perlawanan.
Tapi gigih ke nak merangkak memalam buta ke sini sebab nak tgk LIve bola sepak.
Oh..baiklah mak tidur sebab esok pagi-pagi nak kena bangun. Kalah orang nak pegi noreh u ols awalnya tu.

Aku minta bil dan bayar.
Masa aku bangun dan berjalan ke lift, aku terserempak lagi dengan orang yang aku jumpa di tangga petang tadi.
Dia senyum.
Aku buat tak tau je...
DIa berjalan bersama sekumpulan mat saleh..maybe expatriat dalam team dia kot.
Mungkin baru balik makan malam dan bersantai minum-minum.

aku baru teringat..salah sorang muka mat saleh tu.

Kitarang satu kelas dalam course relate dengan hazard control.

hohhh.....dia lah yang selamba je bubuh kaki atas kerusi dan tidur kroih kroihh..kroihhh dalam kelas masa sesi tayangan video kemalangan di offshore platform.
kuang ajo kan.
kalau aku jadik instructor aku terbongkangkan aja kerusi dia.
Orang lain duk seram sejuk tengok tanyangan video incident dan accident , dia agaknya dah mimpi sampai kat ukraine ke Poland sana tah.
dah lah gitu, bubuh earphone kat telinga , sambil dengar lagu kot.
Instructor kata, derang ni dah biasa dah dengan benda gitu. And semasa salah satu incident besar berlaku di salah sebuah platform di perairan miri, derang baru je DEMOB  dari sana. so derang tau pasal kes tu.
Mamat Rusia tu salah sorang yang kerja kat sana, panjang lagi lah umur sebab masa tu derang dah berangkut balik.

Instructor kata, derang dah bosan kot follow course-course macam ni. Dan disebabkan oleh prosedur baru, setiap kontraktor , dlm  team tu mesti ada orang yg attend course ni sebagai salah satu cara untuk control hazard. Maklumlah, incident yg disebabkan tak ikut prosedur keselamatan atau human error boeh tahan gak bilangannya. Actually prosedur sama je mana-mana dalam Oil  & gas ni , cuma nak tau ko kompeten ke tak, kena lah sit exam lepas course 3 hari tuh.

Terkulat-kulat aku nak jawab soalan sebab aku 1st timer. Tapi org lain dalam kelas aku, tak sampai 30 minit dah blah, sebab agaknya soalan tu bagi derang alahaiii..senang sangat, cam soalan budak tadika kot.
Ralph , SHO dari im3, kejap aja dah bangun. AKu jeling gak kertas dia nak cek jawapan, and aku rasa derang pun tau yg mak ni adalah student tadika, makanya, sajalah ditayangkan sikit kertas jawapan tuh.
Geng-geng dari slumb3ger yg dah biasa serve sh3ll lagi lah.
macam kacang putih sajork.

Tapi aku pass gak ...bukan lah susah sangat kot.
Kadang tanya instructor, dia bagi jawapan terus.

oh ya..instruktor aku tu baik hati gila.
dan dia kan, jenis orang yang sgt jaga kesihatan.pi ngajar, dihangkutnya semua set herba life dia.
umur dah 62 tahun, kerja dengan Shell  lebih 30 tahun. Merata dia kerja, kat turkmenistan, etc..dan terakhir dia kat MIri.
AKu ckp, eh...tak lunch ke?
dia terus tunjukkan bancuhan herba life dia u ols.
idok le dia terliur dengan lauk ayam goreng kat bilik makan, sebelah kelas we ols tu.
"i'm now 62, and still look young and healthy. why should i put all those oily food into my body".

gulpp..

sikit lagi nak terpelanting ayam goreng yg aku baru nak gigit.

iskkkk.

eh..kesitu peginyaaa....
jauhnya aku menyimpanggg...

ok..ngantuk, balik bilik, tengok paper work sikit dan terus ZZZZZZzzzzzzzz...


PAGI.

Aku bangun awal, sebab pagi ni ada meeting.
siapkan slides presentation dan bersiap nak pi sarapan.
oh..here i come...nasi dagang ganu...





oh..nikmatnyaaa..makan nasi dagang menghadap swimming pool....
dua pinggan aku makan..niceeee!!!
Tapi nasi dagang primula lagiiii best...
tapi berpinggan-pinggan jugak aku makan.



" Nama ku Bayu.."

erk?

aku toleh tepi..

oh..orang yang aku terserempak banyak kali tu lah.

" Aku Bayu Rangga Aditya, bisa join?"

aku.." Bisa..bisa.."

Nama kamu?

" er...
melati keembong... Catz "


" Khatijah?" ujar Bayu.

"ehhh..bukan..bukannn...".

"Panggil aku Bayu" ujarnya pantas. "dan kau, bisa ku panggil catz"

"Enak ya..kamu enjoy hidangan nasi nya"

" ya..enak..eh sedap..sedap..cobak..."

"Bisa di cobak?"

er..bisa..bisa...

ehh..tiba-tiba lidah mak terus tukar tune.


" pukul berapa mula kerja?"  Bayu bertanya.

"7.20 selewatnya aku ke loji, kejar morning meeting at 8.am." aku membalas.

"supirnya jemput kamu ke sana?:

aku jawab pantas .." oh..enggak. aku drive kereta..."

Bayu berkerut " Kereta?"

"ehhh..mobil..mobil..."

hahaha..kereta tu dalam bahasa dia ialah keretapi. kihkih..mak drive keretapi u ols..

"Kamu?.." aku bertanya sambil menyudu laju ikan tongkol ke mulut.

" Kami ada supir yang menjemput. jam 7.30 nanti. Kamu kerja di Fasiliti yang mana?"

" oil crude terminal...dan onshore gas terminal..." aku jeling jam...dah 7.15 pg.

"offshore?", Bayu bertanya kembali

"ya.,..schedule Julai-Oktober..5 platform"

"Kamu bisa bekerja di sana?"  soalnya pantas..

"Bayu, aku udah kelewatan.... talk later yea.."

aku angkat beg dan berlari keluar dari restoran.

elehh...tu nak cakap..eh ko perempuan boleh ke pi buat keje macam tu?

welll....tangan yang menggoncang buaian bisa menggegarkan dunia u know..

and tangan yang dulunya menggentel kuih karipap bisa bekerja di mana saja.

ngerti?

bersambung...

25 comments:

Anonymous said...

nyah...fuh..rindu nak baca entry yang panjang mcm ni..masyp

Anonymous said...

lamaaaanya catz tak tulis panjang2..
dua tiga kali kene scroll sambil masak.

Eh, ikan gorengku hangit sudahhh..~
hehe =)

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

r u at 0ptim@l, Kerteh?..

Sara said...

Alahaiii Catz... novel bersiri rupenyer.. debor2 ambe nak tggu sambungan nihhh

Anonymous said...

waduh waduh...panjang banget nih,,.mumet aku bacanyaa....kuikuiku1stkuikuiki

DCKEY OJOLALY said...

suka baca coretan kamu ya...hahah terus tukar telo...catz la ni nak jadi orang minyak jugak yek..actually ojo pun tgh prepare plan utk pengerang gas oil tu...catz jaga bahagian apa yek.....ada tak info pasal Emergency respond plan...

tulis lagi pasal bayu ya..seronok lak...lepas ni makan dah leh berteman lah ya...

NenetPenne (NP) said...

mek tu soalan related to OSHA ker?

catz said...

hi mas,

how are you?

thanks for reading...

catz said...

honey dear,

how are you?

thanks for reading..

opss..ikan hangus?

hangus lah sedap...

catz said...

life,

nop..
bukan optimal..
thats is chemical plant..
we are working at oil n gas plant

catz said...

hi Sara,

kang kalau rajin i sambung ok..
:))

catz said...

anon,

who are you?
can u introduce urself?

will you?

btw,

thanks for reading..

catz said...

ojolaly,

ada keje kosong tak situ?
hehehehe..
emergensy respond?
how..ni oil n gas hub ke?

catz said...

nenet,

not at all..
but safety related to work on onshore terminal n offshore platform , oil n gas..

Anonymous said...

catz

aku kan.. kagum dgn ko. sbb ko independent. like, ko hidup bkn atas apa yg org pk ko patut hidup.. dan ko kind of successful. ko lead a life yg aku only can imagine.. not that aku tak blh pursue tp dah too late utk aku la...

apesal aku tiba2 komen taktau. padahal aku silent reader to many blogs je. apa pun.. selamat makang nasik dagangg...

liliput

Anonymous said...

waahhh...sekali anon mana yang kene introduce diri ni...kuikui1stkuikuikui...

kan best meng'anon' ajer..hehehehe

Anonymous said...

catz,

who am I?
Ok ke if x introduce myself?

will I?

btw,

thanks for noting the existence.. :-) jangan maraaaa ye cik catz.

(better this way,...more mysterious..)hehehe jgn posting ini comment yea... (btw i love yr articles...)

Anonymous said...

welcome back catz!
rindu banget mau dgr crita lo..
cpt kasi continue dong catz!

tetiba bandung laa sgt.huhuhu..

take care catz

missing u

bayu 2

Anonymous said...

haha catz i love your blog

strawberrymilk

The Singing Pilot said...

Amboiiii. Kau sambar je la si bayu mendayu dayu tu haha

Anonymous said...

Catz..
setuju dgn kata liliput, kagum dgn catz, hidup yg hanya mampu diimpikan, jauh dari kenyataan...
anyway, miss u catz and rasa bersalah pasal lukisan tu... masih ada lg x? klu ada mau dibeli.... erk, sorry sgt catz.

"You'll never know how strong you are until being strong is the only choice you have left." - saje gegatal nak tulis quote ni...:p

- Michhi -

Anonymous said...

Hi catz

ko ni penulis novel pun laku taw! cpt sambung!


tak sabar nie
meena

kissz said...

jodohnya bisa catz?
hehehehheeee

CikAnoN said...

assalamualaikum catz!

suka baca blog awak.. memberi inspirasi kepada wanita2 di luar, yang wanita pon boleh duduk sebaris dengan lelaki. o&g mmg cool!

DrSam said...

banyak dapat ilham bila makang nasi dagang ya Catz...