Tuesday, May 4, 2010

Aunty Aini's , Nilai


Di suatu hari: Lunch at Aunty Aini's Garden Cafe , Nilai. Dalam blog lama aku dah pernah buat review kedai ni. Pernah masuk dlm rancangan channel Travel & Living, host Anthony Bourdain tuh pernah makan kat sini.


Peta, alamat dan no telefon

Pintu

nice cafe

Suasana cafe yang menghijau

Kedai ni time lunch hour sgt pack. kalau dtg ramai-ramai, baik tepon book meja dulu.Malam lagiii lah pack gila.no tepon aku dah letak kat atas tu.

menu : makanan kampung, western, itali

Hidangan pelbagai, dari asam pedas, gulai tempoyak, lemak cili api, sambal petai, ulam-ulam, sambal belacan. Ada jugak jenis mee, mcm mee rebus, laksa, dll. Selain tu,piza pun ada, spageti dll.



menikmati pemandangan hijau macam dalam hutan..sejuk lah sket sebab aku datang tengahari yang panas, suhu 35 darjah celcius kot.

asam pedas ikan merah , sedap, tak begitu pedas, banyak terung. suka.

masak lemak cili api daging salai..sedap..mcm makanan rumah.

sambal kupang petai

kailan goreng biasa

ulam dan sambal belacan


jom makan


order telur dadar dan telur masin jugak. so meletop lah...sedap gila. makan pakai tangan , siap rasa nak tambah nasik, tapi malu (entah apesal tak pasal-pasal malu..eh..aku ke tuuu????)

suasana menghijau dan redup ketika menikmati hidangan
(aku takde skrip lain ke nak decribe? fail betullah..)

dessert, tapai pulut ice cream vanila ..sedap gila. oh, rasa nak lagiiii.

Alhamdulilah, kenyang


Food sedap.
service? cepat.
Harga, agak reasonable.
Makanan kat sini semua masak fresh, ko order baru derang masak.
Oh masih terbayang masak lemak tempoyak..
Tapi this time tak boleh order oke, sebab geng makan aku akan murka kalau aku order benda berunsur durian. Nanti dia pening. Oh..pasrahhhh je lah. Kang kalau dia pitam bau tempoyak, tak larat aku nak angkat.


bye...

34 comments:

makdaracute said...

huh! bebunyi2 perutku ini ketika membaca entry catz nie...terliur sungguh melihatnya..

Dr Singa said...

hahaha...kiut!!
kampung celet!!

kucingorengemok said...

sedap nama kampung, dia org nak kata chalet ke sbnrnya? haha...

ehhh, fyi al-maida buat delivery service! nak suruh aku gemok la tu!

CAHAYA said...

ah, lapar!

Hajah Zainab bt Abdullah said...

wow...nice place! mama suka the green surroundings...tapi ada nyamuk ke tak?

~ Mummy Gee ~ said...

Tu memang tempat favourite untuk mummy makan mlm dgn family masa duduk nilai... msak lemak cili api ayam kg dia pun melotup catz... mkan kat situ mmg cam makan kat kg...apatah lagi kala kita duduk bersila kat pondok tu...walau harga agak mahal tapi memang berbaloi2 dgn apa yang dia serve....sedap!!!

afendi ariff said...

celet tu sama maksud mcm calit kan?

DrSam said...

bertuah betul Aunty Aini dapat review yang hebat meletup dari Catz ni. Lain kali pergi kesana, boleh minta diskaun ni Catz.

Leez said...

sedapnya tgk makanan tu catz....tapi apakan daya jauh pulak nak gi sana...

ain.ya.nun. said...

wahhhhh, catz datang nilai.

spatutnya selepas ke aunty's aini, u kene g kg jijan lak. try donut gebu sedap kat situ. =p

cikin said...

pernah dtg sini sekali..mmg sedap....

i ari2 visit ur blog..mmg best!! hopefully one day jmpe u ....he he he

NenetPenne (NP) said...

entrance pintu tu macam kat Bora Asmara jer....

susah oo nak cari restoran yang masak untuk memberi msakan dan kepuasan maksima serta terbaik kepada pelanggan...

rata2 bisness sebab nak untung je tapi taste of the food, out ...

Dessert Queen said...

Mmmm....dia baru upgrade ni..dulu biasa2 je kedai dia..tapi bab food memang malatops!
Pastu owner dia kalau tegur kita borak macam dah kenal lama...best betul customer service dia..

noorss said...

salam,,
tempat ni pon saya pernah makan dengan ofis mate,, sebab dengan dengan tempat keja... memang cantik dan makanan nyer sedap tapi kira orang datang malam so ada nyamuk heheheh... itu yang tak best nyer....

noorss said...

salam,,

tempat ini dekat dengan tempat keje ,, pernah datang dengan ofis mate.. makanan and layan nyer bagus..tapi datang malam ,, dan yang tak best nyer ada nyamuk..

catz said...

makdara,
perut dah berbunyi..apa lagi..angkat kuali.jom masak.
:)

catz said...

dR sINGA,
KITA TAK NAMPAK PUN SENBOD NAMA KAMPUNG TUHHHH..
EH..APESAL CAPSLOCK NI..

catz said...

cahaya,
jom makan..
bangi..putrajaya?

:)

catz said...

kog,
yup..mmg derang wat delivery. aku siap siampan kad derang..mana tau terdesak..hehehe

catz said...

mama,
takde nyamuk.
ok je..:)

catz said...

Mummy ge,
oh..rajin gak ke sana? tapi pack ej org kan terutamanya malam.
:)

catz said...

affendi,
tataw le mak.tapi tak nampak pun senbodnya.
:)

catz said...

DrSam,
itu lah..mmg kalau aunty aini ni tau saya buat review...ehmm..aunty..diskaun plis..err..dessert tapai eskrem free boleh?
:)

catz said...

leez,
takdelah jauh mana..nak tak kita pi haru jumaat.
:)

catz said...

dak pink,
kg jijan di mana??

catz said...

hi anggun,
thanks sudi menjengah ke mari.
:).

catz said...

nenet,
kat sini derang masak ikhlas lah...sedap..kuah pekat..meletops.
:)

catz said...

Nowwa,
betul..owner dia ramah..frenly..
:)

catz said...

noors,
ada nyamuk kah? mungkin ekna duduk dalam kedai lah. baru takde nyamuk.
:).
tapi sebab sedap..tak kisah lah kan.ku rela digeget nyamuk itu,,
hiks

TayarGolek.Com said...

gue pon dah penah pegi..layan aiskim tapai tak??

leenda said...

aisey man.. asal xajak aku ekk... kempunan aku nenguk... huhuhu... ;))

leenda said...

aisey man.. asal xajak aku ekk... kempunan aku nenguk... huhuhu... ;))

Unknown said...

Da ttp da kdai ni...

Unknown said...

Da ttp da kdai ni...