Tuesday, May 27, 2014

Chesky Krumlov - UNESCO World Heritage- catatan ringkas perjalanan


 Pandangan sekitar Cesky Krumlov dari lensa kamera saya


 Jauh perjalanan aku ke mari.
Hasr at untuk menaiki kenderaan awam ke sini terpaksa dipadamkan.
Naik bas kena menempah tiket beberapa hari awal dan naik train memakan masa 4.5 jam dan kemudian kena menaiki teksi pula. aku tgk beberapa alternatif di lamana web dan forum.
Sehari sebelum ke sini, aku sudah bertanya sebuah agent pelancongan. katanya, aku datang saja esok hari untuk join trip. Pukul 9 mereka bertolak , jadi aku sudah berkira-kira untuk dtg seawal 8 pagi.
Ia terletak di Old Town Square, Prague. Berhampiran astronomical clock yang terkenal.
esoknya untuk heavy breakfast , aku masak nasi dan sambal ikan masin, makan dan aku bersiap ke Old town square.
8.30 pagi, kaunter agent tersebut  bukak.aku bertanya tentang perjalanan ke Cesky Krumlov.
Dia kata tak sure if derang boleh pegi sebab setakat time tu cuma 2 org yg nak pegi.. Atleast kena ada 4 org.kos seorang adalah dalam 62 Euro untuk daily trip.
Alamak...how la...
org tu kata tunggu sampai 9.15pagi untuk confirm trip.
Aku jalan-jalan sekitar old town square seorang diri. kemudian duduk minum jus dan mkn croisant.
saja kill time. aku beli sebijik lagi croisant dgn harga 45Kc,  dan beli air mineral utk bekalan , 35Kc. Dan aku sebenarnya ada bawa megi cup perisa kari dan air panas dalam flask.Selain itu ada snek yang aku bawa kemana2..biskut. Incase aku lapar atau tak jumpa kedai yang aku boleh makan.
Aku merasa bahang matahari di dataran Oldtown. aku duduk  bersendirian sambil letak jaket atas kepala berhampiran pondok agent yg terletak berhampiran deretan kedai barang berjenama.Matahari makin naik dan suhu sejuk spring pagi tadi makin terasa hangat walaupun dingin terasa sedikit.
Aku berfikir, if tak dapat ke cesky krumlov, apa aku nak buat.
Mungkin boleh naik kenderaan awam ke...dan bermalam di sana.
Atau join  trip-trip lain yang tertera dalam  brochure yang aku pegang.
Ke kilang kaca ...yg buat pelbagai produk  menggunakan kristal bohemian..
1 jam je dari prague...maybe...takkan aku nak jalan-jalan sekitar old town je..pi kedai souviner atau pi mall. Bosaannnn kot.
 
 
" That lady wants to go..ask her".
 
Aku dengar suara agent tu bercakap dengan seseorang.
 
Aku angkat kepala dan dia melambai aku.
Aku melambai semula dan bangun menuju ke booth agent tu.
Agent tersebut berkata " Dia ni nak pegi Cesky Krumlov. Termasuk u baru 2 org, sorry, kami terpaksa cancel trip. u ols bincang la cari alternatif lain kalau masih nak pegi".
 
sedihhhh.
 
cam no nihhh.
Aku bersalam dengan J, seorang warga Australia.Kami berkenalan  berbasa basi.
Oh dia baru sampai prague dua malam lepas dan menunggu 3 org rakannya yg sedang travel dgn back packer group. Dari prague meraka akan ke Budapest lusa. Telan air liur aku bila dia bg tau dia stay sorang  kat hotel XYX  mengadap Charles Bridge dgn kos 400 euro satu malam.
Tapi dia akan tinggal di hostel di Budapest sbb kawan-kawan dia travel as backpacker.
But dia nampak sgt humble dan mudah mesra dgn aku.
DIa tanya aku if betul-betul nak pegi Cesky Krumlov.,
Ehh..mestilah.
DIa ckp, nak tak share teksi dengan dia ke sana.
AKu ok je. tapi berapalah kot kosnya ..perjalanan hampir 3 jam tentulah mahal.
Dia keluarkan telefonm dari poket dan call hotel dia dan calll number yang tertera pada brochure kat tangan dia. BEST TOUR ke menda tah.
DIa cakap...dia nak travel ke cesky krumlov , 2 org termasuk aku.....boleh tak buat arrangement.
 
Kami bernasib baik.
Ada satu group pelancong akan bertolak dalam 10 minit lagi. Siap ada tour guide. Derang ada dekat area New town sebab jemput beberapa org kat hotel.
Mini bus.
Kami tunggu depan  kedai Cartier, berhampiran booth agent pelancongan tadi.
Dalam 15 minit jugak tunggu. sambil tu kami borak-borak.
Oh..dah merata benua J ni travel. Paling aku jeles, dia cakap dia travel 7 hari atas cruise kat Alaska.
Amboi...seronoknya....merata dunia dia travel.
 
15 minit kemudian, Mini bus BEST TOUR datang. Kami say hi pada tour guide dan naik atas bas kecil.
selesa sangatt.
Cuma 6 org je..dua org pelancong jepun, 2 dari rusia dan 2 dari US.
termasuk kami 8 orang.
Bas bergerak mengelilingi bandar prague sambil Martin menerangkan pelbagai perkara yang menarik.
 
Martin ni agak luicu kata-katanya, so kami tak bosan.
20 minit kemudian, kami sudah keluar dari Bandar Prague, melalui pelbagai pemandangan indah, jambatan  dan lain-lain.Pndangan hijau dan kuning...
 
Kami berhenti di sebuah stesen minya dibandar kecil setelah sejam setengah perjalanan. Aku lupa apa nama bandar tuh. nanti aku update, toilet stop dan ramai yang minum kopi . aku bersembang-sembang dgn Martin, tour guide kami.
Dia tanya aku ni dari Indonesia ke? dia ckp typical yg pakai tudung macam aku ni Indo.
Aku cakap aku dari Kuala Lumpur, Malaysia. Dekat dgn Singapore.
kami bersembang2 hal tour ..aku sesambil tuh belek-belek magazine yg dijual.
Hem..majalah2 18SX dijual secara terbuka. And boleh tak sebab aku ni tak pernah tgk majalah mcm tu, aku ambil sebuah majalah dan tgk apa dalam dia.
hahhahaha,..
terkejut beruk mak tauu (fefeeling inesesn sangat..ekekekekek).
Nasib baikMartin dah blah masa tu...
 
20 minit lepak situ, kami meneruskan perjalanan.
sejam lebih kemudian kami sampai di Cesky Krumlov.
Acaranya jalan-jalan kat area old city, masuk istana, lunch, dan aktiviti bebas.
Kami semua excited.
Temapt ni termasuk salah sebuah UNESCO world Heritage.
Tgk kat internet gambar-gambar sangat cantikkkk...
Mini bus kami stop dkt hentian dan kami semua bawa personal belonging ikut Martin jalan kaki.
Mak oiiiiii..
ni hahhhh..
 
mendaki u ols... cam nak mampoih aku...
J tunggu aku sambil kerja MArtin n group yg lain.
Derang jalan mendaki steady je.
aku..mmgh takde stamina.
and why la on earth bus tu tak hanto je kami kat pintu pagar istana kat atas bukit tuh..choiii


jalan naik ke old town dan castle.
 
Mencungap-cungap aku.
J tetap tunggu aku n dia mcm heran kenapa aku mcm lemah sangat. Konon travel sorang-sorang.hahhaa
Martin dan group sesekali berenti tunggu aku.
Aku ckp dgn J..takpe..keep walking, tapi dia nak tunggu aku jugak.
Alhamdulilah aku jumpa insan mulia yg bertimbangrasa. walau baru kenal 3 jam lalu, dia amat ambil berat jugak.
 

 
Bila sampai dalam kawasan ni..rasa berbaloinya aku rasa usaha penat gigih aku mendaki tadi...
 
Ok..aku macam malas nak tulis,..haha..so aku tulis sikit2 lah.
 
Cesky Krumlov ni actually sebuiah bandar lama yg sangat cantik, dibina masa kurun ke 13.
Terletak di bhgn Selatan Bohemian  Republic Checzh.
Bandarnya terletak dkt Sungai Vltava  dan dipenuhi dgn Baroque bulding, ada cafe dan bar dan castle yg sgt cantik dan ianya adalah kedua terbesar di Checzh Republic. Ia juga mempunya dataran yg dipanggil Old Town Square.
Masa kurun ke 18 banyak usaha telah dilakukan untuk mengekalkan keindahan bandar dan bangunan di sini dan Ceksky Krumlov dijadikan UNESCO World Heritage.
Ia sgt popular dikalangan pelancong yg dtg ke Republic Chech. Rugiii sgt kalau tak ke sini if  happen kita dah sampai republic chezh.
 
sekitar kawasan menuju ke old city
 

cantikk..!
 
masa aku dtg ramai sangat pelancong
 
kami sibuk ambil gambar dan martin kata kita lunch dulu. Masa tuh hampir pukul 1 tghari

Kat sini banyak cafe dan bar. macam-macam pilihan..
 
 

tiba-riba hujan, nasib baik aku bawa baju kalis air.
Martin dgn J ckp,  your bag looks heavy.
hahha..mmg pun, Payung , baju, food aku bawak. if aku nak bermalam kat Cesky Krumlov pun ok je.
J ajak aku overnight situh, sbb nak  menikmati keindahan malam, tapi aku tak nak. aku ckp aku kena balik Prague sbb i got my own things to do awal pagi esok tuh.
 J sibuk tunjuk aku benda ni....dia cakap tak pernah nampak benda ni..potato yg dipotong2 nipis secara berkeliling (bahasa apa nih)...aku senyum  je sebab dah biasa kot nampak kat pasar malam kita kan???
Tapi aku tak naklah turn off rasa gembira J. Aku tak lah ckp dah biasa tengok.
 Dia nak beli, aku tunggu kejap. Dia beli plain potato je..n nak bg aku rasa dan pelawa beriya2 sangat.
Dia hulur aku 2 hiris. sedap. rasa kentang.hhahaa
Disepanjang perjalanan ni byk kedai jual snack, air, soviners...tapi kami tak berenti kedai soviners pun sbb masa banyak lagi.



 
kedai soviners

macam-macam pilihan


kedai jewellery

bank


kedai yang menjual perhiasan krital bohemian. Mahal lah jugak.
and aku tak rasa pun nak junjung pasu-pasu cantik ni
 
Sebelum pi melawat istana, kami pi lunch dulu.
Aku segan lah pulak nak ckp tak join, so aku join je lah walaupun aku dah bawak mknn bekal aku.
Plus aku boleh je sembang2 dgn derang.
Aku duduk dgn martin, couple dari jepun tu dan 2 org rusia. Orga rusia dua org tuh cantikkk sgt.
Boots dia siap matching dgn baju.. mmm..cun gila boots dia. Harga trip ni dah termasuk makan. Plus aku haus gila, so aku order air coke je. air rasmi aku masa trip nih..hik,
Derang mg order beer sbb katanya beer kat sini terbaik lah compare negara lain..gituh.
Kami dah pre order masa dalam perjalanan tadi. martin dah text derang kot.
So sampai je food dah ready.
derang serve sup dulu. aku tanya sup apa tuh,,,martin ckp ciken,,..so aku tak makan..derang fahamlah knp aku tak makan. martin kan dah biasa bawak pelancong.so aku offer sup aku kat dia.
then baru dapat main course.
 
couple jepun
 
trout grill with potato
 
org lain order macam-macam. makanan org chezh kot. malas la nak sebut.
Restoran ni cantik..lupa aku nak amik gambo. siap ada tempat mkn mcm dlm movie yg duduk dalam tempat samar2 dikelilingi mcm gua. hik..pengalaman yg unik lah..
feeling2 bohemian gitewww.



Lepas makan aku duduk kejap kat sini dgn J.borak-borak. kitarang baru kenal few hours tapi boleh cerita macam2.s ebab sama minat kot.
Dia ada bisnes kat sydney rupanya. dia ada kolej kat sana. utk kemahiran IT.Ini masa dia tak sibuk, so dia jalan-jalan lah.

15 minit kendian, Martin suruh kami join derang masuk dlm castle.guided tour dan tak boleh amik gambar.

Cantik actualy dalam castle ni. Tapi expected lah, zaman dulu dulu punya istana. Tak boleh amik gambar dalam, tapi dari tingkap castle kita boleh amik gambar pemandangan yg sangat cantik.
Kat dalam castle ni tourguide tunjuk bilik makan, bilik-bilik tidur, dapur, tempat tamu menunggu untuk jumpa dgn raja, gambar - gambar family raja zaman dulu dll.
Yang  bestnya, ada certain tempat yang ada beruang tengah baring. beruang besar ok,,bukan anak beruang yg comel tuh..
depan meja makan kena ada beruang landing ..macam raja derang punya benda yg mengangkat darjat gitu. tengah makan kena ada beruang sekor depan meja makan...hahaa..ko mampooo nok?
Ala-ala ko nak nga---ppp mkanana tapi ada beruang tgh tenung ko....ekekek
J ckp dgn aku...why people live in the past so complicated.
Aku gelak-gelak..agree.
and istana  tu ada beberapa bahagian lah.sejam lebih jugak tour tuh.



Kalau tgk gambar kat bawah ni, tempat yg aku bulatkan tuh...tinggi gila rupanya pendakian aku.dgn rata-rata kawasan cobblestone, patut cam nak kojol aku jalan termengah-mengah.

Martin tanya jugak aku. Aku ni tak pernah bersukan ke?

Aku cakap aku bersukan laaaa..
this is my 5th country during my trip.
hahahha...
Martin pandang kat aku mcm ckp.." SO wahtt??"
Dia tanya aku, aku bersukan main apa?
aku cakap aku main golf.
dia gelak-gelak. choiii je.
Memang la martin tu nampak really mcm sportsman.
Dia mmg byk join marathoon, sukan air..skii bagai.

Dia cakap, di Republic Czech, sukan yg utama ialah Skiing, horse riding dan sukan air mcm kayak. Not bola sepak, badminton etc.


Masa kitarang kat tinkap, akui dgn J asyik sembang tak sabar nak pi minum tepi sungai. Nampak tak tmpt yg aku bulatkan tu. Haa..kat situ la..cantik kauuu

So kiatarang nak guna masa free pi cari soviners and minum ptg dekat cafe cantik tepi sungai.

Masa kitarang lalu jambatan tu..nampak cantikkk sgt cafe2 tepi sungai tuh. dan dgn cuaca spring yg dingin, minum kat situ of course lah perasaan sgt sgt best.



Pukul 4, kami pi jalan-jalan sendiri, Berjalan ke kedai soviners, dan plan nak minum kat cafe.
Kawan aku ni sopan juga. Bila nak berhenti kedai soviners dia akan bg tau. dan kami akan masuk sama2.If aku tak nak masuk, aku tunggu kat luar je vice versa. takdelah terus mmasuk je..tup2 toleh blakang dah takde. so kami beli bebrapa benda dan terus jalan2 ke area cafe tepi sungai.
seronokkkk sangat...cuaca pun dingin.



Tenang je suasana kat sini..
 
Lebih kurang pukul 5, aku dan J berjalan turun ke bas  yg menunggu kami kat bawah..sakit gila kot kaki aku but J tunggu aku sambil berlari2 anak, takut kena tinggal.
Masa kami sampai bawah, Martin dan pelancong lain tepuk tngan.. dia cakap...berjaya jugak aku sampai bawah dgn selamat.
hahahhaa..maluuuu aku nih..
 
Perjalanan balik ke Kota prague, lancar je. Berhenti sekali sb org rusia tuh nak pi toilet.
Pemandangan kiri an kanan sama je..poko2 kuning tuh cantik..
dan Martin tunjukkan aku .." There is our nuclear power plant (NPP)".
 
nampak la plant tu dari jauh..
dia cakap akan ada 2 lagi NNP akan dibina, tah partner dgn Jepun, korea atau France.
Beragntung kepada pilitik semasa katanya.
 
 
Kami sampai di Praguepukul 7.15 ptg.
Oleh kerana time ni spring, so siang panjang. Pukul 9 mlm baru gelap.
Derang turunkan aku depanMark & Spenser yg besar  di tgh2 bandar. Dan di deretan tersebut terdapat banyak rangkaian coffe shop mcm Starbucks, ada McD, Kedai2 berjenama dan restoran.
J ajak aku jalan-jalan sebab dia nak cari barang. Nak beli beg katanya.
Dia asyik tanya aku, harus tak dia pi vienna.
AKu cakap pegi je lah kalau ada masa. 5 jam dari Prague.
Aku ckp Vienna pun cantik juga...sebab sebelum ke Prague, aku 3 hari kat Vienna dan naik train dari Vienna ke Prague selama 5 jam.
 
Aku tunggu J kat luar kedai sbb aku tak berapa suka accompany org shopimg. aku duduk dan jalan2, jumpa kedai kebab halal. Tapi tak beli sbb aku tak lapar lagi  dan dah janji nak dinner dgn J.
 
J ckp smlm dia pi makan nice food kat restoran itali dan nak ajak aku ke situ. sampai je...alamak..penuh dan perlukan reservation pula.
tgk dlm trip advisor mmg recommended.,
So kami jalan kaki pi tgk2 street food dulu.
aku beli roti bulat dan lompong dalammnya. tapi sedap gila. rasa kayu manis.
 
oh ni nama dia..Trdelnik - Rolled Pastries in Prague - Roti  dlm bentuk silinder, ditaburi gula, kacang dan rasa kayu manis, warm mmg sedap gila makan sambil sejuk2. karang aku letak gambar. nak kena cari dlm longgokan gambar aku.Banyak juga dijual kat Bratislava, Slovakia. Tapi masa aku pi sana hari tuh, tak jumpa pun.
 
J beli lagi kentang yg mcm dia beli kat Cesky Krumlov and paksa aku tolong makan.
Heee..aku makan ajalah.
Dan aku bg dia roti yg sedap tuh. Dia ckp roti tu dia dah 2 kali beli, patut tak berapa excited dah.
Last2 aku bungkus buh dlm poket baju roti tuh.
 
J ajak aku pi tgk show mlm tuh, tapi dah tak sempat pula. dkt dgn bangunan cartier.
And dia keep lah menggigle nice restoran nak makan.
Aku cdg kat dia, apa kata kita pi charles Bridge yg femes tuh ...amik2 gambar dan minum.
Then carilah restoran.
situ kawasan yg hapening. byk pub dan restoran.
Akhirnya..setelah letih amik gambar, we ols pi diner kat fine dining resto..aku langsung tak ingat apa nama restoran tuh...
Tapi akui order salad udang  yg berharga 400Kc...dan J order mcm2...sup asparagus, ikan Kod ..etc.
Aku makan je roti atas meja...tuh..kenyang dah.

 
restoran cantik
 
roti
 



sup asparagus dan salad udang
Lepas makan, kami jalan-jalan sikit. Lalu delkat pub dan kedai-kedai soviners yg buka hingga lewat malam. Besar2nya lengan bonzer pub tuh..haha..macam boleh angkat aku dgn sebelah tangan je.
Aku berjalan hingga sampai hotel J.Dia pelawa aku pi bilik tapi aku tak nak. Aku ckp kita lepak minum je kat lobby hotel dia yg cantikkk tuh. Kami borak-borak lama gak. Kemudia, dia minta kereta hotel hantar aku balik hotel. Mercedes baru yg cantik berkilat.
Aku duduk Ibis kat Wechelass Square, tapi driver tuh confius hantar aku ke tempat lain pulak..Hotel Ibis kat mana tah.
Nasib baik bkn naik teksi, if not aku tentu ketakutan.
Dan sebab sesat tu aku dpt tgk dancing building pada malam hari dua kali.
cantik.
Akhirnya sampai hotel n J keep checking aku dah sampai hotel ke belum. Dia duk wutsapp aku.
Aku cerita lah peristiwa sesat tu.dia ketawa je.
Nanti aku tulis lagi catatan pengembaraan ke tmpt lain.
 
to be continued...
 

2 comments:

Fazleyatul Aini said...

woah best nya !!
bank dia comel!

Anonymous said...

subhanallah! cantik sungguh sume tmpt2 tu