Wednesday, May 28, 2014

Part 1 : Welcome to Budapest

Aku sambung tulisan mengenai trip yg baru lalu.

Ada yang bertanya..kenapa aku tak tulis trip Paris - Berlin - Switzerland - Rome -Vatican City winter yang lalu.
Nantilah ..aku cari masa.

Alasan sibuk dah tak berapa relevan buat masa ini.

Now aku tulis dulu  trip paris -Budapest- Vienna - Bratislava - Prague




Aku ke budapest menerusi Paris.Naik A380 sungguh selesa. MH021.Duduk upperdeck dengan cabin crew yang sungguh ramah dan generous. Nanti aku dedicate satu entry untuk mereka.

Hai Jimy..Hai Hairy/ Hezry  (A380 KLIA-PAris)... thanks u ols for jus, nasi lemak, croisant yg jadi bekalan makanan kami di airport!!  Moga Tuhan membalas baik budi u ols.Nanti aku letak gambar derang dlm ni.

Sampai di paris lebih kurang pukul  7.30 pagi waktu tempatan.
Sampai je, melalui pemeriksaan imegresen dgn mudah dan terus ke terminal 2 untuk bersedia penerbangan.
Masa ni lapar. Makan nasi lemak ehsan Jimmy...sedapnya sambal udang . makan sambil lunjur kaki di terminal 2.
Sambil tuh kami berehat..berjalan-jalan utk kill time.


seterusnya. Easyjet  Paris - Budapest.


Sampai di lapangan terbang Budapest (lupa apa nama airport, nanti aku updet), kami menaiki teksi (minivan) ke hotel penginapan  di bdr budapest. Aku beratur dan beli tiket. Tambang lebih kurang 5900 Hungary Forrint (HUF). Bukan dalam ringgit malaysia,..hahah..5900 boleh beli 5 bijik peti sejuk u ols. 
Dalam euro lebih kurang 24 euro. Lepas tu kena tunggu turn , ada kaunter menunggu dan paparan disediakan. tgk no  tiket dan bila ia dipaparkan, keluar untuk dapatkan minivan tersebut. Sangat sistematik. Tapi buat aku keliru sbb fikir dah ada tiket pegilah keluar, rupanya tak. Menunggu di tempat yg selesa. gelisah juga  benda yg sistematik ni kadangnya. Tunggu around 20 minit...
agak sejuk cuaca diluar , musim bunga di sini.

Tak lama tu, no tiket aku dipaparkan, dan pi lah berjalan keluar heret beg dan minivan dgn no yg tertera tadi. Mudah kan.
Beg aku sgt berat rasanya. Mungkin dah tak ada tenaga setelah travel berbelas jam  dari KL ke PAris dan menunggu beberapa jam di Paris ke Budapest.
Perjalanan 25 minit terasa lamaaa sgt sbb tak sabar nak sampai hotel dan luruskan badan atas katil.





Sedikit maklumat Mengenai Budapest:
 
Budapest merupakan bandar besar dan merupakan ibu negara Hungary.
Orang Hungary menyebutnya sebagai " Boo- dah-pesht".
Budapest merupakan antara bandar yg unik di europe dan menyediakan banyak tarikan seperti architecture bangunan. Oleh kerana pemancdangan yg menarik ia digelar "Paris of the east".
Pada tahun 1987, Budapest telah disenaraikan dlm UNESCO World Heritage kerana ciri kebudayaan dan archiutecture bangunan yg unik , terletak di tebing sungai Danube.

Budapest dikunjungi 2.7 juta pelancong setahun.Ia merupakan kota yg terbahagi kepad dua bhgn iaitu Buda di bhgn Barat Sungai Danube dan Pest di bhgn timur sungai. Bandar Budapest berkeluasan 525km persegi dan dihuni oleh lebih dari 3.3 juta penduduk dan kian bertambah tiap tahun.Merka boleh berbahasa french, russia dan english juga selain bahasa mereka sendiri.



map menunjukkan keududukan Budapest


 

Hotel penginapan, Novotel Budapest    

Sampai di hotel, rasa kelaparan. Aku cepat-cepat keluaran travel cooker dan bekalan makanan yg lain. Macam-macam aku bawa. Milo 3 in 1, biskut, roti, mee segera, beras, kicap, paste kari, rendang brahims, serunding, sambal ikan bilis, sardin, junk food dll.

Aku nak mudahkan hidup aku selama 2 minggu.Memang ada research ttg restoran halal, tapi malas aku nak bersusah payah cari restoran halal. Kalau jumpa aku makan, tak jumpa , nak senang guna dan makan ajalah apa yang ada.Dulu-dulu bila travel aku mmg rajin cari. Tapi rasa mcm malas now ni, semata2 nak kenyang perut, makan apa yg ada lebih mudah.

Bagi aku hidup ni tak perlu nak rumit sangat, sementelah lagi berada di negara orang.
Travel cooker yg telah  berjasa sejak tahun 2009 memang akan ikut ke mana-mana saja.


Aku masak nasik yg mengambil masa lebih kurang 15-20 minit. Oh yaa sebab dah lapar sgt , aku masak bihun tomyam segera. amboi..sedapnya makan sejuk-sejuk nih.Nasik dah masak, aku pindahkan ke bekas lain dan masak lauk pula. aku tuang paste kari , buh air sikit dan panaskan. Keemudian masukkan ikan masin dlm kuah kari tuh...hahhaha....u ols bayangkan ajalah kelakar tak aku masak kari ikan masin dlm trvael cooker tuh...
kat rumah pun aku tak masak gitu kot.
Penat perjalanan hampir 24 jam. Aku luruskan badan setelah minum jus.leganyaaaaaa. banyak gak brg dlm fridge..jus, buah  dll. Jus 3 kotak tu staff MAS bagi. hihi

Setelah bersihkan diri aku makan nasi.
sedappp gila makan sejuk-sejuk.nasi suam, kari dan kicap. yummmssss...
Lepas tu..baring...tgk tv sambil belek-belek peta bandar budapest.

...hhhaahaaha....ZZzzzz.susah jugak nak tido mulanya.
Tapi lama-lama tertidur jugak. Kepenatan.

Esok pagi-pagi aku bangun awal sangat. 4 pagi dah bangun kot.
Pagi ni kami sarapan croisant, milo panas dan jus oren.
Croisant yg jimmy bagi.. satu plastik kau.
hemm.....nice.
lepas tu sambung golek-golek...syoknyaaaaa dgn perut kenyang.
syoknyaaaa bercuti kan.
hemmm,,,bestnyaaaa...

Pukul 8 pagi, baru rasa nak keluar jalan-jalan.
Hujan turun renyai-renyai....
 Keadaan basah.....
 


 Welcome to Budapest

 Aku bercadang untuk menaiki bas pelancong,,,hop on hop off ...so aku dapatkan informasi dengan kakitangan bas yang bertugas di bus stop.Ada pelbagai bas yg boleh kita naik. Nak naik tram pun boleh. Boleh beli budapest kad kalau nak.Budapest ni besar dan aku memang tak larat nak jalan kaki je. tourist attraction jauh-jauh jugak kedudukannya.Dgn masa yg singkat, naik bas hop on hop off aku rasa mudah dan tiket termasuk tiket boat sekali.Boleh naik 2 kali..siang dan malam untuk menyaksikan keindahan chain bridge. Tiket pun boleh digunakan 2 hari.jadinya berbaloi.



 antara bas pelancong untuk sight seeing

 dengan bayaran 24 euro , kami boleh naik bass utk 2 hari dan naik boat.


 
 pemandangan sekitar budapaest city

 jambatan yang femes di budapest, Chain Bridge

 Chain bridge

 musim bunga


 sekitar budapest

 hot chocolate utk hari yg dingin

 cukor = sugar

 Banyak lagi catitan yg akan saya tulis.
catatan ke great market hall...boat cruise di Sungai Danube...makanan org hungary.
dan lawatan ke tourist attraction lain...
nanti saya sambung

 hotel ni bersebelahan shopping mall..

 nasi dan sambal sardin

lobi hotel

2 comments:

:: CIKVIVA :: said...

Hi..catz,
Best kan pg tempat sejuk..hehe
Budapest sy igt kat mane, rupanya kt Hungary. Ada citer korea baru yg tengah on kat cenel skang The Stranger Doctor, pun shooting kat Budapest. Heroin jatuh kat Chain Bridge tu..hehe

Unknown said...

Woow ada tgk citer tu...so ms pg tu brpa lama waktu siang n mlm kat sana??