Thursday, May 29, 2014

Part II: Great Hall Market ,Fovam Ter, (Nagyvasarcsarnok) Budapest

Aku tak tulis ikut turutan mengenai trip budapest ni, tapi aku tulis mana yang aku rasa nak tulis.
Nak cerita semua tak berdaya.
aku akan buat beberapa entry yg aku ingat.
 
Salah satu tempat yang aku pergi adalah pasar.
ye pasar u ols.
Sebelum pegi sini, aku dah baca dalam travel forum dan aku rasa ni tempat yg must see n must go..
Aku ke sini menaiki bas hop on hop off line kuning yang melalui Fovam Ter.                                                                                   

 
 
Macam-macam nama aku tgk dlm internet.
Ada yg kata Budapest's Central Market, ada yg kata Great Market Hall, Grand Market Hall - Nagyvasarcsarnok (dlm bahasa Hungary) . Great indoor market Hall etc.
Tapi tak kisahlah. Yang penting aku nak sampai sini.
Ia merupakan bangunan bersejarah juga di Budapest. Asalnya dibina pada tahun 1896 dan melalui pelbagai peristiwa, terbakar dan direstore pada tahun 1999.
 
Ia merupakan market indoor yg terbesar di Budapest. Ia terlepatk dkt bghn Pest bandar budapest.
 
 
 
 
time dia beroperasi adalah seperti berikut: Aku copy dari website kat internet.
 
Monday: 6 am to 5 pm
Tuesday through Friday: 6 am to 6 pm
Saturday: 6 am to 3 pm
Sunday: Closed 

Paying for Purchases
Vendors at the Great Market Hall accept cash (Hungarian forints). You can also use your credit card, which may come in handy if you spy a more expensive souvenir you can't live without.  
Restrooms in the Great Market Hall
A pay restroom is located on the top floor of the Great Market Hall. It will cost you a few forints to enter. Have coins ready.  

How to Get to the Great Market Hall
The Great Market Hall is located on Fővám tér at the Pest side of Liberty Bridge.
Trams: 2, 2A, 47, 49, stop Fővám tér
Buses: #15 City-busz and trolleybus #83, stop Fővám tér
Metro: The nearest metro station is at Kálvin tér on the M3 blue line
Hop On Hop Off :  Line kuning , stop no 15 kot (nanti aku updet).
                           Bas berhenti kat dpn Liberty Bridge tuhh..

Market ni merupakan tempat yang menjadi tourist attraction. Ianya bangunana
3 tingkat.
So kalau u ols cari soviner, tingkat 2 dipenuhi kedai soviner dan segala kraft tangan org hungary dan juga gerai menjual makanan.Ada gerai jual langos (local delicacies) pelbagai jenis sosej , pastry dll.
1stt floor dipenuhi gerai sayuran, pelbagai hasil tempatan, buah-buahan, cheese, ikan, roti , meat, pastry, wine dan pelbagai jenis paprika (lada) yang besar-besar. amboi..warna warna u ols..saya sgt sukaaaa...
 
Dekat sini, ada jual hurka, hungarian liver n blood sosej. susah nak cari katanya dan di sini murah. tapi kat dalam ni mmg ada jual sosej besar-besar..hhahaa. aku tak beli lah kan.
 
 
 
Tapi berjalan dalam ni macam-macam kita boleh tgk specialities org Hungary.
Kalau tak beli apa-apa pun aku suka je jalan-jalan kat sini. Seronok tgk macam-macam benda dan sayur mayur yg segar.
Aku beli roti di supermarket kat tingkat bawah sekali. murah je..satu dlm 15 sen kot. beli 3 dan makan utk alas perut. sedap gak walau roti kosong. Dan aku beli jus untuk hilangkan dahaga.
Kenyang. Alhamdulilah.Takdelah aku jalan dalam kelaparan.
Masa aklu berjalan, aku mmg make sure aku tak lapar supaya ada energy dan badan taklah gigil nanti. Bila kita berjalan, sekurang-kurangnya kita kena tahu jaga diri sendiri.
 
 
Ini di tingkat 2 di mana terdapat segala mak nenek soviner dan kraft org hungary.Aku ronda-ronda perlahan dan tgk-tgk barang mereka.
 
cantik
 
 
                                                           
pelbagai alas meja, fridge magnet..perhiasan kaca.
Taklah murah pun utk kita. Tapi kalau pandai menawar, dapatlah harga terbaik.
                                                         
cantik-cantik
 
miowww...
 
 
 
ada juga barangan kulit. kalau nak beli pandai-pandailah menawar harga.saya beli sebuah beg kuit dgn harga 22 euro. Harga asal adalah 30 euro
 
cantik-cantik juga beg-beg disini
 
soviners
 
 
soviners
 
 
Ini bahagian food stall. Macam-macam ada. If nak rasa langos boleh la kat sini, tapi since aku nampak mcm2 toping termasuk daging, tak rasa nak beli pun.
 
Langos dan pelbagai Hungarian Delicacies
 
 

Nanti aku buat entry pasal langos. Aku beli sekali kat street market.
 
 

ok..kita ke tingkat 1 di mana segala sayur mayur, pastries,  paprika, wine, sosej, telur, dan pelbagai produk tempatan di jual.


Palbagai buah-buahan dan lada bagai


ni trademark sini, hungarian punya specialities, paprika. Dijual dalam bentuk serbuk yang dipaket cantik atau dikeringkan.
 


cantik-cantik paketnya..
 
 
some people [elik kot sebab aku suka amik gambar benda gini kat pasar. Tapi saya gembiraaaa je..

pelbagai jenis cheese
 

Seronk berjalan nkat section ni. warna warni 
 


pelbagai jenis produk sayur dan paprika

ha kiah..aamik gambo jgn tak amik...

 gemuk-gemuknya asparagus..

 
 besar gial lada nih...rasa nak gigit u ols..
 
 
kawan aku tanya kenapa nak amik gambar dgn sayur lobak2 tuh semua. aku ckp jarang aku dpt pegang lobak yg ada daun nih..hhahaha...jakun mak. Feduliks kan. I sukaaaa 
 
geramnyaa...nak cili?

bit root    radish yg cantik

lada nak??? basically ianya adalah lada yang dikeringkan. cuba kita pi dapur.. amik lada kering tuh dan ikat-ikat macam ni..hhahhaa.
takde koje kan.
 
i'm in pasar hungary yewww..jom beli..
 

sooo hungary....
 
cantik cantik packagingnya, tapi aku tak beli pun sebab tak tau nak masak apa dgn paprika nih..

hungary specialities anyone??
 



Seronok dapat pegi pasar ni..antara perkara yang paling aku ingat seanjang trip ni..
nanti aku tulis lagi...
ye.aku nak tulis pasal langos nanti.
 



Wednesday, May 28, 2014

Part 1 : Welcome to Budapest

Aku sambung tulisan mengenai trip yg baru lalu.

Ada yang bertanya..kenapa aku tak tulis trip Paris - Berlin - Switzerland - Rome -Vatican City winter yang lalu.
Nantilah ..aku cari masa.

Alasan sibuk dah tak berapa relevan buat masa ini.

Now aku tulis dulu  trip paris -Budapest- Vienna - Bratislava - Prague




Aku ke budapest menerusi Paris.Naik A380 sungguh selesa. MH021.Duduk upperdeck dengan cabin crew yang sungguh ramah dan generous. Nanti aku dedicate satu entry untuk mereka.

Hai Jimy..Hai Hairy/ Hezry  (A380 KLIA-PAris)... thanks u ols for jus, nasi lemak, croisant yg jadi bekalan makanan kami di airport!!  Moga Tuhan membalas baik budi u ols.Nanti aku letak gambar derang dlm ni.

Sampai di paris lebih kurang pukul  7.30 pagi waktu tempatan.
Sampai je, melalui pemeriksaan imegresen dgn mudah dan terus ke terminal 2 untuk bersedia penerbangan.
Masa ni lapar. Makan nasi lemak ehsan Jimmy...sedapnya sambal udang . makan sambil lunjur kaki di terminal 2.
Sambil tuh kami berehat..berjalan-jalan utk kill time.


seterusnya. Easyjet  Paris - Budapest.


Sampai di lapangan terbang Budapest (lupa apa nama airport, nanti aku updet), kami menaiki teksi (minivan) ke hotel penginapan  di bdr budapest. Aku beratur dan beli tiket. Tambang lebih kurang 5900 Hungary Forrint (HUF). Bukan dalam ringgit malaysia,..hahah..5900 boleh beli 5 bijik peti sejuk u ols. 
Dalam euro lebih kurang 24 euro. Lepas tu kena tunggu turn , ada kaunter menunggu dan paparan disediakan. tgk no  tiket dan bila ia dipaparkan, keluar untuk dapatkan minivan tersebut. Sangat sistematik. Tapi buat aku keliru sbb fikir dah ada tiket pegilah keluar, rupanya tak. Menunggu di tempat yg selesa. gelisah juga  benda yg sistematik ni kadangnya. Tunggu around 20 minit...
agak sejuk cuaca diluar , musim bunga di sini.

Tak lama tu, no tiket aku dipaparkan, dan pi lah berjalan keluar heret beg dan minivan dgn no yg tertera tadi. Mudah kan.
Beg aku sgt berat rasanya. Mungkin dah tak ada tenaga setelah travel berbelas jam  dari KL ke PAris dan menunggu beberapa jam di Paris ke Budapest.
Perjalanan 25 minit terasa lamaaa sgt sbb tak sabar nak sampai hotel dan luruskan badan atas katil.





Sedikit maklumat Mengenai Budapest:
 
Budapest merupakan bandar besar dan merupakan ibu negara Hungary.
Orang Hungary menyebutnya sebagai " Boo- dah-pesht".
Budapest merupakan antara bandar yg unik di europe dan menyediakan banyak tarikan seperti architecture bangunan. Oleh kerana pemancdangan yg menarik ia digelar "Paris of the east".
Pada tahun 1987, Budapest telah disenaraikan dlm UNESCO World Heritage kerana ciri kebudayaan dan archiutecture bangunan yg unik , terletak di tebing sungai Danube.

Budapest dikunjungi 2.7 juta pelancong setahun.Ia merupakan kota yg terbahagi kepad dua bhgn iaitu Buda di bhgn Barat Sungai Danube dan Pest di bhgn timur sungai. Bandar Budapest berkeluasan 525km persegi dan dihuni oleh lebih dari 3.3 juta penduduk dan kian bertambah tiap tahun.Merka boleh berbahasa french, russia dan english juga selain bahasa mereka sendiri.



map menunjukkan keududukan Budapest


 

Hotel penginapan, Novotel Budapest    

Sampai di hotel, rasa kelaparan. Aku cepat-cepat keluaran travel cooker dan bekalan makanan yg lain. Macam-macam aku bawa. Milo 3 in 1, biskut, roti, mee segera, beras, kicap, paste kari, rendang brahims, serunding, sambal ikan bilis, sardin, junk food dll.

Aku nak mudahkan hidup aku selama 2 minggu.Memang ada research ttg restoran halal, tapi malas aku nak bersusah payah cari restoran halal. Kalau jumpa aku makan, tak jumpa , nak senang guna dan makan ajalah apa yang ada.Dulu-dulu bila travel aku mmg rajin cari. Tapi rasa mcm malas now ni, semata2 nak kenyang perut, makan apa yg ada lebih mudah.

Bagi aku hidup ni tak perlu nak rumit sangat, sementelah lagi berada di negara orang.
Travel cooker yg telah  berjasa sejak tahun 2009 memang akan ikut ke mana-mana saja.


Aku masak nasik yg mengambil masa lebih kurang 15-20 minit. Oh yaa sebab dah lapar sgt , aku masak bihun tomyam segera. amboi..sedapnya makan sejuk-sejuk nih.Nasik dah masak, aku pindahkan ke bekas lain dan masak lauk pula. aku tuang paste kari , buh air sikit dan panaskan. Keemudian masukkan ikan masin dlm kuah kari tuh...hahhaha....u ols bayangkan ajalah kelakar tak aku masak kari ikan masin dlm trvael cooker tuh...
kat rumah pun aku tak masak gitu kot.
Penat perjalanan hampir 24 jam. Aku luruskan badan setelah minum jus.leganyaaaaaa. banyak gak brg dlm fridge..jus, buah  dll. Jus 3 kotak tu staff MAS bagi. hihi

Setelah bersihkan diri aku makan nasi.
sedappp gila makan sejuk-sejuk.nasi suam, kari dan kicap. yummmssss...
Lepas tu..baring...tgk tv sambil belek-belek peta bandar budapest.

...hhhaahaaha....ZZzzzz.susah jugak nak tido mulanya.
Tapi lama-lama tertidur jugak. Kepenatan.

Esok pagi-pagi aku bangun awal sangat. 4 pagi dah bangun kot.
Pagi ni kami sarapan croisant, milo panas dan jus oren.
Croisant yg jimmy bagi.. satu plastik kau.
hemm.....nice.
lepas tu sambung golek-golek...syoknyaaaaa dgn perut kenyang.
syoknyaaaa bercuti kan.
hemmm,,,bestnyaaaa...

Pukul 8 pagi, baru rasa nak keluar jalan-jalan.
Hujan turun renyai-renyai....
 Keadaan basah.....
 


 Welcome to Budapest

 Aku bercadang untuk menaiki bas pelancong,,,hop on hop off ...so aku dapatkan informasi dengan kakitangan bas yang bertugas di bus stop.Ada pelbagai bas yg boleh kita naik. Nak naik tram pun boleh. Boleh beli budapest kad kalau nak.Budapest ni besar dan aku memang tak larat nak jalan kaki je. tourist attraction jauh-jauh jugak kedudukannya.Dgn masa yg singkat, naik bas hop on hop off aku rasa mudah dan tiket termasuk tiket boat sekali.Boleh naik 2 kali..siang dan malam untuk menyaksikan keindahan chain bridge. Tiket pun boleh digunakan 2 hari.jadinya berbaloi.



 antara bas pelancong untuk sight seeing

 dengan bayaran 24 euro , kami boleh naik bass utk 2 hari dan naik boat.


 
 pemandangan sekitar budapaest city

 jambatan yang femes di budapest, Chain Bridge

 Chain bridge

 musim bunga


 sekitar budapest

 hot chocolate utk hari yg dingin

 cukor = sugar

 Banyak lagi catitan yg akan saya tulis.
catatan ke great market hall...boat cruise di Sungai Danube...makanan org hungary.
dan lawatan ke tourist attraction lain...
nanti saya sambung

 hotel ni bersebelahan shopping mall..

 nasi dan sambal sardin

lobi hotel