Sunday, July 17, 2011

Penang : makanan kegemaran .



Penang again!
And penang = food !


kesimpulan setelah lately agak bermastautin di penang, saya adalah takut.
Takut kerana memikirkan bagaimana harus mengawal nafsu makan apabila tinggal di Pulau Pinang dalam tempoh jangkamasa lebih dari dua hari. Haha. kalau dua hari takde lah sempat sgt nak explore segala jenis restoran kan.
Bila ke Pulau Pinang, kita akan macam obsess dengan makanan. takut tak? hahaha. tak.
dia kan macam obsess sebab asyik fikir, lunch ni karang nak makan mana.? nasi kandar mana? then dinner makan kat mana..
or ayat2 macam ni..
nasi kandar mana nak pi? some say tajudin, line clear, kasim mustaffa, pelita (ada yg ckp aku keji sebab makan kat pelita sebab katanya pelita kan ada kat KL, apesal pi png makan kat pelita..).
then..mee udang mana? ayu, salwa, sg dua?
lepas tuh boleh tak..malam2 nak supper kat manaaa??? lepas tuh mention segala kedai..aiyo..pitam oke.pitam sebab asyik fikir nak makan apa kat Penang ni.

ok..this trip..kedai yang paling selalu pegi adalah kayu. dekat dengan hotel.jalan kaki sajork.

lunch, dinner,minum petang balik kerja.

teh ois di kayu. antara teh o ais tersedap

oh ya..merasalah aku drive dan sesat dekat Penang ni. GPS? oh GPS aku dah pecat. sebab di penang ni, GPS aku sangat gagal oke. tak koser nak layan. and kereta sewa ni not bad at all.
Siang tu aku ada meeting dekat Butterworth, drive kete ni lah, smooth je. dah lah trip yang ala-ala veryyy de amazing race kau. meeting - prepare press kit yg sgt last minute dan zooommmm ke bayan bay di bayan lepas , press conference etc..lunch pun tak sempat. memang sangat exhausted. dah lah nak ke site bayan bay tu sesatttt...but overall a very valuable experience. met new friends, and experience new things. not bad.
then before off to airport my bosses belanja makan nasi dalca. nyumm!!!!!!!

pucat aku nak balik hotel lepas hantar all the bosses ke airport bayan lepas. aku sesat nak balik hotel.cih. derang dah pesan..kuar dari airport terussss je..terusss.. aku ni kalau org ckp terus-terus ..kan, aku terus rasa kurang yakin. so gatal lah belok kanan kat trafic light ke PISA and end up aku sesat tah kemana2 masuk dlm taman perumahan mana tah. tapi takdelah nangis. gabrah je. belasah masuk kiri, kanan, sesat..akhirnya sampai.


ok sampai dah kat B-Suite

Dan aktiviti malam adalah aktiviti makan lagi. kih. ok kita ke Restoran Hameed yang terletak di Penang road, depan Hotel Malaysia.


nasi kandar, sup? nasi lemak..anything! everything! tapi yang sangat popular adalah sup.

sup hameed..u name it, sup ayam, kambing, daging lembu, ekor, sup perut, lidah etc..


sup ekor yang sangat nyum-nyum!

suasana kedai ni pada pukul 1 pagi. ramai je orang sentiasa.

mungkin strategik lokasinya berhampiran deretan club ..so orang sentiasa je ramai. meriah..

penang road at 1 a.m

another fav stall.. oh lori kecik jual buah dekat dewan seri Penang di padang kota

my fav buah putih bulat-bulat water chestnut kot nama buah ni..

jalan-jalan padang kota

beraturr!!

nasi kandar beratur

yang terletak bersebelahan masjid kapitan keling

nasi kandar beratur


and among all..this is my fav! restoran kapitan.

nasi briyani claypot


delicious

nasi biryani ayam tandori


sepanjang berada di sini recently, 4 kali oke aku makan benda ni..err..agak-agak lah kan catz oi.
Bila boss tanya nak lunch mana? aku bawak derang ke mari jugak. lepas tuh derang kata aku kuat makan.eh.eh.

oh ya..ada yang tanya aku ni pergi jalan-jalan makan je ke kojenya?
makan-makan ni selingan. selain kerja ada masa aku jalan-jalan join apa2 event, buat lawatan sosial.

Catz sempat melawat ke bangunan St J0hn ambul@n pen@ng. di sini adalah operasi persatuan ini

Terdapat kemudahan hemodialysis bg golongan kurang berkemampuan, charge yang dikenakan jauh lebih murah dari tempat lain.


selain itu, mereka juga menyediakan perkhidmatan ambulan di kawasan tertentu di Pulau Pinang.
dalam ambulan

Catz di bawa melawat ke dalam bangunan, tempat rawatan. tengok kemudahan ambulan dan pejabat pentadbiran. Uncle yan menjadi sukarelawan di sini adalah bekas pegawai kerajaan dan bertugas sbg sukarelawan. Operasi tempat ni dikendalikan oleh sukarelawan dan juga pekerja yang dibayar gaji. Jadi mereka juga memerlukan sumbangan utk run tempat ini.

Catz at St J0hn Ambul@n Pen@ng
ok.time to say good bye!





tata..!

Saturday, July 16, 2011

Banana's Cafe, Bayan Baru, Penang

Jom lunch!

selain restoran nasi kandar, ada je restoran masakan Melayu di Pulau Pinang nih..
Hari-hari makan nasi kandar pun jemu, plus dah tak larat oke..hari-hari kari..
Habis kerja tengahari di Air Itam, petang ada kerja di area Bayan lepas...so kita ke bayan baru untuk lunch.
Jom cari nasi campur masakan melayu..ikan bakar...jom!


Menghampiri masjid Bayan Baru, terjumpa kedai ni..tengok deretan kereta yang berhenti wah..best kot?


Banana's Cafe , Beraneka jenis Masakan katanya..Terletak di Jalan Mayang pasir 2 , Bayan Baru.
Seberang jalan je dengan masjid Bayan baru dan tak jauh dgn sunshine mall.

Deretan lauk pauk..masakan kampung. Ada sup, masak lemak, gulai cili api, kerabu, ulam-ulaman. sambal belacan , ikan bakar, ikan goreng, gulai ayam, daging masak kicap, beberapa jenis sambal, sayur dan pelbagai masakan kampung.

masa catz datang dah pukul 2 lebih, banyak lauk dah habis..


peria

ikan bakar

terdapat pelbagai jenis ikan bakar yang dibakar secara live di situ..ada pari, ikan kembung, ikan keli dan pelbagai jenis ikan lain. amik sendiri, buh dalam pinggan dan boleh amik air asam, limau sbg cicah.nyamm!

ikan kembung dengan cicah air asam yang marvelouss,,,

pinggan i

sapa kata di Penang asyik makan nasi kandar je kan..ada je kedai masakan melayu, cuma kena cari lah kan.

jom makan!

review: masakan sedap dan pelbagai. harga reasonable, persekitaran tempat makan yang selesa.
jom makan!

Tuesday, July 12, 2011

Nasi dalcha : Tasha Dal Kandar

kena beratur lagi...

Kat penang ni banyak betui kedai yang nak makan kena beratur. kannn??
Kalau sampai beratur panjang pun orang sanggup, maknanya sedap dan famous lah kan...

Ok, hari ini kita akan berjalan-jalan dan makan nasi dalcha, or some people say nasi darcha..??

Di Penang, selain nasi kandar, kita boleh menikmati nasi dalca yang terkenal katanya.

Seorang teman telah membawa saya dan boss-boss saya ke gerai ini..haa..merasa lah beratur mcm nak beli tiket bas balik raya kan.

Ni antara gerai nasi dalca terfamous di Penang katanya.

TASHA DAL KANDAR

Dulu beroperasi berhampiran Airport di Bayan Lepas, tapi la ni dah pindah di Sg Ara. Opss..bukan tepi sungai oke..ko jangan carik sungai pulak. Kang tak jumpa gerai ni, terjun dalam sungai pulak..kih.

Sat kang catz update bubuh map dan alamat.




konsep nak makan kena beratur, derang senduk kan.
Lepas tuh berjalan ke cashier , dia kira harga nasi + lauk dan tanya..minum apa? kita jawab teh o ais. Lepas tuh dia jerit kat pembuat air.." teh o ais satu!" dan kita berjalan ke meja, if cukup tangan boleh amik air sekali or mintak dia hantar air ke meja. gitu ha..kronologi pemakanan di gerai ini.

Killer menu adalah nasi dalcha dan ayam goreng. Ayam goreng tuh dia goreng panas-panas.. tuh yang extra sedap tu kan...

dalcha


BlockquoteNasi dalcha : nasi warna kuning macam nasi minyak dan dalca yang mengandungi sayur. Selain tuh ada bendi, acar timun, ada juga lauk lain seperti daging dll. Yang biasa org order nasi dalca ayam goreng.

masa order dia tanya, " nasi biasa?" -------> maksudnya nasi ikut sukatan dia, if tak nak biasa, nak makan banyak, cakap nak nasi lebih.

Oh ya, masa order dia tanya nak kuah campur tak? coz dia ada beberapa jenis kari yang dicampurkan dengan kuah dalca tu..tu yang spesel kot. Pi tempat lain, sure rasa lain kan.

oh ya, dia akan lambak kan kuah atas nasi actually, but u know me..ehemmm..i kenot eat nasi yang bercampur kuah banjir..so mintak "KUAH ASING"... hehe..tuh yang wujud semangkuk dalcha tuh.. ihiks.


so inilah rupa sebenar nasi dalcha itu.
(ye..i tak mkn kuah banjir, kuah ala-ala manja je)

Review:

Rasa: sedap!!!
harga : reasonable
ok..tu je.

p/s: agak-agak kalau aku bukak gerai " MEE BANDUNG CATZ BERATUR" --> ada tak orang nak beratur makan kedai aku? err, maksud i makan mee bandung kedai i, jgn le makan kedainya,ya.


dah le kiah..toksah ko nak berangan. kih.

Monday, July 11, 2011

Berpesta durian di Balik Pulau

Sekarang ni, selain pesta nasi kandar, penang sedang berpesta durian!!
Yang famous di sini adalah durian Balik Pulau.
so few days back, balik kerja, kami memandu menghala ke Balik Pulau. yeah!! for duriannnnnnn!!


Dari B- Suite kami menghala ke Relau dan memandu ke Balik Pulau. As i'm working on a project which based in Penang, so merata ceruk Penang i dah sampai yeww. nasi kandar ke, segala makanan dah puas makan, so nak durian pulak and this is my 1st time for durian balik pulau.
oit catz..ko tak pernah makan durian ke????? durian tetap rasa durian ok..dia takde nya berubah tempat tetiba durian tu rasa cempedak. kannn.


sebelum sampai Balik pulau, ada deretan gerai durian..so berentik aja lah kan...

oh ya...aku kan, rasa kepelikan. kerana brand durian mereka adalah pelik u. menghampir kawasan gerai durian u will see signbod :
Durian cap kaki.
Durian cap tangan.
kihkihkih...brand durian adalah anggota badan u ols....kih.

ok, belakang gerai adalah kebun/dusun durian dan rambutan. wah durian freshhh kauuu! entah-entah baru jatuh 5 minit lalu..bedebokkkk!! terus kutip, belah masuk mulut..

minta tokey belah bebeberapa bijik..
and ngappp!

tengah makan-makan tiba-tiba...zrengggggggg...ada motor sampai, dengan sebakul durian..wah ada durian yang baru sampai..baru kutip kot..

terliur tgk kulit durian?????


nampak tak rambutan tu??? haaa...kalau nak betul-betul fresh..kita panjat sendiri pokok rambutan tuh...makan atas pokok bergayut gituh.


muka kekenyangan..kelabu je gambar. aku rasa org yg amik gambo ni tangan dia menggeletar sebab kekenyangan le..

oh sedap..!