Tuesday, March 8, 2011

Aunty Aini's Garden cafe (again!)

Lunch di Aunty Aini's.


Aunty Aini's terletak di Nilai, negeri Sembilan.
Takdelah jauh, sesapa duk bangi, time lunch pun boleh ke mari, menerobos tru Bandar Sri putra, bukit mahkota , Nilai 3 dan lain-lain yang berkaitan.
:)

Aunty Aini's

main entrance


garden cafe, hijau dipersekitaran

hijau

ni atas kepala i...err..makan bawah rimbunan pokok, nice.



catz's food : lamb chop


kawan catz order spaghetti seafood marinara

my all time fav dessert at aunty aini's : tapai pulut with ice cream vanila

nice food, good company.thanks to my friend for the treat. Moga murah rezekinya.
(smile)


Detail waktu perniagaan, lokasi, menu, no telefon di sini : Aunty Aini's dan Aunty Aini's 2
Oh, this time saja nak try their western and pasta walau hati merontaaaa nak makan gulai tempoyak aunty, but still nice.
takpe, esok lusa masih ada. karang birthday u pulak, kita makan gulai tempoyak 3 pinggan. :))


JJCM..jom!

Sunday, March 6, 2011

Laksam mu, Laksam ku jua.



Park depan kedai restoran sedap.
i order tomyam dan nasi putih.Bungkus. sambil tunggu, minum air.

Duduk tgk news on TV.
restoran agak lengang. ada dua family tengah makan.
seorang lelaki berbaju biru, masuk ke restoran, order something bungkus kot sebab x order air.
aku duduk khusyuk tengok TV. khayal.
aku toleh kiri kanan, eh..macam dah lama je apa tak siap-siap ni??? lengang aja pun.

aku pandang 2-3 pekerja, mereka pandang aku senyum.
then seorang pekerja mcm tau yg aku fikir mana food aku ni, dia ckp, " order akak dah siap di kaunter bayar'. laaaaaa...awat tak kabo dr tadi??

aku ke kaunter, bayar. cashier kata : "nasi kosong dengan tomyam campur, RM5.50"
start enjin kete, balik apartment.

Pukul 11 malam rasa lapar. Amik tomyam, bubuh dalam mangkuk.
Buka polisterin nasi..

ehh?
eh???
eh??????????????

ni nasik ke?

sejak bila nasik putih boleh menyamar? ke bergurau ? notty eh??

ni LAKSAM.

ye..laksam, dengan segala hirisan ulam,sambal dan kuah terbuntil dalam plastik, bau semerbak.

bila masa aku order laksam????????????

Amik tomyam, simpan dalam fridge, makan besok lah.

NOW nak makan LAKSAM kuah lemak.

sedapnyaaaaaaa!

pukul 11.05 minit malam.
menikmati laksam depan TV. nikmatttt.

Takkan nak pegi pulang balik? kan? jauh tuhhh.

Terfikir juga,

Ada tak sesapa kena marah dengan bini dia malam tadi?

kena marah dengan bini dia ke yang entah-entah mengidam laksam di malam hari?
"kenapa u beli kat i nasi kosong????kan i nak laksam! u dah tak sayang i ke????????"

Yang pasti, orang yang kena marah adalah berbaju biru.hik-hik.

errr.. bang, i tak salah.
mungkin bukan rezeki dia, tapi rezeki saya.

eh..boleh ke kata gitu???

Tapi if ada yg berkenaan baca blog saya, e-mail saya ye.
I ganti laksam u.

Saturday, March 5, 2011

Senja di Kota Bandung

Senja di Kota Bandung, Feb 26, 2011.


senja II

Kadangkala, berdiam itu lebih baik.
Aku tidak mahu kewarasan ini terhakis.

Thursday, March 3, 2011

Menggairahkan...

I'm not sure if word 'menggairahkan' is suitable to describe exam results.
someone called me this morning..then gossiped about the latest news spread among us.

kring-kring-kring: ---------lagu baby-baby (aku kena tukar la ring tone aku)

Mr Jon: "ha..kau punya results macamana? Menggairahkan tak?? "
aku: errr..aku belum tau, i'll call later. eh..hows yours?
Mr Jon:"tak begitu menggairahkan la..i expect lain..keluar jadi lain, but ok lah as long pass, that is good enough. Hei..cepat call sekarang..aku mau tau."
aku: ok..i will, wait ek, i'll call you back ASAP.

5 minutes later.

kring-kring-kring ----. lagu usher tuh.

aku: hello, may i speak to Mr.. (belum sempat habis ayat)
Mr Jon: hey catz, hows your results?????? menggairahkan tak??
aku:ha-ha (ketawa mengilai-ngilaiiiii) ko dengar dari suara aku ni menggairahkan ke tak agak2 results aku?
Mr Jon : agak laaa.... agak menggairahkan ...so...menggairahkan ke tak ? ( maybe dia nak cakap suara aku macam pontianak/langsuir mengilai tercekik berus sabut kot)
aku: ye...sangat menggairahkan oke results nya.
Mr Jon: congrats!
bla..bla...bla....





Tapi..
aku rasa la kan..
benda-benda kat bawah ni lagiiiiii menggairahkan.


prawn bruschetta , Plaza Indah, Bandung

Ayam Penyet, Kampung Daun

errr..gila menggairahkan kan cili tuh? or i should call this menu " cili penyet"

awww..yang ni lagi la...terus ghairah tengok. cis! alpokat (avocado )juice

me at Kampung Daun, Bandung

yes, i went to bandung again last weekend after the birthday treat trip tu. so overall, from 21 jan 2011-25 Feb 2011, i got 3 trips to indonesia (menjana ekonomi katanyaaa?). so now feeling-feeling kena makan rumput.

kalau lah rupa dan rasa rumput tu menggairahkan...kan?

Wednesday, March 2, 2011

Ikan Talapia Sambal Hijau

Ikan talapia sambal hijau


Masak malam tadi. lauk simple. Ikan talapia merah masak sambal hijau sayur sawi masak air.
Goreng ikan kembung then buat sambal kicap buh bawang dgn limau.
ehemmm.


ok.
nak letak resepi simple ikan talapia nih. resepi sayur sawi tak payah lah ek, yang ni anak sedara aku yang umur 3 taun tuh pun reti kot gamaknya (main masak-masak le). kalau masak betul, mau terbalik dapur adik aku kot. silap-silap kebakaran.
kehkeh.

ok..bahan-bahan:

ikan talapia merah
Cili hijau - 7 biji
bawang merah- 2 ulas
bawang putih-2 ulas
bawang besar -1 labu (separuh blend, separuh hiris)
air asam jawa - 1/2 mangkuk
garam


cara memasak;

1.pi kedai/pasar/supermarket -beli ikan talapia. (if nak guna ikan lumba-lumba/ikan paus/jerung pun boleh je. ) aku beli kat tesc0 -sekilo RM5.50 (kottt).

2. senyum manis kepada abg penjual di TESC0 tuh, " err..tolong siang boleh?" -so dia akan siangkan.
(rasa nak suruh dia siangkan sekali ikan kembung 4 ekor kecik-kecik nih, tapi takut dia baling aku dengan pisau pulak kanggg).

* if makcik yang menjual mak tataw kaedahnya.


balik cuci ikan, kelar sket dan buh garam sket. goreng dalam minyak banyak. dah terbalikkan, masak , angkat dan tepikan.


zrengggg...zrassssss...


sesambil goreng ikan, blend bawang-bawang tadi dan cili.
tumis cili dalam kuali, kacau, buh bawang hiris dan tumis hingga garing.
masukkan air asam jawa, garam secukup rasa.
masa nak tutup api tuh rasa-rasa la sikit..dah oke ke...tah rasa tak best ke..adjust2 le.


sambal dah siap, buh atas ikan or masukkan ikan dlm kuali, gaul supaya ikan bersalut sambal.
Ok..hidang.

dah!