Wednesday, October 3, 2012

Masterchef season 2 : lintas langsung



u ols tengok masterchef Malaysia season 2??
saja je lah aku nak sembang pasal MCM season 2 ni.
ewah..gebang je lebih kan. masuk nya tak..
weekend lepas mak sempat le marathon tgk MCM dgn kawan  mak. Bila aku cakap sikit komen-komen dia ckp..."eehhhh...u ni duk komen2 kenapa tak masuk...? patut komen-komen, cakap-cakap ni haa..masuk..next season i nak make sure u masuk.."

eh..tak boleh komen ke? aku memang rasa nak piat je telinga dia.
contoh..kau tengok cerita ombak rindu tuh..ko pi panggung wayang, then ko komen kan?
abih..kalau komen kena berlakon dlm ombak rindu ke?  oh...takkan lah mak nak ganti maya karina tuh kot..sapalah mak niii....iskkk............meroyan aron aziz tuh kalau kena berlakon dgn aku. watak orang gaji pun belum tentu pengarah nak amik mak berlakon ok...sobss..

oh jauh nya menyimmpangg...

ok..now mak saja nak sembang..letak no lah senang (amboi..macam buat report ye kiah..).

1. Peserta season ni bagi catz merangkumi pelbagai golongan dan educational background. Then ramai yang cun-cun (oh..this not only cooking competition kan? ni entertainment bisnes betol tak...) so kena ada pelbagai jenis character jugok le..baru lah meriah program tu...
ada yang muka baik..inesen je..ada yg bitchy sket, ada yang macam over..ada yang macam mengada-ngada. kombinasi pelbagai character yang akhirnya sepatutnya menjadikan rancangan ni menarik dan meriah..ada yang memang pro masak lah. macam cikgu agama tuh. pergh. tak agak-agak ok, orang lain buat satu dish, dia boleh buat 5 dish ok. aku rasa dia memang rajin rewang time kenduri kendara kot. bak kata peserta lain.." cikgu ni biasa masak kat kenduriii..".
hah kauu..kagum peserta lain.
and masakan dia pun presentable dan ada rasa or sedap. Memang strategi dia kot. Kalau masak 1 benda , if tak sedap, terus kena laseran berapi chef yg komen. Tapi kalau masak 5 masakan, if yg tak sedap 3 ada lagi dua masakan yg sedap. yea.. tu strategi kan...betu lah tuh. Tapi macam ada lapan tangan kan. and tengok character dia mmg confident.

2. Time cabaran berkumpulan lah nak tengok character sebenar peserta kan.
Cabaran luar pertama masak untuk budak sekolah dan kakitangan sekolah. yang kelakar, aku rasa some people faham utk sapa mereka nak masak, but another group tak amik berat sapa yang nak makan. yang derang tau kena masak. satu menu protien, satu nasi, sayur, hidangan sampingan, pencuci mulut dan minuman.

kumpulan merah masak nasi tomato,dalca, ayam masak merah, telur goreng acar mentah, pengat dan air minuman. bagi aku, maknanya derang faham sapa yang nak makan.650 org yg 95% adalah budak sekolah. bagi mak, budak2 suka makan ayam. so ko masak ayam goreng ke, ayam masak merah, ayam kari ke..that would be fine, coz aku tak rasa budak biasa makan benda masakan ayam selain dari yang di atas.  so masak benda yang derang familiar dan sedap. betoi tak?
ala..u ols, budak sekolah of course sukaaaa nasi tomato..ayam masak merah..kan?
dan derang pun aku rasa, mestilah familiar dgn pengat. so ko masak sedap,,derang sure suka. kan??

Kumpulan biru masak nasi cendawan, ayam kung pao, dessert yg bg budak2 rasa pelik, sayur campur ke apa tah, stuffed egg yg akhirnya mendisasterkan kumpulan derang.
why dont masak benda yg sedap dan simple. let say ayam goreng? then telur sambal, nasi putih, sayur campur, dessert bubur ke..etc kan?
Budak2 tak akan akan suka mkn benda pelik..and ramai budak x berapa suka sayur hijau.
so patutnya derang ada 3 jam, why not duduk 15 minutes and discuss menu, get opinion, sesuai ke tak?, how realistik utk materialise kan benda tu..so sebenarnya merancang menu adalah sgt penting!
Masak nasi cendawan?? and end up masak pun x sekata..and berapa ramai org yg familiar dgn nasi cendawan, or berapa ramai org suka cendawan dalam nasi. dah le budak-budak..
if org tua yang dah biasa travel, bergaul dan byk pengalaman sure dah rasa banyak benda , so ayam kung pao idok le begitu asing betui tak??

Kumpulan merah memang bising lagi lagi ada che lah yg bagi derang macam nak glemer etc. But, semua org ada peranan masing-masing walauuu pun cuci lantai coz banyak task yg nak dibuat termasuk menjaga kebersihan.
eiiii..si dean yg pengusaha resort ke apa tuh,  very bitchy ok bila dia kata che lah tuh cuma nak masuk sbb nak glemer..
eii...dikkkk..nasib baik che lah tak cili molots kau tauuuuu!!
aku tgk kat forum ramai orang tak suka izyan dan Atiqah (bekas peramugari). sebabnya derang banyak cakap. eh..tapi agaknya dah derang je yg tak kering idea nak berckp dan ada je benda nak di komen, so krew pun asyik interview derang.
Tapi to be honest, aku mmg tak berapa gemar Atiqah. and dia ni mcm tomok kot, ada nyawa kucing ke apa org kata..asyik masuk elimination round tapi kuarnya idok le jua...kalau korang tgk masterchef celebriti, tomok masuk elimination 7 kali kot..hiks...

ok..talking about Che Lah..aku rasa dia ni kira bernasib baik dpt masuk dengan moto : I NAK BUKTIKAN, PEREMPUAN CANTIK PUN PANDAI MASAK TAWWWW.

oh Che Lah...sila buktikan!!!
dlm tu semua mcm x suka dia..mungkin ada lagi karenah dia yg kita tak nampak, sebab peserta lain yg nampak ye dok...
Tapi bg catz dia ni penyeri.
cara dia berckp walau kdg annoying tapi macam jujur tak dibuat2....
aku ada masa sukaa gak dia.
tapi kadangt tu geram ,...cthlah elimination challenge...
4 ke 5 bahan je ko boleh amik? org lain bolehhh je amik sampai 11 bahan..
iskk...geram pulak mak.
aku mmg agak, dia takkan akan keluar punya walauuu pun cuma masak ayam masak merah ala2 masakan rumah. chef tu ckp rasa menarik lah walau tak cukup bahan mcm nak jaga hati je...
and if Ikha pulak ayam tak masak..mmg kompem che lah tak keluar....
watak Che lah tuh duperlukan utk naikkan rating...so agakan aku mmg tepattt! che lah masih stay. Go che lah go!


3. Juri?
aww..mak sukaaa....papa joe garang, chef zubir? hemm...serious...ok lahh...and chef Adu..? mak sukaaaa.......hikhikhik (oh mintak pelempang kah?).
Chef adu yg stylo tu bg aku mcm tegas, tapi personality dia pleasent...
aww...mak sukaaa

episode last week. kelas master....iskk...Che lahhh...kau sajaaaa kan...aku hengat dia nak tanya soklan..ghopanya nak volunteer tolong masak...eiii............

sampai gabra gila si Chef Adu.. wakakakkaka.....and si Che Lah ni gelabah ke hapa, siap koyak nori tuh..wakakkaka.....
hemm....

 
hoo....

hhehe

 
ehemmm

 
rasa jgn tak rasa chef...

Ok lah..gabungan kukus ,  grill , panggang...

oh episode 2 mlm lepas yg nak rebut pin kebal iteww...isk..bosan sebab chef yg dijemput sgt poyooo..siap ckp harapan si Adly nak menang sgt tipiss..
and peserta mmg kutuk dia...kihkihkih,
siap buat gaya poyo ok..masa blend apa tah dia siap angkat blender goyang2kan dah mcm gangnam style..ikhkikh...kau kalau kena karen kang kejang kat situ kannnn..
Tapi serious bg aku dia bukan nak mengajar, tapi nak bertanding utk menang..and bak kata peserta dia cuma mengarah2 je..bukan mengajar..
last2 dessert kau tak set pun bila chef2 tu komen dessert dia tak set dan agak kemek.

yg si adly pulak...sungguh kesian, but kagum sbb dia tak putus asa, walau hidangan dia dah rupa mcm thousand island yg dihias dgn buah2an.


Malam tadi sesi memasak di Kilang Panasonic tu dah mcm sesi mengumpat satu sama lain pula..
hahahhaha..
Che lah..kenapakah kau begituuu..serious lah sikit Che Lah..
Go Che lah go!!


 

4 comments:

Zaila Mohamad said...

omaigod, sengih sorang2 saya baca bebelan you..tapi memang betul pon..Che Lah tu macam manje mengada kan..hihi

btw, selamat berkenalan:)

Anonymous said...

Kihkihkih,
aku suka komen ko che catz.

Lepas ni, kalau termiss ke nnt rancangan tu, aku harap dapat baca komen yang ko buat macam ni.

=)

-Dakpink-

Anonymous said...

catz, chef adu tu single mingle lagi ker...kdg2 nmpk ensem kdg2 mcm poyo jer...chef yg tua tu sape nama, dia tu suka sebut 'menarik' 'menarik' tapi tak makan ikan peserta.minat gak ngan che lah tapi ada sorang lagi tu budak sabah tatau nama aper.pun ok wat,dah lah cute, masak presentable lagi...catz ckp kt kwn u mestilah kena komen mane leh tgk pastu diam2 jer..eee skema sgt. ;)

Nora Azman said...

Best baca komen kamu hehe..tersenyum sendiri hehehe