Friday, June 29, 2012

Nama ku Bayu.


Aku melangkah longlai ke lobi hotel.
Letih...keluar dari loji pukul 6.30 petang...hem..closing work permit around 6.00 and had a short discussion with the focal person, briefing on tomorow schedule.
Cik adik manis receptionist tersenyum dari jauh dan terus menghulurkan kunci bilik.
Amboi..dah cam aku duduk bilik mana.
Aku minta towel card.
Cik Adik manis kata, " swimming pool tutup pukul 7.30 mlm cik"
Aku senyum je. "Takpe..saya nak berendam sekejap saja" sambil kerling jam..dah pukul 7 malam rupanya.
Aku bergegas ke bilik menukar pakaian.
Kuintai dari balkoni, oh pool dah lengang.


Aku nampak kakitangan hotel mengutip tuala dan menyusun kerusi, namun aku terus bergegas turun ke kolam renang. Badan rasa penat dan bekerja di bawah panas terik matahari buat aku rasa lesu. Muka pun macam terbakar rasa. Nasib lah sudah kusapu sunblock SPF 130 ha...walau muka macam udang rentung kena bakar, tapi idoklah tetiba muka aku jadik gelap cam lempeng hangus.Cuma rasa perit dan rasa berminyak, kalau kumpul minyak tu boleh buat goreng sotong goreng tepung.oh geli pulak membayangkannya.


Berendam nak berenang buat rasa letih dan panas hilang. Rasa segar bugar dan hilang sedikit stress. Ye laaaa...fikir pasal kerja esok lusa pun buat stress tahu.
Pukul 7.40 malam, petugas kolam renang menghampiri tebing kolam. " Cik!! dah lewat..."


Ye laaaaa...ok....
setengah jam main air rasa segar badan.
Ok..sekarang fikir nak makan apa untuk dinner. Kihhh.. makan aja kan?? Oh i deserve a good food after hard work for the whole day.


Aku bergegas naik, mandi, solat dan bersiap...
Hah..mana haaa nak pi makan? Aku dah bosan makan dekat kedai makan depan hotel. Ada dua kedai di situ. Zara dan satu lagi aku lupa nama. Tapi kedai yang kedua tu aku dah banned ya. Masakan dia pelik tak masuk akal. No wonder lengang aja selalu.Baik aku makan kat KFC kat  sebelah dia tu lagi berbaloi. .But KFC? oh tidak.....or should i have buffet dinner di restoran dalam hotel. Macam over sangat pula. Lagipun sorang, kurang seronok lah. And why should spend RM60 , padahal food yg masuk dalam perut cuma around RM20 je kot. Mode kedekut. Oh tidak. saya cuba berfikir secara realistik di situ.


Aku turun ke lobi, meninjau apa yang ada di Atrium Cafe...
Petugas di situ senyum-senyum..." Hi Cik..nak cuba cheese cake? Tapi harga ni off 50% lepas pukul 9."
Aku macam teringin blueberry cheesecake tu... " ok.nanti saya datang lepas pukul 9.hehehe"
 Aku duduk sebentar di lobi...Lobi yang cantik dengan segala pokok hiasan.


Aku bangun, melangkah ke tangga....to my surprise, aku ternampak orang yg macam aku kenal, menaiki tangga. Aku pandang, dia senyum kat aku.
Aku tak balas pun..buat muka kelat je..sapa ek? macam kenal lah...
Tapi dengan coverall warna biru dengan nama company, baru balik dari salah satu loji di p3tronas kot so tak susah aku nak ingat dia siapa.
Comot je muka. sure kerja keras, entah-entah kerja dalam confine space kot.
Cuma aku tak ingat nama.Lupa lah...tapi aku pernah jumpa dia baru-baru ni.
Tah.Eh, lantak le. aku lapar.
Aku memandu ke arah Kemaman. Mungkin boleh cuba makan di kedai makan sekitar kampung Meraga Beris atau kawasan yang sewaktu dengannya. Duduk sini, aku tak pasti nak makan sedap dekat mana. belasah je lah kan..so esok pi kedai lain pulak kan.
Aku selalu fikir, ni area kampung, makan murah dan jimat. Tapi tak rupanya. Sini rata-rata kedai makan adalah lebih mahal dari KL. Mak oi...kedai kau tahap gerai tepi jalan aja ok. Cuma yang extranya banyak lampu-lampu je, untuk menarik perhatian supaya orang berhenti. Tapi menurut kawan aku yang kerja sini, memang sini rata-rata adalah mahal. sebab?  kerana ini adalah zon bagi orang minyak.
Ok..orang kerja oil n gas industri. so otomatik derang fikir kau kerja dalam plant to cop duit gamaknya.
Oh..." lagi-lagi kalau kau pakai baju kuning.."  oh..lain kali  kalau pegi makan aku pakai baju kurung kedah dengan kain batik lusuh lah ye. Sure derang ingat aku ni Mak Aji  kampung mana tah yang malas masak atau gas habis dekat rumah. er..kena bawak basikal lah. Baru real gitu.


Aku berhenti di sebuah kedai yang agak meriah. Time gini, tiba-tiba aku rasa rindu gila dengan dapur aku.
lamanya tak masak. Aku teringin nak makan nasi dengan telur goreng , dan crooottt crettt  bubuh kicap manis. sedapnya. Tapi macam keji pi makan bersiap macam nak rak, pakai lipstik drive jauh-jauh  bagai tapi order nasik dengan telur goreng je.
Tapi aku teringinnnnn sangat. So  aku order air nenas, nasi putih, telur mata goreng dan sup kosong. Isk..aku nak kicap manis, tapi tak ada. rasa nak bentak-bentak kaki je. Lain kali simpan kicap dalam kereta tahu?
Adik yang hantar makanan cakap : " Diet ke kak??"  aku senyum je. Dalam hati cakap, "dikkk..ni bukan makanan orang diet dik.. ni makanan orang mengidam dah lama dapur tak berasap namanyaaa".

kih.

Tak kisah lah adik tu fikir apa. Aku dah bosan menomyam hari-hari ok. aku rindu dapur akuuuu!!
Aku rindu nak makan nasik goreng depan TV. Aku rindu nasik goreng sardin yg tah hapa2 tu dengan telur mata kerbau.


nasi goreng sardin



nikmatnya makan depan TV

ha-ha.
berangan ajalah cik Kiah.

Habis makan, mata pun dah kuyu.
Balik hotel.
Tapi tiba-tiba rasa nak makan benda manis...
Teringat cheesecake blueberry tadi.
Singgah di Atrium, lepak minum sekejap.


Oleh kerana dah lepas jam 9.00 malam, dapat le 50% diskaun.



Tak ramai sangat orang. Skrin besar menayangkan ulangan perlawanan euro 2012. Tah pasukan mana tah. Mungkin lepas lewat malam baru ramai orang kot, ada siaran live perlawanan.
Tapi gigih ke nak merangkak memalam buta ke sini sebab nak tgk LIve bola sepak.
Oh..baiklah mak tidur sebab esok pagi-pagi nak kena bangun. Kalah orang nak pegi noreh u ols awalnya tu.

Aku minta bil dan bayar.
Masa aku bangun dan berjalan ke lift, aku terserempak lagi dengan orang yang aku jumpa di tangga petang tadi.
Dia senyum.
Aku buat tak tau je...
DIa berjalan bersama sekumpulan mat saleh..maybe expatriat dalam team dia kot.
Mungkin baru balik makan malam dan bersantai minum-minum.

aku baru teringat..salah sorang muka mat saleh tu.

Kitarang satu kelas dalam course relate dengan hazard control.

hohhh.....dia lah yang selamba je bubuh kaki atas kerusi dan tidur kroih kroihh..kroihhh dalam kelas masa sesi tayangan video kemalangan di offshore platform.
kuang ajo kan.
kalau aku jadik instructor aku terbongkangkan aja kerusi dia.
Orang lain duk seram sejuk tengok tanyangan video incident dan accident , dia agaknya dah mimpi sampai kat ukraine ke Poland sana tah.
dah lah gitu, bubuh earphone kat telinga , sambil dengar lagu kot.
Instructor kata, derang ni dah biasa dah dengan benda gitu. And semasa salah satu incident besar berlaku di salah sebuah platform di perairan miri, derang baru je DEMOB  dari sana. so derang tau pasal kes tu.
Mamat Rusia tu salah sorang yang kerja kat sana, panjang lagi lah umur sebab masa tu derang dah berangkut balik.

Instructor kata, derang dah bosan kot follow course-course macam ni. Dan disebabkan oleh prosedur baru, setiap kontraktor , dlm  team tu mesti ada orang yg attend course ni sebagai salah satu cara untuk control hazard. Maklumlah, incident yg disebabkan tak ikut prosedur keselamatan atau human error boeh tahan gak bilangannya. Actually prosedur sama je mana-mana dalam Oil  & gas ni , cuma nak tau ko kompeten ke tak, kena lah sit exam lepas course 3 hari tuh.

Terkulat-kulat aku nak jawab soalan sebab aku 1st timer. Tapi org lain dalam kelas aku, tak sampai 30 minit dah blah, sebab agaknya soalan tu bagi derang alahaiii..senang sangat, cam soalan budak tadika kot.
Ralph , SHO dari im3, kejap aja dah bangun. AKu jeling gak kertas dia nak cek jawapan, and aku rasa derang pun tau yg mak ni adalah student tadika, makanya, sajalah ditayangkan sikit kertas jawapan tuh.
Geng-geng dari slumb3ger yg dah biasa serve sh3ll lagi lah.
macam kacang putih sajork.

Tapi aku pass gak ...bukan lah susah sangat kot.
Kadang tanya instructor, dia bagi jawapan terus.

oh ya..instruktor aku tu baik hati gila.
dan dia kan, jenis orang yang sgt jaga kesihatan.pi ngajar, dihangkutnya semua set herba life dia.
umur dah 62 tahun, kerja dengan Shell  lebih 30 tahun. Merata dia kerja, kat turkmenistan, etc..dan terakhir dia kat MIri.
AKu ckp, eh...tak lunch ke?
dia terus tunjukkan bancuhan herba life dia u ols.
idok le dia terliur dengan lauk ayam goreng kat bilik makan, sebelah kelas we ols tu.
"i'm now 62, and still look young and healthy. why should i put all those oily food into my body".

gulpp..

sikit lagi nak terpelanting ayam goreng yg aku baru nak gigit.

iskkkk.

eh..kesitu peginyaaa....
jauhnya aku menyimpanggg...

ok..ngantuk, balik bilik, tengok paper work sikit dan terus ZZZZZZzzzzzzzz...


PAGI.

Aku bangun awal, sebab pagi ni ada meeting.
siapkan slides presentation dan bersiap nak pi sarapan.
oh..here i come...nasi dagang ganu...





oh..nikmatnyaaa..makan nasi dagang menghadap swimming pool....
dua pinggan aku makan..niceeee!!!
Tapi nasi dagang primula lagiiii best...
tapi berpinggan-pinggan jugak aku makan.



" Nama ku Bayu.."

erk?

aku toleh tepi..

oh..orang yang aku terserempak banyak kali tu lah.

" Aku Bayu Rangga Aditya, bisa join?"

aku.." Bisa..bisa.."

Nama kamu?

" er...
melati keembong... Catz "


" Khatijah?" ujar Bayu.

"ehhh..bukan..bukannn...".

"Panggil aku Bayu" ujarnya pantas. "dan kau, bisa ku panggil catz"

"Enak ya..kamu enjoy hidangan nasi nya"

" ya..enak..eh sedap..sedap..cobak..."

"Bisa di cobak?"

er..bisa..bisa...

ehh..tiba-tiba lidah mak terus tukar tune.


" pukul berapa mula kerja?"  Bayu bertanya.

"7.20 selewatnya aku ke loji, kejar morning meeting at 8.am." aku membalas.

"supirnya jemput kamu ke sana?:

aku jawab pantas .." oh..enggak. aku drive kereta..."

Bayu berkerut " Kereta?"

"ehhh..mobil..mobil..."

hahaha..kereta tu dalam bahasa dia ialah keretapi. kihkih..mak drive keretapi u ols..

"Kamu?.." aku bertanya sambil menyudu laju ikan tongkol ke mulut.

" Kami ada supir yang menjemput. jam 7.30 nanti. Kamu kerja di Fasiliti yang mana?"

" oil crude terminal...dan onshore gas terminal..." aku jeling jam...dah 7.15 pg.

"offshore?", Bayu bertanya kembali

"ya.,..schedule Julai-Oktober..5 platform"

"Kamu bisa bekerja di sana?"  soalnya pantas..

"Bayu, aku udah kelewatan.... talk later yea.."

aku angkat beg dan berlari keluar dari restoran.

elehh...tu nak cakap..eh ko perempuan boleh ke pi buat keje macam tu?

welll....tangan yang menggoncang buaian bisa menggegarkan dunia u know..

and tangan yang dulunya menggentel kuih karipap bisa bekerja di mana saja.

ngerti?

bersambung...

Wednesday, June 27, 2012

Sedang Apa Dan Di Mana


 Kijal, Kemaman
  


Sedang Apa dan Di Mana - Sammy Simorangkir

Dulu selalu ada waktu untuk kita
Kini ku sendiri
Dulu kata cinta tak habis tercipta
Kini tiada lagi (lagi)

Sedang apa dan dimana dirimu yang dulu ku cinta
Ku tak tahu tak lagi tahu seperti waktu dulu
Apakah mungkin bila kini ku ingin kembali
Menjalani janji hati kita

Sedang apa dan dimana
Sedang apa dan dimana dirimu yang dulu ku cinta
Ku tak tahu tak lagi tahu seperti waktu dulu
Apakah mungkin bila kini ku ingin kembali
Menjalani menjalani menjalani janji hati kita

Mahal? Murah?


Hidangan makan malam :  Nasi putih, telur dadar, sup ekor, dan air nenas. Sambal belacan tuh kiranya complementary kot?

Aku memandu ke arah Kemaman dari Kijal. Di kiri kanan jalan, banyak restoran tomyam..
Mana satu eh?
Nampak ada satu kedai agak meriah.......menarik perhatian.
Terletak di area Kampung Meraga Beris.
Actually di Kerteh ni macam tak ada kot kedai makan femes yang org boleh recommend.
Banyak dah tanya orang, terutamanya yg berkerja di P3tronas.
derang kata..entah ek....
so bila malam je aku macam mati kutu...
tapi tak pe..kita sample lah segala mak nenek kedai makan kiri dan kanan jalan tu.
Dan aku beranggapan makan di area ni murah lah..area kampung.
Lunch biasanya aku makan kat area Paka.
Dinner sebelum ni aku makan je kat Zara, kedai kat depan Awana tu..tapi situ ramai sgt orang lah, terutamanya org yg stay awana.

So ke Kg Meraga Beris lah kita...

Aku park depan kedai...terdapat beberapa pelanggan sedang makan beriya...food pun derang order macam-macam.
sedap kot.

SO aku order menu kat atas.

Boleh tahan lambattttt nya service derang ni.

Sabo kiah.

setengah jam baru dapat makan.

makan cepat-cepat.

mintak bil.

untuk hidangan dia atas, aku expect dalam RM9.00 kot...

sekali tgk bil...RM14.50 .

oh..boleh tahan mahalnya.

aku cakap dengan kawan aku yg sesama keje kat petr0nas tuh..

dia cakap.."  Sini makan memang mahalll....lagi-lagi kalau ko pakai baju kuning".....

erk.

Tuesday, June 26, 2012

pujaan hati part 2 :ikan patin


 ikan patin gulai tempoyak



  dari sisi lain



kalau menghala ke Pantai Timur...saya suka kedai ni sebab ada kobis masak lemak putih, telur masin dan sambal belacan sedap.

Kesemua patin di atas berada di R&R Temerloh...lebuh raya pantai timur (LPT).
Dah macam wajib, sure lunch or dinner kat sini bila berulang alik ke sana.
Ada label, patin buah dan patin errr..apa eh? bunga? sangkar?
Hampir kesemua kedai telah kusample...
Jalan-jalan cari patin.




journey


Lebuh raya Pantai Timur (LPT)


on the way to satar sampling..


Awana Kijal beach


Pendam -Shahir

Aku yang mengejar bayang cinta
Kian terbiar
Terpendam kata
Tak terungkap selamanya

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati
Aku yang mengejar bayang cinta


i know. keeping secret will make me lonely.

i missed my kitchen!

Dah lama dapur cik kiah tak berasap....
Rasa rindu gila nak masak...nak hiris bawang.. (oh..gelinya... aku ke yang tulis ni...)


Lalu di suatu hujung minggu yang permai..aku bukak peti ais...
banyaknya tumbuh-tumbuhan  dalam peti ais aku...
bawang aku dah tumbuh subur keluar daun.....
Aku teringin gila nak makan nasik lauk sambal sardin...
siap masa drive, dah terbayang-bayang balik nak masak (tapi end up makan kat kedai mamak jugok..
dasaarrrrr.....)
so..gagahkan diri masak sambil kemas, vacum dan mop seluruh rumah hujung minggu lalu..



sambal sardin


kuah kicap...tuang atas nasi dan telur dadar tuh...ohhh...syorgaaaaaa....

ahirnya saya makan tiga pinggan sambil bermaraton desprate house wife.

so anda? berapa pinggan??

Monday, June 25, 2012

Meeting AJK Kampung Banana




Aku nak letak nama Kampung Pisang, tapi macam cliche sangat kan.
So aku letak nama Kampung Banana lah ya.


Aku tak tau kenapa nak tulis pasal peristiwa ni, tapi untuk share dengan kawan sekampung saya kot.
ye, kawan saya tu katanya malas nak datang mesyuarat.
Jadi selain buat lintas langsung, aku buat catatan ni. (kalau ko tak bubuh komen jaga kau ye KUCING GEMOK).


u know who u are . mak warning nih.


Aku duduk kampung Banana ni belum lama sangat, adalah dalam 3 tahun lebih kot.
Al Kisah, aku join le AGM pertama Kg Banana ni  tahun 2009 kot.


Aku duduk sini pun sesekali je. sebab aku kadang-kadang duduk kat kg Tembikai dan Kampung Kobis.
Tapi actually suka je dengan Kampung Banana nih. Sementelahan adalah pelaburan yang bagus kerana tiba-tiba Kg Banana ni femes sebagai penempatan orang Arab, derang siap bukak kedai runcit and kedai makan. International gituh. ye lahh, cashier kat kedai Kg Banana ni pun import dari Myanmar katanya.
Antarabangsa sangat lahh.


Ok..nak dijadikan cerita....  (wah..macam cik Kiah berselendang sangat gaya tulis tuh)..


 Kg Banana nih katanya dah 3 tahun tak buat AGM. idok le diketahui kenapakah begitu.
Aku pun bukan le amik pot sangat. Tak terpikir pun sebelum ni.


Suatu hari....(Bulan April 2012 )..

aku balik dr outstesen..nampak notis..katanya ada mesyuarat penduduk.
Aku pun pegi la...
oh....mesyuarat tergempar katanyaaaaa.....
Oh..ding dong ding dong..yang datang adalah dalam 20 org penduduk kampung.
Aku heran gak..napa yg datang cuma 20 ketui je....bersama kanak-kanak yg ramai (anak derang le kot).
hoo....ni golongan PENDUDUK KG PRIHATIN  (PKP)  katanya.
so dilantik lah AJK kampung Palsu  ..yg heran, xde pun undi ke hapa..main lantik2 sesama depa je. aku tengok je..sebab tak kenal pun.
Yang paling vokal sekali kata,, ok..sapa jadik Pengerusi?  (Padahal mmg dia yg nak punnnnn), so org kata, you aja lah. Terus dia ckp.. " saya bukan gila kuasa, tapi saya nak menegak kan kebenaran, ok..saya jadik pengerusi". Dan seterusnya dia melantik bini nya dan kroninya menjadi AJK KG BANANA pelesu  (AJKBP).

Kemudian, agenda nya ialah meluahkan perasaan tidak puas hati.
PKP kata, the existing AJK kg Banana melakukan penyelewengan... (entah ye tah tak?)
dan acara seterusnya ialah kutukan dan mengadu domba berbaur hasutan.

Kemudian sesi amik kedatangan, kerana katanya nak diminute kan. katanyaaaa Pengerusi dan segala AJK kg Banana menyeleweng duit yuran maintenance.

(kelas tak kg aku? siap bayar duit maintenance everymonth. kg kau ada??)

DANNNNN..rupanya senarai kedatangan akan dijadikan bukti bahawa penduduk kampung telah memperotes dan akan dijadikan kononnya mcm petisyen lahh..dan dijadikan dokumen sokongan bg membuat REPORT POLIS.

eeii..lahhhhhhhhhhhh?????????? 

Aku jumpa few penduduk berbasa basi, dan mereka  kata eh u tak join FB kampung Banana?

oh...ada ek?  (dalam hati tengah pikir sibuk nak pi kedai mamak mkn capati dgn teh o ais)..

setelah bersuraiiii.....aku telah drive ke restoran mamak berhampiran sambil nak men-digest maklumat sambil mengunyah capati bersama kintang dan hirupan teh o ais (eh..sedut lah..sebab guna straw).


so..aku pun join la FB group Kampung Banana.


Seterusnya..

Berlaku macam-macam peristiwa.
Kereta kena pecah di beberapa parking lot.
Yang nampak beriya berkumpul ialah PKP.
aku tak tau apa-apa.Balik dr Masjid aku tanya ..'en pengerusi AJKBP, ada apa ni?"
DIa jeling je kat aku kerana sdg sibuk bercakap dengan AJKBP yang lain.

So...ada yg ckp.." alaaa..ni tektik ni...macam nak pilihanraya..so group ni sabotaj group sana, utk dipilih jadik AJK Kampung Banana".

So macam-macam versi cerita dan sebagainya dan menimbulkan perasaan kurang senang.

AKU tengok gak kadang2 FB Kampung Banana tu...
Yang aku nampak...hanya group-group AJKBP saja yang sibuk meroyan di situ..
antaranya mengutuk2 existing AJK Kg Banana. Menuduh pengerusi AJK Kg Banana songlap duit 50k, mengadu domba dll. Disamping itu mereka juga menjual kerepek, karipap dan sbgnya di FB itu.
Selain itu mereka berkempen macam-macam lah...
Oh ya...kononnya mereka ini prihatin. so mereka sibuk mencanang bahawa ada rumah kena sita sbb tak bayor cukai pintu, dll. prihatin lah sangat?? puiiii.

Setelah itu..pada akhir Jun, iaitu semalam..makan berlangsunglah AGM.  (AGM ni asyik tertangguh kerana juruaudit bertauliah yg dilantik utk mengodit akaun Kampung Banana tak siap lagi) and tah beberapa masalah lain gamaknya. 
lantok le kan.

oh ya..pada 2-3 hari sebelum AGM, AJKBP sibuk berkempen supaya diadakan pre AGM dikalangan penduduk bersama AJKBP. Kononnya utk membincangkan usul. eleh..ke nak kempen supaya undi u ols wahai AJKBP.
koserrrrr......
aku pun kat kerteh time tu....and tidaklah seruan itu mendapat sambutan. siap nak buat meeting  malam sebelum AGM tuh..kehekheeeeeeeeee......aku rasa hampir seluruh kampung tengah sibuk tengok cerekarama Bibah Lori kot.
Idokleh koser nak turunber pre AGM.

23/6/2012.

AGM Kampung Banana. (10.00 pagi)

Agenda..
1.ucapan pengerusi AJK kg Banana
2.Pembentangan Akaun
3.Pembubaran AJK Kg Banana
4.Perlantikan AJK kg Banana yang baru
5.perbincangan usul
6. Jamuan tengahari dan bersurai.

Pada pukul 9pg, masa aku nak pi kedai mamak Salam, aku nampak AJKBP sedang bermesyuarat kat play ground kat area jongkang jongkit. tgh buat strategi supaya AJKBP akan jadik AJK Kg Banana sebenar sebentar lagi kot.

Aku terus pi kedai mamak sarapan.

So..around pukul 10.30pg mesyuarat baru nak start.

Penduduk diasingkan kpd dua bahagian...yg layak mengundi dan tak layak mengudi.
Yang belum melangsaikan yuran maintenance/ada tunggakan TAK LAYAK MENGUNDI dan TAK LAYAK JADI CALON.

So...gitu lah kan.katanya ada dalam akta COB ke menda tah.

Wakil pemaju yang juga adalah jawatankuasa bersama memulakan mesyuarat.
cantik orangnya. Nama dia Ketty Perry (bukan nama sebenar).

Cik Ketty Perry bersuara..

Asalammualaikum...bla..bla..terima kaish tuan puan...kita hari ini...bla..bla..mesyuarat..

Tiba-tiba Pengerusi  AJKBP bangun.

" Cik..saya rasa..kita tak boleh buat mesyuarat ni..mengikut akta...bla..akta...akta....bla..bla...bla...
akta....prong..prang..."

Cik Ketty Perry jawab : " Kita di sini akan bermesyuarat, menjernihkan keadaan...bla..bla...meeting...bentangkan akaun....lantik AJK baru...bla...bla.....menjernihkann.."


Pengerusi AJKBP bangun lagi..

" U..bla...bla....AGM tak boleh...EGM ya....bla..akta...akta...apa-apa pun kita ikut akta...ikut akta..."

Begitulah berbalas-balas cakap tak sudah...

aku yg duduk dekat dgn AJKBP bangun pindah duduk tempat lain.
Menyampah ok.

Kemudian mula lah pihak AJKBP meninggikan suara..cakap jerit-jerit macam org tak civilised langsung. REMPITS lah sangat gayanya.

Penduduk yang lain cool je...diamm...so berlaku perbalahan mulut antara AJKBP yg ala2 rempit tuh dengan AJK Kg Banana yang berada di depan.

ANNOYING!!!!

Cik Ketty Perry kata.." Encik...sapa nama??? encik ni layak ke mengundi? encik rumah unit mana?"

Pengerusi AJKBP .." saya mmg tak layak mengundi   rumah tu isteri saya yang beli...and ada tunggakan maintenance...saya mewakili penduduk...kami tak nak bayar sebab tak percaya dah pada AJK Kg Banana.".

CIk Ketty Perry .."  Nampaknya yg banyak ckp yang tak layak mengundi, kalau ikut sini, yg tak bayar maintenan tak ramai pun..so knp encik kata wakil penduduk??"

Pengerusi AJKBP.." Boleh tunjuk, klaus mana kata, tak bayar maintenance tak leh undi, takleh jadi calon?"  hah????

Cik Ketty Perry pun bukak buku undang2 kerajaan tempatan ke menda tah.....

Kemudian...geng2 AJKBP ala2 rempits bangun sekor2 and ckp jeritt..
ada sorang bangun dan really jerit2 marah....dan buat tuduhan melulu....

memang macam beruk ok!!!


Penduduk lain diam je  and bangun seorang penduduk lelaki:


" Encik, kita di sini nak bermesyuarat...bukan nak bergaduh. Bagilah peluang AJK kg Banana ni mulakan mesyuarat, bentangkan akaun, kemudian bubar AJK kg Banana, dan lantik AJK baru. If encik nak jadik calon pun bolehhhhh...if ada isu, boleh raise nanti.if encik asyik menggangu perjalanan mesyuarat..bila mesyuarat nak mula? asyikkkk ckp pasal akta etc.kita ni nak meeting utk selesaikan masalah bersama, jernihkan keadaan, lantik AJK Baru yg lebih berkaliber..."


Aku memang dah hangin.

aku bangun dan cakap:


" Encik Pengerusi AJK Kampung Banana Pelesu (AJKBP) , boleh tak hormat semua orang dalam dewan ni? Kami mahu  bermesyuarat ok! bukan bergaduh. Encik dan AJKBP yang lain menggangu mesyuarat. Cakap terjerit macam orang tak civilised...u looks like rempitsssss ok!!! tolong respect org lain boleh?  . Orang kat sini tau menilai sapa boleh jadik leader or sapa beruk. u asyik berkempen memburuk2kan AJK kg Banana dalam facebook, then u tubuhkan AJKBP sbg konon2nya prihatin and kata AJK kg Banana songlap duit, mengadu domba dan kata u mewakili penduduk? hellowww..penduduk mana tu? we ols tak bongok ok. hanya group u dan AJKBP saja yg meroyan dalam facebook dan kata perihatin....Encik..kami ni org yg bertamadun...kami tau sapa yg layak jadik leader, sapa yg beruk. so..boleh tak u dan group u diam, dengar mesyuarat dan berckp nanti semasa bentang usul. kami kat sini takdelah bangang dan tak faham  yg u and your group ada benda tak puas hati. Tolong hormat kami dan penduduk lain. Dont waste masa orang."

hoh.. puas hati aku.

So mesyuarat pun berjalan.Memang ada ajalah gangguan dari geng AJKBP tuh. A nnoying sungguuuuuhhhhhh.

AJK kg Banana juga menunjukkan laporan polis tentang pecah amanah seorang kakitangan management dan surat akuan pelaku pecah amanah tersebut.

see....sapa yg songlap duit???

AJKBP terkejut lah...coz selama ni derang asyik tuduh pengerusi AJK Kg Banana yg songlap duit.
haa..kan dah malu.

sampailah masa pembubaran AJK lama.

Then kena lantik Pengerusi sementara untuk menjalankan perlantikan.

Penduduk setuju yang Cik Ketty Perry jadik pengerusi sementara dan cik Salina Gomez jadik pencatat (setiausaha).

Ok..masa nak bincang pasal calon mencalon ni berlaku pertikaman lidah lagi. sebabnya AJKBP demand supaya yg ada tunggakan bil maintenance boleh mengundi dan boleh jadik calon.
"Kami dah ada line up kami yang akan menggantikan AJK Kampung Banana"-----> katanyaaaaa..

setelah perbincangan...yg ada tunggakan bil cuma boleh mengundi, takleh jadik calon.

so mesyuarat nak mula semula..


TIBA-TIBAAAAA...

Geng AJKBP (ajk palsu) bangun..

" Untuk perlantikan, kami nakkk ada pengerusi sementara"


Ehhhhhhhhhhhhhhhhh.....

Beruk sangat kau nii...kan dah lantik tadiiiii...kau tak dengar ke??

Tu laaa..org mesyuarat kat depan, korang duk mesyuarat kat belakang....vanganggg...

and u know wut??

Derang nak sebenarnya Pengerusi AJKBP pelesu yg chair the session...dengan harapan, sbg pengerusi, dptlah kuasa veto supaya calon korang menang, or the pengerusi pelesu itself yg akan jadik Pengerusi baru...

banyakkk cantikkkk muka kauuuu!!!

ko ingat kami ni vangang cam korang ke???


so berlaku macam2lah peristiwa semasa nak pengundian etc..and ditimbulkan geng2 AJKBP rempitssss tuuuhhhhh...

and finally...penduduk dapat mengundi...

and percubaaan untuk membawa calon mereka gagal kerana tak bayar duit maintenance. ngok!

dan ada sorang calon  geng derang dapat undi cuma 4 sajork..yang angkat tangan pun geng rempits tu jugokkkk....so...sebenarnya yg derang cakap kami dah ada line up....kami ni wakil penduduk yg tak puas hati tu apa ke jadahnyaaaa kan????

puiii.,...!!!

sebenarnya u ols je yg tak puas hati,.and ckp..." SEMUA penduduk tak puas hati.."

geng u ols je yg tak puas hati kan.

kami aman-aman sajork.

hellowwwwww...

we ols ni idok le peghak sangat tak reti membezakan orang.

walaupun u ols berkempen cam nak rak kat FB memburuk2kan AJK kampung Banana dan fitnah2 mereka..kami ni diam je malas nak join u ols meroyan kat FB. Coz kami tak nak jadi setaraf dengan kevangangan u ols tuhhhh....

So akhirnya, AJK kampung Banana yang baru dah ditubuhkan.Tidaklah geng rempits itu dapat merampas kuasa.

Encik-encik rempits, u fikir..dengan kelakuan u ols tu ...ckp terjerit2 dlm meeting, kutuk2 org dalam FB kampung Banana, dengan cara pakaian u ols yg dtg meeting selekeh berselipar dan asyik ganggu perjalanan mesyorat like beroks, kami ni nak undi ke??


Nehi...nehiii..!!!!!

namunnnn...pengerusi AJK pelesu tuh tetaplah meroyan lepas meeting....

so..kecewa gila lahhhh ye...kerana...plan u ols tu dah backfire u ols senirik.

bak kata kawan mak..beruk tetaplah beruk..they flocks together...

now...FB tu dah sepi....

idok semeriah sebelumnya....

kan dah malu.

kang nak kuar rumah tutup muka pakai tudung periuk ok.

daa....peace.


err..yg warna tulisan warna oren tu aku cakap dalam hati je. Takut gak kang geng rempits pancitkan tayar kete aku.

Minum petang...

Friday, June 22, 2012

Pujaan hati


Nasi dagang pujaan hati , Awana Kijal, Terengganu

Antara breakfast pujaan...aku teringin gila nak mkn nasi dagang dekat gerai tepi-tepi jalan tapi tak berkesempatan sebab awal pagi kena keluar pi keje...
teringin gila makan nasi dagang, nasi minyak, nasi kerabu, nasi ayer dan pelbagai pujaan tekak di sebelah pantai timur ini.


perjalanan pergi keje...awal pagi..


oh..mereka bukanlah mat rempit yang merempit menyongsang arus kerana di kejar pak polisi.
Pemandangan biasa di awal pagi , bergerombolan pekerja yg bekerja di oil n gas  dan chemical plant dan yang sewaktu dengannya di area kerteh ni..
aku pelik mula-mula.
u-turn ada banyak tapi ramai yg langgar peraturan dengan amik u-turn dan melintas ke arah yg tak sepatutnya. senang kot.,short cut.sebab banyak plant kiri kanan, so sukatik je kau nak lintas macam ayam, janji sampai . gamaknya la...
(dalam plant ke main safety first, PPE segala cam kena balut, tapi atas jalan on the way pi keja balik keja..pftssss.....)
tak paham? tak paham sudeh, tak penting.




proses penggelembungan.
pipi aku dah naik 2 kilo kot. penangan nasi dagang berpinggang-pinggangggg..
ye.mari kita salahkan nasi dagang.

 panjat.....tercungap makcik. tapi tetap menten macho cik kiah. padahal..
pftssssssss....oksigennnnnn plissss...

pandangan dari atas tangki crued oil. kalau nak buat kambing golek panggang, tu haaa..bubuh je dalam api kat hujung tuh..kompem crispy sampai ke tulang dalam masa 1 minit.


at work

air tebu pujaaannnnn hati!!
air tebu asli yang tak campur air...dan murahh..
RM1 / cup.
saya lah pelanggan tetappppp...



during lunch, drive ke sini, minimum 2 bekas aku beli...gluk..gluk..gluk...srottttt!!  sroottt!!
habisssss...

kayuhhhh dan tergolek.
dah lama tak kayuh basikal..but its fun!
senang nak bergerak dalam plant..
(ok..tipu..aku cuma naik beskal utk amik gambo je.kih)


ABC pujaan hati di Mesra Mall

aku rasa ianya adalah ABC asli yang sedap.yang bukan di bubuh segala aksesori tak perlu.
org yg buat tanya, nak special? icecream 2 scoop.
aku terus jawab..

Nehiii...!  nehiii!!! no ice cream..keep it simpe....!

relaxing...after work

ok..tipu. almost everyday balik lewat....


soak myself in the pool..hilang penat dan kepanasan.


soak myself in the bath tub

lepak and paperwork time..


nite nite ols..

Life is a journey, sometimes sour, bitter and sweet.
just go on.

Saturday, June 16, 2012

Nasi dagang dan selipar pantai

i was away for working holiday..
sometimes its reallllllyyyyyyyyyyyyyy good to be away from office...

on the way to beach resort...

  
beach...food..swimming...read lots of book..selipar..
M-A-K-A-N

the first thing i could imagine was NASI DAGANG PRIMULA..

relaxing..

yoo,....! this is one of the best nasi dagang on earth...berpinggang-pinggang i makan setiap hari.
the gulai ikan is to die for!
err..chef  primula beach hotel..if you read this...boleh tak bagi ai resepinyaaa.....
hari tu nak tanya maluuu....PLEASE!!
sama je rasa since 2-3 years ago..maintain sedap...

and pagi petang siang malam makan keropok.
ok..sos sangat sedap, plus kat sini orang dah goreng dan hidang, kau tinggai ngappp....
ada orang tegur, aku macam jakun gila makan keropok..
hellowww...kat rumah kau kena berpanas depan kuali.sini tinggal makan tahu..

 lunch buffet

 i wonder what is this.
Macam bubur sum-sum benda putih tu..tapi bubur sumsum makan dengan air gula,
yang ni makan dengan sambal ikan (hok benda kelabu tu sambal ikan).
apa nama dia?

 pi makan sotong goreng tepung dekat gerai berhampiran dataran syahbandar..deretan gerai seafood.
gila besar sotong, dua ekor.
sampai laaa ni aku macam rasa ada sotong berenang dalam tekak aku..
isk..mentekedarah sangat.


selipar, beach, books..and a bag of kuaci...
nice..i wish i can do this everyday..
tunggu duhets tumbuh kat pokok..
kan.

Wednesday, June 13, 2012

who do you think you are??

Pantai Kemasik, Kerteh, Terengganu. June 2012 



"Jar Of Hearts"

No, I can't take one more step towards you
'Cause all that's waiting is regret
Don't you know I'm not your ghost anymore
You lost the love I loved the most

I learned to live half alive
And now you want me one more time


And who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are?

I hear you're asking all around
If I am anywhere to be found
But I have grown too strong
To ever fall back in your arms

And I've learned to live half alive
And now you want me one more time

And who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are?

Dear, It took so long just to feel alright
Remember how to put back the light in my eyes
I wish I had missed the first time that we kissed
'Cause you broke all your promises
And now you're back
You don't get to get me back

And who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
Don't come back for me
Don't come back at all

Who do you think you are?

Who do you think you are?

Who do you think you are?