Monday, December 9, 2013

KLIA - Paris - Munich - Berlin ..episode : Luggage...luggage..!



 Puff..puff..puff...

Kringgg...kringgg....

AKu: hellow..!
Raja T : Catzz...oii...ko kat ner..we ols dah sampai...dah wrap bag dah ponnnn...!
Aku: on the wayyyy.....
Raja T : Cepat laaaa ( aku dengar kat back ground suara Cik Bee cakap...hoi  ..otw ke baru tutup pagar rumah catz oiiiiii..!!)

Ya bener....
Aku bukan nya tgh tutup pagar rumah, tapi duk  sibuk menyumbat bag..tgh packing lagi u ols.
Aku sampai rumah dari office pukul 7.30 ptg. Memang aku belum packing sebab tiket penerbangan aku  baru je confirm pukul 2.00 ptg tadi (setelah 2 hari berdrama dengan travel agent).
so macam half hearted je  nak pegi.
Nasib baik Cik Z sudi menghantar aku KLIA which is dia gelak-gelak tengok aku packing .
Yelah..aku packing sambil mengamuk sebab marah diri sendiri buat keje last minit.lepas tuh macam semua benda melompat keluar dari beg.
Itu pun sempat aku suruh Cik Z singgahkan aku kat kedai depan rumah sebab nak beli sekilo beras nak bawa.. aku bawak travel cooker , sardin so boleh la main masak-masak nanti.
And beg aku sendat gila sampai tak tau kat mana aku nak sumbat sepeket beras tu which is i believe aku boleh je jolok je (Istilah Raja T) ke dalam beg sapa2. After all makan sama - sama ye dok.

Aku bertolak ke KLIA tergesa-gesa.. takut gak kena amuk dengan derang sebab lambat.hihihiihi.
sampai depan pintu departure...campak beg atas troli dan lariiii ke dalam. siap jinjing sepeket beras tadi u ols. ko mampooo??

Tapi yang leganya dah  check in tru web site. Teddy buatkan.

aku check phone ..laa..flight MHXX  delay 30 minit. lega jugok. Ada 2 jam setengah lagi..so wrap beg dan beratur nak buat bag drop. panjang jugak line. Raja T bermurah hati bawak jaket panas aku dalam beg soping dia..legaaa. hihihih.


Aku,  Teddy (Bukan Teddy Bear) , Raja T  dan Cik Bee  bertolak dari KLIA menaiki penerbangan MHXX A380 ke Paris pukul 12.20 mlm.
Kami dapat duduk kat deck atas. seronok pulak. first experience naik A380. Walaupun Raja T kata kami duduk kat dapur (belakang) sebab most area deck atas utk business class.kelas ekonomi sikit je di belakang , tapi tetap selesa.

Kami duduk asing-asing sebab check in asing-asing and masa kat kaunter mintak nak duduk sekali seat dah penuh.
so pasrah le duduk dengan sapa pun.
After all this is traveling kan. 


AKu duduk seat tepi dengan Albert. He is half french..half German. Ramah je dia tolong naikkan beg aku ke ruang letak beg. A380 ni aku rasa tinggi gila kot ruang letak beg nya..even aku angkat tgn beriya..aku takleh cecah pun.
 Hensem nok si Albert nih sampai Raja T wutsapp aku nak tukar seat dgn aku,,pftttt,...wakakakak..Bolehhh...boleh belah ye.
Ko duduk le dgn Teddy yea kat belakang.kihkihkihhhh.
DIa cakap dia bercuti ke Malaysia 2 minggu.Pi KL, Sabah, Sarawak but it seems not enough to explore Malaysia in a very short period. He will come back soon.
This is  second time he visits Malaysia.First time hampir 20 tahun yang lalu when his father came here for business trip.
Dia cakap Malaysia really changed.
Aku tanya dia buat apa kat swak tuh..
dia ckp dia pi tgk gajah..pi sabah tgk orang utan etc.Nasib la aku pernah pi buat aktiviti bermesra dgn org utan kat Sepilok nok..kalau tak camno lah aku nak sembang pasal orang utan..gajah..

ok lah....for them tentulah tgk binatang tuh spesel.
Si Albert ni kerja and duduk London tapi seminggu 2-3 kali dia pi paris sebab second office dia di paris.Ni kira sampai  terus masuk office kerana flight kami dijangka sampai around 6.40 pagi waktu Paris. Kami berborak  pasal pucuk midin la..sambal la..nasi lemak la..laksa sarawak la...Penang la...beach la..and tah apa lagi sampai bosan dan supper was served. aku makan apa tah..nasik ke apa..lupa.

Lepas makan memasing membuta tutup mata.

Penerbangan hampir 13 jam tak lah terasa sgt sebab terbang waktu malam.

sarapan pagi dihidang 2 jam before landing.
pilihan samada nasi lemak or omelete.


Albert cepat2 cakap nak nasik lemak coz he can find omelete anywhere kata dia. Dia cakap dia memang suka nasik lemak.
Pukul 6.30 pagi sampai di paris.

Keluar dari kapal terbang, terasa dah suhu dingin walau dalam bangunan terminal.
Kami melalui pemeriksaan imigresen yang ringkas dan terus masuk ke balai berlepas satu lagi kerana nak catch up flight to Munich.




 Beg kami dah tag siap2 ke Berlin, so tak perlu bawa keluar luggage.
Plan asal terus ke Berlin. Tapi Luftansa batalkan penerbangan terus ke Berlin dan gantikan dengan penerbangan lain lalu terpaksa transit di Munich.



Sementara menunggu kaunter Lufthansa bukak..we ols bukak le bekalan makanan. Sunyiii je  masa tuh..dalam pukul 7.05 pagi..kedai-kedai pun tak buka lagi. roti kelapa aku mkn. sedapnyaaa.


sesambil tuh duk le amik2 gambar. Dan masuk waktu subuh..solat. solat kat situ2 je.pandai2 le kan.

Pukul 8.00 pagi baru dapat boarding pass dan 8.30 kami dah beratur  boarding.
8.50pg kami fly ke Munich...

 Ready to continue our journey to Munich

oh actually Teddy dah arrange bag kami semua akan sampai terus ke Berlin, tapi  risau jugak actually so kami remind officer kat kaunter tuh pasal beg.
Dia  kata no problem.Dia confirmkan arrangement.

Sampai MUnich..kami ada 30 minit  je terus lariii ke balai berlepas utk ke Berlin. dah macam amazing race pun iye gak.
Tadi duk fikir..if flight delay abeh lah...tapi derang tunggu kot sebab tu kira connecting flight utk ke Berlin.

Sampai Berlin (Tegel airport) , tak perlu pun lalu imigresen sbb kira mcm domestik flight je.


Kami  pi tempat amik beg.Tunggu beg..tak lama..beg aku sampai..beg Cik Bee sampai..Beg Teddy sampai...
lamaaa gak tunggu..eh dah sampai giliran beg dari frankfurt. Tapi beg Raja T tak sampai lagi.
Kami semua gelisah... Raja T dah muncung ..masing-masing tak sedap hati.
OK..memang tak ada.
Kami boleh jangka benda mcm ni berlaku..possible je berlaku benda gini.
So pi office Luftansa report utk track beg tu kat mana.
Legaaaaa.
beg tuh ada kat Munich...if kat Paris lagi haruuu.
So derang janji ptg atau malam beg akan dibawa dari Munich ke Berlin (mcm KL pi bangkok gitu jarak penerbangannya).

Tapi at the moment tak delah rasa teruk sgt sebab kami dah pesan antara satu sama lain. Bila travel..mesti letak satu set baju,food dalam hand carry bag. tujuannnya if benda mcm ni berlaku lah.
So Raja T cakap..aku ada semua benda..tapi t shirt satu je. Catzz..pinjam t shirt ko...
Masalahnya kan noks..t shirt mak nih kecik2..ko pakai macam macam sosej terkepit kot (bukan lagi sarung nangka).

Oh ya..di airport kami beli tiket..2 days pass yg boleh diguna utk naik train..bas utk 2 hari. Harga dalam 21 euro. kira jimat lah sebab karang nak pi Airport Schonefeld nak ke Swiss (Euro airport) pun naik train dekat sejam.
So pass ni kira menjimatkan expenses bas dan train. Jalan2 karang naik train pun guna pass nih lah. Beli kat mesin yg terdapat di luar airport. Mesin tu ada orang jaga, so if tak reti or tak faham, boleh tanya je.



Kami nak bas ke Meininger hotel nih..yg terletak sebelah central train stesen, Berlin Haupthahnhof (macam KL central lah).


stesen Berlin Haupthahnhof
Meriah sangat dalam ni.
Hotel yg terletak sebelah train station
Hotel penginapan

Hotel ni sekangkang kucing je dari central train station. nak naik bus pun stsen bus dekat2 hotel nih.

Ok..basically ni budget hotel..tapi sgt cozy.
Bilik kecik, tapi selesa ..bersih.Bilik air besar. sangat selesa.
Ada guest kitchen.
So boleh masak di sini.
If malas, nak breakfast bayar je 5 euro, ada buffet brekfast. merasa lah kau macam arnab makan salad dn roti-roti je.
Dalam ni ada bar jugak. cantik.ada skrin besar. Lobby hotel pun cantik.,

 Guest kitchen
 fridge..yang ditulis.. no alkohol drinks allowed. so u could place  food , drinks dalam ni.sebelah tu ada mesin basuh..kena bayar 5 euro .


lobby tempat lepak. Raja T kuang ajo..dia cakap Catz, ko mcm tengah host kan rancangan selamat pagi Malaysia or Malaysia Hari ini duk situ pose cam tuh.

Raja T paksa aku pose depan Guest kitchen

dapur ni ada pintu. masa second day, aku masak nasik goreng..aiyoo..bau sampai ke  lobby kot sbb dapur ni sebelah bar and cafe.
cepat2 staff hotel dtg bukak tingkap kecik kat dapur tuh.
Mana tak semerbak u ols..aku tumis  rencah nasik goreng..dengan sardin. perghhh..tak ke semerbak satu German baunya.kehkeh.



Ni meja dapur. cantik and sweet je setting nya.
Masa baru sampai..excited tgk dapur cantik dan ada semua kemudahaan dari kitchen utensil sampai lah garam, gula, minyak, sabun pencuci..pasta..choclat..teh .kopi serta pinggan dan periuk belanga.
Tapi duk excited tuh..megi yg kami masak. lapar gila kot.
Masa ni baru macam pukul 3.30 ptg kot.
Tapi nak gelap dah...dan sejukkk hingga ke tulang.

so lepas bershkan diri..makan..kami jalan-jalan.

Si Raja T duk lah risau pasal beg dia dan kami dah pesan dgn org hotel yg ada beg akan dihantar ke situ. Balik dari jalan2 takde pun lagi beg nya.
Si Cik bee amboiii....kemain dia dgn baju tebal bulu-bulu dia..sedondon dari atas ke bawah.
* oh actually cik Bee= Cik Bulu-bulu.make it short Cik Bee.hahhaa. so we called her Cik Bee. (hik!).Sebab nyaaaa dia suka pakai benda berbulu2 gituh.
 
aku rasa bulu mata dia pun sedondon kot. motif??
dah gelap dah masa kami kuar jalan2 dalam pukul 4 ptg. Motif nak bergaya sakannn...hahhaha.
Gigih betul kan.
(berapa banyak binatang mati kat leher dia yg dililit mafla bulu2 tuh). Binatang apa aku tak sure.

Kami jalan-jalan ikut kaki dan peta kat tangan. Untung gak duduk sini sebab ada byk gak tourist attraction yg kita boleh pegi jalan kaki.

Teddy dgn Cik Bee balik awal. Teddy sakit kepala katanya. angin kot..sejuk dan perut pun mungkin tak cukup kenyang.

AKu dgn Raja T jalan-jalan kat stesen keretapi tuh. Macam Kl central..ada kedai..ada suermarket..ada pharmacy  dan macam2 restoran. McD, piza hut, fish n chips, kedai kebab, Asian Gourmet, starbucks..dan mcm2 coffee shops.

Mula aku pikir nak balik masak..tapi....malas laaaaa. Padahal tadi dah beriya ckp nak masak kannnn?? Cik Bee dah ckp siap2 tak reti masak and malas. aku cakap..cik Bee oi..kita bukan nak buat rendang ke..masak lemak cili api  daging salai ke...kerutub kambing ke.. murtabak daging itik ke..mee bandung muar ke..mee udang mak Yah Kuala Sepetang ke....Kita cuma bukak tin sardin campok dalam periuk je kot...cik Bee sengih2.

Makan jelah kedai kebab. Kami jumpa kedai kebab halal. Food macam2...
so kami order set nasi yang ada salad dan ciken. harga dalam 8 euro. dan order kebab ayam utk Teddy dan Cik Bee. Kebab tu sebesar lengan aku kot. so mkn dua org pun tak habis.
AKu share makan dgn Raja T sambil sembang-sembang. Tak habis pun..portion besar gilaa.



set nasi

 cantik kedai kebab ni
 tempting sungguh tgk
 yummm


nyummmmsss


Portion sgt generous dan di beri pulak roti..utk dimakna dgn set nasi dan ciken tuh...

comel tak tangan Kak Ton..?

Esok pagi tuh aku masak nasi goreng utk sarapan pagi dan rebus nasi impit utk mkn mlm dan bekalan
untuk ke Basel dan Luzern Lusa. Aku simpan dlm fridge. Bunyik mcm kg.com kan..tapi ini penjimatan dan sedap pun sedap..hehehhe.makan nasi impit dgn serunding dlm cuaca sejuk...soooo deliciousss.

Oh ya..masa kat bilik kami keluarkan bekalan makanan masing2..rasanya mmg cukup urk makan 4 org selama at least 10 hari.
Bag Teddy yg aku wonder berat sgt tuh rupanyaaa..penuh dgn food. segala benda dia bawak.Berat gila kot macam bawak batu bata. tapi dia mmg teror packing..baju semua dalam vacum bag.
kami mmg share2 food. Dari beras ke junk food kami bawa.Air soya pun ada u ols. Memang terbaik lah bekalan kitarang.
AKu bawak travel cooker yang memudahkan bila stay tmpt yg takde dapur.

Malam tuh, aku dgn Raja T lepak dapur..baut air panas..borak2.
tiba-tiba...!

Luggage!... Luggage..! Lisa receptionist kat kaunter dtg  jerit2 hampir lompat lompat.Aku rasa masa tu baru pukul 9 mlm kot. Tapi mcm rasa pukul 12 mlm.

Rupanya beg Raja T sampai. org Luftansa hantar.
Agaknya Lisa perasan kitarang lepak kat dapur.Beg sampai terus dia pi dapur bagitau.
legaaaaa rasanya.
Cuma pemegang beg patah.
takpelah.
janji selamat dah.
legaaaa..
kembang2 idung Raja T.

bersambung....



7 comments:

anna hashim said...

mmg best baca..hehehehee

NenetPenne (NP) said...

mek, kau melancong lagi ke mek??
uwaaaa mak is jeles...

Mama Miraki said...

Suka baca...cepatlah sambung

Anonymous said...

i suka berlin, dah gi 5 kali. kat sana sgt senang nak makan, kedai turki bykkkk! love Berlin Haupbhanhof,mcm2 ada kat situ kan? sempat tak gi merayau2 tgk xmas markets? xmas market diorg sgt2 happening!

AZNI BINTI MAT ISA said...

Assalamualaikum catzs,
walau pun kak tenggelam timbul but when i'am in a high mood of blogging, blog catzs antara yang feveret. You always remind of me my eldest born ika yang gila2 berdikari and peka dgn surrounding. Good job of you yg nikmati kehidupan yang positif. take care always!

NEKCIK said...

Seronok uols ye..klau nekcik muda ndak gak join uols...keep on traveling

Anonymous said...

Catz smbglh lg, x sbr nk bc!