Sunday, July 17, 2011

Penang : makanan kegemaran .



Penang again!
And penang = food !


kesimpulan setelah lately agak bermastautin di penang, saya adalah takut.
Takut kerana memikirkan bagaimana harus mengawal nafsu makan apabila tinggal di Pulau Pinang dalam tempoh jangkamasa lebih dari dua hari. Haha. kalau dua hari takde lah sempat sgt nak explore segala jenis restoran kan.
Bila ke Pulau Pinang, kita akan macam obsess dengan makanan. takut tak? hahaha. tak.
dia kan macam obsess sebab asyik fikir, lunch ni karang nak makan mana.? nasi kandar mana? then dinner makan kat mana..
or ayat2 macam ni..
nasi kandar mana nak pi? some say tajudin, line clear, kasim mustaffa, pelita (ada yg ckp aku keji sebab makan kat pelita sebab katanya pelita kan ada kat KL, apesal pi png makan kat pelita..).
then..mee udang mana? ayu, salwa, sg dua?
lepas tuh boleh tak..malam2 nak supper kat manaaa??? lepas tuh mention segala kedai..aiyo..pitam oke.pitam sebab asyik fikir nak makan apa kat Penang ni.

ok..this trip..kedai yang paling selalu pegi adalah kayu. dekat dengan hotel.jalan kaki sajork.

lunch, dinner,minum petang balik kerja.

teh ois di kayu. antara teh o ais tersedap

oh ya..merasalah aku drive dan sesat dekat Penang ni. GPS? oh GPS aku dah pecat. sebab di penang ni, GPS aku sangat gagal oke. tak koser nak layan. and kereta sewa ni not bad at all.
Siang tu aku ada meeting dekat Butterworth, drive kete ni lah, smooth je. dah lah trip yang ala-ala veryyy de amazing race kau. meeting - prepare press kit yg sgt last minute dan zooommmm ke bayan bay di bayan lepas , press conference etc..lunch pun tak sempat. memang sangat exhausted. dah lah nak ke site bayan bay tu sesatttt...but overall a very valuable experience. met new friends, and experience new things. not bad.
then before off to airport my bosses belanja makan nasi dalca. nyumm!!!!!!!

pucat aku nak balik hotel lepas hantar all the bosses ke airport bayan lepas. aku sesat nak balik hotel.cih. derang dah pesan..kuar dari airport terussss je..terusss.. aku ni kalau org ckp terus-terus ..kan, aku terus rasa kurang yakin. so gatal lah belok kanan kat trafic light ke PISA and end up aku sesat tah kemana2 masuk dlm taman perumahan mana tah. tapi takdelah nangis. gabrah je. belasah masuk kiri, kanan, sesat..akhirnya sampai.


ok sampai dah kat B-Suite

Dan aktiviti malam adalah aktiviti makan lagi. kih. ok kita ke Restoran Hameed yang terletak di Penang road, depan Hotel Malaysia.


nasi kandar, sup? nasi lemak..anything! everything! tapi yang sangat popular adalah sup.

sup hameed..u name it, sup ayam, kambing, daging lembu, ekor, sup perut, lidah etc..


sup ekor yang sangat nyum-nyum!

suasana kedai ni pada pukul 1 pagi. ramai je orang sentiasa.

mungkin strategik lokasinya berhampiran deretan club ..so orang sentiasa je ramai. meriah..

penang road at 1 a.m

another fav stall.. oh lori kecik jual buah dekat dewan seri Penang di padang kota

my fav buah putih bulat-bulat water chestnut kot nama buah ni..

jalan-jalan padang kota

beraturr!!

nasi kandar beratur

yang terletak bersebelahan masjid kapitan keling

nasi kandar beratur


and among all..this is my fav! restoran kapitan.

nasi briyani claypot


delicious

nasi biryani ayam tandori


sepanjang berada di sini recently, 4 kali oke aku makan benda ni..err..agak-agak lah kan catz oi.
Bila boss tanya nak lunch mana? aku bawak derang ke mari jugak. lepas tuh derang kata aku kuat makan.eh.eh.

oh ya..ada yang tanya aku ni pergi jalan-jalan makan je ke kojenya?
makan-makan ni selingan. selain kerja ada masa aku jalan-jalan join apa2 event, buat lawatan sosial.

Catz sempat melawat ke bangunan St J0hn ambul@n pen@ng. di sini adalah operasi persatuan ini

Terdapat kemudahan hemodialysis bg golongan kurang berkemampuan, charge yang dikenakan jauh lebih murah dari tempat lain.


selain itu, mereka juga menyediakan perkhidmatan ambulan di kawasan tertentu di Pulau Pinang.
dalam ambulan

Catz di bawa melawat ke dalam bangunan, tempat rawatan. tengok kemudahan ambulan dan pejabat pentadbiran. Uncle yan menjadi sukarelawan di sini adalah bekas pegawai kerajaan dan bertugas sbg sukarelawan. Operasi tempat ni dikendalikan oleh sukarelawan dan juga pekerja yang dibayar gaji. Jadi mereka juga memerlukan sumbangan utk run tempat ini.

Catz at St J0hn Ambul@n Pen@ng
ok.time to say good bye!





tata..!

3 comments:

NenetPenne (NP) said...

catz, kau adalah keji sebab suka tayang gambar2 makanan...

sib baik kau sempat pulang ke pangkal jalan bila dah sesat tu...

woitt sup ekor tu mcm sedappp je...
aku nak makan kat restoran berlauk sek7 bangi tu tapi tak kondifent sedap atau tak..dahlah cinonet je ekornya.... kang dicaj mahal tapi dalam mangkuk 3 ketul jer, ujung2 ekor pulak tu... haissss

Anonymous said...

orang duduk penang tak merasa heaven macam orang datang melancong penang..
pasni nak kene carik la tempat yang catz mention tuu..

Wahidah said...

sis cutenya dgn cotnact lens die...lama tk jumpa sis..:)